View: 1968|Reply: 19
|
Dr Zulkifli : On Trump's victory ...hmm...interesting reviews...and infos...
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 12-11-2016 09:05 AM
Pertamanya, kami telah menerima banyak persoalan dan pertanyaan berkaitan isu ini selepas kemenangan Donald Trump daripada Parti Republikan dalam Pilihanraya Presiden Amerika Syarikat 2016 yang baru berlangsung. Masing-masing memberi pandangan dan akhbar utama dunia, antarabangsa dan tempatan banyak mengulas isu ini. Kebanyakannya berbelah bahagi. Ada yang menyokong dan ada yang menentang dengan pelbagai nada samada suka ataupun sebaliknya Lambakan berita dari Facebook, Twitter, juga media sosial yang lain menunjukkan dua pendapat seperti dua kem samada menyokong atau tidak.
Pada saat yang sama, saya dapati ramai pemimpin dari pelbagai negara memberi ucapan tahniah sekalipun daripada blok negara Islam seperti Turki, Indonesia, Arab Saudi termasuk Malaysia. Kami teringatkan satu hadith Nabi SAW:
عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ: لَقَدْ نَفَعَنِي اللَّهُ بِكَلِمَةٍ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَّامَ الجَمَلِ، بَعْدَ مَا كِدْتُ أَنْ أَلْحَقَ بِأَصْحَابِ الجَمَلِ فَأُقَاتِلَ مَعَهُمْ، قَالَ: لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ أَهْلَ فَارِسَ، قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ بِنْتَ كِسْرَى، قَالَ: «لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً»
Daripada Abi Bakrah, beliau berkata: “Sesungguhnya Allah SWT memberi manfaat kepadaku dengan kata-kata yang aku dengar daripada Rasulullah SAW ketika Perang Jamal, selepas aku hampir membenarkan mereka [ashab al-Jamal] dan berperang bersama mereka. Ketika sampai khabar kepada Rasulullah SAW bahawa bangsa Parsi mengangkat puteri Kisra sebagai pemimpin. Baginda bersabda: ‘Tidak akan beruntung satu kaum yang menyerahkan urusan [pemerintahan] mereka kepada seorang wanita.”
(Riwayat al-Bukhari, no. 4425)
sumber asal :
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/bayan-linnas
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 12-11-2016 06:13 AM
Kami tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut berkenaan kepemimpinan wanita kerana ia merupakan perbahasan yang sangat luas dalam perbendaharaan politik Islam. Apa yang ingin dibawakan adalah beberapa sisi lain hadis ini yang wajar dititikberatkan.
Hadis ini jelas membuktikan bahawa Rasulullah SAW sentiasa cakna dan prihatin akan perkembangan negara jiran kerana empayar Parsi adalah salah satu empayar yang terkuat di dunia pada ketika itu. Inilah bukti satu sisi universalime Islam.
Rasulullah SAW sendiri memberikan pandangan Baginda terhadap pelantikan puteri Raja Parsi tersebut
Maka, kita tidak hairan apabila pemilihan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapat begitu banyak ulasan daripada pelbagai pihak. Ini adalah satu tanda kecaknaan terhadap apa yang berlaku di dunia. Mungkin terlalu awal untuk menetapkan apa-apa jawapan tuntas. Namun, kita masih menantikan dasar-dasar luar Amerika akan datang di bawah beliau dengan Israel, Blok European Union (EU), Rusia, China, Blok Negara Arab, Blok Negara Islam, serta blok ASEAN. |
|
|
|
|
|
|
|
Merenung Sejarah Kita
Tunjukkanlah akhlak dan Syakhsiyyah Islamiyyah yang tinggi serta jadikan ia sebagai perhiasan bagi diri. Bacalah sejarah kerana ia membuktikan kepada kita bahawa akhlak adalah senjata yang boleh mengubah persepsi dan peribadi seseorang sekalipun dia adalah seorang yang amat zalim.
