CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2345|Reply: 20

akidah ...cantik milky way tu - but i dont understand the sentences , mostly. h

[Copy link]
Post time 17-2-2017 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 17-2-2017 11:19 AM

IRSYAD FATWA

IRSYAD AL-FATWA KE - 174: PERBEZAAN SIFAT MA’ANI DAN MA’NAWIYYAH
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad
Diterbitkan: 16 Februari 2017

sumber asal :
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1419-irsyad-al-fatwa-ke-174-perbezaan-sifat-ma-ani-dan-ma-nawiyyah




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2017 10:59 AM | Show all posts
Soalan:


Apakah perbezaan antara sifat ma'ani dan ma'nawiyyah?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 11:01 AM | Show all posts
Mukadimah

  • Bagi memudahkan pemahaman masyarakat berhubung akidah, para ulama’ memberi perhatian kepada beberapa sifat-sifat penting yang wajib diimani bagi setiap Muslim agar pemahaman berkenaan hal ketuhanan dapat dicerna dengan baik.

  • Sifat 20 disusun agak lewat dalam perkembangan mazhab Asya’irah. Boleh dikatakan, ia datang pada peringkat dan era-era terakhir dalam penyusunan perbahasan ketuhanan mengikut mazhab Asya’irah.
  • Sifat 20 ini dihimpunkan oleh Imam al-Sanusi dalam karyanya Umm al-Barahin dan disyarahkan oleh ramai para ulama’ seluruh dunia.

  • Sebelum Imam al-Sanusi, perbincangan sifat-sifat Allah SWT telah pun dinyatakan dalam buku-buku mereka. Antaranya Imam al-Haramain al-Juwaini[1] membahagikan sifat-sifat Allah kepada sifat nafsiyyah dan sifat ma’nawiyyah[2] manakala Imam Fakhruddin al-Razi pula membahagikan sifat-sifat Allah kepada salbiyyah, idhafiyyah dan haqiqiyyah.[3]

  • Perbahasan sifat-sifat Allah pada peringkat awal, terutamanya pada zaman Imam Abu Hasan al-Ash’ari lebih menekankan sifat-sifat asas yang disebutkan di dalam al-Qur’an iaitu qudrah, iradah, ‘ilm, hayah, sama’, basar dan kalam.

  • 7 sifat ini adalah sifat wajib yang berada dalam zat Allah. Sifat inilah yang dinamakan sifat ma’ani yang akan kami huraikan pada kali ini dan perbezaannya dengan sifat ma’nawiyyah.

  • Empat bahagian sifat yang di susun oleh Imam al-Sanusi adalah sifat nafsiyyah, sifat salbiyyah, sifat ma’ani dan sifat ma’nawiyyah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 11:05 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-2-2017 11:09 AM

Definisi Sifat Ma’ani
  • Sifat ma’ani adalah tiap-tiap sifat yang wujud, berdiri dengan kewujudan-Nya yang mewajibkan baginya hukum. Terdapat takrif lain iaitu “Apa yang menunjukkan atas makna yang ada yang berdiri dengan Zat.[4] Secara mudahnya, ia bermakna 7 sifat itu berdiri sendiri dengan zat-Nya dan ia mewajibkan segala ketetapan bagi 7 sifat ma’ani iaitu sifat ma’nawiyyah.
  • Imam al-Sanusi berkata:
ثُمَّ يَجِبُ لَهُ تَعَالَى سَبْعُ صِفَاتٍ تُسَمَّى صِفَاتِ الْمَعَانِى
Maksudnya: Kemudian, wajib bagi-Nya 7 sifat yang dinamakan sifat ma’ani.
Sifat ma’ani tersebut adalah qudrah (Maha Berkuasa), iradah (Maha Berkehendak), ‘ilm (Maha Mengetahui), hayah (Maha Hidup), sama’ (Maha Mendengar), basar (Maha Melihat) dan kalam (Maha Berkata-kata).
  • Para ulama’ Asya’irah menamakannya sebagai sifat ma’ani bagi merujuk kepada hakikat yang benar-benar wujud pada zat Allah iaitu 7 sifat utama; qudrah, iradah, ‘ilm, hayah, sama’, basar dan kalam.[5]
  • Al-Imam al-Baijuri dalam Hasyiahnya menyebut, “Ketahuilah bahawa sifat ma’ani dari sudut ta’alluq[6] dan tiadanya, begitu juga umum ta’alluq bagi wajib, harus dan mustahil dan khususnya dengan yang mumkinat atau yang maujudat, terbahagi kepada 4:
  • Yang berta’alluq dengan mumkinat iaitu sifat qudrah dan iradah tetapi ta’alluq bagi sifat yang pertama iaitu qudrah adalah ta’alluq ijad (mengadakan) dan i’dam (mentiadakan). Sedangkan ta’alluq yang kedua (sifat iradah) adalah ta’alluq takhsis (menentukannya).
  • Yang berta’alluq dengan yang wajib, harus dan mustahil iaitu sifat ‘ilmu dan kalam. Tetapi, ta’alluq bagi sifat yang pertama iaitu ilmu adalah ta’alluq inkisyaf (terbuka). Sedangkan ta’alluq bagi sifat yang kedua iaitu kalam ialah ta’alluq dalalah iaitu petunjuk.
  • Yang berta’alluq dengan segala yang maujud iaitu sama’, basar dan juga (idrak)[7] jika ada yang berpendapat demikian.
  • Yang berta’alluq dengan sesuatu iaitu

