CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 11-3-2016 09:59 PM | Show all posts
suatumasa replied at 12-2-2016 11:15 PM
sama2...
eh KK ....akk ada pm KK....dpt x

akak hensem, lama dah KK reply.... mana sambungannya?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2016 10:03 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 11-3-2016 10:08 PM
izabellemylia replied at 15-2-2016 04:59 PM
dari awal terid dah follow kk..dan bila sampai part2 yg kk mcm kepanasan nak bercerita...tangan ni o ...

Tima kasih iza ^^ InsyaAllah KK paksa2kan diri jadi kuat.

Dah kenapa pulak tangan iza yang sejuk cam air batu? Ada pape ke? ha...jeng2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 10:08 PM | Show all posts
Wakefield replied at 15-2-2016 05:13 PM
Kesian TT. Ai doakan smoga TT 'sembuh' dr gangguan n addiction; n btemu jodoh yg baik-baik. Aamiin ...

Tima kasih wakefield doakan KK <3

Sebenarnya takde sambungan tentang nenek tua. Tu hanya tekaan perawat je berdasarkan keadaan KK waktu diruqyah. Sekali-dua je KK jadi bongkok gitu. Most of the time KK jadi cam budak kecik...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 10:11 PM | Show all posts
joz_a replied at 16-2-2016 04:53 PM
fuhh... habis jugak baca thread ni setakat hari ni... pandai tt cerita. Blh imagine apa yg berlaku.  ...

Tima kasih joz_2

KK cuma share je... kalau sampai boleh imagine tu maknanya imaginasi awak yang hebat. Apa berlaku dalam ICU??? Sori xdapat la KK citer. Sakit pulak ati mengenangnya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 10:19 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 11-3-2016 10:32 PM
Clover_Hill replied at 19-2-2016 11:48 AM
My case is vice versa. Bertahun lamanya i in denial..apa2 berlaku sume ai kaitkan dgn stress, pres ...

Akak clover... apa kabar la akak sekarang? Sori tetiba KK melenyap. Maklum la OKU otak cam KK ni memang banyak kerenah. Huhu.

Betul tu, banyak penyakit fizikal boleh jadi berpunca daripada gangguan syaitan juga. Cuma sains belum buktikan secara umum je. Dalam studi metafizik banyak kaji bab2 tenaga yang beri kesan kepada alam realiti ni.

Harap akak clover sihat dan sudi buat comeback Nak tau gak caner akak fight
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 10:27 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 11-3-2016 10:35 PM
ninalee replied at 19-2-2016 08:00 PM
Khatam juga baca thread ni. Tak tau dari mana dapat link ni tau2 je asyik membaca. Kita sebaya so ok ...

Menarik pengalaman nina. Tapi setau KK, kalau guna badan orang jadi hos ni cam xbape elok....

KK sniri sejak abis belajar, dah takde tengok orang kerasukan lagi. Kalau selalu kat DS pun dengar orang melolong je. Ada bebaru ni dapat tengok sorang pesakit kerasukan masa dirawat. Dia nangis2 jer sambil muntah, cakap takmo keluar... dia nak musnahkan pempuan ni takmo dia bahagia. Lepas sesi berubat tu dia comeback jadi diri dia balik, cakap2 ngan ust.

KK fikir.... malunya nangis2 sambil muntah depan orang camni. Tapi KK lagi teruk daripada akak tu. Rasanya kalau ada orang rakam, KK sniri tak sanggup nak tengok cemana keadaan KK masa meracau.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-3-2016 10:29 PM | Show all posts
gula_tebu replied at 23-2-2016 10:21 AM
Moga KK sentiasa dibawah lindunganNya.

Keep fighting KK, tendang dia jejauh

Tima kasih, gula_tebu. Kalau la boleh ditendang kan, memang tendang dah. Lepas tendang dua-tiga das KK cincang dan rebus plak kasi kucing makan. Bleh tak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 10:33 PM | Show all posts
ainothman replied at 26-2-2016 08:15 AM
Hi u ols.

start baca kat opis tak sempat habis sambung kat hp plak haha penangan hang KK.

Tima kasih ain. KK nak nyambung la ni. Baru datang mood nak nulih...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-3-2016 11:05 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 11-3-2016 11:09 PM
aina09 replied at 22-2-2016 11:24 AM
salam TT,

nak tanya apa kesudahannya jumpa TG Harun Din? plz cer citer..tq

Ok aina. sori lama btul KK ambik masa nak citer.

Sebenarnya bila gangguan ni dah masuk dalam, citer KK dah jadi cam luahan perasaan. Nama pun dia ganggu fikiran dan emosi kan. KK rasa malas nak sambung... atau abang/akak mod yg budiman bleh transfer je tred KK ni ke mana-mana bod yang berkaitan. KK dah rasa cam out of place dah. Yer la citer org lain sume pasal kagum2 ngan hantu... hantu buat gitu, hantu buat gini. Tapi citer KK cam takde hantu... atau KK yang dah jadi hantu. Entah la.