Kita pasti masih ingat bagaimana Baghdad jatuh ke tangan kaum Tartar yang terkenal dengan ganas, dipimpin oleh Genghis Khan dan diteruskan oleh Hulagu Khan yang telah menakluk China dan India. Kerajaan Mamalik di Mesir yang pada ketika itu dipimpin oleh Sultan Zahir Baibars berketurunan Turki memimpin bala tentera Islam yang setia. Sultan Zahir dengan penasihat seperti Imam al-Nawawi dan Sultan al-Ulama’ Izzuddin Abdus Salam menanamkan semangat Islam dan mengislahkan kerajaan yang korup serta suka bermewah-mewahan menjadi sebuah kerajaan itu diubah untuk berhadapan dengan Tentera Tartar.
Dalam peristiwa Ain Jalut pada 25 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 3 September 1260, tentera Sultan Zahir dan Qutuz di Mesir telah berjaya mengalahkan Tentera Tartar. Secara kebiasaannya menurut Ibn Khaldun, bangsa yang dijajah akan terpengaruh dengan penjajah yang berkuasa dan kuat. Tetapi, ketika bangsa Tartar memerintah dengan undang-undang yang mencampuradukkan Islam, Yahudi, Kristian dan logik akal, para ulama’ dan rakyat bangkit menentang undang-undang sebegini. Selepas bangsa Tartar dikalahkan, akhirnya mereka pula yang memeluk Islam. Inilah satu keajaiban yang disebutkan oleh Maulana Abu al-Hasan Ali al-Hasani al-Nadwi; hanya dalam sejarah Islam berlakunya keadaan penjajah memeluk agama rakyat yang dijajah. Kerajaan inilah juga yang kemudiannya berjaya membina tamadun tersendiri ketika menjadi Kerajaan Mogul di India. |
|
|
|
|
|
|
|
Menjadi satu keutamaan bagi umat Islam untuk meninggikakan keluhuran akhlak dan budi sehingga ia mampu menawan segenap jiwa yang menyaksikannya. Ahmad Shauqi, seorang penyair terkenal pernah berkata
إنمـا الأمـم الأخلاق مـا بقيـت، فإن هم ذهبت أخلاقـهم ذهبــواً
Maksudnya: “Sebuah peradaban itu akan tetap terjaga kewujudannya selama akhlaknya masih ada. Apabila akhlaknya telah lenyap maka lenyaplah peradaban itu.”
Sesebuah negara dan bangsa tatkala akhlak anak bangsanya punah dan hancur, sudah pasti membawa kemunduran sesebuah negara.
Marilah kita mentadabbur ayat yang sering kita baca, dengan mata hati yang dimakrifatkan dengan ilmu. Firman Allah SWT:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ
Maksudnya: “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.”
(Surah al-Anfal: 60)
Ayat di atas adalah satu bentuk iktibar kepada kita untuk memahami bahawa:
Persediaan untuk menghadapi apa sahaja cabaran dan ujian. Bukannya hanya sebagai pemerhati atau penonton, lalu membuat rumusan yang tidak menjejak dalam realiti sebenar.
Persediaan dengan “segala jenis kekuatan” (مَا اسْتَطَعْتُمْ) adalah puncak tertinggi bagi satu-satu persiapan dengan sepenuh kemampuan, bukannya ala kadar. Antara yang terpenting, sudah tentu ilmu, akhlak, ibadah, kerukunan rumahtangga, pegangan hidup. |
|
|
|
|
|
|
|
Syeikh Jamaluddin Al Afghani pernah berkata kepada rakyat India yang pada ketika itu dijajah oleh Inggeris: "Jika sekiranya bilangan kamu yang berjuta-juta ini semuanya menjadi lalat, nescaya kamu mampu untuk menghancurkan telinga Inggeris."
Tetapi malangnya, umat Islam kini umpama buih-buih (ghuthā’) yang lemah, tiada kudrat dan prinsip, bahkan goyah serta hanya mengikut arus angin sahaja. Tinggal menjadi buih-buih kecil yang tidak mampu memberi kesan apa-apa. Pun begitu, usah dilupakan buih-buih juga mampu menyatu membentuk gelombang ombak yang menghempas kuat pantai. Molekul-molekul air yang kecil, memejal menjadi bongkah ais yang besar (iceberg) jugalah yang menenggelamkan sebuah kapal Titanic yang gah dan hebat pada 1912. |
|
|
|
|
|
|
|
Nasihatku
Wahai saudaraku!