    Mengetahui semua ta’alluq bukanlah wajib ke atas mukallaf kerana ia termasuk daripada perkara yang rumit dalam ilmu kalam sebagaimana yang dinukilkan Syeikh al-Barawi[8] daripada Sayyidi Muhammad al-Saghir dan disebutkan oleh al-Syeikh al-Shanwani.[9]

@mnm77  - please, would u like to clarify all of the above? i just did not understand the sentences. but i want to learn.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 11:08 AM | Show all posts
Definisi Sifat Ma’nawiyyah

Kami nyatakan di sini beberapa takrif.



Antaranya:

Sifat ma’nawiyyah pula adalah sifat-sifat yang wujud disebabkan adanya sifat ma’ani. Dengan kata lain, sifat ma’nawiyyah adalah sifat yang wujud kerana adanya sifat ma’ani.

Juga dikatakan sifat ma’nawiyyah merupakan nazariyyah ahwal disisi Abi Hashim al-Mu’tazili.[10] Contohnya, apabila ada sifat ‘ilm pada zat Allah, maka kesannya adalah keadaan Allah yang bersifat dengan sifat berilmu (kaunuhu ‘aliman).

Al-Baqillani berkata: “Setiap sifat bagi yang maujud yang tidak bersifat dengan wujud, maka ia adalah hal. Samada dari segi makna yang wajib itu daripada yang mensyaratkan pada thabitnya hayah (hidup) atau yang tidak disyaratkan, seperti contoh keadaan yang hidup itu adalah hidup. Lihat Nihayat al-Iqdam, hal. 45.

Mengikut al-Iji, “Ia adalah perantara antara yang maujud dan tiada.” Lihat al-Mawaqif, 1/279.

Menurut Imam al-Sanusi,

ثُمَّ سَبْعُ صِفَاتٍ تُسَمَّى صِفَاتٍ مَعْنَوِيَّةً وَهِيَ مُلَازَمَةٌ لِلسَّبْعِ الْأُوْلَى



Maksudnya: “Kemudian 7 sifat yang dinamakan sifat ma’nawiyyah yang melazimkan 7 sifat terawal (ma’ani).”


Sifat tersebut adalah kaunuhu qadiran (keadaan-Nya yang Berkuasa), kaunuhu muridan (keadaan-Nya yang Berkehendak), kaunuhu ‘aliman (keadaan-Nya yang Mengetahui), kaunuhu hayyan (keadaan-Nya yang Hidup), kaunuhu sami’an (keadaan-Nya yang Mendengar), kaunuhu basiran (keadaan-Nya yang Melihat), kaunuhu mutakalliman (keadaan-Nya yang Berkata-kata).

