CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: elamorangers

Novel ~ SERU NAMAKU

[Copy link]
Post time 4-5-2017 10:04 PM | Show all posts


best.....tak sabar nak tunggu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-8-2017 08:01 PM | Show all posts
Edited by elamorangers at 14-8-2017 08:41 PM

Jam dinding yang tergantung di ruang tamu rumah menunjukkan tepat pukul 12. Malam semakin hening dan suasana mulai sunyi. Ilya telah terlena kembali di dalam kamar tidurnya. Aku duduk membatu di atas sofa ruang tamu rumah yang suram tanpa sebarang cahaya lampu. Nadhirah bersila di atas sofa bertentangan dan merenung aku tajam tanpa sebarang suara. Cahaya bulan yang menyimbahi sebahagian ruang tamu membolehkan aku melihat kerutan-kerutan yang terlukis di wajahnya. Sudah hampir 10 minit aku dan dia duduk berteleku di sini tanpa suara. Nadhirah masih berpakaian lengkap bersama-sama selendang di kepala.

" Aku.. Aku boleh nampak benda yang manusia tak nampak." Nadhirah  akhirnya memecah kesunyian dengan sebuah pengakuan yang mengejutkan.

"Tapi perkara tu dah lama. Aku sepatutnya dah sembuh. Tok Man dah rawat mata aku, jadi aku tak faham kenapa benda ni jadi semula." Dia menggosok matanya berkali-kali seolah-olah  cuba mengembalikan hijabnya yang telah terbuka. Aku jadi simpati mendengar rintihan sahabat baik Ilya yang satu ini.

" Aku masih hidup." Nadhirah terpana seketika mendengar kata-kataku.

" Aku bukan mahluk halus. Aku manusia biasa. Aku koma lepas terlibat dalam kemalangan sebulan yang lalu tetapi aku dah terkeluar daripada jasad sendiri."

" Doktor kata tuhan masih sayangkan aku sebab aku boleh bernafas sendiri tanpa bantuan oksigen walaupun selepas beberapa minggu berlalu. Kebanyakkan kes, orang yang koma akan bergantung kepada bantuan oksigen dan mereka cuma diberi tempoh tertentu untuk sedar sebelum bantuan oksigen dimatikan." aku menyambung bicara. Nadhirah mendengar penuh tekun.

" Dua minggu aku merayau tidak tentu arah. Aku tak percaya dengan apa yang jadi pada aku. Aku menangis, meraung minta bantuan tetapi tiada siapa yang menghiraukan aku. Tiada siapa yang nampak penderitaan aku waktu tu sampai lah aku bertemu dengan Ilya. Ilya buat aku rasa macam aku hidup kembali. Walaupun dia tidak nampak aku secara zahir, tetapi dia buat aku rasa macam manusia normal."

" Macam mana kau boleh terjumpa Ilya?" pertanyaan Nadhirah serta merta mengembalikan ingatanku terhadap pertemuan pertama aku dengan Ilya.

______________________________________________________________

" Get off!" aku terkejut apabila disergah dengan seorang wanita mabuk di kaki lima sebuah kelab malam. Dia berjalan terhuyung hayang menuju ke arah seorang lelaki yang sedang menantinya di hujung jalan. Dia boleh nampak aku? Matahari sudah mula menunjukkan tanda akan menggantikan bulan, orang ramai berpusu-pusu meninggalkan kelab malam tersebut. Jalanraya mulai sesak dengan kenderaan yang berlumba-lumba mahu menuju ke destinasi masing-masing. Aku berjalan tanpa tunjuan di sepanjang kota sebelum sekali lagi dikejutkan dengan suara seseorang tidak jauh daripada tempat aku berdiri. Wanita itu telah duduk terjelepok di hujung koridor bersama-sama kertas yang bersepah di merata tempat dan sebuah komputer riba yang jatuh mencium bumi. Mesti jahanam laptop perempuan ni nanti. Aku cuma melihat gelagatnya yang cuba untuk bangun tetapi terjatuh semula. Aku ketawa melihat perilakunya. Perempuan itu nampak naif dan cuai. Aku mendekatinya dan cuba untuk membantunya tetapi niatku terbatal. Aku teringat akan keadaan diriku, jadi aku pilih untuk terus melihatnya dalam jarak yang dekat. Sangat dekat sehingga aku dapat melihat air matanya mengalir. 'Malang betul nasib kau Ya. Nak cari rezeki, jadi macam ni pula.' Gadis bernama 'Ya' itu mengutip kertas dan komputer ribanya dan berjalan pulang ke rumah sambil mengeheret kakinya yang terseliuh. Entah mengapa, kaki aku turut mengikut jejak gadis malang itu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-8-2017 11:02 PM | Show all posts
Edited by elamorangers at 16-8-2017 12:56 PM

