CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8386|Reply: 133

[Tempatan] Kelantan Lulus Rang Undang-Undang Sebat Di Khalayak Ramai

[Copy link]
Post time 12-7-2017 04:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 15-7-2017 09:15 AM

Kelantan lulus rang undang-undang sebat di khalayak ramai

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan rang undang-undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai.


RUU itu juga memperuntukkan kuasa kepada pegawai penguat kuasa agama menggunakan gari ke atas suspek selain membenarkan video digunakan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan.
Pindaan dicadangkan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Speaker DUN Kelantan Datuk Abdullah Yaa’kub kemudiannya mengumumkan kelulusan RUU itu selepas disokong sebulat suara oleh ahli Dewan Undangan Negeri.
Nassuruddin ketika membentangkan usul itu berkata terdapat beberapa faktor utama yang diambil kira bagi melakukan pindaan enakmen itu antaranya ia sudah berusia 15 tahun dan keadaan semasa dunia ketika ini yang berkembang terlalu pesat.



“Pindaan itu perlu dilakukan bagi membantu hakim syariah, pendakwa syarie, peguam syariah, penguat kuasa agama dalam menjalankan prosedur kes jenayah syariah dengan lebih teratur dan seragam.
“Antara pindaan yang akan diguna pakai adalah bagi membolehkan seseorang yang dihukum bersalah disebat di khalayak, penguat kuasa agama boleh menggunakan gari dan video boleh dijadikan bahan bukti dalam perbicaraan,” katanya.
Sementara itu ketika ditemukan di luar dewan, Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata RUU itu merupakan sebahagian daripada persiapan untuk melaksanakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) (yang dibentangkan) jika ia diluluskan di Parlimen kelak.
“Terdapat 33 fasal dalam RUU Enakmen Tatacara Jenayah Syariah ini dan semuanya dipinda bagi memperkemaskan hukuman seperti sebat, denda dan beberapa proses teknikal yang lain.
“Contohnya seperti hukum sebat yang kini boleh dilaksanakan di dalam ataupun di luar penjara bergantung kepada keputusan mahkamah. Ia menepati kehendak agama (berkaitan hukuman sebat) sebab hukuman syariah itu mesti dibuat di depan khalayak,” katanya.
Persidangan ditangguh pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 05:04 PM | Show all posts
mantap ... terbaek bro ...terbaek !!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aikkk...dulu kata bideo itu besi? Sudah tukar ka...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:20 PM | Show all posts
spender putih tebar roti canai pesalah pertama kena sebat dulu..

mari kita saksikan demo tebar roti canai guna spender putih
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 05:57 PM | Show all posts
Birat bontot di depan orang ramai. Malu weh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang patut pun kena sebat di khalayak. Biar jadi pengajaran pada penjahat2 yg nak buat jahat tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2017 06:04 PM | Show all posts
Tobat aku tak mau pi Kelantan ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
One step kearah padang pasir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 07:07 PM | Show all posts
famri7 replied at 12-7-2017 06:07 PM
One step kearah padang pasir.

sis bila nak migrate ke negeri jiran?
klu negeri jiran xkne sebat

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 07:08 PM | Show all posts
amyza replied at 12-7-2017 06:00 PM
Memang patut pun kena sebat di khalayak. Biar jadi pengajaran pada penjahat2 yg nak buat jahat tu.

dibimbangi mereka lari keluar dari kelanteh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 07:13 PM | Show all posts
... TERBAIKKK .... TAHNIAH2 ..... MSIA bila lagi  ....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tolong sebat perogol/pedo/perompak di depan orang ramai. Dan tolong pakai rotan paling besar sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
apa kah berlaku pertembungan dgn undang2 sivil??
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Elokla tu bio pemakan dedak ada akai
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:30 PM | Show all posts
Loxlaxman replied at 12-7-2017 06:04 PM
Tobat aku tak mau pi Kelantan ...

Jgn cakap habis bro...esok2 kjalau dpt menantu orang K'tan, nak tak nak kena pergi juga.  Kalau sampai tobat ke K'tan tu dah kenape?  Tobat tu biarlah atas kesedaran untuk tidak melakukan perkara maksiatnya bukan kerana negerinya.  Kena betulkan maksud dan niatnya bro.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurang sikit HIV lepasni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus. Lepas ni kaji utk sebat puak2 malahan yang hina agama.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
syabas..Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 01:55 AM | Show all posts
Seperti biasa, hukuman ini ditujukan kepada rakyat kelas bawahan.
golongan vip atau orang politik , malah golongan agama,  tidak sama sekali akan dihukum di khalayak ramai. Sedangkan, merekalah yang sepatutnya di sebat dahulu kerana mereka ini pemegangan amanah kepada rakyat. mereke seharusnya menunjukkan contoh yang baik.

Contohnya, sekiranya ketua pegawai zakat telah melakukan penipuan wang zakat, mereka lah perlu untuk di besit di hadapan orang ramai.

Lagi besar pangkatnya maka lagi besarlah rotan untuk memukulnya dan lebih besar stadium untuk dipertontonkan.  

Hukuman rotan di khalayak ramai ini juga elok dilaksanakan kepada mereke yang menghisap rokok. Ini adalah antara punca utama kematian tertinggi di malaysia dan juga adalah nuisance kepada rakyat dan negara. Jumlah wang yg besar telah hilang akibat aktiviti merokok  ini. Alasan duti rokok menolong kutipan cukai negara tidak boleh diterima jika dibandingkan dengan nyawa yg telah hilang dan kesengsaraan yang dialami oleh keluarga yang terbabit.

Hukuman rotan juga sepatutnya fikenakan kepada penceramah, ustaz, dan juga mereka yang mengaku alim tetapi menyebarkan perkara-perkara tahyul dan tidak benar.

Penerima dan pemberi rasuah juga tidak harus terlepas dari di malukan di khalayak ramai. Bomoh-bomoh yang menipu juga layak untuk dibalun sebagai tatapan umum.

RTM boleh menyiarkan acara merotan ini secara live selepas sembahyang jumaat dan saya percaya penaja-penaja seperti Hansaplus, Tiger Balm,  Guardian Pharmacy dan Watson sanggup membeli airtime untuk tujuan ini. Mungkin RTM akan kembali menjadi siaran TV sukaramai, sperti tahun 1970an dahulu.

Tapi sayang, seribu kali sayang, Haji Hassbullah Awang, telah tiada. Jika tidak sudah tentu liputan selari yang penuh emosi dan puitis akan mengiringi siaran langsung yang di nantikan. "Sayang seribu kali sayang pukulan ketiga tidak menepati kawasan sasaran. Tukang pukul nampaknya kehilangan fokus pada petang ini. Kita nantikan cubaan kali keempat dengan harapan pukulan tersebut akan kencang seperti Dato' Lim Chong Wei ketika menjuarai kejuaraan all-england tiga tahun lalu."
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
BoogieChild replied at 13-7-2017 01:55 AM
Seperti biasa, hukuman ini ditujukan kepada rakyat kelas bawahan.
golongan vip atau orang politik , ...

ye betul... nak tgok org org jabatan ugama... ustaz.. ustazah... penangkap khalwat.. penagkap org tak puasa kena balun di khalayak ramai
mesti syok

bunyi yg akan didengari di stadium sultan mohd ke iv bukan lagi gol!!!  tapi arghhhhhh!!!!
abe.... berenti abe.... arghhhhhh!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.083681 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list