Sudah sampai masanya umat Islam bersedia dengan ‘road map’ yang jelas, bukan hanya untuk 20 – 50 tahun ke hadapan tetapi dengan visi yang lebih luas, ufuk yang jauh mencapah hingga ke destinasi kita ke alam akhirat sana.
Sebelum terjadi peperangan Qadisiyah antara tentera Muslim pimpinan Sa’ad bin Abi Waqqas RA dengan tentera Parsi pimpinan Rustam, Sa’ad terlebih dulu mengirim utusan kepada Rustam beberapa kali. Di antara utusan tersebut adalah Rib’i bin ‘Amir. Rib’i segera masuk menemui Rustam dalam keadaan mereka menghiasi tempat pertemuan itu dengan bantal-bantal yang dijahit dengan benang emas, serta permadani yang disulam daripada sutera.
Mereka mempertontonkan kepada Rib’i bin Amir berbagai macam perhiasan berupa permata-permata yang mahal, dan perhiasan lain sementara Rustam memakai mahkota dan sedang duduk di atas singgahsana yang dibuat dari emas. Rib’i bin Amir pula masuk dengan hanya mengenakan baju yang sangat sederhana, tersisip pada pinggang beliau sebilah pidang, perisai, dan bersamanya seekor kuda yang pendek. Rib’i bin Amir masih tetap di atas kudanya hingga mencecah hujung permadani. Kemudian beliau turun dan menambat kudanya di sebahagian bantal-bantal yang terhampar. Beliau kemudiannya masuk dengan senjata, baju besi, dan topi besi. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengawal Rustam berkata, “Letakkan senjatamu!” Beliau menjawab, “Aku tidak pernah berniat untuk bertemu kalian tetapi kalianlah yang mengundangku datang ke sini. Jika kalian memerlukanku maka biarkan aku masuk dalam keadaan seperti ini. Jika tidak kalian izinkan, maka aku akan segera pulang.”
Rustam berkata, “Biarkan dia masuk.” Maka Rib’i bin Amir datang sambil bertongkat dengan lembingnya dalam keadaan posisi ujung tombak ke bawah sehingga bantal-bantal yang dilewatinya penuh dengan lubang-lubang bekas lembingnya. Mereka bertanya,”Apa yang membuat kalian datang ke sini?”
Rib’i bin Amir menjawab,
الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الاديان إلى عدل الاسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبدا حتى نفضي إلى موعود الله.
“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Al-Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepadanya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah”
Mereka bertanya,”Apa yang dijanjikan Allah (kepada kalian)?” Beliau menjawab, “Syurga bagi sesiapa sahaja yang mati dalam memerangi orang-orang yang enggan dan kemenangan bagi yang hidup.”
Rustam pun berkata, “Sungguh, aku telah mendengar perkataan-perkataan kalian. Tetapi mahukah kalian memberikan penangguhan perkara ini sehingga kami mempertimbangkannya dan kalian pun mempertimbangkannya?” Beliau menjawab, “Ya, berapa lama waktu yang kalian sukai? 1 hari atau 2 hari?” Rustam menjawab,”Tidak, tetapi hingga kami menulis surat kepada para pembesar kami dan para pemimpin kaum kami.”
Maka beliau pun menjawab,”Rasul kami tidak pernah mengajarkan kepada kami untuk menangguhkan peperangan apabila bertemu musuh lebih dari 3 hari. Maka pertimbangkanlah perkaramu dan mereka, dan pilihlah 1 dari 3 pilihan apabila masa penangguhan telah berakhir.” |
|
|
|
|
|
|
|
Rustam bertanya,”Adakah kamu pemimpin mereka?” Beliau menjawab,”Tidak, tetapi kaum Muslimin ibarat jasad yang satu. Yang paling rendah daripada mereka, dapat memberikan jaminan keamanan terhadap yang paling tinggi.”