Gadis itu mencampakkan segala barangnya di atas sofa dan merebahkan tubuh di atas sebuah three seater sofa. Aku berjalan-jalan seketika mengelilingi rumah apartmen miliknya yang sederhana besar ini sebelum duduk di bersila di atas lantai di sebelah gadis tadi. aku melihat wajahnya dalam jarak dekat. Dia merenung siling dengan pandangan kosong. Cantik. Belum sempat aku meneliti raut wajahnya dengan lebih lama dia bangun dan duduk serta merta. Aku terkaku seketika. Terkejut dengan tindakan tiba-tiba gadis itu. Dia membuka pin di tudung nya dan menaggalkan tudungnya. ikatan rambutnya juga dilepaskan. Rambut separas pinggangnya beralun perlahan mengikut gerak tubuhnya. Dia kembali merebahkan tubuh dan melelapkan mata. Aku membelek semula wajahnya setelah yakin dia telah hanyut di alam mimpi. Aku tidak ingat bila kali terakhir aku melihat wajah seorang gadis seteliti ini. Hidup aku telah aku dedikasikan sepenuhnya kepada kerjaya sehingga untuk makan pun aku terpaksa terhadkan sehingga jam tertentu. Aku telah berusaha keras untuk sampai ke tahap ini jadi aku tidak mahu sia-siakan segalanya, tanpa aku sedar hidup ini sebenarnya lebih daripada sekadar bekerja mencari rezeki. Apabila usiaku mencecah 32 tahun, aku masih hidup sendiri tanpa teman. Aku masih tenggelam dengan keasyikkan mengejar dunia sementara kawanku yang lain telah pun mempunyai cahaya mata penyeri hidup mereka. Aku bahagia hidup dengan nikmat yang sedikit ini sehinggalah tuhan pisahkan aku dengan jasadku sendiri. Gadis tadi tiba-tiba mengiringkan tubuhnya membuatkan wajahnya hanya dua inci jaraknya daripada wajahku. Aku dapat merasakan desah nafasnya yang menyapa wajahku. Dia tidur begitu lena. Wajahnya polos seperti seorang kanak-kanak, aku jadi simpati. Sebelah tanganku mula mengusap wajah lembutnya. Saat itu, aku membuat keputusan untuk terus berada di sisi gadis ini. Gadis yang belum ku tahu namanya.
______________________________________________________________________________________________________________


Malam semakin larut. Perbualan panjang bersama-sama Nadhirah tadi telah pun berakhir. Nadhirah telah kembali ke kamar dan lelap di sisi Ilya.

" Selagi kau tak akan sakiti atau apa-apakan dia, selagi itu kau boleh stay dengan dia. Ini warning tau, bukan permission." kata-kata Nadhirah masih terngiang-ngiang di telinga. Nadhirah tidak salah tetapi tidak juga betul. Mustahil aku akan mengapa-apakan Ilya tetapi kejadian beberapa hari lepas boleh berulang lagi. Seandainya Ilya tidak menjerit seperti malam tersebut, sudah tentu aku akan hanyut bersama-sama godaan nafsu. Ilya mungkin tidak akan sedar tetapi perbuatan aku akan meninggalkan kesan juga kepada dirinya dan tubuhnya. Aku menghembus nafas berat. Aku jadi takut dan tidak percaya dengan diriku sendiri. Dup! Ilya yang muncul tiba-tiba melabuhkan duduk di sisiku. Ya tuhan, dia ni selalu buat aku kaget macam ni. Ilya memusingkan wajahnya melihat bulan yang bersinar indah di sebalik pintu kaca. Wajahnya kosong tidak beriak. Matanya tenggelam dalam sinaran bulan yang kelihatan tidak jauh daripada tempat duduk kami.

" Kenapa kau terjaga pulak ni?" aku berbisik sambil tanganku mengelus rambutnya perlahan. Mata Ilya tiba-tiba berkaca.
" Kenapa kau sedih?" aku akhirnya gagal mengawal diriku. Tubuh Ilya aku peluk erat. Dia mengesat matanya tetapi ia kembali bertakung selepas beberapa ketika. Ilya akhirnya membiarkan air matanya mengalir lesu di pipinya. Jangan sedih Ilya, aku janji aku tidak akan sekali-kali tinggalkan kau. Aku akan sentiasa berada dekat dengan kau walau apa pun terjadi. Lama Ilya duduk merenung bulan sehingga akhirnya dia terlena di bahuku.

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2017 06:13 PM | Show all posts
" Aku masih hidup." Nadhirah terpana seketika mendengar kata-kataku.
tu kata2 watak Aku, kan?





