"Anda tidak boleh memaksa pelajar menderma, itu salah."
MStar Online melaporkan, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Chong Sin Woon berkata sedemikian ketika mengulas mengenai langkah sebuah sekolah menengah bantuan kerajaan di Seremban yang meminta pelajarnya menderma RM150 kepada sekolah.
Foto: mStar Online/The Malaysian Times
Katanya, sekolah hanya dibenarkan mengutip derma secara sukarela. Itupun, hanya selepas mendapat kelulusan jabatan pendidikan negeri atau daerah masing-masing.
Malah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan lembaga pengurusan sekolah tidak boleh memaksa pelajar memberikan wang kepada sekolah.
"Sekolah tidak boleh memaksa pelajar untuk menderma, tetapi jika anda memberitahu ibu bapa bahawa anda memerlukan dana tambahan seperti untuk kerja-kerja yang perlu dilakukan segera seperti membaiki tandas, saya percaya mereka akan sudi menderma seberapa yang mereka mampu," katanya. - CARI |