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 11:10 AM | Show all posts
Perbezaan Antara Sifat Ma’ani dan Ma’nawiyyah

Sifat ma’ani bukan zat Allah itu sendiri tetapi ianya sifat yang berdiri dengan Zat-Nya. Oleh itu, ia dikenali sebagai sifat Zat manakala sifat ma’nawiyyah pula adalah sifat perbuatan yang keluar daripada Zat-Nya. Terdapat beberapa perbezaan antara kedua sifat ini walaupun ada sebahagian ulama’ menyamakan sahaja antara keduanya. Perbezaannya adalah:

  • Sifat ma’ani adalah usul dan sifat ma’nawiyyah adalah pecahan daripadanya.[11]
  • Sifat ma’ani adalah sebab (‘illah) dan sifat ma’nawiyyah adalah kesan (ma’lul).
  • Sifat ma’ani adalah sifat yang ada pada Zat Allah yang sesuai dengan kesempurnaan-Nya. Manakala sifat ma’nawiyyah sifat yang sentiasa tetap ada pada Zat Allah dan tidak mungkin pada satu ketika, Allah SWT tidak bersifat sedemikian
  • Sifat ma’ani adalah sifat wujudiyyah yang diterima pada akal zihin dan luarnya sedangkan sifat ma’nawiyyah pula merupakan sifat yang thabit diterima pada akal zihin dan tidak pada luarnya. Lihat Tahzib Syarh al-Sanusiyyah, hal. 43.
  • Kami nyatakan di sini apa yang disebut oleh al-Baijuri, “Ini kerana mengira bilangan sifat ma’nawiyyah sesungguhnya seiringan mengikut pendapat yang menthabitkan ahwal iaitu sifat yang tiada wujud dan tiada ada. Bahkan perantaraan antara wujud dan tiada.” Inilah pandangan Imam al-Sanusi dalam al-Sughra yang berkata…”Yang terpilih di sisi ahli tahqiq bahawa ia adalah bukan hal kerana sesungguhnya hal itu bersifat mustahil.”[12]

Untuk contoh yang lebih mudah difahami, Allah SWT mempunyai sifat Zat iaitu al-Rizq. Dengan sifat tersebut, Dia memberi rezeki kepada seluruh alam. Perbuatan memberi itulah yang disifatkan dengan sifat perbuatan iaitu al-Raziq (Maha Pemberi Rezeki).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-2-2017 11:11 AM | Show all posts
Penutup

Kami berpendapat bahawa sifat ma’ani seperti qudrah, lazim daripadanya atau mesti juga bersifat keadaan-Nya berqudrah daripada sifat ma’nawiyyah. Dan yang thabit daripada sifat yang berdiri dengan Zat ialah 7 sifat ma’anit. Adapun sifat ma’nawiyyah lebih kepada ta’bir wujudnya sifat makna kepada Zat dan ramai tokoh seperti al-Qadhi al-Baqillani[13] dan juga Imam al-Sanusi telah mengira sifat ma’nawiyyah termasuk daripad Sifat 20 sekalipun Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari Rahimahullah sendiri tidak mengiranya. Sesungguhnya, kesemua apa yang dibahaskan di atas, tidak lain hanyalah diambilnya sumbernya daripada al-Qur’an dan al-Hadis. Kami sedaya upaya mempermudahkan perbahasan ini supaya dapat difahami oleh masyarakat awam dan menjadi satu panduan serta ilmu yang bermanfaat dalam kehidupan kita selaku umat Islam.

Akhukum fillah,


Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 11:11 AM | Show all posts
Mufti Wilayah Persekutuan

______________________________

[1] Imam al-Juwaini yang juga dikenali dengan nama Imam al-Haramain, mempunyai nama lengkap Abu al-Ma'ali Abd al-Malik bin Abu Muhammad Abdullah bin Yusuf bin Abdullah bin Yusuf bin Muhammad bin Hayyuyah al-Juwaini. Seorang ahli Usul dan Fiqh yang bermazhab Syafie. Digelar Imam al-Haramain kerana beliau pernah menetap di Mekah dan Madinah selama empat tahun untuk belajar, berfatwa dan mengumpulkan metodologi-metodologi mazhab. Beliau dilahirkan pada tanggal 18 Muharram 419 H.

[2] Al-‘Aqidah al-Nizamiyyah, hal. 23.

[3] Al-Matalib al-‘Aliyyah, 1/294

[4] Tahzib Syarh al-Sanusiyyah, hal. 43

[5] Nuh Ali Salman al-Qudhah, al-Mukhtasar al-Mufid fi Syarh Jauharah al-Tauhid, hal. 60.

