oleh Adib Za
Jangan terkejut jika dikatakan masih ramai yang tidak tahu cara mencuci tangan dengan betul. Dalam erti kata lain, mereka mencuci tangan namun tidak mengaplikasikan cara yang mampu menyingkirkan kotoran dan kuman dengan tepat.
Seharusnya, mencuci tangan adalah sesering mungkin, terutamanya jika anda sedang mengalami flu, kerana ia mampu mengelak penularan virus dan mempercepatkan penyembuhan.
Jika kita sering mengingatkan anak-anak mencuci tangan, mengapa kita sendiri sering lupa melakukannya? Jangan pernah bosan ya melakukannya.
Foto: grouptripsandtravel.com
Untuk lebih bersih, gunakan sabun terutamanya selepas anda melakukan aktiviti seperti memasak, sebelum dan sesudah makan, membuang air, memegang anak, haiwan, mengemas rumah dan sebagainya.
Masih tidak tahu mencuci tangan dengan betul? Jangan risau. Anda boleh menonton video yang sangat menarik ini yang dimuat naik menerusi Facebook sebuah hospital di Bali, Indonesia.
Video tersebut menunjukkan para jururawat melakukan tarian yang dalam masa sama, mengajar orang ramai mencuci tangan dengan tepat dan sempurna! Menarik, kan!
Jom tonton video di bawah.
|