View: 4004|Reply: 14
|
Sedapnya Gula-gula Jenama 'Sugarpova' Milik Pemain Tenis Dunia, Maria Sharapova
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Lihat pada pembungkusannya, pasti ramai yang tertarik untuk mencuba gula-gula dan coklat yang diberi nama Sugarpova ini. Berwarna-warni, menarik dan sangat ceria!
Jenama Sugarpova ini dilancarkan oleh pemain tenis utama dunia iaitu Maria Sharapova.
Sharapova kini berkolaborasi bersama Baron Chocolatier untuk melancarkan rangkaian coklat di bawah jenama miliknya, Sugarpova.
Memetik laporan CNN.com, ia telah dipasarkan pada 15 Mei di beberapa negara di Eropah sebelum dilancarkan di Amerika Syarikat.
Sharapova dalam satu video yang dimuat naik di YouTube teruja dengan pelancaran coklat ini dan juga jenama Sugarpova.
"Gula-gula boleh membuat orang tersenyum, sesuai dimakan ketika 'melepak' bersama kawan-kawan ketika minum petang atau sebelum makan malam. Jadi semua aspek itu penting untuk jenama ini," kata Sharopova.
Pada Mac, Sharapova mendedahkan beliau gagal dalam ujian dadah semasa Kejohanan Terbuka Australia di Melbourne, Januari lalu.
Dalam sidang media khas yang diadakan di Los Angeles, Sharapova mengakui hasil ujian menunjukkan kesan positif bagi bahan dadah terlarang meldonium.
Gagal sertai perlawanan, berjaya buat bisnes. Tuah badan kan? Penulis nak belilah gula-gula Sugarpova ini. Suka tengok gula-gula 'colourful' begitu, jatuh hati terus. Jangan tertukar Sugarpova dengan Sugarscarft tau! Hehehe - CARI Infonet
|
|
|
|
|
|
|
|
Wow kiut warna warni dan pastinya manis semanis dutanya |
|
|
|
|
|
|
|
mcm repack jah...berlambak yg mcm tu jual kat sini...letak sugarpova terus jd mahal & kekonon rare |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm berlambak je gula camtu jual kt tidbit... |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik dia kenakan baju putih tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi dia berjaya buatkan sweets tu nampak mahal |
|
|
|
|
|
|
|
comel la dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
bentuk bola tenis tu je yg nampak lain sikit |
|
|
|
|
|
|
|
Die makan ke gula2 tu..high sugar..xtakut gemoks ka..?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|