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 09:26 PM | Show all posts
Ipo replied at 30-9-2017 06:13 PM
tu kata2 watak Aku, kan?

betul, tepat sekali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2017 09:58 PM | Show all posts
Suasana rumah Ilya hingar bingar tidak seperti selalunya sewaktu aku menjejakkan kaki seawal jam 8 pagi. Aku baru sahaja pulang daripada menziarahi diri sendiri. Luka di wajah dan tubuku mulai pulih. Keadaan aku bertambah baik walaupun aku masih belum sedarkan diri. Aku masih tidak putus berdoa supaya aku dapat kembali kepada tubuhku dan menjadi manusia yang normal semula. Bunyi kuali berlaga dengan sudip di selang seli dengan ketawa galak ilya menarik langkah kakiku menuju ke dapur. Nadhirah sedang menggoreng sesuatu dan Ilya di sisinya sedang membancuh kopi. Mereka berborak sambil ketawa ceria. Aku mendekati Ilya dan meraba dahinya. " Astaghfirullah!!!" jerita kecil Nadhirah yang terkejut melihat kehadiranku membuatkan Ilya turut terjerit sama.
" Kenapa kau ni Nad?! Kau nampak apa?" Ilya menoleh ke sisi dan hampir saja hidung kami berlaga. Nadhirah menarik tubuh Ilya menjauhi aku sambil matanya tajam menjeling aku.
"Nad?!" Ilya meangawang-awangkan tangannya di hadapan wajah Nadhirah.
"Are you okay? Kau tengok apa Nad?" Ilya menoleh ke arahku semula dan untuk beberapa saat mata kami berlaga. Dadaku berdegup laju. Dia hampir buat aku percaya yang dia mampu melihat kelibat aku.
"Aku lupa pasal kertas kerja yang aku patut hantar!" jerit nadhirah histeria sambil menggoncang-goncangkan tubuh Ilya yang jelas bimbang. Aku ketawa lucu melihat lakonan gadis tinggi lampai itu. Pandai betul dia berlakon. Aku pun rasa tertipu.
"Habis tu macam mana ni Nad? Boss kau marah ke nanti?" Ilya turut sama gelabah.
" It's okay, aku ada masa sampai pukul 12 ni. Nanti aku email dia sekejap. Ya, kau tolong tengok-tengokkan nasi goreng ni" Nadhirah meninggalkan ruang dapur sambil matanya mengisyaratkan aku agar mengikut jejak langkahnya.
"Kau!" dia berbisik keras. Aku hanya mampu tersengih kelat.
"Don't you ever do that again!"
" What am I doing?" aku bingung.
"Jangan muncul tiba-tiba macam tadi! Kau nak aku rahsiakan pasal kau dari Ilya kan, jadi kau pun please, behave!" Nadhirah membebel sambil matanya mencuri-curi pandang ke arah dapur.
"Okay, tapi reaksi kau tadi memang kelakar." aku cuba menahan tawa.
"Tak kelakar okay!" Nadhirah menjenggilkan matanya dan menoleh ka arah dapur semula, memastikan ilya tidak mendengar perbualan di antara
aku dan dia.
" Lagi satu, pandai kau cover, aku pun hampir percaya. Terima kasih Nad, aku dah lama tak nampak Ilya ketawa macam tadi. Thank you sebab kembali dan bahagiakan dia." Aku berbisik perlahan di telinga Nadhirah. Pipinya sedikit kemerahan sebaik mendengar kata-kata terakhirku. Dia memandang aku seketika sebelum kembali menapak ke dapur tanpa sebarang kata. Aku memerhati tingkah laku Ilya dan Nadhirah yang kembali hanyut dalam perbualan dan tawa mereka daripada jauh. Aku tersenyum bahagia. Terima Kasih Nadhirah.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-10-2017 07:19 AM | Show all posts
elamorangers replied at 1-10-2017 09:58 PM
Suasana rumah Ilya hingar bingar tidak seperti selalunya sewaktu aku menjejakkan kaki seawal jam 8 p ...

wahai cik penulis, bila nak sambung ni? first time ai masuk bod ni terus bukak tred citer ni tau...ala2 citer  Ghost (Patrick Swayze & Demi Moore).
Best2! menantikan sambungan.
Sementara tu nak terbang gi baca tred citer2 lain dulu. chaiyok!
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2017 03:24 PM | Show all posts
mana sambungan nya tt?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2017 11:23 AM | Show all posts
Edited by elamorangers at 14-11-2017 10:31 PM