KK jumpa Tuan Guru 2x. Citer kali pertama: Masa tunggu nak masuk jumpa tuan guru tu tetiba badan KK naik panas. Tak berenti2 minum air walaupun KK dah duduk bawah aircond. Bila dah masuk jumpa Tuan Guru, hati KK tenang dan hepi je dapat jumpa orang yang KK tunggu2. Alhamdulillah. KK tulis dalam borang tu... nak doa mintak lancarkan pekerjaan, dll. Bila Tuan Guru baca permintaan kita kat borang tu beliau teruslah doa, takde tanya2 dah. Tapi KK sempat bagi salam dan kenalkan diri KK murid beliau. Seronok sangat bila Tuan Guru jawab salam KK. Ye la tengok beliau serius jer... Pastu tanya pulak KK kerja apa.

Waktu nak baca doa tu Tuan Guru ambik 2-2 tangan KK. KK senyum jer fikir.. 'oh, Tuan Guru nak doakan tangan aku. Ye la, keje aku kan menulis.'

Tengah senyum tu tak semena2 KK tarik tangan dan tenung Tuan Guru tajam2. Bila Tuan Guru pandang KK balik, KK larikan mata ke bawah.

'Ada benda kacau kamu ni... Mari saya baca doa' Tuan Guru terus bangun baca doa kat kepala KK.

'Iee aku tumbuk orang tua ni kang... nak mati cepat ke?' KK cakap. Dem! KK dah kurang ajar dengan Tuan Guru! Tak sempat baca apa pun KK dah 'bertukar'. Fefeling otromen kunun.

Pastu cam biasa la hobi KK mencakar dan menendang. Dan segalanya berlaku lebih cepat dari biasa. Tau2 KK dah bangun dari kerusi nak beramvus dari bilik tu dalam keadaan separuh sedar. Diorang biar je KK keluar, duduk rehat kat kerusi luar. Berapa ramai yang tengok lantak kau. KK dah tak ingat dunia. Panas dalam badan macam kene kukus!

Kali kedua jumpa Tuan Guru, KK siap solat hajat minta Allah bantu KK beradab ngan Tuan Guru. Baca yasin apa semua supaya lebih kuat nak kawal diri. Sedih la... KK jumpa Tuan Guru sebenarnya just nak ambik berkat jer... sebab dalam kelas duduk jauh sangat. Tapi dah dapat jumpa jadi camtu plak. Ape la KK ni.

Baru perasan rupanya yang kali pertama tu KK lepas period. Dah seminggu tak solat. Patut la kuat je menatang tu conquer KK. Tuan Guru xbaca pape pun dia keluar.

Kali kedua ni ust yang jaga borang siap bagi KK merawat dalam bilik asing. Agaknya dia xmo keadaan jadi havoc cam minggu lepas. KK okey je, lagi best kalau dapat jumpa Tuan Guru secara personal.

Tapi yang menunggu kali ni lagi la azab. Panas badan KK berganda2. Dalam sejam lebih tu dekat 2 liter air KK minum, bape kali gi tandas, tapi panas tak turun. Baru KK sedar ni bukan panas biasa. Dekat2 nak jumpa Tuan Guru tu tekak KK dah kering macam puasa. Badan dah letih nak baring je.

Masa Tuan Guru baca doa, KK tahaaaan tahaaaaan tahaaaaaan rasa nak mengamuk. Panas dah meruap2 naik ke pipi, telinga. Mujur lepas tu Tuan Guru habis. Dalam sesi rawatan umum camtu memang Tuan Guru baca kejap je. Kenalan2 special beliau je yang dapat buat rawatan penuh. Ye la Tuan Guru bukan sihat lagi nak hadap orang mengamuk...

Yang gi ngadap Tuan Guru, camtu la kisahnya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 11:29 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 11-3-2016 11:33 PM

Yang KK xsuka ialah.... lepas rawatan, KK akan cerita dengan penuh eksaited tentang apa yang berlaku waktu dirasuk. Tukang tadah telinga mesti la kawan yang ikut meneman. Sampai muka dia naik cemberut dengar KK cerita.

Esok paginya bila bangun tido baru KK sedar diri. 'Eh, asal aku teruja sangat citer pasal kerasukan tu? Ingat best ke? Malu tau tak orang ramai tengok kau cam orang gila.'

Entah2 bukan KK yang eksaited tu? Tapi benda lain. Rasanya la.

Sebab tu KK rasa malas nak cerita kat sini juga. Somehow KK rasa macam bukan KK lagi kat dalam ni. Rasa hepi, rasa sedih, rasa serabut, sumenya datang tah dari mana.

Tu la risikonya bila sedar waktu kerasukan. Sesetengah perawat kata, sedar tu tandanya kita kuat. Jin xdapat kuasai kita 100%. Tapi yang buruknya bagi KK, dia gunakan memori tu untuk kacau KK balik. Selalunya time kerja la KK jadi serabut teringat waktu kena ruqyah.

Time diruqyah dia selalu akan meracau cakap taknak keluar. Bila teringat tu kang sudahnya tengah menaip tetiba cakap 'tak nak'. Tengah makan tetiba 'taknak'. Tengah membuang tetiba 'taknak'. Tengah meeting tetiba nak menggeleng. Ape ke gila la.....

Belum lagi yang jatuh cinta ngan perawat berstatus suami orang. Dah nak ingat kat dia je setiap masa. Dalam solat tu yang takleh blah. Tengah ngadap tuhan KK gi berangankan suami orang. Heh takleh jadi gini.....

