Korang ada kawan-kawan lelaki yang macam ni tak?
1. Lelaki yang korang boleh borak tentang apa saja. - dia pendengar yg baik dan dia jugak tau nak bagi nasihat apa.
2. Lelaki yang borak tentang semuanya dgn korang. - dia ni citer pasal wanita yg dia suka sampai kan ke hal-hal lain. Korang la pendengar dia yg baik.
3. Lelaki yang selalu bergurau. - dia ni fun to be around with. Kalau dia takde masa lepak, memang tak best.
4. Lelaki yang kaya. - dia ni kawan yang suka belanja semua orang makan. Bawak jalan pun tempat best2. Tak lokek
5. Lelaki yang menyemart je. - dia ni suka melawa kalah lelaki. Tapi korang pun tak kisah. Apa je pasal fesyen dia tau.
6. Lelaki yang cool je. - dia ni member korang yang cool dan rilek je. Pakai tshirt, seluar pendek da siap. Sempoi.
7. Lelaki yang pandai. - dia ni nerd sikit, suka main game, suka baca komik. Pandai orangnya.
8. Lelaki yang jaga badan. - kawan korang ni suka main gim, suka gaya hidup sihat. Ko nak tip diet, cari dia je.
9. Lelaki yang alim. - mesti ada kawan camni dalam hidup korang kan? Korang respect dia dan cara dia, senang je berkawan dengan dia ni.
10. Lelaki yang kreatif. - dia ni seorang yg ada visi dan taste yg baik. dia jenis buat keje dia je, sibuk dgn hobi melukis la, fotografi la, byk lagi. Korang pun naik jeles.
11. Ladies man. - dia ni pandai ayat perempuan dan hensem orangnya. Korang selalu kesian dgn awek2 yang selalu kena sweet talk dgn dia ni.
12. Lelaki yang dalam diam suka korang. - mesti ada at least sorang kawan yg dalam diam syok kat korang. Ko pun tau tp malas nak bagi dia harapan. Keadaan pun sentiasa janggal je dgn dia.
13. Lelaki yang korang suka dalam diam. - korang bermula sebagai kawan je lama2 korang mula simpan perasaan kat dia. Tp korang tak luahkan perasaan sbb sayangkan persahabatan tu.
So ada tak kawan-kawan macam ni? Nyatakan nombor hehe!
Sumber: BeeTalk Forum
|