Hari ini genap seminggu Nadhirah menemani Ilya di rumah. Selepas kedua mereka pulang daripada tempat kerja masing-masing mereka akan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Sesekali aku akan menemani mereka di meja makan atau menonton filem sebelum keduanya kembali ke kamar masing-masing tetapi kebanyakkan masa aku akan bersiar-siar di luar rumah sehingga dinihari. Ilya telah berubah sepenuhnya. Dia jadi semakin ceria dan mulutnya tidak berhenti berceloteh tentang banyak perkara. Waktu makan Ilya juga terjaga dengan kehadiran Nadhirah di sisi. Nadhirah tidak pernah lupa untuk menyediakan makanan untuk mereka berdua. Wajah Ilya yang dahulunya putih pucat kembali memerah seperti selayaknya orang normal. Aku sangat bahagia melihat perubahan Ilya tetapi aku tidak boleh terlalu kerap berada di rumah itu lagi. "Nad, kenapa letak tuala atas kepala tu? Tak panas ke Nad?" Ilya tiba-tiba bersuara sewaktu mereka sedang menikmati makan malam. Nadhirah meraba tuala kecil di kepalanya lalu menjeling aku sekilas. Aku tahu sebagai perempuan muslimah yang cukup menjaga aurat, Nadhirah tidak begitu selesa untuk membuka tudung dengan kehadiran aku di situ walaupun secara zahirnya aku tidak berada bersama-sama mereka tetapi Nadhirah boleh melihat kewujudan aku.
"Aku baru lepas basuh rambut." pendek jawapan Nadhirah sebelum menyambung suapannya. Aku hanya mampu tersengih kelat. Nadhirah membalas sengihanku dengan jelingan tajam.
"Ya, selama kau duduk sini kau tak rasa macam ada sesuatu ikut kau ke?" uhuk! Aku terbatuk-batuk mendengar pertanyaan lancang Nadhirah.
" Kenapa kau tanya macam tu?!" Nadhirah pura-pura tidak mendengar pertanyaanku.
" Ikut aku?" Ilya membalas soalan dengan soalan. Naif bunyi pertanyaanya menunjukkan bahawa dia langsung tidak merasai kehadiran aku di sisinya selama ini. Jauh di sudut hati aku berasa sedikit kecewa walaupun aku sepatutnya sedar diri. Aku cuma enititi tanpa jasad yang menumpang kasih Ilya.
" Kau tak nampak ke Ya? On your left." Nadhirah memuncungkan mulut ke arahku. Ilya menoleh dan memandangku. Dadaku berdebar-debar.
Sebelah tangannya kemudian di awangkan seolah-olah cuba meraba 'mahluk' yang di maksudkan Nadhirah. Tangannya hampir menyentuh wajahku tetapi berjaya aku larikan.
" Dia mengelak, Ya." Nadhirah ketawa pulas melihat situasi itu. Ilya turut membalas tawa Nadhirah tanpa mengetahui gurauan itu benar-benar berlaku.
" He's cute." Ilya membalas perlahan. Aku dan Nadhirah lantas sama-sama berpaling ke arah Ilya, terkejut mendengar kata-katanya. Ilya kemudiannya ketawa lagi.

_______________________________________________________________________________________________________________________


" Sampai bila kau akan ada dekat sini?" aku dan Nadhirah duduk di tepi balkoni selepas makan malam. Ilya telah lena di dalam bilik tidurnya.
" Aku tak tahu. Sampai aku sedar dari koma mungkin." Aku mengangkat bahu.
" Aku tak boleh lama-lama dekat sini. Minggu depan aku akan pindah tempat kerja, aku dah tak boleh tinggal dengan Ilya lagi." Nadhirah mengeluh berat.
" Kenapa Ilya selalu meracau dalam tidur?" Nadhirah berpaling ke arahku, mengangkat kening tanda hairan.
" Dia meracau teruk macam kena ganggu. Dia pernah ada pengalaman buruk ke? Trauma dengan something ke?"
" Selama aku kenal Ya, aku tak pernah ingat pun Ilya ada trauma apa-apa. Dia pun selalu balas email dengan aku masa aku dekat Aussie. She didn't tell me anything." Suasana sepi seketika.