[6] Al-Sawi berkata, “Ketahuilah sifat wujudiyyah terbahagi kepada dua; ada yang berta’alluq dan ada yang tidak berta’alluq. Sifat yang berta’alluq membawa kepada tambahan perkara pada qiyam pada tempatnya. Seperti qudrah, ia membawa kepada yang dikuasainya. Lihat Syarah al-Sawi ‘ala Jauharah al-Tauhid, hal. 194-195.

[7] Seperti kata dalam Jauharah al-Tauhid

فَهلْ لَـهُ إِدْرَاكٌ أًوْ لاَ خُلْـفُ  وَعِنْـدَ قَـوْمٍ صَـحَّ فِيـهِ الْوَقْـفُ

Adakah bagi-Nya sifat idrak atau tidak, menjadi khilaf.

Di sisi sebahagian ulama’ yang sahih padanya adalah pendapat tawaqquf.

Antara yang mengithbatkannya adalah al-Qadhi al-Baqillani dan Imam al-Haramain. Sedangkan pendapat yang bertawaqquf ialah Abdullah bin Muhammad bin Ali al-Fihri al-Syafie, Ibn al-Tilmisani dan sebahagian ulama muta’akhkhirin. Lihat Tuhfah al-Murid, hal. 135-136.

[8] Beliau ialah Syeikh Isa bin Ahmad bin Isa al-Azhari, seorang ulama’ dan faqih bermazhab Syafie yang unggul. Belajar di al-Azhar dan meninggal dunia pada tahun 1182H. Antara karyanya Hasyiah ala Syarh Jauharah al-Tauhid. Lihat al-A’lam, 5/10.

[9] Tuhfat al-Murid ala Jauharah al-Tauhid, hal. 142.

[10] Tahzib Syarh al-Sanusiyyah, hal. 43

[11] Ilm al-Tauhid fi Dhau’ al-‘Aql wa al-Naql, hal. 252.

[12] Tuhfat al-Murid, hal. 69.

[13] Nama lengkapnya adalah Muhammad bin Thayyib bin Muhammad bin Ja'far bin al-Qasim, yang lebih dikenal dengan al-Qadhi Abu Bakr al-Baqillani, di samping sebagai mutakkalim, beliau juga ahli Usul Fiqh. Lahir di Basrah dan menetap di Baghdad. Tahun kelahirannya tidak ada sumber yang pasti menyebutnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2017 11:15 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 17-2-2017 11:20 AM

assalamualaikum...

i dont understand these bits though - the sentences are written in classical? malay?

saya sungguh tak dapat  faham.

may i ask for help?

sesiapa boleh terangkan ke in simple english or malay? please, i want to understand this?

Definisi Sifat Ma’ani
Sifat ma’ani adalah tiap-tiap sifat yang wujud, berdiri dengan kewujudan-Nya yang mewajibkan baginya hukum.

Terdapat takrif lain iaitu “Apa yang menunjukkan atas makna yang ada yang berdiri dengan Zat.[4] Secara mudahnya, ia bermakna 7 sifat itu berdiri sendiri dengan zat-Nya dan ia mewajibkan segala ketetapan bagi 7 sifat ma’ani iaitu sifat ma’nawiyyah.

Imam al-Sanusi berkata:
ثُمَّ يَجِبُ لَهُ تَعَالَى سَبْعُ صِفَاتٍ تُسَمَّى صِفَاتِ الْمَعَانِى
Maksudnya: Kemudian, wajib bagi-Nya 7 sifat yang dinamakan sifat ma’ani.
  • Sifat ma’ani tersebut adalah qudrah (Maha Berkuasa), iradah (Maha Berkehendak), ‘ilm (Maha Mengetahui), hayah (Maha Hidup), sama’ (Maha Mendengar), basar (Maha Melihat) dan kalam (Maha Berkata-kata).

- okay i faham ni

  • Para ulama’ Asya’irah menamakannya sebagai sifat ma’ani bagi merujuk kepada hakikat yang benar-benar wujud pada zat Allah iaitu 7 sifat utama; qudrah, iradah, ‘ilm, hayah, sama’, basar dan kalam.[5]

    - okay i faham ni
Al-Imam al-Baijuri dalam Hasyiahnya menyebut, “Ketahuilah bahawa sifat ma’ani dari sudut ta’alluq[6] dan tiadanya, begitu juga umum ta’alluq bagi wajib, harus dan mustahil dan khususnya dengan yang mumkinat atau yang maujudat, terbahagi kepada 4:


Yang berta’alluq dengan mumkinat iaitu sifat qudrah dan iradah tetapi ta’alluq bagi sifat yang pertama iaitu qudrah adalah ta’alluq ijad (mengadakan) dan i’dam (mentiadakan). Sedangkan ta’alluq yang kedua (sifat iradah) adalah ta’alluq takhsis (menentukannya).



