CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1542|Reply: 11

AHBA Iktiraf TV AlHijrah TV Islam Terbaik Asia

[Copy link]
Post time 18-12-2017 05:28 PM | Show all posts |Read mode
Sungguh membanggakan negara! Stesen televisyen gaya hidup Islam, TV AlHjirah (TVAH) diiktiraf sebagai TV Islam Terbaik Asia pada Jumaat lalu.




Barisan Pengurusan Tertinggi TVAH yg hadir memberi sokongan




TVAH menerima anugerah itu pada majlis Asia Halal Brand Awards (AHBA) yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

"Alhamdullilah, ini adalah usaha secara kolektif wargakerja TVAH sepanjang dua tahun ini untuk memastikan TVAH relevan dan kompetatif walaupun menyiarkan program Islamik dan satu-satunya stesen TV yang patuh syariah," kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Dato Haji Izelan Basar.




Timbalan Menteri Mosti Dato'  Dr Abu Bakar menyampaikan trofi kemenangan kepada Dato Haji Izelan Basar




Tambahnya, 2017 merupakan tahun cemerlang bagi TVAH yang berjaya menguasai jumlah penonton iaitu lebih 70 peratus daripadanya dikuasai golongan wanita dan pelajar yang gemar dengan pendekatan dibawakan stesen berkenaan.


Ekoran itu, prestasi pengiklanan di stesen itu juga melonjak 30 peratus berbanding pencapaian pada 2016.


Menurutnya, Berita Alhijrah dengan paparan isu semasa berkaitan umat Islam merupakan antara program yang mendapat sambutan dan penguasaan penonton.


Dengan anugerah ini, TVAH membuktikan jenama Islam mampu menembusi pasaran global.




Ketua Pegawai Eksekutif T V AlHijrah Dato Haji Izelan Basar




Malah, Izelan memberi gambaran bahawa stesen itu menjanjikan kandungan lebih baik dan menepati selera rakyat Malaysia yang mahukan program TV berbentuk mendidik jiwa, pada 2018 ini.

"Kami ada ruang rasa tersendiri dan unik dan kami mengolah kelebihan itu agar ianya dapat diterima oleh semua lapisan," ulasnya.


Izelan berharap agar penonton terus memberi sokongan padu kepada TVAH. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2017 05:32 PM | Show all posts
Tak pernah tengok pun TV al-Hijrah. Tak tau apa yg best channel tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Stesen Al Hijrah ni milik gomen dan berjaya pikat penonton. Mohon stesen tv media prima belajar dari Al Hijrah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 05:51 PM | Show all posts
hutang pelakon shira ijoy dh bayar ke belum?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita TV3,  RTM sasaran dia penyokong tegar umno
Tu sebab berita ka info ka berkisar psl yg molek ttg parti
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 06:59 PM | Show all posts
ultra78 replied at 18-12-2017 05:42 PM
Stesen Al Hijrah ni milik gomen dan berjaya pikat penonton. Mohon stesen tv media prima belajar dari ...

berjaya pikat penonton? ko sarkastik ke apa ni? way back masa mula2 siaran memang la berjaya pikat penonton. Tapi sekarang dah sendu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2017 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah, Tahniah! {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 08:17 PM | Show all posts
wow...alhamdulillah , tahniah
semoga terus cemerlang...cool

i suka  talk show bersama dr irwan ,  yg utama ANALISIS bersama saudari Finaz tu.
bebaru ni pun ada siaran separuh akhir   nasyid pun kat stesen tv ni.

cool.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2017 11:20 AM | Show all posts
Muntz replied at 18-12-2017 01:32 AM
Tak pernah tengok pun TV al-Hijrah. Tak tau apa yg best channel tu.

Masaalah Muntz ni isle ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2017 12:56 PM | Show all posts
byk iklan IKS khuen. sbb rate iklan mmg affordable gitew!
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2017 11:14 AM | Show all posts
mixed replied at 18-12-2017 05:51 PM
hutang pelakon shira ijoy dh bayar ke belum?

ye, tu yang terlintas kat fikiran jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2017 01:30 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 19-12-2017 11:20 AM
Masaalah Muntz ni isle ke apa?

Orang agama Islam wajib tengok channel Islam yer? Ajaran baru ker ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.066029 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list