View: 1309|Reply: 11
|
Dr Nik Roskiman Abd Samad - Keimanan & Rasuah
[Copy link]
|
|
Tingkatkan keimanan bendung rasuah
- Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad
- January 23, 2017
Kita mendengar tangkapan telah dibuat baru-baru ini melibatkan seorang penjawat awam yang berpangkat tinggi dalam negara kerana disyaki terlibat dengan rasuah. Mengikut laporan rasmi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), statistik tangkapan untuk kes melibatkan rasuah bagi tahun 2016 ialah sebanyak 898, manakala bagi tahun 2015 pula ialah 841, iaitu peningkatan sebanyak 57. Di sebalik segala usaha pihak berkuasa memberi kesedaran dan kempen tentang buruk dan kejinya rasuah, malangnya seolah tidak memberi kesan dan menimbulkan keinsafan kepada khalayak masyarakat kita. Statistik yang diberikan itu melibatkan mereka yang berjaya ditangkap, di luar sana mungkin masih ramai yang terlepas kerana belum ditangkap, namun lambat laun bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua.
Bagi mengelak ditangkap menerima atau memberi rasuah, pelbagai cara dibuat termasuklah mengubah nama dan bentuk rasuah. Nama ditukar kepada “wang kopi”, “duit pelincir”, “wang gerak”, “hadiah” dan pelbagai lagi istilah atau kod-kod yang digunakan. Manakala rasuah pada masakini bukan lagi terhad kepada wang ringgit yang mudah dikesan oleh pihak berkuasa dan jika ditangkap akan menjadi bahan bukti dan mudah disabitkan, tetapi rasuah dalam bentuk “pakej pelancungan atau percutian”, atau “pakej umrah” atau “bayaran yuran kelab golf” dan pelbagai bentuk lagi. Ada juga yang menerima rasuah dalam bentuk jongkong-jongkong emas dan pelbagai bentuk “hadiah” lagi bagi mengabui bahawa pemberian itu sebenarnya ialah rasuah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 24-1-2017 03:28 AM
- Rasuah secara umumnya merupakan perbuatan samada memberi atau menerima suapan yang berbentuk wang tunai, atau barangan atau manfaat sebagai upah bagi melakukan sesuatu perbuatan yang mempunyai kaitan dengan bidang tugas seseorang itu.
- Rasuah sebenarnya berasal daripada perkataan “al-risywah”. Rasuah termasuk dalam memakan harta secara batil dan tanpa hal dan ini diharamkan oleh Allah SWT sepertimana mafhum Firman Allah SWT: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)” (Al-Baqarah: 188).
- Dalam satu hadith pula berbunyi mafhumnya “Allah melaknat pemberi rasuah dan penerimanya” (HR: Tirmidhi). Ini menjelaskan kepada kita betapa beratnya ancaman terhadap pemberi dan penerima rasuah. Ia juga menafikan bahawa dakwaan sesetengah orang bahawa yang patut dihukum ialah pemberi atau penerima sahaja, bahkan kedua-duanya bersalah dan berdosa dan wajib dihukum, tidak akan bertepuk sebelah tangan.
|
|
|
|
|
|
|
|
- Para ulama pula memberi takrif rasuah sebagai “apa jua bentuk pemberian yang bertujuan memalsukan kebenaran”.
- Islam sebaliknya menganjurkan saling memberi hadiah kerana ia akan menyuburkan kasih sayang dan mengeratkan persaudaraan sepertimana hadith yang mafhumnya berbunyi: “Saling memberi hadiahlah sesama kamu, nescaya kamu akan saling menyintai satu sama lain” (HR: Bukhari). Persoalan yang sering diajukan ialah apakah perbezaan antara hadiah dan rasuah? Dari segi pandangan Islam, ianya kembali kepada niat si pemberi itu sepertimana mafhum hadith Nabi SAW “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat” (HR Bukhari).
