Batuk adalah penyakit umum yang pasti pernah dialami semua orang yang disebabkan beberapa faktor dalaman dan juga luaran.
Kebiasannya kita merawat batuk dengan mengambil ubat batuk sama ada yang disarankan doktor atau mendapatkannya sendiri di farmasi berdekatan. Namun, anda harus tahu ubat batuk yang diambil perlu bersesuaian dengan jenis batuknya. Tidak boleh sembarangan diambil.
Sebenarnya, mengubati batuk boleh dilakukan dengan bahan semula jadi yang anda boleh dapati dengan mudah hanya dari dapur anda sahaja.
1. Bawang Putih
Sumber foto: Huffington Post
Bawang putih amat berkesan dalam merawat segala jenis penyakit batuk. Dengan mengunyah seulas bawang putih, bakteria yang ada di dalam tekak dapat dikeluarkan selain memudahkan kahak untuk keluar dari dalam paru-paru.
Anda boleh makan bawang putih dengan madu untuk mengurangkan rasanya yang kelat. Bawang putih juga baik untuk menghangatkan tubuh selain merawat sakit perut atau masuk angin.
2. Halia
Sumber foto: http://www.infusionesmedicinales.com
Halia merupakan bahan alami yang mampu mengatasi batuk berkahak mahupun batuk kering. Racik sedikit halia dan dimasukkan ke dalam secawan air suam.
Minuman halia membantu tubuh kekal hangat sekaligus membantu merangsang tekak mengeluarkan kahak dengan lebih mudah.
3. Kunyit
Sumber foto: Carian Internet
Kunyit merupakan ubat batuk kering yang efektif kerana mengandungi kurkumin, antioksida aktif yang cukup kuat, antiradang, antivirus, serta antibakteria yang mampu menjaga ketahanan tubuh.
Masukkan sedikit serbuk kunyit ke dalam air suam dan kacau sebati. Ambil minuman ini 2 kali sehari, dan untuk rasa yang tidak terlalu pahit, anda boleh tambah sedikit madu ke dalamnya.
Selain tiga bahan di atas, anda boleh juga minum air asam jawa. Lebih baik merawat batuk dengan bahan semula jadi daripada mengambil ubat bercampur bahan kimia yang memungkinkan anda mendapat kesan sampingan di kemudian hari, bukan? - CARI |