CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1428|Reply: 10

Kasyaf ...

[Copy link]
Post time 19-1-2017 05:01 AM | Show all posts |Read mode
IRSYAD FATWA

IRSYAD AL-FATWA KE-52: KASYAF

Ditulis oleh NadzirahDiterbitkan: 27 Julai 2015
sumber pautan asal :http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/675-irsyad-fatwa-ke-52-kasyaf





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2017 05:01 AM | Show all posts
SOALAN

Bagaimana pendapat di sisi al-Ghazali dengan kasyaf(كشف)?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:02 AM | Show all posts
JAWAPAN

Perkataan kasyaf adalah daripada bahasa Arab (كشف). Di dalam kitab Mu’jam al-Mustalahat al-Sufiyah menyebut makna kasyaf dengan beberapa definisi:

Kasyaf dengan maksud penjelasan apa yang tertutup dari kefahaman sehingga terdedah seperti melihat pada zahir.
Kasyaf mata dengan penglihatan sedangkan kasyaf hati dengan hubungan.
Kasyaf ialah terangkatnya hijan antara roh jasmani dengan yang tidak mungkin mendapatinya berdasarkan pancaindera zahir.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:02 AM | Show all posts
Al-Ghazali mengakui kasyaf tidak diperolehi melalui jalan biasa, ia didapati melalui jalan takwa dan mujahadah, namun menurutnya tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Al-Ghazali menyatakan bahawa ilmu kasyaf tidak boleh ditulis di dalam kitab, disebabkan jelas bertentangan dengan hukum syarak. Hakikat ini dibayangkan dalam kitabnya minhaj al-Abidin menerusi dua rangkap syair yang dihubungkan kepada Ali Zainal Abidin yang bermaksud: kadangkala ilmu ini kalau aku hebahkan rahsianya, nanti aku dituduh penyembah berhala. Orang Islam akan menghalakan darahku keran menganggap baiknya perkara keji yang mereka lakukan itu.

Kebimbangan al-Ghazali memang beralaskan apabila dituduh sebagai penyembah berhala dan layak dibunuh kerana perbuatan itu jelas bertentangan dengan syariat.

Al-Ghazali menjelaskan kasyaf, dengan katanya: “Hendaklah duduk dengan hati yang kosong, penuh keinginan kepada Allah, fikirannya tidak dipisahkan dengan bacaan al-Quran dan tidak juga meneliti tafsir, tidak menulis hadis dan sebagainya, cukup dengan lisan menyebut Allah Allah Allah.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2017 05:03 AM | Show all posts
Limpahan ilmu kasyaf ke dalam hati sehingga mendengar suara hak, berlaku melalui khulwah berikut: “Khulwah itu hanya berlaku dalam rumah yang gelap maka masuklah kepalanya dalam baju atau selimutnya dengan kain. Dalam keadaan ini ia akan mendengar seruan al-Hak dan menyaksikan keagungan Rububiyyah.”

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Apabila Allah menjaga urusan hatu, nescaya melimpah-limpah rahmat atasnya. Terangkan cahaya pada hati, lapanglah dada dan tebukalah baginya rahsia pada alam malakut.”

Walaubagaimanapun, Iman al-Ghazali tidak pernah menyebut malaikat turun kepada kaum sufi, kerana beliau sedar sesiapa mendakwa wahyu masih turun selepas kewafatan nabi, maka ia kafir. Atas sebab ini beliau menolak dakwaan yang mengatakan bahawa hati para wali dan kaum sufi dilimpahkan ilmu yang mereka dakwa ke atas mereka. Dalam penegasan mengenai kasyaf sufi, al-Ghazali cuku[p dengan mengatakan limpah ilmu ke dalam hati dan juga pendengaran suara.

Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam agama ini. Amin.





Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

11 Syawal 1436H
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
269. Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah). [Surah Al-Baqarah]


65. Lalu mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. [Surah Al-Kahfi]

Ini antara dalil apa yg dimaksudkan. Allah hanya menerangkan secara umum dan tidak tertakluk kpd para Nabi berkenaan kasyaf. Ilmu ladunni itu pokok, manakala  kasyaf itu buahnya. Dan pastinya, mereka2 yg diberikanNya ilmu ladunni (ilmu bukan dari dunia yg bersifat makhluk), ianya termasuk dalam kategori "bukan bersifat wahyu" kpd sesiapa yg Dia kehendaki..

