CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4369|Reply: 16

Rancang Festival Songkran, 5 Tips Anda Perlu Tahu

[Copy link]
Post time 6-4-2016 12:12 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Jika anda merancang ke Thailand untuk masa terdekat ini, anda harus tahu sekarang sehingga 15 April sedang berlangsung festival Songkran.


Ramai yang gelarkan ia acara air terbesar didunia walaupun ia bukan hanya disambut di Thailand, tapi di sebahagian negara di Asia.


Jika anda merancang untuk ke Thailand untuk sama-sama menyambut perayaan tersebut, 5 tips ini buat anda.


1. Bersedia untuk Basah


Memang sudah nama pesta air, anda mungkin tidak akan kering untuk 3 hari. Jangan terkejut 'beruk' jika anda diserang oleh pelayan hotel ataupun staff dengan pistol air. (Kecuali jika anda adalah sami dan perempuan mengandung mereka adalah golongan yang dikecualikan) Tak kira anda berada dalam bas, sedang membeli makanan atau sedang menjemur pakaian.


2. Ketahui peraturan penting sepanjang festival


Peraturan paling penting adalah, tembak-menembak air harus berhenti ketika mahatari terbenam. Tapi tak bermakna kemeriahan terhenti. Jadi tembak orang guna pistol air waktu malam adalah -SALAH.


3. Sila Ingat festival Songkran adalah salah satu perayaan semulajadi yang seronok


Walaupun anda bukan penggemar air, dan sikit-sikit kena simbah air, jangan kecewa dan tension kerana semua orang pun basah. Jadi Chill ok!


4. Isi minuman anda didalam bekas tertutup


Sebab ia adalah perayaan air yang mana ia akan disimbah dimana-mana, jadi kalau boleh tutuplah air anda dengan bekas tertutup agar tak rosak pula nanti. Takkan la nak minum air kopi tawar kan?


5. Jangan sibuk nak sembur air, tak ingat nak minum


Kebahangan cuaca sekarang ini, pastikan anda kekal sihat dan tidak terhidrat. Pastikan anda minum air dengan secukupnya




Jika teringin rasakan perayaan di Malaysia, Resort World Genting ada buat Songkran Festival Buffet bermula 8 hingga 17 April di COffee Terrace Genting. Nak rasa makanan tradisional Thailand boleh la ke sini atau layari www.rwgenting.com. -CARI Infonet.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2016 12:35 PM | Show all posts
em .. kat mana dalam Malaysia ni ade tempat main2 air time songkrun ni?? nak pg Bangkok jauh la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
gampang punya festival.habih nmpk selmbok tetek .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2016 12:40 PM | Show all posts
dorby replied at 6-4-2016 12:35 PM
em .. kat mana dalam Malaysia ni ade tempat main2 air time songkrun ni?? nak pg Bangkok jauh la pula ...

last week ada event Songkran Run dekat Sepang,



kalau perayaan betul2 rasanya ada di Penang, tapi rasanya dibuat di temple, bole tgk sini >>> TourismMalaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 01:59 PM | Show all posts
Edited by mamapea at 6-4-2016 02:30 PM

ruginya tak dpt pegi mggu dpn dgn husband
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2016 03:15 PM | Show all posts
songkran ni kan festival agama buddha..kenapa ramai org islam gigih nk join eh...time songkran ni, kalau kat sempadan2 yg ade muslim, masjid2 selalu nye akan adakan kem ibadah kat masjid2 untuk anak2 diorg sbb taknak budak2 muslim ni join songkran ni...majlis fatwa pon haramkan pesta songkran ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2016 11:53 PM | Show all posts
Takde kerja aku nak berbasah basah ke sana sini. Ntah hapa hapa org kita sibuk nak ikut pesta basah mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2016 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh laa dok salin baju je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2016 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kowser nak kena berbasahan cam tu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
dorby replied at 6-4-2016 12:35 PM
em .. kat mana dalam Malaysia ni ade tempat main2 air time songkrun ni?? nak pg Bangkok jauh la pula ...

