CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: mbhcsf

About Rohingyas - Penerima hadiah Nobel KECAM SUU Kyi ~ 41

[Copy link]
Post time 9-12-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Atheist.1 replied at 9-12-2016 03:07 AM
ko dah pernah pergi myanmar?

Sea games naypyitaw 2013, bertugas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-12-2016 04:46 AM | Show all posts
Rohingya: Tamatkan jenayah genosid

Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Posted in Sinar Harian


Tiada yang lebih menyayat hati bagi seorang ibu melainkan menyaksikan sendiri anaknya dihumban hidup-hidup ke dalam api yang marak membakar.  Amat ngeri membayangkannya namun itulah yang berlaku kepada ibu-ibu di perkampungan Dha Gyi Zar (Rabaliya), Rakhine, Myanmar tanggal 13 November yang lalu.  Tragedi menghiris hati seumpama ini hanyalah mewakili ribuan kisah kezaliman dan penindasan tentera Myanmar terhadap etnik Rohingya di Rakhine, utara Myanmar sejak berpuluh tahun yang lalu.  Antara yang paling ketara termasuklah pewujudan Citizenship Act 1982 yang tidak mengiktiraf etnik Rohingya sebagai warganegara.  Lalu jadilah mereka rakyat malang yang tidak bernegara!

Sejak tarikh itu, penyeksaan dan pembunuhan etnik Muslim Rohingya tidak pernah ada noktahnya.  Insiden terbaharu yang menyaksikan pencabulan hak asasi secara sistematik saban hari di Rakhine dilaporkan bermula pada 9 Oktober dan berlangsung sehingga kini.  Bermula tarikh tersebut sehingga 20 November, Burmese Rohingya Organisation yang berpangkalan di United Kingdom merekodkan anggaran pencabulan tertentu misalnya kematian sebanyak 428, perkosaan 192, penangkapan 440, keganasan fizikal 160, dan pembakaran rumah dan bangunan 1780.  Sejumlah kecil negara, termasuk Malaysia menunjukkan kebimbangan dan keprihatinan besar.  Namun dunia umumnya membisu seribu bahasa.  Barangkali disebabkan tiada negara barat yang terlibat.  Atau juga disebabkan kepentingan tertentu. Sedangkan situasi yang mengancam nyawa dan kehidupan etnik Rohingya kini lebih daripada mencukupi untuk menepati pentakrifan genosid atau penghapusan bangsa yang diberikan dokumen antarabangsa seperti Artikel II UN Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide (CPPCG) 1951.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-12-2016 04:47 AM | Show all posts
Harapan menggunung etnik Rohingya terhadap ikon demokrasi dan juga pemenang Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyi untuk menamatkan penderitaan mereka ternyata meleset.  Pemimpin de-facto Myanmar itu jelas enggan tunduk pada tekanan antarabangsa dan mengelak untuk menjalankan penyiasatan secara telus terhadap pencabulan hak asasi oleh tentera di Rakhine.  Harapan yang tinggal bagi kumpulan minoriti yang kini  sudah tentulah terhadap saudara seagama mereka di seluruh dunia, khususnya Malaysia.  Justeru Malaysia sebagai anggota utama ASEAN dan OIC mesti mengetuai gemblengan usaha keras bagi memastikan penderitaan dan kezaliman terhadap etnik Rohingya ditamatkan dengan apa jua cara sekalipun.  Antara langkah paling strategik yang boleh diambil Malaysia adalah bertindak menggesa negara-negara anggota ASEAN yang lain agar menggantung keahlian negara Myanmar.

Bagi rakyat umumnya pula, tanpa mengira agama, bangsa dan kaum, mereka wajar memberikan sokongan terhadap apa juga bentuk bantahan kepada rejim pemerintah Myanmar.  Tujuannya adalah untuk menyampaikan mesej bahawa dunia sedang memperhatikan tindakan kejam tidak berperikemanusiaan yang dilakukan mereka terhadap etnik Rohingya.  Dunia juga tidak sama sekali membiarkannya tanpa diadili dan akan menjatuhkan hukuman keras yang setimpal. Umat Islam secara khususnya pula wajar menggunakan segala wadah yang dimiliki untuk menghulurkan bantuan termasuk melalui ibadah tertentu dan doa.  Hal ini menepati peringatan Baginda Nabi S.A.W., “Sesiapa yang melepaskan satu bentuk kesulitan dunia daripada seorang Mukmin, Allah akan melepaskannya daripada satu kesulitan pada hari kiamat.  Sesiapa yang memudahkan (urusan) orang yang berada dalam kesulitan, maka Allah Azza wa Jalla akan memudahkan baginya (kesulitan) di dunia dan akhirat.Sesiapa yang menutup (aib) seorang Muslim, maka Allah akan menutup (keaiban)nya di dunia dan akhirat.  Allah sentiasa membantu seorang hamba selagi hamba tersebut membantu saudaranya….” (Muslim)