Yang berta’alluq dengan yang wajib, harus dan mustahil iaitu sifat ‘ilmu dan kalam. Tetapi, ta’alluq bagi sifat yang pertama iaitu ilmu adalah ta’alluq inkisyaf (terbuka). Sedangkan ta’alluq bagi sifat yang kedua iaitu kalam ialah ta’alluq dalalah iaitu petunjuk.



Yang berta’alluq dengan segala yang maujud iaitu sama’, basar dan juga (idrak)[7] jika ada yang berpendapat demikian.



Yang berta’alluq dengan sesuatu iaitu

Mengetahui semua ta’alluq bukanlah wajib ke atas mukallaf kerana ia termasuk daripada perkara yang rumit dalam ilmu kalam sebagaimana yang dinukilkan Syeikh al-Barawi[8] daripada Sayyidi Muhammad al-Saghir dan disebutkan oleh al-Syeikh al-Shanwani.[9]


- like what is the Mufti is talking about , ye ? the terms?i tak faham kesemua word order dalam ayat di atas , it is malay but it is not all understood.

my question:
hmm taalluq tu ape?


@mnm77  - please, would u like to clarify all of the above? i just did not understand the sentences. but i want to learn.



depa tak kasi glossary laaa - susah nak faham sikit ...the malay is a bit different???

Comments

term ni I pun susah nak explain... I pun kena cari term yg sesuai jugak... bab sifat ni kalau term tak sesuai senang salah faham  Post time 17-2-2017 11:25 AM
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2017 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-2-2017 11:15 AM
assalamualaikum...

i dont understand these bits though - the sentences are written in classical?  ...

Ni ibarat you nk pi beli rumah tp masuk ikut balcony tingkat atas ni..... tau2 dah dlm rumah. Dah start dok tanya berapa nak jual.

Pintu depan, hallway, living room kat tkt bawah tak tengok lagi.....

Tak pa.... pelan2 kayuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 12:35 PM | Show all posts
baulu replied at 17-2-2017 12:29 PM
Ni ibarat you nk pi beli rumah tp masuk ikut balcony tingkat atas ni..... tau2 dah dlm rumah. Dah  ...

nak kayuh camner
i tak faham sangat tu part yg i hilite tu

i dont understand the whole sentences

tu i tak faham / dont understand d the word order Baulu

i tak faham

ayat dalam teks tu....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2017 12:37 PM | Show all posts
baulu replied at 17-2-2017 12:29 PM
Ni ibarat you nk pi beli rumah tp masuk ikut balcony tingkat atas ni..... tau2 dah dlm rumah. Dah  ...

how would u reword this, please?
Sifat ma’ani adalah tiap-tiap sifat yang wujud, berdiri dengan kewujudan-Nya yang mewajibkan baginya hukum.

Terdapat takrif lain iaitu “Apa yang menunjukkan atas makna yang ada yang berdiri dengan Zat.[4] Secara mudahnya, ia bermakna 7 sifat itu berdiri sendiri dengan zat-Nya dan ia mewajibkan segala ketetapan bagi 7 sifat ma’ani iaitu sifat ma’nawiyyah.


Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-2-2017 12:37 PM
how would u reword this, please?

Bila dia kata berdiri dgn Zatnya tu selalunya merujuk sifat tu qadim, wujud sejak azali, tak ada permulaan.

Zat Allah tak ada permulaan. Jadi klu jumpa ayat dia kata mcm tu, maknanya it has been in existence since forever.

Jadi, kalau mana2 sifat maani ni dia kata mcm tu, itulah origin sifat tu.

What u r trying to understand is a bit complex utk org awam faham. Very academic. Tambah2 you membaca & penulis guna ayat2 kitab. Kena dengar syarah baru senang faham. Nak imagine mmg payah.

Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2017 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf replied at 17-2-2017 11:15 AM
assalamualaikum...

i dont understand these bits though - the sentences are written in classical?  ...

Taaluq tu makna dia lebih kurang relationship, hubung kait.