Maka akhirnya Rustam mengumpulkan para pembesar kaumnya dan berkata, “Pernahkah kalian melihat sesuatu yang lebih mulia dan lebih benar dari perkataan lelaki ini?” Mereka menjawab, “Kami minta perlindungan Allah daripada terpengaruh kepada sesuatu daripada ajakan ini dan dari menyeru agamamu kepada (agama) anjing ini. Tidakkah engkau melihat kepada pakaiannya?”
Rustam menjawab, “Celakalah kalian! Janganlah kalian melihat kepada pakaian. Akan tetapi lihatlah kepada pendapat, ucapan, dan jalan hidupnya! Sesungguhnya orang Arab menganggap ringan masalah pakaian dan makanan. Tetapi mereka menjaga harga diri mereka.”
اللهُمَّ اهْدِنَا فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنَا فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنَا فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِنَا فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنَا شَرَّ مَا قَضَيْتَ، فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلا يُقْضَى عَلَيْكَ، إِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ
Ya Allah berilah kami petunjuk sebagaimana orang yang telah Engkau beri petunjuk, berilah aku perlindungan (dari penyakit dan apa yang tidak disukai) sebagaimana orang yang pernah Engkau lindungi, sayangilah aku sebagaimana orang yang telah Engkau sayangi. Berikanlah keberkatan terhadap apa-apa yang telah Engkau berikan kepadaku, jauhkanlah aku dari keburukan apa yang Engkau telah takdirkan, sesungguhnya Engkau yang menjatuhkan hukum, dan tidak ada orang yang memberikan hukuman kepada-Mu. Sesungguhnya orang yang Engkau bela tidak akan terhina, dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Mahasuci Engkau, wahai Rabb kami Yang Maha Tinggi.
Semoga penulisan yang ringkas ini dapat membuka mata kita dan memberikan semangat baru untuk kita terus memandang ke hadapan bagi meneruskan misi dakwah dan akhlak Nabi SAW dalam membina satu ummah yang gemilang. Jika Donald Trump membawakan slogan “Make America Great Again”, apa salahnya jika kami menyeru kepada slogan #MakeMuslimGreatAgain.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
11 November 2016 bersamaan 11 Safar 1438H |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 12-11-2016 06:12 AM
persoalannya the lesser of the two .... susah nak cakap kalau nak cakap dedua pun sama naik...his info on jamaluddin al afghani tu i suka
but on appoiting a lady as a leader - in this context - i mean perkara perkara yg kita tahu dia musuhi dan berbanding dengan hillary yg tak begitu musuhi walaupun kita tahu dasar US on arab israel - gaza road map etc tu memang hmm....la kan...
well...u know...i think anyone could enlighten the mufti on this...? it is about choosing the lesser of the two ...badgers ( nak tulis devils tak appropriate pulak )
|
|
|
|
|
|
|
|
apa yg saya boleh katakan secara berseloroh ialah pernyataan rakan israel saya yg dah pernah masuk army pun , dia dari Haifa , so she said berkata dia tak happy Trump pernah sebab Trump racist etc.
This lady from israel kata i know that netanyahu likes Trumps...haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nak cakap Trump is a better choice. Americans need change. Huma Abedin, wanita Muslim yang radikal (diakui sendiri olehnya kepada abang beliau) bersama Hillary beberapa dekad lamanya, tidak dihighlight diberita mainstream.
Dengan Obamacare, ramai tidak mampu untuk mendapat medical yang baik, antara sebab Americans beralih arah.
Jika berminat sila baca theori the Khazarians oleh Benjamin Fulford blog. Hillary dibiayai oleh kumpulan Khazarians. Nama PM kita pun termasuk dalam teori 'beliau' yang mana teori2 tersebut dah menjadi semacam 'prophecy'. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 12-11-2016 05:51 AM
persoalannya the lesser of the two .... susah nak cakap kalau nak cakap dedua pun sama naik...his in ...
