oleh Adib Za
Siapa sangka selain memiliki pantai yang cantik, Port Dickson juga memiliki khazanah alam yang tersembunyi yang sangat mengejutkan.
Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson sebenarnya memang sudah terkenal di kalangan mereka yang aktif dengan aktiviti hiking atau memanjat bukit.
Namun, bagi kalangan orang biasa, ia merupakan satu kejutan kerana tidak pernah mengetahui Port Dickson juga merupakan lokasi hiking yang sangat 'ohsem'.
Lebih-lebih lagi bila ia menjadi viral di laman sosial, maka berduyunlah pelancong yang bakal datang ke sini.
Tak Sangka Port Dickson Ada 'Port Hiking' Yang Sangat Mengejutkan & Ohsem!
Memetik komen netizen di laman sosial, Bukit Batu Putih ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, yang bersebelahan dengan Ilham Resort.
Bayaran masuk adalah RM1 sahaja bagi setiap orang. Perjalanan dari pintu masuk hingga ke puncak bukit pula hanya memakan masa 30 minit!
Pemandangan yang dihidangkan memang sangat sukar digambarkan! Kawasan batu-batuan putih ditambah dengan keindahan pantai yang penuh menghijau!
Jadi, bagi mereka yang pertama kali nak merasai pengalaman hiking di kawasan bukit, bolehlah datang ke Bukit Batu Putih di Port Dickson ini.
- CARI
Sumber foto: Facebook Era/ Platform Informasi
|