CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5141|Reply: 10

Apakah Hukum Bersedih Pada Hari Raya Dan Ketika Ziarah Kubur? Ini Jawapan Dr Maz

[Copy link]
Post time 10-6-2016 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Ia bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan apabila umat Islam telah menjalani sebulan ibadat puasa dengan tekun.

Namun, adakah kita boleh bersedih ketika hari raya terutama semasa menziarahi kubur?



Jom, teliti soalan yang dituju ini dan telah dijawab oleh Dr. Maza di laman blog miliknya. - CARI Infonet

Soalan : Dr Asri, biasanya setiap pagi hari raya saya dan keluarga akan ke kubur arwah ibu kami. Hubungan kami dahulu amat rapat. Apabila di kubur, saya akan cuba ingat memori lama dengan ibu dan saya akan menangis sepuasnya. Saya ceritakan perkara ini kepada kawan sepejabat saya. Dia kata tak baik bersedih pada hari raya. Dia pun ada mention nasihat Dr Asri supaya jangan sedih pada hari raya. Saya sudah lama terbiasa sedih pada hari raya. Rasanya kosong pula kalau tidak menangis pada hari raya. Boleh Dr Asri jelaskan sedikit panduan hari raya?

Jawapan Dr MAZA : Saya percaya saudari seorang yang sentiasa ingin mencari redha Allah dan RasulNYA, sebab itu saudari ingin memastikan hariraya saudari mengikut panduan yang betul. Saudari hariraya adalah hari yang dikhususkan kepada kita untuk bergembira, bukan untuk bersedih. Banyak perkara jika hendak disebutkan mengenai hari raya, namun dalam ruang yang terbatas ini saya jawab persoalan saudari seperti berikut:

1. Hari raya bukan hari menzahirkan suasana sedih, sebaliknya hari raya menzahirkan suasana kekuatan, kegembiraan dan perpaduan umat Islam. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Suasana sebegini menimbulkan perpaduan, kekuatan dan kegembiraan. Wanita haid pun ke suruh untuk keluar ke tempat solat, sekalipun bukan untuk solat tetapi untuk menyertai suasana kemeriahan kaum muslimin.

2. Betapa suasana kegembiraan digalakkan pada hari raya, maka Nabi s.a.w mengizinkan atau menggalakkan hiburan seperti nyanyian, pertunjukan dan sukaria yang lain selagi tidak melanggar syariat. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

3. Maka, hiburan kanak-kanak atau dewasa pada hari raya seperti permainan bunga api atau selainnya adalah tidak menyalahi syariat, bahkan digalakkan jika dapat menimbulkan kegembiraan. Begitu juga jamuan pada hari raya, duit raya, hadiah raya dan apa sahaja yang boleh menimbulkan suasana gembira. Namun kesemuanya hendaklah dipastikan dengan kadarnya yang tidak melampaui hukum-hakam syarak.



4. Menziarahi kubur itu pada asalnya disunatkan pada bila-bila masa bagi mengingatkan kita pada hari akhirat. Sabda Nabi s.a.w:

“Aku dahulu melarang kamu menziarahi kubur, namun ziarahi sekarang kerana ia boleh mengingatkan kamu pada hari akhirat” (Riwayat Muslim).

5. Walaupun menziarahi kubur itu pada asalnya sunat, namun baginda Nabi s.a.w tidak pernah mengkhususkan supaya diziarahi khubur pada hari raya. Perbuatan mengkhususkan hari raya sebagai hari ziarah kubur tidak bersumberkan dari ajaran Nabi s.a.w. apatah lagi dengan pelbagai upacara yang menyanggahi sunnah Nabi s.a.w yang diadakan oleh sesetengah masyarakat di kubur pada hari raya. Bahkan, jika kita melihat kepada konsep hari raya yang diterangkan, maka perbuatan bersedihan di kubur adalah menyanggahi tujuan hari raya.



Maka, jadikanlah hari raya sebagai hari kegembiraan dan kesyukuran, bukan hari kesedihan. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2016 02:46 PM | Show all posts
emm...stok2 drama melayu kalo time pose ker, time raya ker ade jer yg sedih2.

sepatutnya kan hari raya aidilfitri tu hari kemenangan. bersedih di hari kemenangan kenapa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 02:51 PM | Show all posts
Hari Raya nnt pertama kali tanpa Abah ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 03:05 PM | Show all posts
Hari raya hari kemenangan bagi kita patutnya disambut dengan gembira sedih nak buat apa.  Dah beberapa tahun merayakan tampa parents relax2 je.  Kedua kenapa nak kena tunggu pagi raya baru nak ziarah kubur hari2 lain tak pernah pergi ke.  Nampak sangat ramai yang masih terikut2 dengan adat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
sebab kubur biasanya kan dekat masjid..
lepas sembahyang raya terus singgah..
lagipun takbir raya kekadang sayu bunyinya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 09:28 AM | Show all posts
time raya lah ramai sangat org ziarah kubur & kat situ lah boleh mengeratkan silaturahim , dpat jumpa kenalan2 lama..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2016 12:04 PM | Show all posts
drama melayu time raya suka siar kesah syahdu sedih gtu..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2016 01:23 PM | Show all posts
raye tak raya sayu ttp sayu. . lg2 lgu siti norhaliza  air mata syawal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2016 01:28 PM | Show all posts
aku sejenis yang tak reti nak menangis mengongoi time pagi raya..tak tau apehal..

so aku gelak2 je.. kakak2 aku lg2 yang sulung, drama air mata sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2016 01:29 PM | Show all posts
chinta89 replied at 13-6-2016 12:04 PM
drama melayu time raya suka siar kesah syahdu sedih gtu..

aduh...tu ar...


lama dah stesen tv tak tayang sarkis..

tgk sarkis best....mengembirakan
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2016 10:22 AM | Show all posts

kalau drama air mata boleh bg kat maimunah utk edisi raya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.465109 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list