KK amik keputusan berenti berubat. KK switch semua benda dalam kepala ni kepada berenti berubat. Rasionalkan semua benda. KK cuba sangat2 lupakan semua yang berlaku.

Tu yang menghilang dari tred ni kejap... Sebab dalam ni semua rakaman memori KK. KK nak lupakan. Ikut ati nak padam je tred ni. Tapi best pulak bila ada yang kasi feedback cakap termotivate ngan pengalaman ni. Tak jadi padam. Moga ada manfaat untuk orang lain. Walaupun, sumpah, susah sangat nak dihadap.

Tambah pulak akak clover tengah nak berubat. KK takmo spoil semangat dia ngan hal KK plak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 11:48 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 12-3-2016 06:20 AM

Sebelum berenti berubat aritu, banyak kali KK tanya perawat... takpe ke kalau KK berenti?

Perawat tak pernah bagi jawapan yang konkrit. Dorg asyik cakap, itu terpulang kepada pesakit. KK datang pun diorang tak pernah suruh, takkan KK nak berenti diorang nak larang pulak.

Tau la.... KK bukan maksudkan dari segi rutin. Tapi dari segi kesan gangguan ni. KK tengok Eda bila berenti berubat jadi makin tak tentu hala, adakah KK akan jadi gitu juga?

Malangnya soalan ni tak pernah lepas dari mulut KK. Sampai depan perawat je mesti jadi cam bodo xtau apa nak cakap.

Wal hasil... KK tengah tanggung la ni.

Alhamdulillah takde la sakit2 badan cam orang lain takleh berdiri apa sume. Rasa mencucuk, telinga berdesing sikit2 tu lantaklah, ada aku kisah?

Cuma yang KK kisah ialah ingatan KK. Serabut macam dirobek2 disepah2kan. Dan KK xtau mana satu lagi teruk, sakit fizikal atau sakit mental.

Tapi sejak tu KK makin kuat pelupa. Yang paling teruk terkesan mestilah kerja kat opis. Tugas2 penting KK lupa. Rutin2 penting dalam kerja KK lupa. Tapi bos tak benti2 percayakan KK. Bagi KK position yang penting, lantik KK jadi leader. Sebab taknak kecewakan bos, KK cuba jugak la push diri. Push, push!

Tiba satu hari yang bertuah, KK kene panggil sampai 3x ngan bos besar. Kene sound tentang tiga task yang berbeza. KK buat silap dalam tiga task penting tu sampai bos kecik yang bagi tugas tu pun xdapat bekap KK.

Bertalu2 la bos besar tuduh KK takde komunikasi ngan team mates, tidak itu, tidak ini.... padahal isu yang sebenarnya berlaku satu je....

KK LUPA!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-3-2016 11:56 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 12-3-2016 12:38 AM

Dah satu hari kena lecture dari pagi sampai petang, memang mood KK hancur. KK tak marahkan bos pun... betul semua apa yang dia tegur.

Dan teguran dia buat KK sedar... yang KK dah tak patut berada dalam field ni lagi. Dunia publishing yang sibuk ni tak perlukan orang lembab cam KK. Kenapa KK nak push diri lagi... kenapa nak tipu diri lagi.... percaya la yang KK bukan cam dulu. terima je la yang KK dah tak mampu. KK dah jadi OKU - otak kurang upaya. Bukan kat sini tempat KK!

Bos kecik masih nak percaya ngan kebolehan KK tu lantak dia la. Dia tak tau apa yang sebenarnya jadi dalam batang tubuh KK ni. Kat luar memang KK cuba hidup senormal mungkin. Behave senormal mungkin. Berpakaian senormal mungkin. Sebab tu orang nampak KK berwibawa semacam je.

Dalam ni orang xtau.... orang xtau... kalau citer pun orang xkuasa nak caye. sebab nampak KK normal je.

Masuk keje minggu depannya, KK nekad jumpa bos kecik. KK pulangkan position penting yang dia kasi, sekali ngan surat resign.

Yeah, jin menang. Akhirnya KK hilang pekerjaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 12:25 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 12-3-2016 06:26 AM

Yang bab jodoh pun satu citer...

KK hari2 doa mohon Allah temukan jodoh KK. Daripada bersemangat sampai lemah semangat sampai bersemangat balik, KK sentiasa doa bertemu jodoh.

Tapi bila ayah gitau dia jumpa satu calon untuk KK, tetiba KK jadi badmood sampai takleh keje. Apakah??? Bukan ke kau yang haritu doa kemain lagi nak jadi isteri solehah? Bukan ke kau berenti berubat pun sebab taknak perawat laki pegang2 kau, konon nak save tubuh badan untuk suami kau je?

Dah tu pehal tetiba taknak kawen?

Haru betul KK ni.

Tak sangka la hidup KK akan jadi terabur camni. Keje xjadi. Apa xjadi. Makin umur meningkat, ingatan KK macam makin terbalik jadi budak kecik. Ya Allah.



...........................................


Tapi KK dapat pelajaran yang besar dalam hal ni.

Sabar dan terima ketentuan Allah.