1. Klu dah ada dalil, kena utamakan yg berdalil. Mmg dlm Islam,untuk kepimpinan tertinggi mmg wanita kena reject.
2. Dalam bab memilih pemimpin tak terpakai kot the lesser of the 2 evils klu dua2 tu kafir utk negara kafir & mengamalkan undang2 kafir. Sy bygkan sbg klu sy Ametican lah. Tak vote langsung, lagi ada.... |
|
|
|
|
|
|
|
yups...yg wanita untuk highest order tu i kindof agree tapi bila lihat sebnario politik la ni kat sia ...kalau wanita i suka rafidah or zety - but zety is not politician but then as u saidlah better ambik panduan berdalil, but yg lelaki ni you knowlah ...cam dok tengoklah.
no 2 tu macam dilemma jugak kekdang you know...tak vote ...tak ada suara nak wakilkan hak ( ini macammana ye dikira - i mean i tatau apa hukum casting a vote from a muslim living in you know country yg semmangnya secular ) kalau vote
dasar luar AS apa yg beza sangat sangat
yg i tau JFK nyer bagus tapi apa jadi ...jimmy carter pun okay but bila dalam system apa jadi , pada i manifesoto tu hmm tunggu dan lihat jelah
|
|
|
|
|
|
|
|
u know i sempat tanya seorang pak cik ni , he is a british citizen tapi negara asal America.
ni saja ckongsei views dia seba sempat sembang dengan dia malam semalam.
dia guna frasa tu - the lesser of 2 ___
so sebab dia bukan islam kan so u know ..i can understand the views lah
actually pada dia , ini teorinya - sebab rakyat voted trump bukan sebab depa nak sangat trump tu tapi
a)ketiadaan calon ketiga yg lebih berkaliber
b) kekecewaan atas pentadbiran obama kali ni - sebab semasa Obama memegang penggal, ada tak kurang 3 kali kongress 'mogok' so depa macam tak memberi sangat kerjasama kepada Obama...
c) Hillary - okay tapi dia juga didakwa ada salah laku dalam pendedahan email bebaru ni
d) trump pun banyak court cases menanti..
dalam kes brexit this guy - Uncle Michael ni dia kata actually tak ada real issue pun brexit ...semua org pilih to remain ( camp to remain _) sebab depa okay and tak nak ubah apa apa....yg nak ubag ( brexit ni - depa rasa tertipu dan tak dapat merasai faedah tu ) so menurut dia tak ada real threats lah...but org yg marah dan berasa ada isu tetuba jadi nasionalists
so u know...
dengan Trump ni dia kata hmmm kongres kata let a child be at the top so that he could smash everuthing
dep atk nak Hillary sebab somehow he aid kongres tahu ...dia akan buat atau teruskan atau macam affecting the system...
tapi i tanya dialah sejauh mana how much damaged do they want or to what extent ....
sebab meletak trump pun...
so yeah
|
|
|
|
|
|
|
|
bermulanya era eksekutif Trump...
maka ....hmm.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 22-1-2017 06:53 PM
-apakah Trump mampu melaksanakan janji janji pilihanrayanya yg lalu
- sama sama kita lihat - when he is now INTO the system ...
- menghadapi kongres dan senate
well....we shall see
- foreign policy
dan akhbar utusan Malaysia yg menyatakan Britain is OK with Trump - well actually kurang tepat lah sebenarnya britain menumpukan US sebab exports worth dan dep akena baik dengan the US juga sebab brexit - if britain susah nak masuk EU bila article 50 tu akan dilaksanakan.
sapa lagi market depa?
so...
la ni yups dep afocus on china and the US...
nak kata depa tak worry about Trump - depa sangat worry dan rakyat UK memang resent lah trump ni most yg urban liberals atau yg kat bandar bandar besar .
lagi satu - tentang NATO yups...
lagi satu tentang skandal trump yg melibatkan ex M16 and diplomat UK juga kan?
so...hmm...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dunia harapkan kebaikan era Trump
ZIN MAHMUD | 22 Januari 2017 5:03 PM
0 0 Google +0
DETIK bersejarah Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS tetapi pada masa sama dilingkari protes
DETIK bersejarah Trump mengangkat sumpah sebagai Presiden AS tetapi pada masa sama dilingkari protes ganas warganya yang menentang kepresidenannya.