Kalau nak sgt , beli la water gun sorang 1 dan berpesta air lah kat rumah sendiri , ajak jiran2 sekali, bila2 boleh buat , nak hari2 pon boleh , tkde siapa nak larang
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 12:11 PM | Show all posts
opie5662 replied at 6-4-2016 03:15 PM
songkran ni kan festival agama buddha..kenapa ramai org islam gigih nk join eh...time songkran ni, k ...

songkran adalah sempena tahun baru kalender diorang...ofcoz utk penganut buddha diorang akan sembahyang, spt ke kuil dsb...org asing bole join takat simbah2 air.

mcm hari raya...ada nmpak org kapir gi solat sunat raya? diorang dtg ke open house je kan...mkn2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 11-4-2016 12:11 PM
songkran adalah sempena tahun baru kalender diorang...ofcoz utk penganut buddha diorang akan semba ...

Bg aku benda tu isu remeh nak kaitkan dgn agama. Aku cuma tak suka disimbah air psl tak kuasa nak tukar2 baju. Klu tak tukar berbasah ke sana sini nanti sakit lak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 11-4-2016 12:02 AM
Kalau nak sgt , beli la water gun sorang 1 dan berpesta air lah kat rumah sendiri , ajak jiran2 se ...

Hahahaha!! Good idea tu. Blh lah salin baju setiap kali basah tak susah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 01:08 PM | Show all posts
brownstone replied at 11-4-2016 12:11 PM
songkran adalah sempena tahun baru kalender diorang...ofcoz utk penganut buddha diorang akan semba ...

kenapa diorg simbah air?...kenapa time songkran saje simbah air..itu ritual penyembahan mereka...muslim di siam nk beribadah pon kene bertarung nyawa, kite plak senang2 pi sane bergembira dgn ritual diorg...klu rajin pi la masjid2 kat sane time2 songkran ni, muslim sane buat kem ibadah supaya anak2 kecil tidak akan terlintas utk sambut acara ni. nak raya, raya je la..kenapa nk join ritual diorg. mebi org kate islam tu mudah, tp kite pon jgn amek mudah sgt.

Mungkin isu ni remeh...but i wont allow any my family members to join songkran. Sedangkan mereka kat sane nk gi masjid pon boleh kene tembak dgn peluru, kite plak gembira sambut raya diorg main tembak2 air
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 01:32 PM | Show all posts
opie5662 replied at 12-4-2016 01:08 PM
kenapa diorg simbah air?...kenapa time songkran saje simbah air..itu ritual penyembahan mereka...m ...

Aku rasa ko ni salah faham. Yg bertarung nyawa nak gi masjid tu kat area mana?? Selatan Thai kan?? Tp muslim di  Bangkok & kawasan lain takde masalah apa pun. Ko tau tak, org muslim kat Bangkok kaya raya duit berkoyan koyan dgn berbisness pdhal populasi mereka kecik?? Depa nak semayang dan puasa atau ibadat lain takde halangan pun. Klu betul ko kata muslim di tindas di sana, nape kat belah Selatan saja?? Kenapa kawasan lain aman aman saja muslimnya siap blh jd org kaya lg? Aku kena ramai muslim Thai. Even kakak yg buka kedai makan bawah rumah aku ni pun org muslim Thai kahwin dgn org Msia. Anak dia kerja kat Siam nun jd nurse di spital. Pakai tudung. Takde pun dia kata racism atau islamphobia di kalangan tmpt dia kerja.

Jgn mainkan sentimen agama tanpa sebab. Aku pun muslim tp aku tak mau berprasangka bukan bukan tanpa tau dgn lbh lanjut.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2016 01:49 PM | Show all posts
opie5662 replied at 12-4-2016 01:08 PM
kenapa diorg simbah air?...kenapa time songkran saje simbah air..itu ritual penyembahan mereka...m ...

yep..it is up to you...u can remind ur family members...tapi x wajar nak halang org islam lain pegi join songkran / condescending / patronizing..for them songkran is new year + water festival...ritual agama hanya pada yg pergi kuil saja.
the best is to keep religion to yourself



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 10:22 AM | Show all posts
Festival seronok
Tpi banyak bogel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.094773 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list