- Jika pemberian itu dengan niat bagi mendapatkan sesuatu yang bukan haknya dan sekaligus menzalimi orang lain yang berhak, atau memalsukan kebenaran dan seumpamanya maka ia termasuk dalam pemberian yang bersifat rasuah. Tetapi jika niat untuk mengeratkan tali persaudaraan dan memupuk kasih sayang maka ia dibenarkan. Namun, berbeza pula dari segi perundangan di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menetapkan jumlah yang dibenarkan oleh penjawat awam untuk menerima hadiah iaitu apabila nilain hadiah tersebut kurang ¼ daripada emolumen atau kurang daripada RM500.00.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hal ini mengingatkan kita kepada satu kisah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari berhubung dengan amil yang dilantik mengutip zakat dan kemudiannya kembali membawa sejumlah hadiah lalu Nabi SAW bersabda mafhumnya:
“Apa hal dengan amil yang kita utuskan kemudian pulang dan berkata: “Ini bahagian kamu dan ini bahagian aku”. Jika dia duduk di rumah ayah dan ibunya adakah dia akan diberikan hadiah tersebut”. Demi Allah!, dia tidak mengambil sesuatu melainkan pada Hari Kiamat nanti dia akan menanggung pemberian itu di tengkoknya” (HR Bukhari). |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah sebegini sepatutnya menjadi renungan kepada penerima hadiah khususnya di kalangan penjawat awam dan mereka yang berkedudukan untuk menginsafi adakah pemberian yang diberikan oleh orang kepada kita itu kerana jawatan yang kita pegang dan pemberian itu mengharapkan sesuatu balasan menggunakan kedudukan kita itu seperti kata pepatah pemberian yang “ada udang di sebalik batu”, atau pemberian yang ikhlas. Dalam satu kisah lain yang diriwayatkan berhubung ketegasan Amirul Mukminin Sayyidina Umar al-Khattab RA di mana beliau melihat isterinya memakai kalung leher, lalu Baginda bertanya “di manakah kamu memperoleh kalung ini”. Lalu isterinya menjawab: “Kalung ini pemberian isteri Raja Habshah yang datang berkunjung tempohari”. Lalu Umar bertanya kembali: “Hendaklah kalung itu dihantarkan ke Baitul Mal. Kalung itu adalah milik negara”. Isteri Umar menjawab: “Saya rasa ini bukanlah hak negara kerana isteri Raja Habsyi bukanlah pegawai negeri dan yang menerimanya juga bukan pegawai negeri, maka kalung ini adalah hak aku sepenuhnya”. Lalu Umar RA menjawab kembali “Ketahuilah bahawa engkau menerima hadiah tersebut kerana engkau isteri Khalifah Umar, kalau engkau bukan isteriku, tentu tidak akan mendapat hadiah tersebut lihatlah berapa banyaknya wanita Arab lain di Madinah ini namun tidak seorangpun yang mendapat hadiah seumpama itu, bukan? Jika engkau berkeras, kau pilihlah antara Umar dan kalung itu”. Melihat ketegasan Saidina Umar itu, isterinya terus menyerahkan kalung berkenaan kepada Baitul Mal. |
|
|
|
|
|
|
|
Di sini jelas kepada kita betapa bagi seorang yang memiliki ketaqwaan dan wara akan menolak sebarang bentuk hadiah yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang dipegangnya walaupun ia mungkin dilihat sebagai hadiah kerana dibimbangi akan meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar untuk membuat keputusan sekiranya melibatkan pemberi hadiah tersebut pada suatu hari nanti. Tiada cara yang mudah untuk membendung gejala rasuah ini melainkan melalui pendekatan agama. Kalau undang-undang yang tegas dan hukuman yang keras sekalipun diwujudkan, namun ia belum tentu dapat membendung kegiatan ini tanpa kekuatan rohani atau spiritual. Pihak berkuasa perlu memperbanyakkan program-program yang mengukuhkan aqidah dan membina iman dan menyuburkan ketaqwaan kerana hanya dengan cara itu sahajalah masyarakat khususnya penjawat awam akan terhindar daripada memberi atau menerima rasuah kerana menginsafi bahawa Allah SWT Yang Maha Melihat sedang memerhatinya setiap masa. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ctsueraya at 24-1-2017 10:10 AM
Assalamualaikum
100% menyokong apa yang disampaikan oleh Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad
Memetik kembali artikel Dr. Nik di atas : “wang kopi”, “duit pelincir”, “wang gerak”, “hadiah” dan pelbagai lagi istilah atau kod-kod yang digunakan, ada juga yang menggunakan istilah makan suap atau duit under table (bawah meja).
Jikalau dibiasakan terus-menerus hal ini, maka akan lahirlah generasi yang suka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah dengan memetik nama mak/ayah dan menggunakan nama saudara-mara mahupun rakan terdekat untuk lepas daripada melakukan kesalahan.
Saya suka dengan pepatah sendiri mau ingat, sendiri buat sendiri tanggung,jangan libatkan orang lain yang tak bersalah/berdosa
just my 5 cent opinion
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat masa bersafar bersama Dr Nik Roskiman... |
|
|
|
|
|
|
|
oh you with him ...that is nice , he seems nice...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah lama, lebih 10 tahun dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
oh when you were young....gitu hahahah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|