Jada Pinkett Smith dan Willow Smith kedua-duanya membuat pendedahan bahawa mereka tertarik secara seksual kepada wanita.
Dalam klip episod Red table Talk, isteri dan anak perempuan kepada Will Smith ini membicarakan mengenai perasaan romantis mereka terhadap wanita.
Kredit foto: Red Table Talk
“Bila melihat seseorang yang menarik, saya seperti 'Oh Tuhan, cantiknya dia. Dia sangat berbakat," kata Willow.
Willow turut menambah bahawa beliau mempunyai perasaan yang sangat kuat terhadap wanita sebelum ini.
“Saya belum pernah jatuh cinta terhadap mana-mana wanita, tapi saya rasa tak mustahil ia boleh berlaku kerana saya pernah merasakan tarikan sangat kuat terhadap wanita sebelum ini," akuinya.
Ibu kepada Willow, Jada mengakui bahawa dia juga “banyak tergila-gilakan” wanita lain ketika berusia 20-an dahulu.
“Pernah dua kali saya tergila-gilakan wanita sama," katanya.
Kredit foto: Getty Images
Aktres berusia 49 tahun ini berkahwin dengan Will Smith pada tahun 1997 dan dikurniakan dua anak iaitu Willow dan Jaden.
Sumber: Murai |