CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4075|Reply: 37

Sistem Kesihatan Di Ambang Kehancuran? Kerajaan Digesa Berterus-terang

[Copy link]
Post time 4-7-2021 10:23 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan digesa segera ‘mengiktiraf’ krisis kesihatan yang semakin parah di negara ini bukannya terus menyembunyikan kebenaran demi kepentingan politik.


Perkara itu disuarakan menerusi penggerak Projek #BangsaMalaysia iaitu inisiatif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Projek Wawasan Rakyat (POWR) dalam satu kenyataan pada Ahad.


Kenyataan itu mendakwa bahawa Malaysia kini menghadapi krisis yang paling parah dan kerajaan tidak boleh lagi terus ‘menyembunyikan kepala dalam pasir’ dengan tidak bertindak secara serius.




Gambar hiasan




Sebaliknya, kerajaan wajib mula mengiktiraf dengan lebih jelas dan terperinci tentang betapa parahnya situasi yang sedang dihadapi bagi mengelakkan sistem kesihatan negara berdepan keruntuhan total.


“Langkah pertama untuk menyelesaikan masalah adalah dengan mengakui bahawa masalah itu wujud.


Di Malaysia, pihak berkuasa seolah-olah masih tidak mengakui masalah yang dihadapi.


“Budaya yang wujud selama puluhan tahun yang menyekat kebenaran, kini membahayakan jutaan nyawa rakyat Malaysia.


“Kerajaan secara konsisten membungkam suara penjawat awam, termasuk petugas barisan hadapan kesihatan dan menghalang mereka daripada mendedahkan betapa parahnya situasi sebenar yang kita hadapi,” kata kenyataan itu.


Justeru, kenyataan itu menambah, sekiranya benar bahawa pemerintah mengisytiharkan darurat untuk memerangi Covid-19 dan bukannya untuk melindungi kepentingan politik, kerajaan harus mula bertindak dengan gambaran bahawa situasi negara kini benar-benar dalam keadaan darurat.


Katanya, kerajaan perlu segera berterus terang secara telus mengenai keadaan di lapangan dan perhatian dasar harus diberikan kepada penyelesaian masalah, bukan menghukum pemberi maklumat.


“Kerajaan juga perlu segera melakukan libat urus dengan sektor penjagaan kesihatan swasta untuk terlibat secara konstruktif dan menggunakan peraturan kecemasan jika perlu bagi mengurangkan beban hospital awam.


“Perbelanjaan penjagaan kesihatan awam dalam jangka pendek dan jangka panjang juga perlu digandakan, sehingga kapasiti penjagaan kesihatan jangka panjang dapat ditingkatkan serta masalah seperti doktor kontrak dapat diselesaikan segera.









Peningkatan dana mesti disertai dengan pembaharuan yang sesuai dalam struktur organisasi Kementerian Kesihatan,” katanya.


Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan beberapa pendedahan video yang dipercayai ditularkan petugas barisan hadapan kesihatan menggambarkan tenatnya keadaan sistem kesihatan di negara ini.


Pendedahan berkenaan bagaimanapun dilaporkan dinafikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2021 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar diorang settle sendiri lah cyst..nanti pakar virit pakar jamban pakar tomyam semua nk bg opinion yang busuk = arsehole.

Also kelate fasa 2 esok yay. Zass boom boom
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pu3_rania at 4-7-2021 11:05 PM

Setuju sangat-sangat
Sudah-sudahlah nak sorok itu ini dan bersandiwara ibarat pepatah Kepala Cuba Disorokkan, Punggung Tetap Juga Kelihatan
Rakyat tak bodoh dan rabun
Kami memerhati apa yang telah dan sedang berlaku dengan keadaan sekeliling
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang teruk pun, rakyat ni bijak. Bukan macam ahli politik bodoh sombong balik2 kata terkawal
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I couldn't imagine how frontliner in hospital and clinics wear full ppe everyday for about 1 year and half already. Boleh mental cm gini
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 11:09 PM | Show all posts
MsPercy replied at 4-7-2021 10:58 PM
I couldn't imagine how frontliner in hospital and clinics wear full ppe everyday for about 1 year an ...

iols ada juga berbual2 dengan sorang doktor dari spital JB, heols kata diorang ada off day dalam seminggu tu. Tapi spital lain tak pastilah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2021 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
aku pun heran, seolah2 covid ni dibiarkan utk berleluasa. siapa yg dpt keuntungan sebenarnya. kalau betul buat lockdown, kita dh bleh tarik nafas lega.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2021 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
MsPercy replied at 4-7-2021 10:58 PM
I couldn't imagine how frontliner in hospital and clinics wear full ppe everyday for about 1 year an ...

Ramai yang dapat kidney infection, batu karang sebab tahan kencing. my husband said, dah biasa sekarang, so oklah. Cuma tak boleh nak cam nurse tanpa sut tu sebab dah terbiasa tengok dengan sut hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plak yg kje gomen kne control dgn pak menteri. Kalo tgk kat twitter hospital dh fullhouse. Takut nk htr family gi appointment doc skg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 5-7-2021 12:06 AM
Kesian plak yg kje gomen kne control dgn pak menteri. Kalo tgk kat twitter hospital dh fullhouse. Ta ...

Tengok hospital jugak. Kalau GH memang full
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pu3_rania replied at 4-7-2021 10:27 PM
Setuju sangat-sangat
Sudah-sudahlah nak sorok itu ini dan bersandiwara ibarat pepatah Kepala Cuba D ...

Member I doktor kat hopsital Klang, dari 2 ke 3 minggu lepas dia cakap emergency department tu busy gila. Memang tengah kelam kabut
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Org nak beranak la cian yerk...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 4-7-2021 11:09 PM
iols ada juga berbual2 dengan sorang doktor dari spital JB, heols kata diorang ada off day dalam s ...

Mmglah ada offday, bkn kerja 7 hari seminggu.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Cenderakirana9 replied at 5-7-2021 12:16 AM
Tengok hospital jugak. Kalau GH memang full

Tu laaa... Sian gak
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg lh teruk
Kita2 rakyat ni plk ape tindakan dgn sumbangan kita
Klu duk langgar sop je mmg bnyk lh patient kt hosp
Yg tu xde sape plk nk ckp pape

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
hmmmmmm... malaya diambang kiyamat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2021 01:42 AM | Show all posts
axl_bach replied at 5-7-2021 12:48 AM
Mmglah ada offday, bkn kerja 7 hari seminggu.....

sebab weols yang non-kkm staff bayangkan ngkorang kerja 24/7 since pkp 1.0 dengan gambar2 slide show pelbagai tampil muka penat sedih hiba blablabla...takleh blah sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Main politaik 24jam. Yg.best tu puak2 UMNO pun bersandiwara kutok gomen yg.bilangan majoriti Menteri nya dr. UMNO, 3 ekor menteri yg.handle Covid pun dr. UMNO.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 02:55 AM From the mobile phone | Show all posts
tak kan nye negaraku malaysia nk mengaku benda2 ni mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2021 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Moga semua frontliners terus kuat n tabah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.081112 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list