CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2984|Reply: 15

Nur Fatima Masih Ada, Belum 'Lesap' Dari Bidang Nyanyian

[Copy link]
Post time 4-2-2021 09:32 AM | Show all posts |Read mode
Lima tahun tiada karya baharu bukan bererti penyanyi, Nur Fatima 'lesap' daripada dunia persada seni suara.


Biarpun kini menetap Canberra, Australia selepas mendirikan rumah tangga dengan warga Australia, Mohd Jeffry Wain Wright, namun Nur Fatima tetap menyemat keinginan muncul dengan single baharu.


Lari daripada zon selesa, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Selembut Sutera itu tampil dengan single Galeri berkolaborasi dengan penyanyi rap, Kayda.


Nur Fatima berkata, dia agak gusar apabila mempertaruhkan genre pop dengan elemen hip hop memandangkan lebih selesa dengan rentak balada. Namun, tak salah mencuba selepas mendapat dorongan syarikat rakaman, Warner Music Malaysia.




Foto: Berita Harian




"Sebenarnya, mungkin agak sukar peminat menerima lagu ini kerana kebanyakannya mahu saya menyanyikan lagu bergenre balada. Apabila saya cakap mahu keluarkan single baharu, jangkakan mereka saya tampil dengan lagu balada.


"Jujurnya, ia adalah keputusan sukar. Bagaimanapun, Warner Music Malaysia dapat meyakinkan saya untuk cuba dengan sesuatu baharu dan segar. Jadi, dari situ keluar idea bekerjasama dengan Kayda.


"Secara dasarnya, saya memilih tampil dengan single Galeri bagi memberikan kelainan, lebih lagi, apabila berduet dengan Kayda," katanya kepada BH Online.


  



Bekas graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Audio di Institute SEA, Sydney itu mengakui, bukan mudah mengekalkan nama dalam industri hiburan.


"Keadaan lebih sukar apabila dinilai dari segi populariti. Ini kerana populariti naik dan turun. Jadi, saya perlu mengikut peredaran muzik semasa dengan tunjuk ajar syarikat rakaman.


"Akhirnya, saya muncul semula ke persada tanah air dan mahu bekerja lebih keras lagi," katanya yang pernah menyertai program realiti, Gegar Vaganza musim keenam (GV6).


  



Berkongsi mengenai single Galeri, Nur Fatima atau nama sebenarnya, Nur Fatimah Abdul Wahab tampil menerusi sidang media secara maya, petang semalam. Ia turut dihadiri oleh Kayda dan Altimet yang juga salah seorang komposer lagu berkenaan.


Mengulas sambutan single Galeri, Nur gembira apabila lagu berkenaan mendapat sambutan positif.


"Ramai terkejut apabila saya tampil dengan lagu ini, tetapi positif. Saya berharap single Galeri akan mendapat sambutan dan sokongan peminat yang sudah lama tertunggu karya baharu. Semoga ia mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan," kata anak jati Kuala Lumpur ini.




  



Single Galeri yang ditulis dan digubah oleh Omar K, Audi Mok, Altimet, Firdaus Rahmat dan Mas Dewangga itu boleh didengari di semua penstriman atas talian.


Dalam perkembangan lain, Nur Fatima turut meluahkan kebimbangan apabila kes penularan jangkitan COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan.


"Ia sangat berbeza dengan situasi pandemik di Australia. Di sini, kes kes jangkitan harian sangat rendah.


"Saya sangat risau melihat keadaan di Malaysia. Saya bimbang keadaan ibu bapa apabila melihat kes baharu di Malaysia semakin meningkat.




  



"Ibu bapa saya sudah tua, usia hampir 70 tahun. Jika apa-apa jadi, saya tak boleh pulang ke tanah air dengan segera untuk bertemu keluarga. Keadaan ini amat menakutkan saya.