Depa guna term kitab2. Tu yg pening. Klu dgr syarah ustaz yg well verse senang je dia nak describe. Kita yg beginner pun mcm "e eh, taklah susah mana pun".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2017 03:32 AM | Show all posts
I see let me read this
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2017 03:06 PM | Show all posts
Wujud

Qidam hingga Wahdaniah

...bg yg first time baca ni, tak boleh skip ke Ma'ani dan Ma'nawiyah terus..
nanti tak lengkap dan pening...

syarah untuk 6 sifat yang lebih awal tu pun panjang sebenarnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2017 11:24 AM | Show all posts

Dah faham ke? Kalau dah baguslah... penggunaan istilah dalam penjelasan sifat-sifat Allah.... saya ambil pendekatan untuk kurang beri huraian, sebab saya risau salah faham... kalau ada forumer lain yang dah dengar syarah yang bagus-bagus, dan share kat sini saya pun boleh tumpang baca juga...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-3-2017 06:25 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 2-3-2017 06:26 PM
mnm77 replied at 2-3-2017 11:24 AM
Dah faham ke? Kalau dah baguslah... penggunaan istilah dalam penjelasan sifat-sifat Allah.... saya ...

tak berapa tapi u nak cerita pun boleh jugak ,  baca balik sekali lalu dapatlah makna kasar tapi kalau u nak halusi okay jugak.

wow u know ..bahasa kitab lagu tu ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2017 11:05 PM | Show all posts
Edited by Zackmaster at 2-3-2017 11:09 PM

As-Salam~
InsyaAllah sy cuba memudahcarakan penerangan berkenaan...
Tauhid & Tasauf & Fiqh
20 Sifat ; 4 Bahagian

Nafsiah                        1
Salbiah                        5
Ma'ani                         7
Ma'nawiyah               7

Zat    -> Nafsiah
              Salbiah

Sifat    -> Ma'ani

Sifat atas Sifat         ->        Ma'nawiyah
atau Keadaan Sifat
'Taaluq' tu untuk pemahaman awal bolehla disepertikan dgn 'Takluk'
- sesuatu yg 'bergantung'/'berkait' pd sesuatu
- terTakluk kpd terma dan syarat
- jajahan Takluk
etc.

(Sifat Ma'ani tertakluk kepada Zat, yakni Nafsiah & Salbiah)
(Sifat Ma'nawiyah tertakluk kepada Sifat Ma'ani)

Sifat Ma'ani dan takluk-takluknya
qudrah                mumkinat                               i'jad & i'dam
iradah                mumkinat                               takhsis
‘ilm                     wajib,harus,mustahil               inkisyaf
hayah
sama’                maujud
basar                maujud
kalam                wajib,harus,mustahil               dalalah

(tiada Mendengar tanpa Pendengaran)[wujud Mendengar bertakluk kpd wujudnya Pendengaran]
(tiada Melihat tanpa Penglihatan)[wujud Melihat bertakluk kpd wujudnya Penglihatan]

*di sini sgt penting! cuba kaitkan dengan Syahadah pertama, kalian dapat melihat keterkaitannya~


...Hanya kepada Allah dikembalikan segala pujian, kepada Allah jua kembalinya segala ilmu...

Rujukan:
PERSIDAM, Md Aleh Solihin drpd [Umm al-Barahin Imam Sanusi] dan [Qawa'id al-I'tiqad Imam Ghazali]


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2017 09:16 AM | Show all posts
mbhcsf replied at 2-3-2017 06:25 PM
tak berapa tapi u nak cerita pun boleh jugak ,  baca balik sekali lalu dapatlah makna kasar tapi ...
wow u know ..bahasa kitab lagu tu ye?

Yup, especially kitab yang ditulis oleh Ulama terdahulu, sebab tu pengajian bersanad penting untuk capai kefahaman yang sama dengan guru, guru kepada guru, and so on.... sampai kepada penulis kitab, berkaitan bab ilmu yang ditulis tu....

Kitab yang ditulis oleh Ulama zaman sekarang, yang guna gaya bahasa zaman sekarang, mungkin lebih mudah difahami...  dan 'term' atau istilah yang digunakan biasanya lebih sesuai dengan gaya bahasa sekarang... tapi untuk bab 'sifat' Allah, mungkin banyak Ulama yang tak ubah istilah untuk kekalkan penggunaan istilah...

WAllahu a'lam

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.454924 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list