CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2514|Reply: 14

Netizen Berharap Kisah Warga Emas Buta Jual Minyak Atar Diviralkan Dan Dibantu

[Copy link]
Post time 26-9-2016 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Masih ramai golongan tua dan kurang upaya yang daif namun mereka masih gigih mengerah tenaga mencari rezeki biarpun kurang upaya dan kudrat.

Seperti yang dikongsikan cacat penglihatan oleh pengguna Facebook, Mohd Radzi Jamaluddin, beliau memuat naik satu status berserta gambar seorang peniaga, juga warga emas, yang menjual minyak atar biarpun cacat penglihatan.





Cerita Radzi, peniaga itu, Zainal Ibrahim, sudah 20 tahun menjalankan perniagaannya di sekitar Lembah Klang.

Tidak mempunyai lokasi khusus untuk menjalankan perniagaan, Zainal hanya menggunakan kudrat tulang empat keratnya untuk membawa barang niaganya yang dianggarkan seberat tidak kurang daripada 30 kilogram, ke merata tempat.

Difahamkan, Zainal yang berasal dari Temerloh, Pahang, cacat penglihatan sejak lahir.

Saudara Radzi menjelaskan, peniaga atau pakcik Zainal tidak mempunyai tempat tinggal, sebaliknya hanya menumpang tidur di surau dan masjid dan menggunakan perkhidmatan awam untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi.

Radzi juga ada berkongsi talian telefon yang boleh dihubungi orang ramai, jika mahu menghulurkan bantuan atau mendapatkan barangan jualan Zainal. Harap kisah viral pak cik Zainal ini mendapat perhatian rakyat Malaysia untuk membantunya.












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2016 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ya allah sedih sangat lihat. cacat penglihatan, dh tua tapi masih bersusah payah.
sebaliknya org yg ada upaya merompak, buat kerja haram utk tampung kehidupan
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya tgk keadaan pakcik ni. Moh kita sama2 tlg heols sama mcm netizen viralkan uncle kena cancer jual patung pokemon tu...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2016 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
patut nya pusat kebajikan ambil pakcik ni untuk dijaga.pusat zakat bagi kat pakcik ni.bukannya dibiarkan pakcik ni berniaga.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 08:24 AM | Show all posts
bagus sgttt pakcik ni.. kekurangan diri x mjadikan dia peminta sedekah mcm sesetengah org lain. kudrat ada, muda belia lagi tp hanya reti meminta2..  tp pakcik ni berusaha utk hidup berdikari.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus pak cik ni..harap ramai yg membantu sbb dia ada usaha cari duit. Selalu yg aku jmpa senang je buat duit mintak derma meja ke meja restoran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2016 09:29 PM | Show all posts
InsyaAllah..klu sy jmp saya akan beli dari pakcik ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2016 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 27-9-2016 08:24 AM
bagus sgttt pakcik ni.. kekurangan diri x mjadikan dia peminta sedekah mcm sesetengah org lain. kudr ...


Setuju tu...semoga dpermudahkan segala2 yer buat Pakcik Zainal...Aamiin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2016 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga rezeki pakcik ni berlimpah ruah.... sedih sgt bila tengok org2 tua yg lebih krg umur like my parents... 20 tahun, tk pernah putus asa...hats off
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 09:18 AM | Show all posts
semoga rezeki pakcik ni semakin melimpah ruah..wahai anak muda, tengok la betapa berusaha dan susahnya seorang tua untuk menyara hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 11:27 AM | Show all posts
DeeHanania replied at 27-9-2016 10:43 PM
Setuju tu...semoga dpermudahkan segala2 yer buat Pakcik Zainal...Aamiin
Yg sedihnya ramai yg muda belia ni asik mtx bantuan sana sini.. mintak sedekah sana sini.

org pandang islam ni dh mcm agama utk 'sedih' dan meminta2...

sori OT plk

semoga pakcik ni dmurahkan rezeki. Amin.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2016 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
10 K setiap sore drp pemenang pingat emas,perak dan gangsa drp 'WIRA NEGARA' mungkin sedikit sebanyak mampu membantu pengidap penyakit kronik,warga emas dan warga kelainan upaya...walau apa pun semuanya 'terpulang kpd drng'.....sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau minyak urat sy sukaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 04:02 PM | Show all posts
sedihnya tengok... moga murah rezeki pakcik ye. sedih....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2016 04:36 PM | Show all posts
Org mcm ni gua respek,
bkn yg jnis dduk kt tepi lrt tu dok berzikir mnx sedekah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-6-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.071993 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list