CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7714|Reply: 57

[Tempatan] Video Real Life GTA: Mencarut MAKI Lim Guan Eng sambil HIJACK & drive lori M

  [Copy link]
Post time 5-5-2017 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 5-5-2017 10:32 AM


Friday, 5 May 2017 | MYT 8:39 AM
Youth takes city council lorry for ‘joyride’ to police station

GEORGE TOWN: A trader hijacked a lorry owned by the Penang Island City Council (MBPP) when authorities were in the midst of raiding his food stall.

A brief video emerged on social media showing the vehicle being driven by the trader haphazardly with several motorcycles by its side.

The video was uploaded with a caption that the MBPP lorry was taken by a trader and was heading towards the Pulau Tikus police station due to the enforcement action by MBPP.


It was learnt that the trader involved in the 8.50pm incident on Thursday in Jalan Tanjong Tokong was Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain, 27.  

He told pressmen later that he made the decision after MBPP enforcement personnel moved to confiscate his tables and chair without notice.

Mohammad Haziq claimed that this was the third attempt by the council to raid his stall and that he had tried to apply for a license from MBPP but it was rejected.

The youth filed a police report upon arriving at the police station.


Berang gerai diserbu, peniaga bawa lari lori MBPP
|May 5, 2017
Dua orang peniaga itu memandu lori itu ke balai polis dan merakam video dengan kata-kata mencarut menuduh pihak berkuasa bersikap perkauman.



GEORGE TOWN: Dua lelaki merampas lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) selepas penguatkuasa merampas barangan gerai mereka yang beroperasi secara haram di Persiaran Gurney malam tadi.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, 2 lelaki dipercayai pekerja di gerai makanan laut di Jalan Tanjung Tokong dikatakan bertengkar dengan 12 pegawai MBPP yang tiba dengan sebuah lori.

Pegawai penguatkuasa itu mahu menyita barangan kerana perniagaan meraka tidak mempunyai lesen dan beroperasi secara haram.
Kedua-dua pekerja yang berusia 20-an itu kemudian meluru ke arah lori MBPP yang tidak dimatikan enjin, kemudian membawa lari lori berkenaan.

Mereka memandu kira-kira 2km ke Balai Polis Pulau Tikus dengan seorang daripada mereka merakam video perjalanan selama 3 minit.

Dalam video yang dirakam itu, lelaki yang bertopi dilihat menjerit dengan perkataan makian.

Lelaki itu menyelar tindakan MBPP menyita perniagaan mereka.

“P ***** k punya Guan Eng, kedai Cina, p**** kau tak halau, kedai Melayu kau nak Halau,” kedengaran lelaki itu berkata dalam video berdurasi 2.5 minit itu, merujuk Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Lori berkenaan diekori pegawai MBPP dengan motosikal meminta mereka berhenti tetapi tidak diendahkan.

Kedua-dua lelaki itu kemudian memberhentikan lori di pintu masuk Balai Polis Pulau Tikus dan membuat laporan terhadap MBPP kerana mengganggu perniagaan mereka.

Dalam laporan polis, pekerja itu mendakwa pegawai MBPP biadap dan datang menyita tanpa memberi amaran terlebih dahulu.

Lelaki itu berkata beliau sudah memohon lesen dari MBPP sebanyak 3 kali tetapi satu pun tidak diluluskan.

Beliau berkata, tindakan merampas lori MBPP adalah usaha mereka menghentikan pegawai MBPP daripada menyita barangan mereka.

“Saya membuat laporan ini kerana saya tidak berpuas hati dengan cara MBPP melayan Melayu Bumiputera,” katanya.

MBPP tidak memberi sebarang maklum balas terhadap pertanyaan semasa berita ini ditulis, manakala pegawai polis ditemui berkata perkara itu masih dalam siasatan.

Difahamkan, kedua-dua lelaki tersebut ditahan.


Kah kah kah kah kah... serius lawak...

'Bukan curi, nak pi balai la...'

