Edited by GuaAnakMelaka at 3-1-2017 09:14 AM
2016 TAMPINES SINGAPORE
Ahmad melihat pokok cili yang semakin subur di belakang rumahnya.
"Cili sekilo SG10..baik aku tanam sendiri belakang rumah",keluhnya mengingatkan harga
barang semakin mahal sejak Perdana Menteri bernama NI HAUMA menjadi
bahan lawak dalam FB dan blog.
"Cili mahal ,jangan beli..beli kangkung",kataseorang menteri HaramJadah ,menteri Pertanian dan Timbang Kilo .
Tiba-tiba mata Ahmad berkaca.
Terimbau kenangan 24 tahun tahun lampau .................
......................................................................................................
1987 SMHK MASJID TANAH MELAKA
"Ros...kau besau nak jadi apa?",tanya Ahmadmelihat rakan sekelas yang kerinting rambutnya .
"Aku nak jadiarkiterk.... kau pula?",balas Rosna .
"Engineer la.....aku kagum sangat dengan Albert Einstein .Murid yang dipanggil bodoh oleh guru Math ,akhirnya berjaya dapat Nobel Prize",balas Ahmad .
"Albert Einstein?sape tu?",tanya Rosna sambil membetulkan rambutnya.
Ahmad tersedak.
"Ada juga pelajar sekolah menengah tak kenal AlbertEinstein ..",kata Ahmad dalam hati .
Ahmad makan dengan lahap sekali.
Terasa nasi lemak makcik kantin sedap sekali berlaukkan cilipadi.
"Mad..akui belanja kau hari ni sebab ajau aku Math",balas Ros melihat Ahmad makan dengan berselera sekali .
1995 KAMPUNG BATANG MELAKA
"Aku terima nikahnya Rosna bte Rahim dengan maskahwin RM99 tunai..........."
Mata Ahmad berkaca mendengar berita pernikahan.
Kekasih pertama kini telah sah menjadi isteri orang lain.
Ahmad tersedar dari memori pahit dikejutkan pertanyaan pelajarnya.
"Cikgu.....kenapa Cikgu menangis?',soal seorang pelajar,Rosna bte Abdullah .
Ahmad menggosok matanya .
"Bila saya lihat wajah kamu,saya teringat arwah nenek saya sebab nama dia sama dengan kamu",balas Ahmad menyembunyikan kesedihan.
"Semua buka buku Sejarah",jerit Ahmad .
Namun air mata Ahmad terus mengalir tanpa henti.
Ahmad terus berlari keluar sekolah dan meninggalkan pelajarsekolah terpinga-pinga.
"Kenapa pula Cikgu Ahmad Albab hari ni..Lain macamje",kata Rosna,pelajar paling cemerlang dalam kelas dalam benaknya.
2037 London ,United Kingdom
"Salam Ayah..kawan baik ayah,Zul K UIM di hospital.Hospital Mekah .SAFA "
SMS dari anak kesayangan Ahmad,SAFA.
Ahmad tersentak mendapat SMS.
Mesyuarat di kota London dihentikan.
"Flight to Jeddah immediately!",perintah Ahmad kepada pembantu peribadinya,Hajjah Rosna yang juga isteri keempat Ahmad.
Penerbangan ke kota Jeddah dirasakan amat jauh.
"Wahai Tuhan...sampaikanlah aku ke kota Mekah untuk menziarahi sahabat baik yang kini koma di Mekah..",Ahmad berdoa sepanjang perjalanan.
Ahmad memegang erat tangan Rosna sambil mengalirkan airmata.
1 Januari 2020- KUALA LUMPUR
"Mana kau ghaib Mad?',tanya Rosna melihat bekas kekasih zaman cinta monyet di restoran PNB Park KL .
"Aku busy la....lepas habis tiga Universiti ,aku sambung belajau lagi di Australia dalam bidang perfileman dan iklan",jelas Ahmad merenung mata Rosna.
Kali terakhir mereka bertemu pada 2015 .
"Suami aku kena penjara seumur hidup',Rosna memulakan cerita.
"Ni surat cerai taklik.."sambung Rosna .
Ahmad melihat cincin di jari bekas kekasihnya .
"Kau simpan lagi cincin besi aku hadiahkan dulu..."balas Ahmad sambil ketawa.
Rosna menitiskan air mata melihat Ahmad yang semakin kurus .
