View: 11190|Reply: 12
|
fiqh wuduk...basuh sideburn bagi ladies???
[Copy link]
|
|
Sehari dua ini, telah sampai ke meja kami isu berkenaan dengan sideburn samada perlu dibasuh atau tidak ketika mengambil wudhu’ wanita. Kami akan cuba mengupas isu ini dengan sebaik mungkin, insyaAllah.
( nota ~ poetic nyaaaa hahahahaha)
Pertamanya, salah satu daripada rukun wudhu’ adalah membasuh muka. Maksud muka telah diperincikan oleh para ulama’ dengan panjang lebar. Muka dalam Bahasa Arab adalah al-wajh. Ia diambil daripada kalimah (المواجهه) iaitu mendepani setiap sesuatu dan kadangkala diibaratkan wajah sebagai Zat. Dikatakan (وَاجَهْتُهُ) bermaksud apabila aku mengadap wajahnya. Lihat al-Misbah al-Munir. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan al-Raghib al-Asfahani berkata asal wajah ialah anggota sebagaimana firman Allah SWT mafhumnya:
فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ
“Maka hendaklah kamu basuh wajah-wajah kamu.”
(Surah al-Ma’idah ayat 6) |
|
|
|
|
|
|
|
Dari sudut istilah, terdapat beberapa definisi tentang batasan muka. Antaranya:
- Muka adalah di antara tempat mula tumbuh rambut pada atas dahi kepala pada kebiasaannya hingga ke bawah dagu secara panjang, dan antara dua cuping telinga secara lebar. Lihat Umdat al-Salik, hlm. 12; al-Durr al-Mukhtar dan Hasyiah Ibn Abidin 1/65-66, Al-Syarh al-Saghir 1/104, Mughni al-Muhtaj, 1/20, al-Mahalli ala Matn al-Minhaj 1/48 dan al-Mughni 1/114-115.
- Muka adalah bahagian tempat mula tumbuh rambut di dahi kepala hingga rahang dan hujung dagu secara panjangnya dan antara cuping telinga secara lebarnya. Lihat Al-Umm, 1/40.
- Muka adalah bahagian di antara tempat tumbuhnya rambut pada kebiasaannya sehingga dua tulang rahang yang disitu tumbuhnya gigi yang bawah. Berhimpun permulaannya di dagu dan berakhir di telinga, secara panjangnya. Secara lebarnya, ia adalah di antara dua telinga. Lihat Fath al-Qarib al-Mujib, hlm. 31.
- Bahagian muka secara menegak adalah daripada tempat tumbuh rambut hingga bahagian bawah dagu, manakala secara melintang pula adalah daripada bahagian telinga ke telinga. Justeru, wajib membasuh kesemua yang ada di atas bahagian muka termasuk luar dan dalam seperti bulu kening, misai dan janggut kecuali janggut yang tebal yang tidak nampak bahagian dalamnya, memadailah membasuh bahagian luar sahaja. Lihat al-Fiqh al-Manhaji 1/54.
|
|
|
|
|
|
|
|
Berdasarkan definisi di atas, maka di sini timbul persoalan berkenaan dengan beberapa perkara yang berkaitan dengan sideburns dan rambut atau bulu yang terdapat pada muka.
Pertamanya, isu maudhi’ al-tahzif (موضع التحذيف) iaitu tempat tumbuhnya rambut halus antara sideburns dan pelipis (bahagian kepala di antara dahi dengan telinga). Dalam hal ini ada beberapa pandangan:
Abu al-Abbas berpendapat, ini termasuk dalam muka kerana ia turun ke bahagian muka.
Abu Ishak pula berpendapat, ianya termasuk dalam bahagian kepala kerana Allah menciptakannya daripada kepala maka ianya tidak dikira muka. Lihat al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie, 1/38. |
|
|
|
|
|
|
|
Jumhur ulama mentashihkan ia termasuk daripada bahagian kepala dan bertepatan dengan pandangan mazhab Syafie pada had/batas definisi kepala. Pengarang kitab Kasyf al-Qina’ daripada mazhab Hanbali juga memberi pendapat yang sama di mana ia termasuk dalam anggota kepala. Lihat al-Majmu’ 1/416. Ini juga dinyatakan oleh Imam al-Nawawi dalam Raudhah al-Talibin 1/52. |
|
|
|
|
|
|
|
- Kedua, al-‘anfaqah (العنفقة) iaitu rambut yang tumbuh pada bibir sebelah bawah yang atas sedikit daripada janggut. Maka yang ini wajib dibasuh. Lihat Al-Tanbih fi Fiqh al-Syafie, hlm. 15; Tuhfat al-Muhtaj, 1/173.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ketiga, al-‘izar (الْعِذَارَ) iaitu rambut yang tumbuh pada tulang berhampiran telinga (sideburns) juga wajib dibasuh. Lihat Al-Tanbih fi Fiqh al-Syafie, hlm. 15; Tuhfat al-Muhtaj, 1/173.
