CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3807|Reply: 18

Bagaimana Mr. Bean Terhasil Dan 4 Watak Penting Yang Buat Lawak Mr. Bean Menjadi

[Copy link]
Post time 1-11-2016 12:02 PM | Show all posts |Read mode

Agak mustahil bagi sesiapa sahaja untuk tidak mengenali Mr. Bean. Watak komedi dari United Kingdom ini boleh dikatakan telah menjadi sebahagian daripada kehidupan para penonton televisyen.

Rancangan Mr. Bean telah mula ditayangkan pada 1 Januari 1990 di United Kingdom. Tetapi, siri Mr. Bean ini telah sampai di Malaysia lewat tahun 1997. Rancangan Mr. Bean ini telah ditayangkan bermula dari tahun 1990 sehinggalah tahun 1995.


Bagaimana Watak Mr. Bean Terhasil?
Watak Mr. Bean ini telah dihasilkan oleh pelakon yang memegang watak ini iaitu Rowan Atkinson. Pada ketika itu, Atkinson sedang melanjutkan pengajian ijazah sarjana dalam bidang kejuruteraan elektrikal di Queen’s College, Oxford (Yang jadi Mr. Bean pun ada master, memang bukan calang-calang orang ni).

Mr. Bean sebenarnya adalah seorang lelaki dewasa tetapi mempunyai jiwa kebudak-budakan yang sangat kuat dalam dirinya. Sebab itulah kita dapat melihat segala tindak-tanduknya sama seperti seorang kanak-kanak. Malah, Rowan Atkinson juga pernah berkata bahawa, “Mr. Bean adalah seorang kanak-kanak yang hidup dalam badan orang dewasa.”

Watak Mr. Bean ini pernah dipertontonkan kepada umum sebelum ia menjadi sebuah rancangan televisyen. Ia pernah muncul dalam sebuah persembahan komedi di Edinburgh Fringe pada awal 80an.

Kemudian, ia muncul pula dalam sebuah sitcom yang bernama ‘Canned Laughter’ tetapi menggunakan nama ‘Robert Box’ dan dilakonkan sendiri oleh Rowan Atkinson. Ia telah ditayangkan pada tahun 1979.


Pada tahun 1987, semasa Rowan Atkinson membuat persembahan sebagai Mr. Bean di Montreal, Kanada, beliau bertegas dengan pihak penganjur untuk membuat persembahan menggunakan bahasa perancis dan bukan bahasa inggeris.

Rupa-rupanya, tujuan beliau berbuat begitu adalah sebagai satu ujikaji di mana Rowan Atkinson mahu melihat adakah warganegara lain yang tidak fasih berbahasa inggeris dapat menerima atau tidak lawak fizikal yang ditunjukkan oleh Mr. Bean. Hasilnya, ramai penonton yang menyukai lawak yang ditunjukkan oleh Mr. Bean.

Siapa Sebenarnya Mr. Bean Ini?
Dalam rancangan televisyen ‘Mr. Bean’, Mr. Bean tinggal di sebuah pangsapuri yang beralamat di Flat 2, 12 Arbour Road, Highbury. Mr. Bean dilihat seperti mempunyai kostum kerana dia sering memakai kot berbulu berwarna perang, berkemeja putih, bertali leher merah dan seluar slack yang agak senteng.

Lawak Mr. Bean terhasil apabila beliau menyelesaikan masalah kehidupan sehariannya menggunakan caranya sendiri. Contohnya seperti episod pertama rancangan ini, Mr. Bean ingin membeli kuali, jadi beliau tidak tahu saiz yang sepatutnya digunakan. Jadi beliau telah membawa seekor ikan mentah yang disimpan dalam kotnya untuk menguji saiz kuali yang sesuai.

Selain itu, jika anda masih ingat satu episod di mana Mr. Bean baru sahaja membeli set televisyen dan beliau terpaksa menanggalkan semua pakaiannya supaya mendapat frekuensi siaran yang baik untuk menonton televisyen.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-11-2016 12:03 PM | Show all posts



Mr. Bean juga boleh dikatakan orang yang ‘bijak’ apabila terdapat satu adegan di mana beliau ingin mengecat rumah. Memandangkan menggunakan berus terlalu lambat, jadi beliau telah meletakkan mercun ke dalam tong cat dan apabila tong tersebut meletup, satu rumah beliau berjaya dicat dengan sempurna dan segera.


Aksi-aksi seperti inilah yang menyebabkan ramai orang geli hati dan suka menonton rancangan Mr. Bean ini.


Watak-watak Sampingan Yang Penting

Selain daripada Mr. Bean, dalam rancangan ini juga ada watak-watak sampingan yang memainkan peranan penting untuk menaikkan mood komedi dalam cerita ini.


Antaranya ialah patung beruang milik Mr. Bean yang bernama ‘Teddy’. Teddy adalah sejenis patung beruang yang berwarna coklat dan kaki serta tangannya dilihat seperti potongan sosej. Teddy boleh dikatakan kawan baik Mr. Bean dan sering dibawa ke mana-mana sahaja oleh Mr. Bean. Malah, Mr. Bean juga menganggap Teddy sebagai makhluk yang hidup di mana kita dapat melihat Mr. Bean gemar berkomunikasi dengannya.