Tidak berubah .Masih seperti dulu ketika sama-sama menggalas beg ke sekolah menengah.
Ahmad mengeluarkan cincin emas.
"Aku merayu......jadilah isteri aku sebelum aku masuk kubur",Ahmad melihat KLCC yang semakin kelam ditutupi pelbagai bangunan lain.
"Datok..datang sekarang ke PNB Park,aku nak nikah",SMS Ahmad kepada Mufti Wilayah Persekutuan Datok Dr Zulhamdi Al -Fakri.
Akhirnya cinta monyet kini menjadi kenyataan setelah Ahmad dan Rosna disatukan sebagai suami isteri.
"Tahniah Ahmad ....",ucap Datok Zul setelah menikahkan Ahmad .
1988 MASJID TANAH MELAKA
"Ros...aku kena pindah sekolah",jelas Ahmad.
"Sekolah arab,Maahad",sambungnya lagi sambil menggengam tangan kekasihnya Rosna.
Mata Rosna berkaca.
"Kalau kau pindah,siapa lagi yang nak ajau akuMath..",Rosnah menangis teresak-esak.
Ketika mereka berdua menangis ,semua mata pelajar memandang mereka.
Bunyi loceng menamatkan waktu rehat dan mereka berdua berpimpingan tangan masuk kelas.
"Romeo Juliet sudah sampai....',jerit pelajar kelas .
Rosna terus menangis tanpa henti di atas bangku .
Ahmad memasukkan cincin besi ke dalam beg sandang Rosna.
Ahmad terus berlari keluar sekolah tanpa bicara.
Rosna melihat daun setawar dalam buku Math.
1977 -HATYAI THAILAND
"Ahmad ..inilah pokok cili yang ditanam arwah ibu kamu .Masih segar dan subur",kata Mak Jah kepada cucunya,Ahmad.
Ahmad yang berusia tiga tahun hanya mengangguk seakan faham.
Ahmad mendakap erat baju kurung arwah ibu sambil menitiskanair mata .
"Mak..kenapa awal sangat mak pergi tinggalkan adik..",keluh Ahmad melihat pokok cili dan menyiramnya .
Sejak kematian ibu kandungnya,Ahmad ke mana-mana membawa baju kurung kesukaan ibunya.Baju kurung seakan bantal busuk yang tak boleh dipisahkan.
"Ibu kamu jahit sendiri baju ni......",terang Mak Jah mengingatkan Ahmad yang masih tidak mengerti.
Baju kurung kain kasa di bawa ke mana sahaja sehinggalah dewasa.
1979 MASJID TANAH MELAKA
"Adik..ini rumah baru kita",jelas Pak Man yang dipanggil Ayah.
Ahmad melompat girang setelah perjalanan jauh dari Kelantan ke Melaka .
"Yaho...........................................Adik dapat rumah baru!",Ahmad melihat sekeliling rumah dan membantu ibu bapamembersihkan rumah.
Azan Maghrib masjid kampung Londang bergema dan Pak Man bergegas mandi dan membonceng Ahmad ke masjid.
"Ayah..kenapa kita kena pergi masjid?',tanya Ahmad.
"Jika kita selalu pergi masjid,Tuhan sayang kita",balas Pak Man melihat wajah cucunya yang seakan tidak mengerti .
Ahmad yang baru berusia 6 tahun hanya mengikut jemaah masjid bersolat walaupun tidak tahu apa yang dibaca mereka.
1994 Medina Saudi Arabia
"Prof...........saya nak berhenti....",Ahmad memulakan bicara.
Prof Abdul Ghani melihat wajah Ahmad .
"U best student ...why want to leave?",tanya Prof Ghani .
Ahmad mengeluarkan sehelai kertas dan melakar .
"This is not my ambition.Hope u understand me Prof",balas Ahmad sambil berdiri dan keluar dari bilik Dekan .
Prof Ghani melihat lakaran kertas.
Sebuah kereta yang mempunyai payung terjun.
Mata Prof Ghani berkaca.
"Sepatutnya Ahmad belajar di Universiti Harvard...",keluh Prof Ghani .
2047
28 September 2047 -SINGAPORE
"Ahmad......Ahmad.............................."panggil Zulhairi .
Ahmad tidak menjawab.
Mesin denyutan jantung semakin perlahan.