"Jadi, saya mengingatkan ibu bapa supaya tidak keluar rumah, setiap hari. Saya juga berpesan pada adik beradik supaya sentiasa melihat keadaan mereka. Namun, saya percaya mereka selamat dan sentiasa dilindungi," katanya. -CARI


Sumber: Berita Harian

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 09:52 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 11:33 AM | Show all posts
siapa ni tak kenal.. tapi education dia not bad la..
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nii satu batch ngn datuk syafinaz masa masuk nyanyi. Smp org confuse diorg berdua ni. Yg penting dua2 ni guru vocal. Tu yg netizen dlu confuse.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 03:19 PM | Show all posts
Edited by osmanbudin at 4-2-2021 03:22 PM
Mulotkoyak replied at 4-2-2021 12:11 PM
Dia nii satu batch ngn datuk syafinaz masa masuk nyanyi. Smp org confuse diorg berdua ni. Yg penting ...

Syafinaz tahun akhir 1980an (1989 buat album pertama) pertenganhan 80an dah mula menyanyi di RTM, Nurfatimah akhir 1990an (1999) satu batch dgn Dayang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
iosl masih terkesan dgn lagu sheols , Tiada Ertinya dlm film gol dan gincu ms scene sazzy falak gaduh dgn rafidah 3R dan ms scene fazura betrayed dgn ashraf sinclair
zmn bbnu dulu la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-2-2021 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Redmyvi replied at 4-2-2021 11:33 AM
siapa ni tak kenal.. tapi education dia not bad la..

Produk pertandingan nyanyian RTM dulu Nur ni.. Juara Golden Teen Search 1996 (tahun yg sama ngn Liza Hanim & Dayang Nurfaizah (first attempt)). Lps mng GTS dia buat album under syarikat arwah Adnan Abu Hassan, popular ngn lagu Selembut Sutera. Antara penyanyi baru (zmn tu) yg bukan klon Tokti. Then kerjaya nyanyian dia tenggelam timbul, dia jd komposer, byk tulis lirik, salah satu yg plg popular lagu Caramu (Nikki ft Zahid). Tahun 2019 masuk Gegar Vaganza dpt no 4.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 04:17 PM | Show all posts
fadz84 replied at 4-2-2021 03:40 PM
Produk pertandingan nyanyian RTM dulu Nur ni.. Juara Golden Teen Search 1996 (tahun yg sama ngn Li ...

Wow dasyat jugak yer dia tapi ni mmg first time la dgr nama dia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2021 04:40 PM | Show all posts
who r yusssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:06 PM | Show all posts
Suka aje Nur ni, buat comeback dengan join GV.

Paling suka lagu ni,


Sedikit kecewa sebab Kayda rap tak best.  Cuba Zizi Kirana, mesti letup.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2021 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Xkenal tp bestnya duduk aussie. Bawalah mak bapak ke sana esp time covid ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 02:13 AM | Show all posts
Mulotkoyak replied at 4-2-2021 12:11 PM
Dia nii satu batch ngn datuk syafinaz masa masuk nyanyi. Smp org confuse diorg berdua ni. Yg penting ...

iols pulak dulu rasa suara syafinaz klon ning baizura
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 03:13 AM From the mobile phone | Show all posts
fadz84 replied at 4-2-2021 03:40 PM
Produk pertandingan nyanyian RTM dulu Nur ni.. Juara Golden Teen Search 1996 (tahun yg sama ngn Li ...

Heh. Tahun yang ada Liza Hanim & Dayang tu bukan Si Liza Hanim ke juaranya. Dayang juara the following years kan. Dengam mic pun bermasalah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by fadz84 at 5-2-2021 07:27 AM
GegarVaganja replied at 5-2-2021 03:13 AM
Heh. Tahun yang ada Liza Hanim & Dayang tu bukan Si Liza Hanim ke juaranya. Dayang juara the follo ...


Queen Liza x mng. Dia jd naib juara x silap. Tahun tu pun ada Noorhaida (lagu joget ngn senario tu) & Asha Malik.

Ralat: Nur bkn daripada Golden Teen Search uols, masa tu dh tukar jd Bintang Gala 2 (tahun 1999), naib juaranya Dia Fadilla. Juara GTS 1996 x jd retis kot, xde namanya di sebut di mana-mana.
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2021 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab takde lagi yang tepek video lagu baru Nur...so ni dia

Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingat anak faz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.178133 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list