CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1100|Reply: 2

Aurum in Cosmetics

[Copy link]
Post time 17-1-2017 07:51 AM | Show all posts |Read mode
Al-KAFILI AL-FATAWI



AL-KAFI #512 : HUKUM MEMAKAI ALAT SOLEK SERBUK EMAS
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd NoorDiterbitkan: 16 Januari 2017


sumber asal :http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1372-al-kafi-511-hukum-memakai-alat-solek-serbuk-emas




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-1-2017 07:52 AM | Show all posts
SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Trend masa kini banyak alat-alat kosmetik yang dicampurkan dengan serbuk emas di dalam kandungan kosemetik tersebut. Bolehkah kita menggunakan alat-alat kosmetik yang mengandungi unsur emas ( aurum)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2017 07:53 AM | Show all posts
JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrm wbt,

Kami mengesyorkan bagi siapa yang menggunakan alat-alat atau bahan-bahan kosmetik dengan campuran tertentu hendaklah dirujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti supaya jelas halal dan haram, kesucian dan keselamatannya kandungan di dalamnya. Ini untuk mengelakkan sebarang syubhah.

Sebelum kami melebarkan jawapan di sini, suka kami nyatakan memang pada asalnya emas dicipta sebagai perhiasan dan matawang yang berharga bagi manusia. Tetapi tindakan menjadikannya sebagai serbuk, jika benar boleh dijadikan sedemikian rupa, di kalangan pengusaha kosmetik untuk ditambah dalam ramuan kosmetik, maka kami cenderung kepada agar tidak dilaksanakan. Ini kerana bahan kosmetik bersifat istihlak (menghabisi) dan bukan bersifat kekal yang boleh ditukar atau dijual-beli semula.

Sekalipun begitu, hukum memakai alat solek yang berserbuk emas adalah harus, pada asalnya. Ini berbeza daripada penanaman susuk yang kebiasaannya melibatkan amalan sihir dan mengubah ciptaan Allah tanpa keperluan. Cuma perlu perhatikan jika alat solek berkenaan menghalang air wuduk atau mandi wajib maka hendaklah dicuci dengan bersih setiap kali sebelum berwuduk atau mandi. Begitu juga dengan tujuan pemakaian itu. Jika dipakai kerana untuk berhias bagi lelaki ajnabi maka adalah haram, seperti mana yang biasa dilakukan oleh orang-orang di zaman ini, manakala jika tujuannya untuk suami maka hal demikian tidak menjadi masalah.

Wallahua’lam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037895 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list