CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2717|Reply: 6

Hanya Lelaki Buta Sahaja Beli Biskut Budak Miskin, Yang Lain Enggan!

[Copy link]
Post time 17-8-2016 12:45 PM | Show all posts |Read mode
sumber foto: Laman Facebook Maxman.TV





Sekiranya anda melihat budak seorang diri duduk di tepi jalan atau menjual barang di sekitar tempat, adakah anda akan cari ruang untuk jauhkan diri daripada budak itu atau tampil ke depannya untuk tanya bagaimana boleh membantunya?


Baru-baru ini, sebuah video berdurasi kira-kira 3 minit 19 saat terbitan syarikat penerbitan Maxman.TV yang berkonsep seperti 'Eksperimen Jalanan' atau 'Street Experimental' yang sering disaksikan di luar negara mendapat perhatian.


Paparan video kelihatan seorang budak duduk di tepi jalan, ramai pejalan kaki mengelilinginya dan bertanya adakah sedang menghadapi masalah. Budak itu hanya jawab, 'tidak'.


Kemudian, lensa kamera beralih ke budak itu dan setong biskut, dan skrin tertera "Adakah Anda Akan Bantu Dia?"


Selepas itu, kelihatan pula kakitangan syarikat penerbitan tersebut muncul dan menjelaskan pelakon cilik bernama Adam berpakaian kelihatan seperti seorang budak yang miskin, dan membiarkan dia duduk ditepi jalan dan jual biskut. Setelah semua sudah siap sedia, maka ujian pun dimulakan.


Adam tanpa berhenti menanya pada setiap perjalan kaki adakah nak beli biskutnya, seorang demi seorang hanya berlalu saja dan membeli sehinggalah bertemu seorang lelaki buta di kawasan tangga.  




sumber foto: Laman Facebook Maxman.TV



Selepas bertanya harga, lelaki terbabit menghulurkan sejumlah wang seringgit kepada Adam, dan menyuruh dia ambl semua duit yang selebihnya untuk pergi beli makanan dan mengisi perutnya.


Pada masa itu, krew penggambaran muncul dan beritahu lelaki buta berkenaan keadaan sebenar yang berlaku, kemudian ambil duit yang telah diberikan kepada Adam untuk pulangkan balik kepada lelaki buta itu.


Krew penggambaran turut menghulurkan RM50 kepada lelaki buta itu menyebabkannya rasa terharu sehingga kelihatan menangis sambil mengucap terima kasih.


Pada penghujung video, tertera "Tiada Orang Akan Menjadi Miskin Akibat Memberi Sumbangan"











Dipercayai video itu diterbitkan ketika sambutan hari raya Aidifitri, tetapi ianya hanya dimuat naik di laman facebook Maxman.Tv pada 8hb Ogos, hasilnya berjaya mengumpul seramai 710 ribu orang menontonnya hanya dalam masa 2 hari sahaja, berpuluh ribu orang berkongsinya.


Berdasarkan komen yang dikongsikan, ramai rasa terharu dan menyentuh hati dengan tindakan lelaki buta itu, beranggapan hanya mereka yang pernah melalui keperitan hidup barulah mempunyai perasaan yang sama.


Dalam pada itu, ada yang berpendapat, terdapat segelintir yang enggan membantu tidak bermakna mereka itu berdarah dingin, sebaliknya adalah disebabkan terlalu banyak kejadian di mana pihak sindiket mempergunakan budak untuk meraih simpati orang ramai, akibatnya masyarakat bimbang sekiranya membantu budak itu secara tidak langsung menggalakkan gejala songsang tersebut berlarutan.







sumber foto: Laman Facebook Maxman.TV





Tidak kurang yang menyatakan kelemahan yang timbul, iaitu biarpun pihak penerbitan berniat murni iaitu untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, tetapi sepanjang proses penggambaran sebenarnya pelakon cilik terbabit terdedah dalam risiko kena culik.- CARI





sumber foto: Laman Facebook Maxman.TV
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2016 02:01 PM | Show all posts
bdk ni nabil dsh ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2016 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ak bkn apa in real life, jual harga berganda mhl in name for charity.ada auntie jual whiskas rm1 mintak rm5. Klu bdk rohingya yg buku yasin kecik2 pun minta rm5. So kita pun xnk amek kisah
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 11:15 AM | Show all posts
Itu le kenyataan zaman sekarang ni hanya yang susah atau yang pernah susah je memahami orang susah yang lain.  Kebanyakan yang lain bila ada kempen atau dah di viral kan je baru gigih nak membantu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 12:03 PM | Show all posts
hmmmm.....   
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2016 02:09 PM | Show all posts
mgkin ramai yg berjaga2 kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2016 03:17 PM | Show all posts
selalu jenis2 mcm ni approach kalau aku xnk apa dorg jual aku bg cash jah... at least brg yg sepatutnya aku amik tu dia boleh jual ke org lain....selalunya macik2 jual kopok...tgk masing2 dh tua jalan pun dh macam x larat...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.050826 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list