View: 1842|Reply: 2
|
Trik Solekan Tampak Lebih Muda
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Ini adalah fakta! Jika anda terlalu obses dengan solekan, ia mampu menjadikan kulit anda tampak lebih tua daripada usia yang sebenar.
Tapi, bagaimana nak kelihatan semula jadi dan segar walaupun dengan solekan? Apakah trik solekan yang diamalkan ramai selebriti buat wajahnya tampak segar dan menawan bila keluar dari rumah? Mungkin beberapa yang disenaraikan di bawah ini telah dicuba mereka.
1) Tampil berani
Memang lebih ‘selamat’ jika menggunakan tona tanah pada solekan mata kerana sudah tentu ia tidak akan jadi salah, tetapi kalau selalu sangat dengan warna sama saja, lama-kelamaan wajah anda pun nampak sama saja. Apa kata gunakan rona yang lebih berani seperti biru atau hijau pada solekan mata. Bertatih dulu dengan yang lembut. Lihatlah hasilnya yang luar biasa, buat wajah tampak lebih segar menawan.
2) Pelembap sebelum bedak asas
Mungkin sudah berkali-kali anda membacanya, tetapi tetap tidak terbuat. Tetapi, jika anda memakai bedak asas tanpa krim pelembap, kulit akan menyerap intipati pelembap dalam bedak asas. Sudahnya, makin terserlah kedutan dan tompok kering pada wajah anda.
3) Samar cela dengan concealer bukan dengan bedak asas
Jika anda cuba samar semua masalah kulit wajah dengan bedak asas, sebenarnya ia akan lagi menyerlahkan masalah kulit berkenaan daripada menyembunyikannya.
4) Tidak perlu berbedak bila usia meningkat 50-an
Melainkan anda ada masalah kulit berminyak. Bedak biasanya melekap pada kedutan lantas membuatkan wajah lebih tampak tua.
5) Pedap atau sapu sedikit lip gloss pada tengah bibir bawah
Trik ini akan buat bibir anda tampak penuh, lantas memudakan penampilan wajah anda. Elakkan rona gincu gelap, kerana boleh buat bibir anda tampak kecil.
Sumber : ING |
|
|
|
|
|
|
|
Trik menarik, apa yang penting less is more tak perlu nak buat solekan tebal pun bukannya nak shooting filem kena suluh lampu boleh nampak celaannya |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan lupa tambah blusher ckit kot.. Kasi ada seri hehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|