Adakah BOLEH DIBUNUH MEREKA2 YG DIBERIKANNYA ILMU KASYAF? Dalam memahami konteks ini, TIADA DALIL asas yg menjelaskan orang yg memiliki ilmu ladunni WAJIB DIBUNUH. Jika benar apa yg di dakwakan oleh Imam Al-Ghazali, maka ianya antara "kekurangan kefahaman dari sisiNya" mengenai petunjukNya.

Adapun utk membunuh atas sebab seseorg itu diberikan ilmu ladunni olehNya, maka ianya antara DOSA2 YG PASTI tidak diampunkanNya. Adapun yg dikatakan "kasyaf" akan tetapi hakikatnya ilham dari syaitan spt mana yg pernah dilalui para Sheikh terdahulu, maka semuanya kembali kpd makna "memahami petunjukNya".

Jika benar orang yg diberiNya kasyaf WAJIB dibunuh, DIMANAKAH DALIL DARI PETUNJUK ALLAH?

Bagi saya, tread ini rekaan dari syaitan. Kerana syaitan MAHIR menyesatkan orang yg sesat agar berpaling dari petunjukNya.

Ilmu ladunni merupakan sebahagian dari Al-Hikmah. Membunuh orang yg diberikan ilmu ladunni sama maknanya dgn MENOLAK KETETAPAN DAN KETENTUAN ALLAH.

Dan sudah tentulah, TIADA YG TAK BUAT DOSA MESKIPUN DARI KALANGAN ULAMA DAN UMARAK kerana "Ilham itu ALLAH yg punya!"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2017 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 19-1-2017 02:10 PM

Apakah BACKGROUND orang2 yg diberikanNya Al-Hikmah?

Mereka2 ini "HIDUP DALAM SERBA KEKURANGAN" dan Allah pelihara mereka dari difitnah hingga diizinkanNya berlaku gangguan syaitan ke atas mereka2 yg mencela. Surah Al-Baqarah ayat 270-275 wajar diperhatikan.

Dan jika dibaca ayat 276 hingga habis surah Al-Baqarah, hakikatnya Allah ajar kita cara utk HINDAR dari berasa Al-Kibr dan menganggap apa yg kita lakukan itu ketentuan Allah sedangkan kita hanya mengusahakan menurut kadar yg sejak azalinya, SUDAH DITETAPKAN ALLAH atas pilihan kita, yg mana ketentuan Allah itu samaada kita memahami kadar yg Dia berikan atau mengatasi kadar yg Dia berikan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 19-1-2017 02:20 PM

Mana2 manusia yg mengatasi kadar yg Dia tetapkan, maka ketentuanNya PASTI kesesatan. Dan bila kita menjelaskan kadar yg Dia tetapkan, yang beriman akan bertambah iman, yang kurang beriman akan berkurangnya iman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2017 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Contoh mengatasi kadar yg Dia tetapkan ada di dalam kisah Qarun.

Semoga bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Al-Hikmah terbahagi kpd 2 bahagian
1) Zahir
2) Batin

Al-hikmah juga menjelas 2 perkara ini bagi setiap bahagian :
1) Kebenaran 2) Kebatilan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2017 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MohdNizamCY at 19-1-2017 02:50 PM

Kisah Khidr dan Nabi Musa menceritakan mengenai hal ehwal Al-Hikmah Batin dan Al-Hikmah Zahir.

Dalam kita berhukum, Allah perintahkan kita BELAJAR dgn mereka2 yg diberikan Al-Hikmah. Ini bermaksud HANYA orang yg BENAR2 faham ilmu Al-Hikmah akan menjelaskan JENIS ILMU, TEMPAT LETAKNYA ILMU, CARA MENGHUKUMKAN ILMU yang mana meliputi makna Al-Hikmah.

Ilmu ladunni itu MELIPUTI sesuatu yg batin. Dan utk memahaminya, perlu kenal makna kebenaran dan kebatilan. Sesuatu yg benar PASTI dari sisi Allah, dan sesuatu yg palsu PASTI dari izinNya jua.
Ilmu syariat itu MELIPUTI sesuatu yg zahir. . Dan utk memahamkannya, perlu kenal makna kebenaran dan kebatilan. Sesuatu yg benar, PASTI dari sisi Allah  dan sesuatu yg palsu PASTI dari izinNya jua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061172 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list