CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2674|Reply: 7

Pelakon Terkenal Van Damme Jadikan Rasullullah Sebagai Ikutan..semoga diberi hid

[Copy link]
Post time 8-2-2017 12:36 PM | Show all posts |Read mode


Pelakon bintang Hollywood yang terkenal dengan melakonkan aksi seni mempertahankan diri , Jean-Claude Van Damme, mengatakan bahawa dia mengikuti contoh Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atasnya) ketika ditanya tentang pemakanan sihat.


"Nabi Muhammad adalah sangat pintar, dia tahu apa yang baik untuk masa depan, tentang tubuh badan," kata Van Damme ketika bercakap kepada MBC.



Beliau bukan sahaja mengikuti cara hidup Rasulullah, namun juga menyeru supaya peminat-peminatnya bagi membuktikan sendiri kelebihan meniru cara hidup Rasulullah.





Menurut beliau, apa yang diperlukan untuk memastikan kesihatan tubuh badan sudah ada dalam ajaran mengenai pola pemakanan sihat yang ditunjukkan oleh Rasulullah.








Pelakon berusia 56 tahun itu adalah seorang pelakon dari Belgium yang juga penulis skrip, penerbit filem dan pengarah yang terkenal dengan aksi seni mempertahankan diri.


Kesihatan dan kebersihan menjadi perkara yang sangat ditekankan dalam Islam dan tiada tandingan dengan mana-mana agama lain.


Banyak hadis-hadis Nabi Muhammad menunjukkan bahawa Islam sangat menitikberatkan dengan mendalam tentang kesihatan diri dan kebersihan.


Makanan halal dimakan bukan sahaja oleh 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia, tetapi juga oleh sekurang-kurangnya 500 juta orang bukan Islam.


Umat islam hanya makan daging daripada ternakan yang disembelih oleh pisau yang tajam dari leher mereka, dan dengan memulai dengan menyebut nama Allah.


Umat islam juga tidak boleh makan daging babi dan menganggap babi dan daging mereka kotor dan tidak sihat untuk dimakan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2017 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
suka tgok dia berlakon dulu2.. hensem
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 01:58 PM | Show all posts
semoga abam van damme trima Hidayah dan kaka Lindsay lohan too
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2017 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
satg adalah puak2 atheis masuk merempan kata dgg babi diorg mkn sodapp
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2017 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
meStI maii pnya puak tu dgn copy n paste text ntah dr mana, research yg terbukti katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2017 03:11 AM | Show all posts
Semoga dapat Hidayah,  Van Damme
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2017 03:11 AM | Show all posts
Aku suka tengok dia berlakon. Dalam Expendables pun masih sado lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2017 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga dikurniakan hidayah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.062921 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list