SINGAPURA - Seorang suri rumah yang didapati telah ketagihan kodeina telah membohongi seramai 18 orang doktor agar memberinya ubat batuk yang mengandungi dadah itu. Beliau telah dihukum bagi menjalani perintah rawatan mandatori (MTO) selama tempoh setahun pada Jumaat 13 Jan2017. MTO ialah rawatan bagi pesalah yang mengalami masalah psikiatri. Mereka mesti menjalani rawatan psikiatri tersebut sebagai pengganti hukuman penjara.
Eileen Siak, yang kini berusia 33 tahun mengaku bersalah di mahkamah pada 17 Nov 2016 tahun lalu kerada didapati mempunyai tuduhan menipu melibatkan kos sebanyak $265. Terdapat 14 lagi tuduhan menipu melibatkan kerugian sebanyak $260 turut diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.
Atas perintah mahkamah dia kini wajib mendapatkan rawatan di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi membendung ketagihannya serta dalam kenyataan lain dia juga telah menyamar sebagai beberapa wanita antara bulan April 2014 dan 4 Mac 2015 untuk menipu doktor dengan menyatakan bahawa dia pernah bekerja bersama sebuah syarikat kesihatan antara tahun 2009 dan 2011. Sebagai seorang pengurus akaun, dia menerima satu pangkalan data pelanggan mengandungi butir-butir peribadi mereka dan telah menyimpan data tersebut didalam fail emel milik peribadinya tetapi tidak menyimpan data tersebut didalam akaun emel syarikatnya bekerja. Dia kemudian menggunakan butiran pelanggan itu bagi mendaftar temu janji di poliklinik dan telah menyamar sebagai mereka kerana ingin mendapatkan bekalan ubat batuk diantara bulan April dan Ogos 2014, dan kali terakhir pada tarikh 4 Mac 2015.
Walaupun dia tidak mengalami simptom batuk, ketika di poliklinik pada mulanya dia bayar harga kos ubat batuk tersebut tetapi kemudian mengambilnya tanpa membuat sebarang pembayaran selepas berurusan disitu. Pihak pendakwaraya juga diberitahu bahawa dia sering ke Poliklinik National Healthcare Group (NHGP) bertempat di Bukit Batok dan satu tempat lagi di daerah Jurong. Kelakuan jenayahnya tumpas selepas pihak pengurus kanan NHGP telah membuat laporan polis pada 16 Mac 2015. Peguam yang mewakilinya iaitu Cik Josephus Tan, menjelaskan bahawa anak guamnya telah mengalami ketagihan kodeina sejak daripada bulan Jun tahun 2013.