sumber asal :

http://www.ikim.gov.my/index.php ... kan-jenayah-genosid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 09:15 AM | Show all posts
Tadi i dengar radio IKIM , dalam ruangan berita, dilaporkan bahawa sekumpulan academics dari Myanmar sedang mengumpulkan  bhn bhn sejarah ? tapi i tak tahu  pulak sumber primer atau sekunder yang mengesahkan bahawa  ethnic rohinya bukanlah penduduk warga asal myanmar

dan akan diserahkan laporan ini kepada who  - else - Sukyii tu lah

then  ...

anyways - persoalan yang terpampang di mana mana benak pemikiran ialah

adalah kalau manusia itu bukan warga negara , mereka LAYAK diperlakukan seperti itu?

license to KILL?

alangkah kurang bijaknya  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 09:18 AM | Show all posts
just to add, kalau anda pernah membaca karya karya  survivor Holocauset - tak kiralah pengkarya itu seorang pengarah filem atrau pun penulis - u know , kalau baca karya mereka , you will know that depa  akan make sure element sejarah zalim hitler tu diingati sepanjang zaman dan embdeeded dalam memana muka surat  selagi boleh , walaupun mukasurat itu hanya novel chic lit sahaja ... yups...

see?

tapi  apakah ini berlaku pada Bosnia ? atau Kosovo  atau palestine?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2016 12:39 AM | Show all posts
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya. Oleh itu, jauhkan dirimu daripada mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu”. -  Sahih Muslim'


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2016 02:31 PM | Show all posts
Hadapi 6 tuduhan merompak


ABDUL Majid (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban.

Seremban: Seorang lelaki warga Myanmar mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, terhadap enam pertuduhan merompak di daerah ini pada September hingga bulan lalu.

Tertuduh, Abdul Majid Hussin, 29, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Fathiyah Idris sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), didakwa bersama dua rakannya yang masih bebas merompak di tiga lokasi berbeza.

Mereka didakwa melarikan telefon bimbit, cincin, wang tunai, rantai emas dan subang berlian milik tiga individu di Taman Bukit Ampangan dan Jalan Dato’ Klana Maamor, selain kedai perabot di Jalan Siamang Gagap, di sini, antara 14 Oktober hingga 14 November lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392, Seksyen 394 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Sesyen 2 pula, tertuduh dikenakan tiga pertuduhan di hadapan Hakim G Ramesh yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun, denda dan sebat jika sabit kesalahan.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Disember 2016 @ 6:59 AM

http://www.hmetro.com.my/node/189753

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2016 06:15 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 19-12-2016 06:17 AM

siapa sebenar aung san suk yii?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2016 01:15 PM | Show all posts
umat islam bangladesh pun enggan membantu rohingya yg sebangsa & seagama dgn mereka, WHY?

[youtube]Gb_B1WEijOU[/youtube]
https://www.youtube.com/watch?v=Gb_B1WEijOU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2016 06:34 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 31-12-2016 06:35 AM

Penerima Nobel kecam Suu Kyi
Dilihat gagal melindungi penduduk Rohingya daripada kekejaman
31 Disember 2016 12:15 AM
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penerima-nobel-kecam-suu-kyi-1.426124#sthash.03uscgXZ.dpuf


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2016 06:35 AM | Show all posts

PENERIMA ANUGERAH NOBEL SELAR SUU KYI

Edited by mbhcsf at 31-12-2016 06:36 AM

NEW YORK 30 Dis. -
Seramai 23 orang penerima Anugerah Nobel menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya campur tangan bagi menghentikan krisis kemanusiaan di Myanmar.

Kumpulan penerima anugerah terbabit yang terdiri daripada ahli politik, dermawan serta aktivis itu turut mengecam pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi ke-rana gagal melindungi penduduk Rohingya daripada menjadi mang-sa kekejaman tentera.

Menurut mereka, Suu Kyi yang juga Menteri Luar Myanmar dan penerima Anugerah Nobel Ke-amanan dilihat tidak mempunyai inisiatif yang cukup untuk berbuat demikian.