Jumaat, 5 Mei 2017 @ 12:08 AM

Georgetown: Peniaga berusia 27 tahun bertindak melarikan lori milik Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) ketika penguat kuasa cuba merampas peralatan di kedai makannya di Jalan Bagan Jermal, di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku 8.50 malam apabila penguat kuasa MBPP datang ke kedainya dan cuba merampas kerusi dan meja tanpa notis amaran.

Peniaga terbabit, Mohammad Haziq Ammar Mohd Hussain berkata, dia tidak puas hati dengan tindakan yang dilakukan penguat kuasa MBPP kerana bukan sekali, tetapi tiga kali tindakan sama cuba dilakukan.

Menurutnya, dia pernah membuat permohonan untuk mendapatkan lesen tetapi gagal sebaliknya diberi pelbagai alasan.

"Bagi mengelak penguat kuasa merampas barang, saya nekad memandu lori MBPP terus ke Balai Polis Pulau Tikus.

"Saya cuba elak berlaku isu berpanjangan atau pergaduhan dan ingin menyelesaikan masalah dengan baik dan membuat laporan di Balai Polis Pulau Tikus atas kejadian yang berlaku," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
pulau people:zz
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam macam....
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 09:40 AM | Show all posts
hahahah itu makan dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2017 10:08 AM | Show all posts
Edited by Kentang.Goreng at 5-5-2017 10:18 AM

Update video from hijackers perspective and pursuer + news + report polis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:43 AM | Show all posts
betullah tu.melayu nak berniaga punya susah.
barua2 duk kacau.
kalau bangsa lain tau plak takut nak pi angkat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2017 10:49 AM | Show all posts
berani gila budak2 ni. walaupun tindakan dia salah .... however akak salute la keberanian dia org.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 10:54 AM | Show all posts
kesian pun ada...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 11:07 AM | Show all posts
mesti dah teruk sangat kena tindas sampai brother2 ni angin tahap halilintar petala langit. kira kena tangkap pun dorang puas hati dapat maki tokong.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:16 AM | Show all posts
kaktom11 replied at 5-5-2017 11:07 AM
mesti dah teruk sangat kena tindas sampai brother2 ni angin tahap halilintar petala langit. kira ken ...

orang macam @dodolgemok tak kisah pun kak tom oi


dia tak kisah pun DAP nak tindas orang melayu , DAP nak halau orang melayu berniaga, DAP nak pinggirkan orang melayu


dia seronok je tengok orang melayu kena tindas dengan DAP

bagi dia , itu adalah hak DAP menindas orang melayu
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Pilih lagi Tokong
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:21 AM | Show all posts
whitemagic replied at 5-5-2017 11:16 AM
orang macam @dodolgemok tak kisah pun kak tom oi

dia bukan melayu, jadi dia ada hak bersuka ria tengok melayu kena tindas. ni kita ni melayu ni, kaktom sarankan jangan seorang pun melayu bagi undi dekat dap dgn parti2 bawah tapak kaki dap walaupun melayu2 tu ahli pkr.








Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:24 AM | Show all posts
berniaaga kat kawasan yg org komplin ke? kalau ye, mmg patut la kut tak lulus...

kat area rmh aku ni dah mcm haper lagi org niaga, habis tmpt parking dijakdikan tmpt diorg niaga...ni jadi mcm ni sbb takde tindakan majlis ...dibiar sampai esok ni bila nak ambik tindakan jadi kecoh la
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:28 AM | Show all posts
krustykrab replied at 5-5-2017 11:24 AM
berniaaga kat kawasan yg org komplin ke? kalau ye, mmg patut la kut tak lulus...

kat area rmh aku ...

ni ke kawasan rumaj kau dik??
aman saja dorang atas jalan berniaga berlatarbelakangkan komtar.







Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:29 AM | Show all posts
cuba list kan apa sebab lesen dia tak diluluskan?