Hari ini Ahad, hari kedua hartawan hartanah kaya raya Donald Trump yang berusia 70 tahun menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-45. Mengikut Perlembagaan, beliau menjadi ketua eksekutif negara paling utama dunia itu tepat pada jam 12.00 tengah hari 20 Januari waktu AS. Di Malaysia, waktu itu sudah masuk ke hari Sabtu.
Suasana pada hari beliau mengangkat sumpah penuh dengan pertembungan yang jelas menunjukkan bukan saja AS tetapi dunia terbahagi dua menghadapi era kepresidenannya. Di AS, tinjauan suara menunjukkan majoriti rakyat tidak menyukai Trump, bukan saja atas sikap dan pendiriannya tetapi perwatakannya. Sebab itu beliau memperoleh undi kurang berbanding Hillary Clinton. Namun sebilangan besar juga percaya atau sekurang-kurangnya mengharapkan Trump, dengan kelainan perwatakannya dapat membawa perubahan nyata dan memberi kesenangan orang biasa yang mahukan pekerjaan dan kehidupan seharian lebih selesa.
Sistem demokrasi Amerika dengan institusi majlis pemilih, Electoral College memberi ruang pada watak seperti Trump yang tidak terikat dengan parti politik untuk dijadikan presiden walaupun beliau gagal meraih undi paling banyak dalam pilihan raya. Tanpa pengalaman politik, ketenteraan, perkhidmatan awam atau perjuangan rakyat, Trump seolah-olah seperti suatu entiti mutasi dalam evolusi spesies politik yang mampu memberi perubahan kejutan ke atas sistem, bukan saja AS tetapi juga dunia.
Umumnya dunia, kecuali Rusia, Israel, Taiwan dan Britain tidak senang pada retorik beliau. Kata-kata Trump yang tidak diplomatik menimbulkan kemarahan di China, Jepun, Mexico, Iran, Kesatuan Eropah dan negara-negara Arab. Namun semua negara di dunia berusaha menyesuaikan diri dan mengharapkan sesuatu kebaikan daripada kepresidenannya.
Walaupun kata-kata dan pemikirannya mendatangkan kegelisahan pada golongan intelektual yang memahami realiti tetapi adalah tidak dapat dinafikan bahawa beliau mempunyai semangat dan tenaga seorang usahawan yang mampu mendatangkan hasil.
Majlis mengangkat sumpah itu menjadikan beliau selebriti terbesar dunia berbanding semasa menjadi personaliti televisyen dan tokoh korporat setahun dahulu. Kini beliau meraih bilangan penonton dari seluruh dunia jauh lebih besar berbanding ketika menjadi pengendali program The Apprentice di televisyen itu.
Pada malam sebelum hari mengangkat sumpah itu, semasa berucap pada konsert sambutan, Trump menyatakan dengan semangat bahawa beliau tidak akan mengecewakan para pengundinya. Beliau akan mengotakan janji-janji pilihan rayanya. Pada pagi hari mengangkat sumpah itu, Trump menulis pada Twitternya bahawa ini hari pertama beliau.
Sememangnya Trump memiliki kuasa presiden sebaik saja mengangkat sumpah. Tetapi menurutnya, kerja beliau akan bermula pada hari Isnin. Esok beliau akan menandatangani arahan-arahan eksekutif untuk melaksanakan dasar-dasar yang pernah disebut sepanjang kempen pilihan raya setahun lalu.
Namun, personaliti televisyen Saturday Night Live yang sering mengkritik dan mentertawakan Trump, Stephen Colbert menyatakan bahawa kerja presiden tidak bermula esok. Ia bermula serta merta kerana presiden tidak mempunyai cuti hujung minggu. Kata-kata Colbert disambut dengan gelak tawa para penonton.