" Kau tak rindukan kehidupan kau? Kau tak rasa nak bangun dan jadi manusia normal semula?" Nadhirah bertanya perlahan, cuba untuk tidak mengguris perasaanku.
" Aku tak tahu. Aku suka teman Ilya dan ada dekat sisi dia sekarang tapi Ilya jenis yang careless, mudah sangat cederakan diri sendiri. Bila dia sakit dia tak akan buat apa-apa. She'll lock herself in a room sampai sembuh sendiri. Waktu tu, aku harap aku dapat hidup semula untuk tolong dia."
" You must really like her." Aku cuma diam tanpa sebarang jawapan. Suka? Aku dah jatuh cinta ke dengan Ilya?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2017 12:27 PM | Show all posts
Edited by elamorangers at 14-11-2017 10:29 PM

Aku duduk di sisi jasadku yang masih terlantar kaku di atas katil hospital. Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi menandakan waktu melawat baru bermula. Kelibat dua orang manusia yang paling aku benci akan muncul di muka pintu pada bila-bila masa sahaja. Mereka tidak pernah berhenti menziarah dan memastikan aku berada dalam keadaan yang baik. Aku segera bangun ingin terjun keluar tingkap sewaktu pintu bilik dikuak. Aku tidak mahu berhadapan dengan mereka. Hati aku masih belum boleh memaafkan mereka.
" We are here." langkah kakiku serta merta terhenti. Suara itu. Nadhirah! Aku memalingkan badan dan melihat Nadhirah yang sedang tersengih memandangku. Dia mengangkat sebelah tangannya tanda berdamai. Ilya yang turut berada di sisinya melihat jasadku dengan penuh simpati.
" Kau buat apa dekat sini?!" aku cuba meminta penjelasan daripada Nadhirah tetapi dia mengarahkan aku untuk diam seketika.
" Ini lah kawan aku tu Ya. Dia dah dua bulan koma dan dia tak ada sesiapa yang jaga." Nadhirah dan Ilya mengambil tempat duduk di sisiku.
" Lepas aku pindah, aku tak boleh selalu tengok-tengokkan dia jadi sebab tu aku nak minta tolong kau."
" Kenapa dia jadi macam ni Nad?" pertanyaan Ilya kedengaran begitu sayu. Dia membetulkan selimut yang terletak di badanku.
" Dia eksiden teruk. Lost control masa hujan, dia langgar divider."
" Macam mana kau tahu semua tu?" aku bertanya Nadhirah, dia mengangkat bahu dan tersengih nakal.
" Takpe Nad, nanti aku tolong tengok-tengokkan dia." Nadhirah tersenyum sehingga ke telinga demi mendengar kata-kata Ilya. Aku mengeluh perlahan.
" Kau tak patut buat macam tu! Kau tak patut ceritakan semua ni dekat Ilya!" aku gagal mengawal amarahku. Aku terus membentak Nadhirah ketika dia dan Ilya keluar daripada hospital menuju ke tempat letak kereta. Ilya sudah berada jauh di hadapan, aku cuba mengahalang Nadhirah daripada berlalu begitu sahaja.
" Why not? Kenapa pulak aku tak boleh beritahu dia?" Nadhirah turut meninggikan suara. Wajahnya kemerah-merahan menahan marah dan terkejut dengan tindakan aku.
" Kenapa kau perlu beritahu dia? Apa alasan kau? Dia tak ada kena mengena pun dengan aku."
" Tak ada kena mengena?! Are you kidding me! Kau ikut dia dekat mana je dia pergi, tidur sebelah dia, be with her 24 hours, sekarang kau kata dia tak ada kena mengena dengan kau?!" Nadhirah menengking kuat. Beberapa pasang mata hairan melihat perilaku Nadhirah yang seolah-olah bercakap seorang diri. Selalunya Nadhirah akan mengeluarkan telefon bimbit ketika bercakap dengan aku in public macam ni tetapi marah yang menguasai dirinya sekarang membuatkan dia tidak peduli lagi.
" Kau ingat aku boleh biarkan je seorang lelaki yang tak tahu asal usul daripada mana tiba-tiba tinggal dengan kawan aku tanpa kerelaan dia. Kau patut bersyukur aku tak halau kau. Aku patut beritahu perkara sebenar pasal kau dekat dia. Dia tu perempuan, macam mana kau boleh yakinkan aku kau tak akan buat apa-apa dekat dia?!" aku kematian kata-kata.
" Aku cuma tunjukkan siapa kau pada dia supaya kau tahu dekat mana tempat kau in case kau nak apa-apa kan dia."
" Aku tak akan buat apa-apa pada Ilya, kenapa kau tuduh aku sampai macam ni sekali Nad?" aku rasa terhina dengan kata-kata Nadhirah. Aku akui memang sukar untuk aku mengawal nafsu sendiri tetapi aku sangat ambil berat tentang Ilya. Aku sedaya upaya mengawal diri sendiri supaya tidak melampaui batas.
" Aku ingat kau percaya dekat aku." Nadhirah tidak lagi memandang wajahku. Dia diam seketika sebelum membuka langkah kaki meniggalkan aku sendirian.