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
whitemagic replied at 5-5-2017 11:16 AM
orang macam @dodolgemok tak kisah pun kak tom oi



Bangang kau dan @kaktom11 dah memang dia berniaga tmpat haram, org pon komplen. Xkan nak biar je bangang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2017 11:33 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-5-2017 11:30 AM
Bangang kau dan @kaktom11 dah memang dia berniaga tmpat haram, org pon komplen. Xkan nak biar je b ...

yang ni dah berpuloh kali komplin, bangang cam kau tak baca berita ke dol samdol barua dap?


ISU NEW LANE : TERSERLAHNYA SIKAP DOUBLE STANDARD DAP & LIM GUAN ENG



LATARBELAKANG
1) Berkuat kuasa daripada 22 Mac 2010, New Lane, Georgetown yang pada asalnya merupakan jalan dua hala akan dijadikan jalan sehala bermula daripada jam 4.00 petang setiap hari. Orang yang bertanggungjawab dalam perkara ini adalah YB Ng Wei Aik, ADUN Komtar merangkap Setaiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang.

2) New Lane adalah jalan yang menghubungkan Jalan Datuk Keramat dan Jalan Macalister yang terletak betul-betul di tengah bandar Georgetown. Sejak DAP memerintah, terdapat penambahan mendadak di kalangan penjaja (hawkers) Cina yang menjaja di jalan tersebut. Kesan utama ialah gangguan lalu lintas, jalan menjadi sempit, membahayakan keselamatan terutamanya orang ramai yang melintas dan pengunjung tempat makan, persekitaran yang kotor dan bau yang kurang menyenangkan.

3) Sebelum ini, pihak berkuasa tidak pernah mengambil tindakan terhadap para penjaja di kawasan tersebut walaupun secara terang-terangan ia mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan yang berpunca daripada penjaja yang meletakkan gerai menjaja (hawker’s stall), meja dan kerusi di tepi-peti jalan tersebut.

4) Sebelum melaksanakan sistem jalan sehala di kawasan tersebut, notis telah dikeluarkan kepada 300 penjaja dan hanya dua yang membantah dijadikan alasan bahawa apa yang dilaksanakan mendapat sokongan ramai. Sudah semestinya para penjaja menyokong kerana lebih banyak ruang di atas jalan raya boleh digunakan untuk meletakkan gerai menjaja, meja dan kerusi untuk menjaja di situ.


SEBAB-SEBAB BANTAHAN
1) Tindakan Kerajaan DAP yang dipimpin oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng sekali lagi menunjukan sikap “double standard” dan tidak menghiraukan langsung sensitiviti penjaja Melayu di negeri Pulau Pinang. Di saat peniaga, penjaja dan pengsaha Melayu dihimpit dengan pelbagai tindakan daripada pihak kerajaan negeri menerusi penguatkusa daripada MPPP dan MPSP, peniaga Cina terus diberikan ruang dan peluang berniaga walaupun menyalahi undang-undang.

2) Jalan tersebut sangat sempit dan kurang sesuai untuk dijalankan aktiviti perniagaan makanan. Sepatutnya penjaja-penjaja di kawasan tersebut di arah berpindah ke tempat lain dan bukannya diberikan ruang yang lebih untuk terus berniaga di kawasan tersebut.

3) Keputusan membenarkan New Lane dijadikan jalan sehala untuk membenarkan penjaja makanan menjalankan perniagaan di kawasan tersebut akan menjadikan “precedence” kepada penjaja makanan di kawasan-kawasan lain untuk turut memohon agar kerajaan negeri mengambil langkah yang sama di kawasan mereka.

4) Tindakan ini sudah semestinya akan mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan penjaja di kawasan-kawasan lain. Tidak mustahil, kerajaan negeri akan terus melaksanakan tindakan yang sama di beberapa tempat yang lain kiranya tiada pihak yang membantah tindakan ini pada masa kerajang. Kesannya penjaja Melayu terus dianak tirikan, penjaja Cina terus mendapat pembelaan.