Yuhana,Aisyah,Sue dan Rosna menangis melihat suami kesayangan mereka terbaring kaku dan hanya dibantu alat pernafasan dan oksigen.
Zulhairi menggengam cili dan matanya mula merembes.
"Ahmad...Ahmad..jawablah...aku bawa cili kesukaan kau..Hari ni kan ulang tahun kau ",panggil Ahmad bertali-tali .
Mata Ahmad berkelip-kelip dan air matanya menitis.
Seakan memahami suara sahabat baiknya memanggilnya.
"All please waiting outside...operation will be begin"pinta Dr Wong,doktor peribadi Ahmad .
Ahmad ditolak ke bilik pembedahan.
Zulhairi ke surau hospital dan menunaikan solat hajat menjadi imam isteri-isteri Ahmad,keluarga dan sahabat handai Ahmad.
"Wahai Tuhan ..panjangkan usia sahabatku Ahmad...."doa Zulhairi .
Wartawan di luar hospital sedang menunggu berita .
..............................................................................
1.1.2022 IPOH PERAK
Zulhairi membawa istrei kesayangan ,Humairah menontonfilem di GSC Ipoh .
Kali pertama setelah 30 tahun tidak masuk panggung wayang .
"Abang masuk panggung sebab nak tonton filem pertama sahabat baik Ahmad...lagi satu filem ini berkaitan kisah kucing",
pujukZulhairi pabila isterinya enggan ke pawagam.
Filem dimulakan dengan lagu Hukum Karma dendangan WINGS
"Oh… dalam dunia… Oh… kita raja… Oh… jangan lupa… Oh… Jangan gila
Gila darjat Gila nama Gila kuasa Gila Harta Semua gila
Buat baik berpada-pada Kata org tua Buat jahat jangan sekali Engkau takkan rugi
Mulia dibalas syurga Dosa kan sengsara Ini hukum karma.. "
Lagu rock dendangan kumpulan WINGS menggegarkan panggung.Terdengar siulan kecil penonton menyanyi bersama.
Babak pertama tahun 70 an ,seorang kanak-kanak dilibas ibunya kerana memberi kucing kesayangan seekor ikan goreng .
"Kita ni miskin!kau bagi kucing tu seekor ikan goreng,apa kita nak makan hari ni?",
marah Mak Jah sambil melibas anak kesayangannya dengan kain batik.
"Maaf mak....adik tak buat lagi...Sakit!sakit!",jerit kanak-kanak itu sambil berlari keluar rumah .
Zulhairi menitiskan air mata menontonnya .
Sejak Ahmad tinggal di Amerika,mereka tidak pernah bertemu.hanya SMS,FB dan whatsapp penghubung.
"Jangan lupa bro filem pertama aku 1.1.2022",SMS dari Ahmad pada satu petang.
"Tajuk filem MY JOE.mymemorywithjoe.blogspot.my".
Zul membuka blog sahabatnya setelah mendapat SMS.
"Wow!macam best je filem ni......",dengusnya.
............................................................
1983 -MASJID TANAH MELAKA
"Adik..ni hadiah hari jadi adik",ujar Pak Man sambil menghulurkan seekor anak kucing jantan .
Kucing berusia 9 bulan yang masih merindui ibu kandungnya yang mati akibat kanser.
"Meow..........meow..........................."
"Jaga baik-bak ...",pesan Pak Man dan melihat cucu kesayangannya bermain dengan kucing tersebut.
"Aku namakan kau JOE...........",kata Ahmad sambil memandikan kucing yang menggigil kesejukan.
Kucing jantan berwarna hitam kini menjadi sahabat Ahmad.
.................................................
31 DISEMBER 2005 HOSPITAL BESAR MELAKA
"Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah"itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah ia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya.Dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui."
Laungan ayat Quran dari pembesar suara masjid Al-Azhim mengejutkan Ahmad yang termangu diluar wad bersalin Hospital Besar Melaka.
Ahmad terus ke masjid Al-Azim kerna waktu Subuh semakin hampir.
Ahmad bersolat sunat tahiyyatul masjid,solat hajat dan solat Subuh berjemaah dan kembali ke hospital.
Jam 7.30 pagi ,Ahmad melihat isteri kesayangan bersama bayi keluar dari wad bersalin menaiki katil beroda.
"Aku akan namakan anak ni SAFA",kata Ahmad kepada isterinya ,Aisyah sambil mencium dahi isteri kesayangan.
|