______________________________________________________________________________________________________________________


" Nad, lepas ni mesti aku sunyi." Ilya membantu Nadhirah mengangkat bagasinya ke muka pintu. Sudah tiba masa untuk Nadhirah pulang ke rumah sewanya dan meninggalkan Ilya sendirian kerana tuntutan kerjanya. Aku duduk sendirian di dalam bilik Ilya. Selepas kejadian tempoh hari, aku mengelak daripada bersua muka dengan Nadhirah. Aku rasa seperti di khianati.

" Bukan kau masih ada dua hari lagi ke sebelum pindah, kenapa kau tiba-tiba nak pergi dah?" suara Ilya kedengaran sayu. Dia memaut lengan Nadhirah dan melentokkan kepala di bahu sahabat karibnya itu.

" Sorry Ya, aku ingat aku boleh teman kau lama lagi tapi boss aku tiba-tiba bagi last minute work pulak." Nadhirah memeluk tubuh kecil Ilya. Aku tahu semua kata-kata Nadhirah itu pembohongan semata-mata. Aku tahu dia juga seperti aku, cuba menjauhkan diri daripada aku. Pemergian Nadhirah diiringi dengan keluhan berat Ilya. Selepas menghantar Nadhirah pulang di muka pintu, Ilya kembali ke bilik tidurnya dan duduk di sisiku. Wajahnya sugul dan kembali suram.

" Betul ke kau akan takut dengan aku kalau kau tahu pasal aku?" aku cuba bertanya walaupun aku tahu tiada sebarang jawapan kepada pertanyaanku. Ilya masih duduk membisu melihat dinding dengan pandangan kosong.

" Mungkin aku tak patut ganggu kau lagi. Aku tak patut ada dekat sini. Nadhirah tak salah, kenapa dia patut percayakan aku untuk tinggal dengan kau."

" Meowww" entah daripada mana kelibat Biskut tiba-tiba muncul di depan pintu bilik Ilya. Ilya mendukung Biskut dan membawanya ke atas katil.

" Semua orang nak tinggalkan aku. Kau jangan pergi mana-mana lagi please" Ilya menggosok bulu Biskut perlahan. Aku memandang wajahnya. Kau maksudkan aku ke Ilya? Please, cakap kau tujukan kata-kata itu untuk aku. Wajahnya aku belai perlahan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2017 10:30 PM | Show all posts
precious_chicas replied at 14-10-2017 07:19 AM
wahai cik penulis, bila nak sambung ni? first time ai masuk bod ni terus bukak tred citer ni tau.. ...

dah sambung dah, hehe. Lepas ni saya akan rajin-rajin update yea, minta maaf semua
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2017 04:54 PM | Show all posts
elamorangers replied at 14-11-2017 10:30 PM
dah sambung dah, hehe. Lepas ni saya akan rajin-rajin update yea, minta maaf semua

uhhyessss!


dah baca abes. tak cukup. nak lagi. best.



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2017 11:25 AM | Show all posts
Ok tq..semakin menarik
Harap dapat buat perenggan. Berpinar mata empat ni baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2018 01:34 PM | Show all posts
Edited by elamorangers at 3-7-2018 11:14 PM