PERBANDINGAN SIKAP DOUBLE STANDARD KERAJAAN DAP & LIM GUAN ENG
1) Pada Ramadhan yang lalu, pihak penguatkuasa MPPP bersama-sama YB Ng Wei Aik telah mengeluarkan arahan supaya tidak menjalankan aktiviti perniagaan dan seterusnya melakukan serbuan ke atas Bazar Ramadhan di kaki lima di Jalan Penang. Alasan yang diberikan, kononnya aktiviti perniagaan Bazar Ramadhan yang telah wujud hampir 25 tahun itu menyebabkan gangguan lalu lintas sedangkan Jalan Penang adalah jalan sehala yang mempunyai empat (4) laluan. Berdasarkan pemerhatian, kewujudan Bazaar Ramadhan yang hanya berlangsung selama sebulan setiap tahun itu tidak sedikitpun memberi kesan besar terhadap tahap lalulintas di jalan tersebut. Itupun, YB Ng Wei Aik masih mahu mengambil tindakan terhadap peniaga-peniaga Melayu di Bazar Ramadhan tersebut.

2) Gerai makan Do Re Me yang dibina di tepi pantai Tanjung Bungah kira-kira 200 meter daripada jalan utama ternyata tidak sedikitpun menjejaskan lalulintas atau mengganggu pengguna jalanraya atau orang awam. Walaupun Gerai makan Do Re Me tidak menyebabkan gangguan lalu lintas pihak kerajaan negeri tetap bertindak merobohkan gerai tanpa memperdulikan usaha yang telah dibuat oleh pengusahan yang bersusah-payah membina gerai tersebut. Ini kerana Gerai Do Re Me pemiliknya adalah orang Melayu.

3) Gerai makan Hammer Bay berhampiran Queensbay diberikan notis untuk dirobohkan atas alasan asap masakan mengganggu penghuni pangsapuri berdekatan sedangkan sepanjang Gerai makan Hammer Bay beroperasi di kawasan tersebut, pengusaha gerai tidak pernah menerima sebarang aduan daripada orang ramai. Sekali lagi, kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng bersikap “double standard” terhadap penjaja Melayu.

4) 2 minggu lalu, dua buah premis perniagaan milik orang Melayu di Gelugor terus menjadi sasaran kerajaan kafir DAP. Walaupun kedua-dua premis tersebut didirikan bukan di atas tanah bukan milik MPPP, kali ini alasan yang digunakan ialah kononnya struktur premis yang didirikan tidak mendapat kelulusan pelan bangunan daripada MPPP sedangkan kelulusan pelan boleh dirayu atau dirunding. Sebuah lagi premis yang bakal menerima nasib yang sama ialah Anggerik Lodging iaitu rumah tumpangan milik seorang usahawan Melayu yang sering menjadi tempat penginapan pilihan semasa Pesta Konvokesyen USM dan musim cuti sekolah.


KESIMPULAN
Penjaja di New Lane, Georgetown menjadi simbol sikap biadap dan “double standard” kerajaan kafir DAP di bawah pemerintahan zalim Lim Guan Eng. Lim Guan Eng ternyata kurang senang melihat bangsa Melayu yang berjaya dalam perniagaan. Pelbagai cara dan pendekatan akan digunakan untuk menghancurkan perniagaan yang dibina. Jika kerajaan kafir DAP dan Lim guan Eng benar-benar mahu bertindak berdasarkan undang-undang, Lim Guan Eng sepatutnya mengarahkan pihak penguatkuasa MPPP dan MPSP bertindak ke atas peniaga-peniaga Cina yang bergelimpangan di atas jalan-jalan raya antaranya seperti di Lebuh Chulia, Jalan Datuk Keramat, New Lane, Jalan Macalister,Jalan paya Terubong, Jalan Perak dan banyak lagi.

