Yes. Setuju. Menarik juga kalau Enfiniti (M) Sdn Bhd ada perancangan nak remake atau pun nak explore and market it as a season series kat Netflix nun. Siapa pelakon dia tu tak kisah la cuma Tiara dah tak sesuai la. Buat series boleh melarut-larut, boleh diolah-olah dan dipelbagaikan genre nya. Pilot saja boleh tayang 1:45:00. Itupun storyline kena tukar. Buat international audience ni berfikir PGL ni manusia atau bunian. To me she a bunian. In the film dia bercinta dengan Hang Tuah. Pada aku, aku lebih suka versi Tun Mamat ni;Akibat kematian permaisurinya, Sultan Mahmud menitahkan Hang Tuah yang sudah tua selain Sang Setia dan Tun Mamat melamar Puteri Gunung Ledang yang amat jelita. Ada versi mengatakan puteri itu bukanlah manusia sebaliknya orang bunian. Maka, rombongan peminangan dihantar dan selepas beberapa hari meredah hutan, akhirnya Tun Mamat bersama pengiring tiba di Gunung Ledang. Hang Tuah yang uzur gagal meneruskan pendakian manakala Sang Setia menemani Hang Tuah. Selepas lama mendaki menelusuri hutan tebal, Tun Mamat tiba di taman nan indah di atas gunung. Mereka kemudian menemui ketua dayang kepada Puteri Gunung Ledang dan menyampaikan hajat peminangan Sultan Melaka. Selepas lama menunggu jawapan, akhirnya datang seorang nenek bongkok menyampaikan syarat tujuh hantaran Puteri Gunung Ledang iaitu: "Jambatan emas dari istana Melaka hingga ke puncak Gunung Ledang; jambatan perak dari puncak Gunung Ledang ke istana Melaka; tujuh dulang hati nyamuk; tujuh dulang hati kuman; tujuh tempayan air mata anak dara; tujuh tempayan air pinang muda dan semangkuk darah Raja Muda Melaka." Tun Mamat terkejut mendengar syarat yang mustahil dipenuhi itu. Beliau kemudian turun menemui Hang Tuah dan menceritakan hal berkenaan. Tun Mamat was her first love, first human interacted with her. Through Tun Mamat she met Hang Tuah and fell in love with him pulak. PGL was the one who make all the task given to Hang Tuah come true. PGL menjelma sebagai Saadiah yang ajar Hang Tuah silat dan dia juga yang sediakan potion untuk Tun Teja lupa kasih sayangnya pada Tuah. Dia ditch Tuah bila Tuah killed Jebat dan lebih setia kepada raja than her..
|