View: 2889|Reply: 15
|
Dari Ahli Gusti Jadi Pelakon, Kini 'The Rock' Mahu Jadi Presiden AS
[Copy link]
|
|
Siapa yang tak kenal dengan bekas juara WWE Dwayne 'The Rock' Johnson. Sungguh tak sangka popularitinya kian melonjak sejak berjinak-jinak dengan dunia lakonan. Malah, dia juga dinobatkan sebagai 'Lelaki Paling Seksi' tahun 2016, bagi majalah People (People’s `Sexiest Man Alive’) pada pagi Selasa.
Sumber foto: http://people.com
Dwayne, 44, memberitahu majalah The Indian Express bahawa dia kini berada di 'puncak kerjayanya' selepas menerima penghormatan itu.
Bercerita mengenai kemenangan mengejut Donald Trump, Dwayne berkata, 'apa sahaja boleh berlaku'. Dia juga dengan beraninya mendakwa bahawa dia sanggup memikul tanggungjawab Presiden Amerika Syarikat jika diberi peluang, lapor portal AceShowbiz.
"Kemungkinan berlaku itu ada dan ia adalah suatu peluang hebat jika dapat membantu orang ramai. Jadi tiada yang mustahil di dunia ini. Pilihan raya baru-baru ini juga membuktikan 'apa sahaja yang tak terduga boleh berlaku'," katanya.
Sumber foto: IG Dwayne Johnson
Dwayne mungkin tiada pengalaman dalam dunia politik, tetapi dia bukanlah seorang yang asing dalam acara politik. Dia juga pernah berucap di Konvensyen Kebangsaan Republikan pada tahun 2000, di mana dia menyeru rakyat untuk mengundi.
Wah, nampaknya The Rock semakin berani untuk 'berpolitik' pula selepas mendapat gelaran lelaki paling seksi. Bagaimana agaknya Dwayne akan memimpin AS jika dia dipilih sebagai presiden negara itu? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mesia kroni je yg pegang |
|
|
|
|
|
|
|
Uochhh my hero...iols minat dia masa kt wwf dlu..lani pon minat kalo dia blakon filem.. |
|
|
|
|
|
|
|
ai rasa the rock sesuwai sgt jd presiden, berbanding kanye west yg tingtong tuh |
|
|
|
|
|
|
|
masa aku kecik2 dulu nampak muka dia mmg aku teringat WWF je, dan skg bila dah dewasa ni, mcm2 dia jadi, pelakon la, apa la.. skg dah nk jadi presiden pulak |
|
|
|
|
|
|
|
ok go for it the rock |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capiloton at 17-11-2016 11:44 AM
ada tokoh, ada karisma.
tapi dia bukan alma mater mana2 university.
nak ker orang politik pilih jadi calon.
aku tengok semua calon & president US,
for the last 50 years, semua graduate university.
even arnold susahnakeja tu pun alma mater university of wisconsin.
dapat la jadi gabenor of california.
|
|
|
|
|
|
|
|
silakan...
jika dia bertanding nanti...dialah salah seorang daripada kalangan peribumi amerika yang bertanding presiden amerika...dari kalangan red indian...
selayaknya...dia diberi peluang.....daripada presiden kulit putih yang asalnya pendatang dari eropah selepas penemuan tanah amerika oleh colombus satu ketika dahulu.....yang mana rentetan itu ramai orang kulit putih masuk ke amerika membuka tanah baru......yang kebanyakan datang dari eropah....mereka turut membawa hamba kulit hitam yang kebanyakan dari afrika untuk mengusahakan tanah mereka yang mana telah mengabaikan penduduk peribumi yang lain...
mereka sewajarnya turut dihalau kerana pendatang.....bukan hanya orang2 dari asia sahaja....
tanah amerika asalnya milik red indian...bukan mereka kulit putih yang masuk ke amerika membuka tanah dan bertindak ala koboi...
that its..
saya tunggu seorang peribumi red indian untuk jadi presiden amerika selepas donald trump pendatang haram nie....saya menyokong the rock menjadi presiden amerika akan datang..kerana berketurunan pribumi....
|
|
|
|
|
|
|
|
capiloton replied at 17-11-2016 11:36 AM
ada tokoh, ada karisma.
tapi dia bukan alma mater mana2 university.
nak ker orang politik pilih ja ...
Eh bkn dia dari unversity of miami? |
|
|
|
|
|
|
|
haah la. wiki tak update.
kat wiki tulis dia main football wakil university of miami.
siap mention bekas student yg donate paling tinggi 1 million utk improve sport facility.
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 16-11-2016 11:54 PM
ai rasa the rock sesuwai sgt jd presiden, berbanding kanye west yg tingtong tuh
haha... kanye for pres2020... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeahh! iols sokong je dia ni jadi president.
|
|
|
|
|
|
|
|
suke tgk badan die..sexayyy |
|
|
|
|
|
|
|
Go abe dwayne aku sokong mu |
|
|
|
|
|
|
|
sesuai jdi presiden.. ade karisma.. |
|
|
|
|
|
|
|
azizpazle replied at 17-11-2016 11:49 AM
silakan...
jika dia bertanding nanti...dialah salah seorang daripada kalangan peribumi amerika ya ...
The Rock bukan Red Indian, dia kacukan Black Nova Scotian dan Samoan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|