Irma Gobb pula ialah buah hati Mr. Bean. Walaupun Irma Gobb adalah teman wanita Mr. Bean, tetapi Mr. Bean selalu melayannya acuh tak acuh dan tidak kelihatan serius menyayanginya. Walaubagaimanapun, dalam satu adegan apabila Irma Gobb menari romantik bersama lelaki lain dalam sebuah kelab malam, Mr. Bean berasa cemburu dan telah memutuskan bekalan elektrik kelab malam tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 12:03 PM | Show all posts




Kereta mini Mr. Bean yang berwarna hijau juga adalah karakter penting dalam rancangan ini. Kereta Mr. Bean adalah jenis 1976 British Leyland Mini 1000. Banyak kisah-kisah menarik yang berlaku dalam cerita ini yang berkaitan kereta mini ini.


Antaranya ialah, kereta ini pernah dihancurkan oleh sebuah kereta kebal kerana Mr. Bean telah meletakkan kereta tersebut di kawasan yang tidak sepatutnya. Kereta ini juga dikunci menggunakan engsel kunci dan mangga. Malah, stereng kereta ini boleh dicabut dan menyebabkan pencuri tidak dapat mencuri keretanya.


Akhir sekali adalah watak kereta biru beroda tiga yang sentiasa menjadi mangsa buli Mr. Bean. Kereta ini sering ditimpa musibah setiap kali bertemu dengan Mr. Bean. Kereta ini pernah kemalangan dan juga pernah terbalik gara-gara pemanduan Mr. Bean yang berbahaya. Namun begitu, sehingga habis siri ini, kita masih tidak tahu pemandu sebenar kereta ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2016 12:04 PM | Show all posts




Penutup


Selama 5 tahun bersiaran, bermula dari tahun 1991 sehingga 1995, rancangan Mr. Bean telah memikat hati ramai penonton dan pernah satu episodnya yang bertajuk “The Trouble With Mr. Bean” mendapat jumlah tontonan sebanyak 18.74 juta.


Rancangan Mr. Bean juga telah memenangi pelbagai anugerah termasuklah anugerah Rose d’Or. Rancangan Mr. Bean juga telah diadaptasi menjadi rancangan kartun di mana ia disasarkan untuk kanak-kanak dan boleh ditonton di Disney Channel.


Adakah anda ada pengalaman-pengalaman menarik yang berlaku sepanjang menonton rancangan Mr. Bean ini? Jika ada, jangan segan-segan untuk berkongsi dengan kami. Kongsikan pengalamana anda dalam ruangan komen di bawah ye.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 03:13 PM | Show all posts
masa dulu, mr bean n senario adalah rancangan wajib tonton hujung minggu.. tunggu la kat tv3 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2016 05:53 PM | Show all posts
rinduunyaaaaaaa zaman mr bean ni dedulu... mmg standby je depan tv.. tgok ulang2 pn still tak bosan.... siap ada kereta proton kan dlm cite mr bean ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2016 12:47 PM | Show all posts
dulu time kecik kecik cerita mr bean ni mmg cerita wajib ditonton satu keluarga. seronok je lawak dia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg layan yg animasi plak.. Lawak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2016 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Slalu tgu mr bean mlm2 kt tv 3 smbil buat home work sekolah..tipula..buku2 itu sekadar watak sampingan hahaha..mmg best kot mr bean ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2016 03:46 PM | Show all posts
legend ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
masa aku kecik2 dlm umr belasan adik aku punyala fanatik dgn mr bean..siap bapak aku akan record pakai vcr waktu tayangan mr bean d tv3 waktu tu..punyala sakit hati aku dgn cta mr bean watak yg langsung x bcakap..now dh agak kertu pandai pulak aku terminat dgn mr bean ni..sial ketawa terbahak2 dgn lawak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 10:00 AM | Show all posts
Masa kekecik punyalah gigih aku melayan ceta Mr. Bean tapi bila dah ada anak ni aku lak xberapa kasik anak2 aku tgk sebab xnak dorang terpengaruh..hehehe..jahatnyer aku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2016 08:23 PM | Show all posts
Hey bro! Hi kawan2!!


Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!




Hari2 miskin, bila la nak kaya!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2016 11:08 AM | Show all posts
antara babak yang x blh lupa :

-siap bwk ikan mentah lagi untuk test kuali..muat ke tidak..
-nak ambik exam..bukan main lagi tunjuk mcm2 jenis pen dia ada siap ada anak patung lagi buat hiasan atas meja..akhirnya masa kalut nak jawab rampas pen org sebelah gak
-jemput kwn2 dtg naik rai new year..tp mknn xde..diambiknya ranting kayu
-cat rumah paling sempoi dan bijak..
-tdo kat hotel..siap tebuk bilik org sebelah utk guna bilik air mungkin bilik yg dia check in tu shared bathroom

byk lagi lawak gila-gila dan lurus bendul..

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 10:35 AM | Show all posts
mr .bean memang best..suka sangat tengok aksi dan lawak dia..
tapi mama tak bagi tgok sngat sebab katanya mr,bean ni pengotor..
sebab ada satu scene yg dia pasal lap hingus tu..smpai skrg boleh ingat lagii
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2016 07:48 PM | Show all posts
best...tak banyak cakap...kalo lawak malaysia punya..muntah ijoo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2016 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85 replied at 4-11-2016 02:57 PM
Slalu tgu mr bean mlm2 kt tv 3 smbil buat home work sekolah..tipula..buku2 itu sekadar watak samping ...

cite bendul ko layan x??mr bean gak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 08:42 PM | Show all posts
layankan aja mr bean walaupun rating aku bagi 6.8 ja
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 08:43 PM | Show all posts
layankan aja mr bean walaupun rating aku bagi 6.8 ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.126807 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list