View: 2081|Reply: 0
|
Bulu Kening Nipis? Tebalkan Dengan Cara Ini
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Apabila inovasi mekap semakin menjadi kegilaan si gadis, namun masih ada yang ingin tampil cantik semula jadi.
Tidak mahu kelihatan cantik palsu, kening yang diukir kini rata-rata hanya lukisan semata-mata.
Jadi, bagaimana inginkan kening yang terurus rapi dan lebat secara semula jadi? Jom, ikut cara-cara di bawah.
Selepas ini, tak perlu nak mekap dan lukis tebal-tebal sehingga hilang rupa asli kening kita kan?
1) Minyak Kelapa
Minyak kelapa untuk membantu mempercepatkan proses pertumbuhan dan menggalakkan pertumbuhan bulu kening. Sapu terus ke kening dan biarkan semalaman.
2) Urut
Urut kening juga adalah cara yang terbaik untuk meningkatkan pertumbuhan kening. Mengurut di kawasan sekitar kening anda dengan minyak zaitun selama 5 minit setiap hari.
3) Vitamin B & D
Makan makanan yang kaya dengan vitamin B & D untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Selain itu. ia juga membantu menguatkan bulu mata dan kening, malah dapat menentang kesan bahaya produk berasaskan kimia seperti maskara dan celak.
Untuk pengetahuan anda, vitamin B & D ni penting kerana ia memberi kesan kepada organ dalaman.
4) Minum Air
Sebaiknya minum air sekurang-kurangnya 8 hingga 10 gelas setiap hari kerana ia dapat membantu membuang bahan toksik di dalam badan melalui air kencing.
Air bukan saja meningkatkan pertumbuhan bulu kening malah, dapat meningkatkan sistem badan. Itu sebablah kita kena minum air secukupnya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|