Selama ni, sejak pandai berfikir, KK sibuk rancang hidup KK. KK pastikan semuanya berjalan ikut yang KK rancang. Tak tanya Allah pun. Yang penting ialah apa yang KK nak.

Apa yang KK tak nak, KK jalani dengan terpaksa. Sekadar jaga hati orang tua, atau sekadar ikut flow 'sebab semua orang buat'.

Ya, KK belajar agama dan belajar tentang takdir Allah, blablabla... Tapi selagi tak jalani, takkan faham.

Sekarang ni la baru faham. Dalam 'bilik darjah' yang sebenar. Takde apa pun yang kita dapat buat kalau Allah tak tolong. Dan takde apa pun yang kita dapat capai kalau Allah tak izin.

Walaupun sesimple meluahkan perasaan.

Bila Allah tak izin, tak dapat luah pun.

Walaupun sesimple menekan brek waktu kecemasan.

Bila Allah tak izin, KK  lupa pun nak tekan brek. Padahal hari2 buat.

Apatah lagi nak khusyuk dalam solat, atau sentiasa ingat pada-Nya.

..........................









Melalut. Ok. Tak seram langsung. Btw, kesimpulan yang korang bleh ambik dari seluruh citer KK ialah...

BEWARE kalau korang rasa cam telebih berani.

Sebab benda tu mungkin menyorok dalam diri korang sniri!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 06:43 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 12-3-2016 06:51 AM

Haa... baru teringat. Sebenarnya KK nak share ngan korang (khususnya yang diuji cam KK) beberapa blog best yang korang boleh korek info. Waktu KK gigih mengkaji pasal kerasukan, terjumpa plak citer perawat ni:

BAGAIMANA NAK KAWAL EMOSI (hati)?

"Orang kata berzikir boleh
tenteramkan hati. Tapi berzikir kena dibuat dulu dalam keadaan tenang.
Kalau hati dah panas baru nak zikir... tak dapeklah nak tolong. Kirim
salam ajelah..."


Hidup manusia ni, boleh diumpakan seperti permainan bola sepak. Pemain-pemain bolasepak adalah hati (emosi) kita. Jurulatih yang berada di luar padang adalah akal fikiran. Pemain dari pasukan lawan adalah nafsu dan syaitan yang nak mengalahkan hati kita. Manakala permainan bolasepak itu sendiri adalah situasi-situasi tertekan yang menjadi ujian kepada diri kita.

Dalam banyak kes situasi tegang permainan bolasepak, pemain-pemain (hati/emosi) tak mampu nak mendengar jeritan jurulatih (akal) yang berada di luar padang dek kebisingan dan tekanan semasa permainan. Kalau dengar pun, kadangkala tak mampu nak ikut dek sibuk dengan tekanan permainan. Cuma sesekali sahaja jeritan-jeritan jurulatih (akal) berjaya dipatuhi oleh pemain (hati).

Pemain-pemain (hati) bergantung kepada kemahiran yang telah dipupuk di dalam latihan-latihan yang dilakukan lama sebelum perlawanan. Kalau tak cukup latihan, tak mantaplah kemahiran. Kalau tak mantap kemahiran, maka mudahlah pemain (hati) di tewaskan oleh lawan (nafsu & syaitan) di dalam pertandingan. Yang perlu kita faham ialah, dalam keadaan tertekan hampir mustahil untuk kawal emosi dengan akal. Sama macam jurulatih yang berada di luar padang. Suaranya hampir tak kedengaran.

Lama sebelum pertandingan, banyak latihan-latihan telah dilakukan sebagai persediaan. Semasa latihan, adalah mudah untuk pemain (hati) mendengar kata-kata jurulatih (akal). Sebab itulah Rasullullah (s.a.w) mengajar kita berbagai-bagai jenis latihan. Dari taklim, solat, zikir, quran, puasa, sedeqah, dakwah & tabligh... Semuanya adalah latihan kepada hati supaya mampu berhadapan dengan musuh-musuh di dalam tekanan. Orang kata berzikir boleh tenteramkan hati. Tapi berzikir kena dibuat dulu dalam keadaan tenang. Kalau hati dah panas baru nak zikir...tak dapeklah nak tolong. Kirim salam ajelah...

Latihan bolasepak pun ada dua jenis:

    Latihan sendiri-sendiri untuk memantapkan kemahiran diri.
    Latihan dalam kumpulan untuk memantapkan koordinasi dalam kumpulan.

Amal ibadat pun sama juga. Ada ibadat sendirian (infradi) dan ada ibadat berjemaah. Amal ibadat secara berjemaah ni sangat penting kalau nak kuatkan hati. Cuma imagine, satu pasukan bolasepak yang semua pemainnya cuma berlatih sendiri-sendiri tanpa melakukan latihan secara berkumpulan. Rasanya boleh menang tak bila berhadapan pasukan lawan? Silap-silap dengan pasukan Sekolah Rendah Telok Panglima Garang pun boleh kalah... Sebab tu sangat-sangat penting amalan berjemaah ni.