Kerajaan kafir DAP juga sepatutnya mengambil tindakan terhadap pemilik-pemilik rumah yang mengubah-suai rumah mereka menjadi premis perniagaan milik kaum Cina yang berselerak di seluruh Pulau Pinang. Begitu juga dengan pemilik-pemilik kilang haram yang didirikan di kawasan perkampungan Cina seperti yang terdapat di Batu Maung, Paya Terubong, Kampung Pulau (Jalan Perak), Weld Quay, Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Bagan dan banyak lagi. Janganlah menjadikan penjaja dan pengusaha Melayu sebagai sasaran utama dan kemudiannya meletakkan kain rentang seluruh negeri dengan memberikan maklumat palsu untuk menegak benang yang basah.

Buat bangsaku, ayuh kita bangkit mempertahankan hak dan ketuanan Melayu di bumi Pulau Pinang! Melayu perlu BANGKIT!

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kaktom11 replied at 5-5-2017 11:33 AM
yang ni dah berpuloh kali komplin, bangang cam kau tak baca berita ke dol samdol barua dap?



Kantoi terus kebodohan kau
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:36 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-5-2017 11:34 AM
Kantoi terus kebodohan kau

kau yang bodoh, kurang membaca.


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2017 11:40 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 5-5-2017 11:30 AM
Bangang kau dan @kaktom11 dah memang dia berniaga tmpat haram, org pon komplen. Xkan nak biar je b ...

banganya kau

orang yang pernah duduk dalam majlis perbandaran pulau pinang sendiri mengaku kerajaan rasis DAP amalkan dua undang undang

untuk orang melayu, memang wajib perniagaan mereka dihalang sebab DAP memang berniat  nak tindas orang melayu

tapi untuk orang cina, tiada tindakan akan diambil dan DAP hanya tersenyum riang melihat mereka berniaga secara haram



PAS mempertahankan kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertikaikan dasar Pulau Pinang mengenai Islam dan Melayu, dan berkata kerajaan pimpinan DAP itu juga mengamalkan 2 undang-undang berbeza ke atas peniaga Melayu dan bukan Melayu.
“Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan Melayu dan bukan Melayu,” kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusof di Markaz Tarbiah PAS di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam.
“Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan,” tambahnya.
Beliau memberi contoh penjaja Melayu di kawasan luar bandar seperti Teluk Bahang dan Sungai Tiram yang dirobohkan gerai mereka, tetapi penjaja bukan Melayu di kawasan bandar seperti di sekitar bangunan pentadbiran kerajaan Komtar tidak diambil tindakan sama.
“Bahkan, difahamkan terdapat di kalangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah merupakan warga orang kelainan upaya (OKU) yang juga penerima pinjaman Tekun,” katanya merujuk skim bantuan perniagaan Bumiputera tajaan kerajaan pusat.
Hadi pada Jumaat dilaporkan berkata DAP menunjukkan “belang sebenar” kepada umat Islam di Pulau Pinang. Ia disangkal Exco Hal Ehwal Islam negeri, Abdul Malik Kassim.
PAS dan DAP memutuskan kerjasama mereka selepas berselisih faham mengenai langkah PAS meneruskan usaha melaksanakan undang-undang jenayah syariah. Ia membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat, yang digantikan dengan Pakatan Harapan yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah, parti diterajui beberapa bekas pimpinan tertinggi PAS.
Susulan itu, kerajaan Pulau Pinang mengarahkan semua ahli majlis PAS dalam pihak berkuasa tempatan meletak jawatan.
Pada Jun 2015, 2 ahli majlis mewakili PAS dipecat daripada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), manakala 2 lain meletakkan jawatan.
Fauzi berkata wakil PAS dalam MBPP pernah membantah tindakan “dwi standard” pihak berkuasa negeri.
“Namun, bantahan tersebut disanggah oleh wakil DAP di dalam MBPP ketika itu dengan alasan bahawa penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah kumpulan yang cenderung kepada Umno dan tidak perlu dipertimbangkan rayuan mereka.
“Bahkan wakil PAS tersebut pula dituduh sebagai rasis dan pro-Umno semata-semata kerana mempertahankan penjaja Melayu berkenaan,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.820170 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list