        Sudah hampir sebulan berlalu sejak Nadhirah meninggalkan rumah Ilya selepas bergaduh besar denganku. Ilya menjalani hari-hari berikutnya seperti biasa. Dia kembali meneruskan projek buku cerita kanak-kanak yang mula mendapat perhatian di kalangan umum. Ilya masih juga cuai seperti biasa. Baru beberapa minit lepas dia hampir terjatuh di muka pintu bilik air namun tanggannya sempat berpaut pada tombol pintu. Aku cuba untuk membantunya berdiri semula tetapi langkah kakiku mati ketika melihat keadaanya yang sangat mengugat iman. Ilya hanya mengenakan tuala pendek separas peha dan terdedah luas di bahagian dada. Aku berundur beberapa langkah dan terus terkaku di situ sambil mataku tidak lepas daripada melihat Ilya yang telah pun berdiri tegak dan membetulkan letak tuala yang hampir terlucut daripada tubuhnya. Ilya berjalan melintasi aku dan menuju ke bilik tidurnya. Bau harum tubuhnya yang menusuk hidung menyukarkan aku untuk terus berdiam diri. Aku mengikut jejak langkahnya. Selalunya aku akan keluar dan bersiar-siar di sekitar bandar semasa Ilya sedang mandi dan kembali semula beberapa jam kemudian tetapi hari ini aku leka bermain dengan Biskut sehingga terlupa untuk segera keluar daripada rumah tersebut dan menjauhi Ilya. Segalanya telah terlambat. Aku tidak mampu membendung nafsu ini lagi. Aku perlahan membontoti Ilya ke bilik tidurnya dengan perasaan ghairah yang menggila. Aku tidak peduli lagi. Selama ini aku telah berusaha mengawal nafsu tetapi tidak hari ini. Aku akan melepaskan segalanya pada wanita di hadapanku ini. Badannya yang basah lembab dan separuh terdedah sangat memberahikan. Akal warasku telah pun aku campak jauh. Aku mahu Ilya. Aku mahu bersama dengannya.
'Kau ingat aku boleh biarkan je seorang lelaki yang tak tahu asal usul daripada mana tiba-tiba tinggal dengan kawan aku tanpa kerelaan dia. Kau patut bersyukur aku tak halau kau. Aku patut beritahu perkara sebenar pasal kau dekat dia. Dia tu perempuan, macam mana kau boleh yakin kan aku kau tak akan buat apa-apa dekat dia?!' suara Nadhirah tiba-tiba berdengung di dalam kepala. Langkah kakiku serta-merta  terhenti.
'Aku cuma tunjukkan siapa kau pada dia supaya kau tahu dekat mana tempat kau in case kau nak apa-apa kan dia.' aku menekup telinga cuba menghilangkan suara lantang Nadhirah. Tak guna!
Tup. Pintu bilik Ilya telah ditutup rapat di hadapan mukaku. Aku mengeluh berat. Satu langkah lagi aku akan berada di dalam bilik Ilya dan aku tak mungkin berpatah balik. Aku akan menjadi entiti tanpa jasad keji yang mengambil kesempatan ke atas seorang wanita yang pada mulanya ingin aku lindungi. Separuh hatiku ingin merajakan nafsu tetapi separuh lagi berperang kuat dengan kehendak sendiri. Wajah Ilya bermain di hadapan mata. Wajah polosnya, wajah sedihnya, ketakutan yang tergambar ketika dia meracau dalam tidur. Aku tak mungkin menyakiti Ilya. Pintu bilik dikuak, Ilya berdiri tegak dihadapanku lengkap berbaju. Hampir saja aku berbuat durjana pada Ilya hari ini. Mungkin Nadhirah betul, aku tak sepatutnya berada di sisi Ilya. Walaupun aku tidak berjasad, aku masih seorang lelaki. Aku masih manusia yang bila-bila boleh tergelincir dalam lembah nafsu. Aku melangkah keluar tingkap dan menjauhkan diri daripada Ilya.


         Nadhirah mengelipkan mata berkali-kali seakan tidak percaya melihat aku yang tegak berdiri di hadapan pintu utama pejabatnya.
"Sorry." hanya sepatah perkataan yang keluar daripada mulutku walaupun telah berkali-kali aku berlatih untuk meminta maaf dengan ayat yang panjang lebar. Beberapa pasang mata manusia yang lalu lalang mengerutkan dahi melihat  Nadhirah yang tiba-tiba berdiri tegak di tengah pintu masuk tanpa sebarang suara. Nadhirah segera menuju ke pejabatnya tanpa sebarang kata dan aku segera menyaingi langkah kakinya. Pintu bilik pejabatnya ditutup, langsir juga diturunkan.
" Apa dah jadi dengan Ilya?!" Nadhirah serta merta menyoal aku. Aku terdiam membisu. Aku cuba mencari kata untuk menceritakan apa yang berlaku tetapi Nadhirah seperti tidak dapat menghidu niat burukku.
" Ilya okay je, nothing happend. Jangan risau." aku berlagak tenang. Nadhirah menarik nafas lega dan duduk di atas sofa berdekatan.
" Kau buat aku takut. Aku ingat kau bawa berita buruk." Aku mengambil tempat di hadapan Nadhirah.
" Aku cuma nak minta maaf sebab marah kau hari tu. Kau tak salah, niat kau baik. Kau yang sepatutnya berada dekat sisi Ilya, bukan aku. Kau cakap betul, aku mungkin.."
" Tak, aku yang patut minta maaf. Aku dah ceroboh privasi kau. Ilya.. Tolong jaga Ilya baik-baik. Call aku kalau apa-apa jadi." Nadhirah memotong kata-kataku. Wajahnya kelihatan sayu. Aku mengangguk perlahan. Kalaulah dia tahu apa yang telah terjadi hari itu tetapi aku tak boleh khianat kepercayaan Nadhirah. Aku terpaksa merahsiakan semuanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2018 08:54 AM | Show all posts

Sejujurnya aku masih belum mampu pulang ke rumah Ilya selepas kejadian awal pagi tadi. Selepas berjumpa dengan Nadhirah aku kembali ke hospital di mana jasadku ditempatkan. Jasad aku masih sama seperti dahulu. Masih kaku dan tiada tanda yang aku bakal sedar semula. Aku mengeluh lemah. Sampai bila aku akan hidup seperti ini. Beberapa minit berlalu pintu bilik tiba-tiba terkuak. Wajah wanita yang pernah menjadi suri hatiku suatu ketika dahulu muncul semula. Adira mendekati dan duduk di sisiku. Dia membetulkan letak bantal dan selimutku. Wajahnya kelihatan muram dan sugul.