Antara tips-tips latihan penting yang perlu dilakukan supaya boleh mengawal emosi ialah:

    Nikmatilah solat 5 waktu. (Aku tak silap taip tau.. Bukan kerjakan solat 5 waktu, tapi nikmatilah solat 5 waktu. Macamana nak nikmatilah solat? Lain kalilah kita cerita bab tu... Panjang beb) Jangan lupa jemaah tau. Cuba buat kurang-kurang 2 waktu kat masjid, 2 waktu kat tempat kerja, 1 waktu berjemaah dengan keluarga.

    Baca quran dengan pemahamam. Tak cukup baca Quran tanpa pemahaman. Rahmat quran akan jadi paling mantap bila diamalkan.

    Amalkan zikir-zikir untuk bersihkan hati. Ni pun cerita lain kali lah... topik besar ni. Paling baik kalau lakukan latihan ni di tengah malam semasa tahajjud.
   

   Ikut-ikutlah jemaah tabligh semasa gash (ziarah). Semasa berdakwah dengan cara berziarah kerana Allah, kita mungkin akan di pandang serong, dicerca, kadang-kadang dihalau.... semua ini penting untuk melatih hati membina sifat tawaduk, keberanian dan seribu macam lagi sifat-sifat hati.
   
   Hidupkanlah taklim di rumah. Kalau boleh di masjid korang juga. Dalam majlis taklim, jangan lupa baca sirah Nabi (s.a.w) & para sahabat. Kisah hidup Nabi (s.a.w) dan para sahabat akan bagi kita berbagai-bagai case study yang boleh kita implement bila berhadapan dengan ujian hidup. Yang penting, bila baca / dengar taklim mestilah pasang niat untuk amal dan sampaikan. Amal sahaja tak cukup tau, mesti dengan niat nak sampaikan juga. Amal tanpa niat untuk disampaikan berkecenderungan untuk generate sifat riya'.


Moral of the story: Berlatihlah untuk menguatkan hati di dalam keadaan tenang. Barulah ada kekuatan mengawal emosi di dalam tekanan.

http://schanizan.blogspot.my/2011/11/bagaimana-nak-kawal-emosi-hati.html

KK- nilah jawapan macam mana orang boleh sedar/tak sedar waktu dirasuk. kalau kita kuat benteng diri waktu tenang, insyaAllah kita kuat juga nak kawal diri waktu diruqyah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 06:55 AM | Show all posts
BAGAIMANA JIN MERASUK?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM,

Ada sahabat yang bertanya, bagaimana mekanisma jin merasuk manusia? Aku diam tak menjawab. Sebab yang pertama ialah, sebenarnya aku pun tak tahu secara pasti. Dan sebab yang kedua pula, sebenarnya aku tak berapa gemar nak bincang topik-topik begini melainkan dengan para muallij. Topik yang dibincangkan ini adalah topik yang tak dapat nak dihuraikan secara terperinci dengan nas-nas Quran mahupun hadis, dan tidak dapat pula nak dibuktikan secara empirikal. Berbincang perkara sebegini dengan yang bukan ahlinya, cuma akan menambah perdebatan tanpa apa-apa hasil yang bermanfaat.

Tapi berlainan bagi para muallij, Insya Allah dapat memahami apa yang nak disampaikan berdasarkan pengalaman mereka di dalam ikhtiar rawatan. Dan Insya Allah dapat pula menambah-baik idea-idea yang diberikan, sebagai ikhtiar untuk memantapkan ikhtiar rawatan masing-masing. Jadinya aku tulislah jugak.....

Maka bagi masyarakat umum adalah diingatkan bahawa apa-apa yang ditulis di bawah ini, adalah dongeng tahap gaban dan anda tidak sekali-kali digalakan untuk mempercayainya, apatah lagi untuk membincangkannya.

Adapun kerasukan yang disebabkan oleh jin itu adalah boleh dibahagikan kepada 3 kategori:

    Kerasukan penuh: iaitu apabila seluruh pergerakan dan percakapan pesakit dikawal oleh jin sepenuhnya, dan pesakit langsung tidak sedar apa yang berlaku.
    Kerasukan separa: iaitu apabila seluruh pergerakan dan percakapan pesakit dikawal oleh jin sepenuhnya, tetapi pesakit masih sedar apa yang berlaku. Cuma ia (pesakit) tidak mampu mengawal pergerakan dan percakapannya.
    Kerasukan berjuzuk: Jin hanya mampu mengawal beberapa bahagian tubuh pesakit. Contohnya, menggerakkan kakinya atau tangannya.

Diri manusia itu bolehlah diibaratkan seperti sebuah kapalterbang. Siapa yang menguasai cockpit, dialah yang akan menentukan corak dan arah tuju penerbangan. Dan otak manusia yang bertempat di ubun-ubun itulah merupakan cockpit yang menjadi rebutan antara jiwa pesakit dan jin-jin penceroboh. Apakala cockpit telah dikuasai oleh penceroboh (jin), dan pilot serta co-pilot (jiwa pesakit) telah pun dicampak keluar, maka berlakulah kerasukan penuh.