Sebaik saja Trump mengangkat sumpah, pasukan White House sama ada lantikan politik ataupun pegawai perkhidmatan awam terus memulakan kerja, tidak kira hujung minggu supaya esok, pentadbiran Trump terus bergerak. Lebih penting lagi, Trump merupakan ketua panglima angkatan bersenjata atau commander-in-chief AS yang mempunyai kuasa ke atas jentera persenjataan termasuk bom nuklear. Beliau mempunyai akses semua maklumat perkhidmatan rahsia dan perisikan CIA meliputi semua negara di dunia.
Tetapi sebelum ada kuasa pun, Trump telah bekerja dengan memberi kesan ketidaktentuan pada AS dan dunia. Sebelum mengangkat sumpah, iaitu dalam 10 minggu antara perisytiharan kemenangan beliau pada 9 November hinggalah Jumaat lalu, Trump menggunakan Twitter untuk mengulas dan menyerang balas. Perwatakannya itu menimbulkan rasa bimbang dan marah dari banyak orang, baik di AS, mahupun dunia.Ketidaktentuan itu adalah kerana kata-kata beliau baik melalui ucapan atau Twitter melanggar protokol diplomatik dan peraturan etika dengan pendekatan serangan ada kalanya peribadi.
Dari sejak malam sebelum majlis angkat sumpah itu, para penentangnya terutama dari kalangan pemegang fahaman liberal mengadakan demonstrasi. Antara mereka yang turut serta demonstrasi itu ialah para selebriti yang umumnya menolak Trump. Tokoh pembuat filem berfahaman liberal yang pernah meramalkan kemenangan Trump ialah Michael Moore. Beliau turut serta dalam protes itu dan antara mereka berazam untuk menghalang presiden itu memenuhi penggal pentadbirannya, iaitu empat tahun.
Upacara angkat sumpah berjalan lancar di dataran nasional The National Mall diikuti dengan jamuan makan tengah hari di Capitol, iaitu bangunan Parlimen AS sebelum satu perarakan pendek di Pennsylvania Avenue. Paling penting ialah ucapan beliau yang mengambil masa 15 minit. Antara perkara pertama yang beliau menyatakan ialah majlis mengangkat sumpah itu bukanlah peralihan kuasa dari sebuah parti ke parti lain. Ia bukan daripada Presiden Obama yang mewakili Demokratik kepada Presiden Trump yang mewakili Republikan.
Tetapi Trump menyatakan kali ini ia adalah perubahan daripada kuasa ahli politik di Washington kepada rakyat. Maknanya Obama dan presiden-presiden sebelumnya digambarkan sebagai mewakili ahli-ahli politik semata-mata sedangkan beliau mengambil kuasa untuk dikembalikan kepada rakyat.
Inti pati ucapannya ialah penegasan beliau untuk mengutamakan AS, atau apa yang disebut sebagai America First. Perkara ini adalah selaras dengan slogan kempen Trump iaitu Make America Great Again. Ia membayangkan bahawa sepanjang lapan tahun kepresidenan Obama, beliau tidak mengutamakan AS, sebaliknya banyak pertimbangan untuk dunia. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa kepresidenan Obama telah menyebabkan AS kurang hebat.
Apa yang dikatakannya sebagai kurang hebat itu bermaksud bahawa kemerosotan perindustrian AS berlaku hinggakan kekurangan peluang pekerjaan dan kegagalan kuasa besar itu menghapuskan pengganas Islam. Dalam ucapannya itu, beliau menekankan soal azamnya untuk memulihkan kilang-kilang supaya rakyat mendapat pekerjaan. Beliau akan membina infrastruktur seperti lebuh raya dan sekolah bagi memperbaiki kehidupan rakyat.
Tetapi dari mana beliau boleh dapat dana untuk membiayainya? Sebaik saja beliau menjadi presiden, didapati isu perubahan iklim dihilangkan daripada laman web White House. Beliau menolak isu perubahan iklim. Maka beliau dijangka menghentikan pembiayaan dana program seperti perubahan iklim ini. Dana inilah kemudian akan disalurkan pada pembinaan infrastruktur. Inilah ciri populis yang ingin dibawa Trump.
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.g36VDLld.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
so kita lihat foreign policy trump and apa yg akan berlaku dalam konflik israel - palestine... |
|
|
|
|
|
|
| |
|