|
|
|
|
|
|
|
|
Keempat, al-sudghan (الصُّدْغَانِ) iaitu kedua pelipis (di sebelah telinga dan bersatu dengan kedua sideburns dari atas) menurut pendapat yang asah, tidak termasuk wajah. Jika rambut tersebut turun dan menutupi dahi atau sebahagiannya maka wajib basuh selama mana dalam ruang lingkup definisi muka seperti yang disebutkan. Tetapi, mengikut pendapat yang dhaif, tidak wajib dibasuh melainkan jika memenuhi keseluruhan bahagian |
|
|
|
|
|
|
|
Kelima, al-naz’atani (النَّزْعَتَانِ) iaitu kedua belahan yang tidak ditumbuhi rambut di bagian depan kepala, yang licin halus di bahagian depan kepala dan di atas dahi tidak termasuk di dalam bahagian anggota muka. Ia dikira sebagai sebahagian daripada kepala kerana kedua-duanya termasuk dalam bulatan kepala. Lihat Raudhah al-Talibin 1/51.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kembali kepada persoalan berkenaan sideburns bagi wanita, kami berpandangan bahawa rambut yang berada di kawasan muka sahaja wajib dibasuh. Jika luar daripada kawasan muka iaitu di bahagian kepala maka tidak wajib dibasuh kerana mengambil hukum asal kejadian atau tempat tumbuhnya. Hukumnya sunat jika membasuh bahagian rambut yang terjulur ataupun yang kebiasaannya diselak oleh wanita ke tepi telinga ketika mengambil wudhu’. Sesiapa yang terlupa atau tidak membasuh rambut yang terjulur itu, tidaklah menyebabkan wudhu’nya tidak sah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam masa yang sama, mungkin perlu sedikit penjelasan bahawa rambut yang menjulur tumbuh pada wanita dan dianggap sideburns itu bukan daripada kawasan muka, tetapi ia tumbuh di kawasan maudhi’ al-tahzif (موضع التحذيف) iaitu tempat tumbuhnya rambut halus antara sideburns dan pelipis (bahagian kepala di antara dahi dengan telinga). Mungkin hanya segelintir wanita yang hormonnya tinggi, maka boleh sahaja ianya tumbuh tetapi tidak seperti lelaki. Dan kawasan maudhi’ al-tahzif dikira termasuk dalam bahagian kepala, bukan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
Penutup
Kami akhiri perbincangan ini dengan menyatakan rambut yang terdapat pada muka ada dua keadaan jika ia nipis dan nampak kulit maka wajib basuh sehingga ke kulitnya. Tetapi jika ia tebal maka wajib membasuh yang zahirnya sahaja dan sunat menyelat (takhlil) yang batin. Berkenaan dengan rambut atau bulu yang diluar daripada sempadan muka, ia tidak wajb dibasuh kerana ia bukan berasal daripada muka sekalipun ia meliputi muka. Untuk pemerhatian dengan lebih khusus, kami nukilkan pendapat guru kami, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaily melalui kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh yang menyebutkan: - Ruang kosong di atas dua telinga yang bersambung dengan dua ekor pipit adalah termasuk ke dalam anggota kepala kerana kedua-duanya masuk ke dalam bulatan kepala.
- Hendaklah dimasukkan sebahagian kecil daripada kepala ke dalam anggota muka bagi menyempurnakan hukum wajib membasuhnya kerana hukum wajib membasuhnya tidak akan sempurna kecuali dengan membasuhnya. Justeru,
- Ulama’ mazhab Hanbali berpendapat adalah sunat membasuh maudi’ al-mafsal (موضع المفصل) iaitu bahagian yang terletak di antara janggut dengan telinga kerana ia termasuk ke dalam anggota yang selalu dilupai orang.
- Ulama mazhab Syafie pula mengatakan bahawa sunat membasuh maudi’ al-sal’ (الصلع موضع) iaitu bahagian kepala yang tidak berambut, maudi’ al-tahzif iaitu dua sulah dahi dan dua ruang kosong yang terletak di atas dua anggota telinga ketika membasuh anggota muka bagi mengelakkan perbezaan pendapat tentang hukum wajib membasuh bahagian-bahagian itu. Lihat al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.) 1/196
Semoga dengan pencerahan ini, kita diberi kefahaman tentang wudhu’ dan basuhan pada muka. Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
21 Januari 2017
|
|
|
|
|
|
|
| |
|