Untuk menguasai cockpit, tiadalah perlu untuk penceroboh berada di dalam cockpit pada sepanjang masa. Bagi penceroboh berteknologi tinggi, boleh sahaja mereka masuk, mencampakkan pilot serta co-pilot keluar, dan setelah itu menginstall control device yang membolehkan mereka mengawal kapal terbang tersebut secara remote. Apabila berlaku kawalan secara remote control, maka tentulah ada receiver, transmitter atau joystick, connecting cable dan software program dan juga voice instruction. Maka ketahuilah di dalam bahasa rawatan, teknologi yang tersebut adalah dikenali sebagai:

    receiver: barang sihir di dalam ubun-ubun pesakit
    transmitter / joystick: barang sihir di tangan penyihir
    connecting cable: buhul sihir
    program software: ilmu sihir
    voice instruction: mantera sihir

Apabila sistem remote control telah disetup, maka boleh saja penceroboh duduk di luar cockpit, ataupun boleh saja ia berada diluar kapal terbang tersebut. Maka tiadalah perlu jin penceroboh berada di ubun-ubun pesakit. Boleh saja ia tinggal di tangan, kaki, perut bahkan di luar pesakit sahaja. Dengan itu sahabat-sahabat sekalian, inginlah saya menegaskan bahawa tiadalah apa-apa yang "mistik" pada ilmu sihir itu, hanyalah satu teknologi yang ditakuti kerana tidak fahami mekanismanya sahaja.

Adapun, apabila cockpit telah dikuasai, tetapi pilot hanya diikat di dalam cockpit, maka terjadilah kerasukan separa. Yang mana pilot tidak mampu mengawal kapal terbangnya, tetapi ia sangat-sangat menyedari apa yang berlaku. Terkadang berlaku pilot dapat melepaskan diri dari ikatan. Maka terjadilah pergelutan di antara pilot dan penceroboah. Di situlah yang kita lihat, terkadang jasad dikuasai jin, terkadang dikuasai pula oleh pesakit. Aku pernah berdepan satu kes, jasad pesakit dikuasai oleh pesakit, jin sihir dan jin saka berganti-ganti.

Adapun apabila jin tidak sampai ke ubun-ubun, dan hanya kepada anggota-anggota tertentu, maka berlakulah kerasukan berjuzuk pada anggota-anggota tertentu. Inilah yang selalu dimanfaatkan oleh muallij di dalam kaedah gantung tangan, 1881 dan lain-lain.

Apabila penceroboh menguasai cockpit, ada antara mereka yang tidak berapa pandai menerbangkan kapal terbang. Tetapi ada pula penceroboh komando yang terlatih dan boleh menerbangkan kapal terbang dengan begitu cekap sekali. Maka oleh kerana itulah kita dapati kadang-kala ada pesakit kerasukan yang cuma bercakap-cakap sahaja. Sedangkan ada sesetengah pesakit yang merasuk siap terus bersilat. Dan oleh kerana itulah pendapat beberapa muallij, adalah seboleh-bolehnya berusaha untuk mengelakan kerasukan semasa rawatan.

Kerana semakin lama penceroboh mendapat peluang menyentuh alat-alat di dalam cockpit, semakin mahirlah mereka di dalam menggunakannya. Aku pun pernah juga berdepan dengan kes begini. Mula-mula bila diarahkan jin bercakap dengan lisan pesakit, dia tergagap-gagap. Bila dah lama sikit, makin cekap dan dah tak nak berhenti cakap pulak... hu hu hu...

(KK-memang betul ni... KK pun rasa makin susah nak kawal diri bila makin kerap meracau waktu ruqyah)

Sebenarnya kalau diberi pilihan, aku pun tak berapa suka merawat dalam keadaan pesakit merasuk. Cumanya, kalau jin tak bercakap dengan lisan pesakit, kadang-kadang susah sikit nak dakwahkan atau nego... Maka begitulah tugas seorang muallij, tiadalah lebih ianya melainkan hanyalah seorang pendoa, da'i dan juga negotiatior. Tiadalah daya bagi muallij untuk memberi kesembuhan melainkan adalah ia milikNYA semata-mata. La hayyun, La 'alimun, La qadirun, La muridun, La basirun, La sami'un La mutakallimun bil haqqi iLLALLAH.

Sekianlah cerita dongeng untuk hari ini. Amik kau... sapa suruh engineer jadi perawat...

http://schanizan.blogspot.my/2013/09/bagaimana-jin-merasuk.html
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 07:02 AM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 12-3-2016 07:05 AM

fighters sekalian, ni beberapa perkara yang kita boleh peratikan:

GANGGUAN MAKHLUK HALUS: SMALL THINGS THAT MATTERS

Bismillahirrahmanirrahim.

Ini sekadar peringatan buat diri aku sendiri aje.

Apakala seseorang mengalami gangguan jin atau sihir, maka sebagaimana setiap maksiat besar atau kecil akan menjadi sumber kekuatan bagi syaitan yang mengganggu anda, maka begitulah juga setiap ketaatan tidak kira kecil atau besar akan menjadi kekuatan bagi anda. Di bawah adalah beberapa maksiat kecil-kecil dan ketaatan yang selalu kita terlepas pandang. Bagi mereka yang sedang diuji dengan gangguan makhluk halus ataupun sihir, adalah sangat penting untuk anda memerhatikan perkara-perkara di bawah:

A. Maksiat-maksiat yang selalu kita terlepas pandang

    Minum dengan tangan kiri: terlalu kerap diperhatikan masa makan elok aje tangan kanan, bila nak minum tiba-tiba guna tangan kiri. Minum tangan kiri adalah ruang sangat besar untuk syaitan masuk ke dalam badan. Jijik sangat ke nak pegang cawan dengan tangan kanan yang dah kena lauk. Rasullullah  ajar kita untuk jilat jari yang dah kena lauk. Lepas tu peganglah cawan tu dengan tangan kanan. Kalau tak mampu jugak lagi, sediakanlah satu mangkuk air basuh tangan. Sebelum pegang cawan, basuh tangan kanan dan lepas tu peganglah cawan tu dengan tangan kanan. Don't ever use left hand for drinking (or eating). Syaitan-syaitan sedang menuggu aje untuk masuk ke dalam diri anda.