" Janji dengan saya, awak akan jaga diri baik-baik. Saya pergi tak lama." tangan Adira ku genggam erat. Dia mengangguk perlahan bersama-sama linangan air mata.
" Kalau ada apa-apa tolong call Faiz dan minta tolong dia." Adira mengangguk lagi tanpa sebarang kata. Air matanya semakin deras. Tubuhnya aku peluk erat.
"Shhh.. Jangan menangis macam ni sayang, saya jadi susah hati".
" Tak... Awak pun jaga diri, saya tunggu awak pulang." Adira meregangkan pelukan dan menyeka air mata. Dia cuba untuk senyum dalam kepayahan. Faiz yang muncul entah dari mana menepuk bahuku perlahan.
"Take care bro!"
" Iz, tolong tengok-tengokkan Adira. Aku kena pergi."
" Don't worry. Kau kerja elok-elok, nanti please tackle kan sorang awek Aussie untuk aku." aku dan Faiz ketawa berdekah. Faiz memang jenis yang suka bergurau tetapi dia lah sahabat dunia akhirat aku yang ada sentiasa ada masa aku susah dan senang sejak kecil. Aku mengorak langkah ke balai berlepas dan membalas lambaian kedua mereka buat kali terakhir.

" Irham..." suara lembut Adira mengembalikan aku ke bilik hospital semula.
" Irham, saya minta maaf. Saya bersalah pada awak." hatiku serta merta berang mendengar luahan hati Adira kepada jasad kaku dihadapannya.
" Irham, Faiz tak bersalah. Saya yang salah." Diam! Telinga aku jadi panas mendengar nama lelaki durjana itu. Tambah sakit hati apabila Adira membela lelaki sial itu dengan menyalahkan dirinya sendiri.
"Saya manusia yang lemah. Saya tak berdaya melawan takdir.." Bullshit! Kau bukan tak mampu lawan takdir tapi tak mampu lawan nafsu sebab tu kau orang berdua kena tangkap basah malam tu. Ledakkan suaraku dibalas dengan tangisan sayu Adira seolah-olah dia dapat mendengar amarah ku. Aku segera terjun keluar daripada tingkap bilik yang terbuka luas. Aku jadi terlalu letih mengenang memori silam yang melukakan itu. Aku ingin pulang dan kembali ke sisi Ilya.

            Suara nyanyian riang Ilya kedengaran begitu jelas daripada arah dapur. Tangannya ligat membancuh kopi sambil mulutnya bergerak-gerak menyanyi. Aku berdiri di rapat di belakangnya. Tubuh Ilya agak rendah berbanding dengan tubuhku yang tinggi lampai. Kepalanya hanya separas dadaku jika berdiri berhadapan begini. Tubuh Ilya aku rangkul perlahan dan menyandarkan kepalaku di belakang lehernya. Aku rindukan kau. Baru sehari aku meninggalkan rumah, aku sudah begitu rindu pada gadis ini.
' Sorry sebab aku nak buat yang bukan-bukan dekat kau pagi tadi.' Aku mengeratkan pelukan. Ilya hanya diam membatu. Suaranya tidak lagi kedengaran. Segala amarah, dendam dan kebencian yang membakar hatiku mulai terpadam. Aku berasa sangat tenang. Berada disisi Ilya membuatkan aku sangat nyaman. Kalau lah aku mampu memilik gadis ini.
Malam semakin larut tetapi Ilya masih belum melelpakan mata. Matanya terkedip-kedip memandang kipas siling yang berputar.
'Awak fikir apa tu?' aku mengusap pipi Ilya perlahan. Dia memalingkan tubuh menghadapku. Wajahnya hanya seinci jauh daripada wajahku. Aku menelan air liur. Dadaku terasa berdebar-debar tetapi aku tidak mahu menjauhkan diri daripada dia. Aku mahu berada dekat dengannya. Wajahnya kembali aku belai perlahan. Bagaimana kalau Ilya menyedari kehadiran aku? Mahluk yang sentiasa mengekorinya kemana sahaja dia pergi. Adakah Ilya akan ketakutan dan meminta unutk aku tidak menganggunya lagi? Ilya telah pun terlena di sisiku. Dahinya aku kucup perlahan. Tidur lena sayang...


Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.069454 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list