“Kami kecewa kerana pe-mimpin tersebut (Suu Kyi) tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengekalkan dan memberi hak kewarganegaraan yang sama kepada penduduk Rohingya,” tegas mereka.

Gesaan dan kecaman itu dibuat menerusi surat terbuka yang di-serahkan kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) semalam.
Lebih daripada 27,000 penduduk Islam Rohingya yang juga penduduk minoriti di negara itu menjadi mangsa kekejaman tentera Myanmar di Rakhine sejak kebelakangan ini.

Selain dibunuh dan ditembak, golongan wanita turut menjadi mangsa rogol oleh kumpulan tentera yang tidak berperikemanusiaan itu.
Kerajaan Bangladesh juga ditekan supaya membuka laluan sempadan negara bagi memboleh-kan pelarian Rohingya mendapat perlindungan sewajarnya.
Namun, Bangladesh bertindak sebaliknya apabila menutup sempadan dan meletakkan kapal-kapal peronda di laluan air bagi menghalang kemasukan pelarian.

Kejadian terbaharu semalam menyaksikan sekurang-kurang-nya 20 hingga 25 penduduk Rohingya ditahan di perkampu-ngan Kawarbil di Maungdaw oleh tentera Myanmar, lapor Arakan Times.

Dalam perkembangan berkaitan, tiga daripada penerima Anugerah Nobel tersebut iaitu Desmond Tutu, Shirin Ebadi dan Jose Ramos-Horta menganggap pelarian Rohingya sebagai golo-ngan minoriti yang paling banyak dibunuh ketika ini.

Pada masa yang sama, ketiga-tiga mereka mahu kesemua 15 negara anggota UNSC memasukkan krisis kemanusiaan di Myanmar sebagai sebahagian daripada agenda utama selepas ini.
“Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon atau penggantinya, Antonio Guterres yang akan mengambil alih jawatan itu perlu turun padang untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku di Myan-mar ketika ini.

“Kalau kita gagal mengambil sebarang tindakan, penduduk di sana (Rohingya) mungkin mati kebuluran jika tidak dibunuh dengan peluru. Jenayah kemanusiaan ini perlu dihentikan serta-merta,” kata mereka. – AFP/AGENSI

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/penerima-nobel-kecam-suu-kyi-1.426124#sthash.03uscgXZ.dpuf


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2017 06:43 PM | Show all posts
actually , menarik juga apabila menelusuri sejarah kaum atau etnik rohingya ni...

apakah benar mereka bukan warga negara?
apakan benar dakwaan suk yii?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 06:25 AM | Show all posts
Suu Kyi buat pusingan U isu Rohingya?
sumber pautan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/?p=27939



YANGON – MYANMAR 1 Februari – Jika sebelum ini, veteran demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi enggan mengulas berkenaan isu dan situasi minoriti Rohingya di Rakhine, tetapi semalam, beliau seolah-olah membuat u-turn dengan memberi kenyataan berbeza.
Menurut Xianhua.net yang memetik laporan akhbar Mynmar Global News Light of Myanmar, Suu Kyi menggesa kumpulan majoriti untuk memainkan peranan sewajarnya dengan memelihara hak minoriti dan melindungi bahasa, budaya dan adat resam etnik minoriti.
Gesaan itu dinyatakan di Yangon dan dihadiri Pejabat Peguam Negara, pakar undang-undang dan juga ahli akademik.
Kenyataan itu dibuat di hadapan peserta bengkel bagi merangka undang-undang melindungi hak minoriti.
“Dalam melindungi hak-hak warga etnik, anda perlu bertanggungjawab.
“Kedaulatan undang-undang adalah untuk mempertahankan seluruh penduduk di negara ini di bawah perlindungan undang-undang yang memberi manfaat besar kepada rakyat, bukan menekan rakyat.
“Undang-undang perlulah adil dan saksama yang mana akan memberi manfaat kepada negara,” katanya.
Suu Kyi juga mahu undang-undang yang dirangka akan melindungi semua penduduk Myanmar dan bukan untuk menindas.
Terdahulu, penasihat parti liga kebangsaan bagi demokrasi (NLD) Suu Kyi, Ko Ni, yang memperjuangkan hak perwakilan warga Myanmar beragama Islam ditembak mati Ahad lalu. – http://www.sinarharian.com.my


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2017 06:51 AM | Show all posts
Persoalannya , kenapa sekarang suk yii mula berubah pendirian ?

adakah bahana tekanan  pihak pihak pejuang kemanusiaan mula  making their points to suk yii?

Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:23 AM GMT+8 , Processed in 0.056463 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list