    Makan tak baca Bismillah :
Lapar punye pasal, Bismilllah ke mana, Alhamdullilllah ke mana... Aku tengah nak berlatih makan dengan Bismillah pada setiap suapan ni... tapi setakat ni masih fail lagi.... he he he...

    Melihat aurat wanita yang bukan mahram di televisyen: contohnya aurat pembaca berita, pelakon iklan syampu, pelakon drama.....penyiasat CSI... hu hu hu... terlalu amat penting untuk pesakit gangguan makhluk halus mengelakan diri dari menonton TV. Kalau kat luar sah-sah kita tak nak tengok aurat wanita yang bukan mahram, tapi kat TV rilek je la pulak kita nengok kan... isk isk isk...  Mentang-mentanglah yang dalam TV tu tak perasaan kita tengah nengok dia.

    Melayan feeling dengan lagu-lagu: Aku tak nak cakap pasal hukum, tapi dari pengalaman peribadi dengan lagu Maher Zain pun benteng rumah boleh pecah. Apatah lagi kalau Lady Gaga..... hu hu hu...

    Meremehkan sunnah masuk tandas. Tak baca doa, tak tutup kepala, tak pakai alas kaki dsb. Ada orang kata jamban rumah aku bersih, tak payah pakai alas kaki. Halo bro, ni bukan pasal kotor tak kotor, ni pasal taat pada perintah Allah dan Rasulnya. Iblis pun dulu tak nak sujud pada Adam 'alaihissalam, pasal dia kata dia lagi mulia. Tapi dia lupa, this is not a matter of who is more noble, this is a matter of are you obedient to Allah and His Apostle or not?

    Meremehkan sunnah tidur: Tak ambil wuduk, tak baca dan sapu badan dengan 3 QUL. Cakap senang, cuba buat tengok. Nak ambik wuduk sebelum tidur pun gila mujahadah tau....

    Meremehkan memotong kuku dan bulu ari-ari...
(Janggut kat dagu takpe...)

    Meremehkan membaca Bismillah ketika membuka pakaian: Kalau ikut yang aku belajar, buka baju kena baca Bismillahilladzi Laillahaillahu... Tapi baca Bismillah pun bolehlah juga. Jika tidak, aurat anda akan menjadi santapan makhluk jin. Kena ada yang syok kat anda, nahas.. Jangan ingat perut dah boroi tak ada yang nak syok kat korang.

    Meremehkan sunnah masuk rumah: tak bagi salam, tak baca Bismillah. Maka berduyun-duyunlah syaitan pun masuk rumah sama-sama. Tak cukup amal sendiri aje. Ajar semua anak isteri untuk buat perkara yang sama.

    Melambat-lambatkan solat walaupun tiada keperluan: Dah azan tu terus amik wuduk dan solatlah.. nak buat apa tunda-tunda lagi. Setiap saat yang ditunda memberi kekuatan kepada syaitan.

    Banyak makan... sebab banyak makan memberatkan perut. Berat perut, maka beratlah mata. Berat mata, maka kuranglah amal ibadat.

    Mengular masa kerja, bagi mereka yang bekerja dengan orang lain:
Aku perati hari-hari yang aku tak bekerja dengan peak performance, aku akan rasa penat bila nak beribadat di malam hari... hu hu hu... Jangan majikan aku minta compensation kat akhirat besok udah...

    Tidak memutuskan diri anda dengan syirik:
Berapa ramai orang Islam yang solat 5 waktu tapi masih lagi pakai tangkal yang nenek dia bagi. Seolah-olah tak salah pulak pakai tangkal tu. Ketahuilah bahawa tangkal tu haram lagi syirik. Gugur semua pahala amalan dengan dosa syirik ni. Carilah dalilnya sendiri dalam internet. Berlambak ada tu...

B. Ketaatan-ketaatan yang selalu kita terlepas pandang


    Solat Subuh dan Isyak berjemaah di masjid sekurang-kurangnya bagi orang lelaki.
Kepada para-para bapa, suami dan adik-beradik lelaki, sekiranya di rumah anda ada ahli keluarga wanita yang menghadapi gangguan makhluk halus, ketahuilah bahawa setiap kali anda pergi berjemaah ke masjid, bahawa sesungguhnya anda telah membantu pesakit dengan membawa balik rahmat ke dalam rumah.

    Membaca surah As-Sajdah & Al-Mulk setiap malam.

    Menghidupkan taklim di rumah. Ada satu ketika aku selalu terperasaan ada jin-jin yang tak selesa setiap kali majlis taklim nak dimulakan. Wallahu'alam.

    Mendengar Al-Quran: Mendengar orang lain baca Quran dan baca Quran sendiri adalah 2 perkara berbeza tau. Perasaan tak korang, kadang-kadang bila jalan-jalan kat supermarket, tiba-tiba supermarket tu pasang lagu Kosong, kosong... sampai ke malam lagu kosong, kosong bermain-main dalam minda anda tanpa anda dapat control. Ketahuilah bahawa yang bernyani kosong-kosong dalam minda anda itu bukanlah Najwa Latiff, tapi adalah syaitan. Maka amatlah penting untuk anda mematikan alunan-alunan syaitan yang sedang berkaraoke di dalam minda anda dengan mendengar alunan Quran pulak. Antara cara yang mudah ialah, pasang alunan Quran kat VCD player anda bermula dari masuk Mahgrib hinggalah anda bangun esok pagi. Volume tu pandai-pandai lah adjust... Tak kan tu pun nak ajar...

    Benteng anak-anak anda dengan doa sebelum mereka tidur, dan tiuplah ubun-ubun mereka
. Contoh doa: A'uzubikalimattilahittammah Wamin Kulli Syaitanni wa hammah, wa min kulli 'ainin lammah... Alah korang carilah yang bahasa Arabnya kat internet. Berlambak ada............. Ni doa Rasullullah  pada cucu-cucu baginda. Dulu aku pakai macam-macam doa lain. Tapi sekarang aku pakai doa ni, sebab Rasulullullah pun pakai doa ni. So surelah ni jampi yang paling mantap...

   Solat tahajjud walau 2 rakaat: Walaupun 2 rakaat aje kesannya besar tau. 2 rakaat di 2/3 malam selepas tidur, takkan sama walaupun dengan 12 rakaat sebelum tidur. Buktinya, berapa ramai orang boleh solat terawih tiap-tiap malam tapi tak larat nak bangun tahajjud. Bangun 2/3 malam sekadar makan sahur, lepas tu tidur balik. Semoga Allah jadikan kita dari golongan yang boleh istiqamah bangun tahajjud.

Wallahu'alam.

http://schanizan.blogspot.my/201 ... s-small-things.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2016 11:34 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 12-3-2016 06:02 AM
fighters sekalian, ni beberapa perkara yang kita boleh peratikan:

GANGGUAN MAKHLUK HALUS: SMALL T ...

terima kasih atas tazkirah bermakna ni
saya pun tak terkecuali dari lalai...
terutama ketika nak tidur, masuk bilik air tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2016 10:37 PM | Show all posts
Ipo replied at 12-3-2016 11:34 AM
terima kasih atas tazkirah bermakna ni
saya pun tak terkecuali dari lalai...
terutama ke ...

Sama-sama! wah lama tak nampak Ipo

Ada lagi 2-3 blog perawat yang best2 KK nak kongsi... tapi dah lupa keyword nak cari. Bagus sangat perawat2 yang share ilmu dan pengalaman ni. Senang kita rujuk kan...

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2016 01:01 AM | Show all posts
wp bkn perawat.. tp nk jugak komen...

Sebelum berenti berubat aritu, banyak kali KK tanya perawat... takpe ke kalau KK berenti?

berenti tu berenti apa? berenti jumpa perawat? bhenti merawat?
brenti jumpa perawat, tara hal.. bhenti merawat, u gibapkah?
sbb merawat tu dr diri.. apa yg ttulis dlm blog2 yg kelipkelip tepek tu.. sume bkisar pd diri..
which means.. mula dr diri.. dan seterusnya... tetap dr diri.. perawat cuma mbantu..
pls dongibap..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2016 07:30 AM | Show all posts
halimi78 replied at 13-3-2016 01:01 AM
wp bkn perawat.. tp nk jugak komen...

welkam ab Limi. tima kasih sudi menjenguk sini

KK tak gibab... cuma rasa dah tak sesuai lagi nak berubat ngan orang. memang betul tu ubatnya dalam diri sniri. KK pun usaha jaga diri sniri je walaupun banyak gangguan yang dah hilang tu mula datang balik.

Last berubat aritu KK ter-jumpa sorang perawat senior kat DS. dia tekejut bila KK ngamuk masa ruqyah... sebab memula datang tu elok je borak cam takde pape. dia galakkan KK datang lagi... sebab katanya jenis KK ni baca sniri tak lut. ye memang pun. somehow KK cam tak caye plak ngan doa2 ruqyah tu sume sebab KK baca tak rasa pape pun.

Cuma skang ni KK usahakan baca surah Baqarah setiap hari. kalau dapat, cuba habiskan dalam 2 rakaat tahajud. tengah solat mesti rasa nak muntah. tu je la yang bleh nyakitkan 'dia' setakat ni.

dan KK cuba terima kenyataan yang KK kena hidup ngan benda ni... benda ni bukan ketuat yang bleh baik lepas dikorek. mungkin ni jalan hidup yang Allah tulis ntuk KK. means, tak perlu la KK nak berabis duit dan tenaga gi cari perawat sana-sini. pepandai la jaga diri sniri.

tima kasih ab Limi kasi semangat. hendaknya ab Limi n family terpelihara daripada sume ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.120449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list