CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
 Author| Post time 14-12-2015 08:32 PM | Show all posts
canadensis replied at 14-12-2015 08:20 PM
oh, ye ke? Innallillah wainna ilaihi rajiun

siapa Ulama tu?

ops, tarikat ni bukan dah banned ke?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 12:03 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 14-12-2015 08:32 PM
ops, tarikat ni bukan dah banned ke?



aik, insyaallah, dah belajar ilmu agama, pasti boleh kenalpasti mana yg betul mana yg salah..

Yg kena ban tu naqshabandiah Haqqani .

Tn Guru Jahid Sidiq ni Prof Madya dlm bidang Usulludin lagi  , takkan dia tak dapat nak bezakan ajaran sesat dgn yg mukhtabar.
Tn Guru bawa Naqshabandiah kholidiah.

Saya pun naqshabandiah Kholidiah, tapi saya baiah dgn Mursyid lain....kampungan je.


Sekarang, di Malaysia, dah ada pemantauan Tarikat2.

Yg aktif dgn pemantauan ni terutamanya jabatan Mufti Negeri 9  ( Negeri 9 kuat Tarikat Ahmadiah Idrisiah ( jangan keliru dgn Ahmadiah Qadiani pulak..ajaran sesat tu )



p/s : tentang Naqshabandiah Haqqani..kalau rasa kurang yakin..kita stand aside sjalah.
Bukan apa, info yg memburuk2 kan pun belum tentu betul.
Allahyarham Syekh Nazim Haqqani sendiri, amalan dia Masyaallah...tak terlawan ulama ulama yg ada jadi..tuduhan2 tu..kita dengar sjalah..bagi saya, saya tak percaya pun sebab saya kenal ramai anak2 murid Syekh Nazim
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:05 AM | Show all posts
Insyaallah, dengan adanya pemantauan oleh pihak2 yg arif dgn Tarikat sendiri...kita akan lebih selamat dan mudah nak kenalpasti yg mana tarikat yg muktabar & yg mana sesat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 02:20 AM From the mobile phone | Show all posts
cilok replied at 14-12-2015 02:53 AM
abis dh baca...
berkuntum duk sni baca pengalaman tt
aku rs tt nie comel molek org nya...tambahan  ...

yele..selalu org comel2 kena dugaan macam ni

sabar jelah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 04:05 AM | Show all posts
canadensis replied at 15-12-2015 12:03 AM
aik, insyaallah, dah belajar ilmu agama, pasti boleh kenalpasti mana yg betul mana yg  ...

Ilmu Allah kan luas. Dah belajar satu part belum tentu tau semua benda. Saya memang xtau tentang tarikat kat msia dan tak penah nak ambik tau pun. Ingatkan memang takde yang betul. Huhu... Rupanya ada Haqqani dan Kholidi ye.

thanks 4 shring info

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 04:07 AM | Show all posts
sofiazara replied at 15-12-2015 02:20 AM
yele..selalu org comel2 kena dugaan macam ni

sabar jelah

Kalau camtu ko kene berhati2.... dia tengah ngintip kecomelan kau
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2015 09:57 AM | Show all posts
Banyak aku belajar dari cerita KK. Walaupun (InsyaAllah) aku tak de apa2 gangguan. Dari semangat KK tu buat aku rasa yang masalah aku ni besar kuman je. Orang yang selalu beramal macam KK pun diuji.. apa lagi aku yang sibuk dengan urusan dunia ni. aku doakan KK bahagia dunia dan akhirat.

Nak tau sangat.. macam mane boleh mula-mula terjebak dengan P***?.. Sebab aku ada 2 orang anak perempuan. Mungkin boleh buat pedoman kat aku tuk besarkan anak perempuan ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 10:55 AM | Show all posts
fulusss replied at 15-12-2015 09:57 AM
Banyak aku belajar dari cerita KK. Walaupun (InsyaAllah) aku tak de apa2 gangguan. Dari semangat KK  ...

Alhamdulillah.

Jaga la environment anak2 ko membesar dan doa banyak2 minta Allah pelihara diorang. Sebab kengkadang kita dah jaga habis baik pun, anak2 still terdedah dengan kengkawan dia dan persekitaran luar.

Citer detail aku ade letak kat post depan2. Kalau rajin ko selak la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 11:53 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 15-12-2015 10:55 AM
Alhamdulillah.

Jaga la environment anak2 ko membesar dan doa banyak2 minta Allah pelihara di ...

terima kasih KK..


Memang aku ikut pada mula cerita KK ni.. ke aku yang tak faham.. tak silap KK ada sebut pasal makcik ke apa ntah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:34 PM | Show all posts
Semoga ko sembuh seperti sediakala kk,
Aku rasa sebab ko gila pop corn tu pun sebab jin tu kan...

tak pe la, jangan berhenti mohon pada Allah, harap ko bertemu jodoh cepat2...amin..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 12:58 PM | Show all posts
Salam. Saya baru je kenal dunia forum.

Saya sama macam KK. Macam banyak sama. Introvert. Saya x suka ramai org. Meluat. Saya selalu rasa saya ni xde gangguan. To kekadang mcm ada. Pernah berubat. Tapi still sama. Ingat nak pergi DS. Tapi entahla.

Bila baca kisah KK. Rasa macam 'ada jugak orang macam aku".

Apapun aira doakan KK tabah. Moga segalanya dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 01:07 PM | Show all posts
Salam KK,

Seronok baca pengalaman KK. Pandai olah plot menjadikan cerita KK menarik untuk dibaca sehingga habis.

Aku just nak share, sebab selama ni pon tatau nak share dengan sapa. Kadang2 akurisau orang lain salah anggap dan maybe tak semua yang percaya atau malas nak percaya benda-benda macam ni. Jadi, tindakan paling bagus adalah simpan sorang-sorang sudehhh........

Walaupun aku dah menyedari benda ni bertahun tahun lepas, yer lah.. mengenangkan keturunan tok nenek aku pon adalah berdarah pahlawan Kalimantan yang akhirnya menetap di Perak, berkahwin pulak dengan nenek aku yang beribukan seorang bidan, di zaman kala dahulu, what do you expect?. 'Menyedari' yang aku maksudkan kat sini adalah 'aku memang dapat merasakan bahawa ada sesuatu dengan aku walaupun bukan secara jelas dan tiada apa2 kejadian atau insiden untuk membuktikannya tetapi naluri kecil aku selalu kata bahawa aku tak berseorangan'. Tapi, aku dapat rasa seolah2 benda ni protect aku.. bila aku marah dan kecewa dgn sesapa, maka benda ni akan bertindak bagi pihak aku. ada beberapa insiden yg berlaku pada org lain, yg aku dapat rasa kerana aku betul2 marah dan sakit hati atau kecewa dengan individu tersebut. Tapi tak perlulah elaborate yang ni sebab aku pon tatau entah2 mainan syaitan semua ni. Dahmemang kebetulan nasib tidak menyebelahi individu itu kan nak buat camana, bukan ada kena mengena dengan aku, nanti jatuh syirik pulak.

Walaupun begitu, aku tak penah pikir serius pon pasal ni, sehinggalah tahun lepas ketika menemani seseorang menjalani rawatan Islam dengan seorang pakcik tua yang nampak warak dan rajin beribadat (masa sampai rumah dia pon mmg dia asyik solat sunat so aku anggap dia warak la tak macam aku hahahha). Bila seseorang yg aku temankan tu selesai, pakcik tu pandang aku dan terus cakap 'yang ni payah sikit, dia ada pendamping'. Yang peliknya, aku tak terkejut langsung malah aku boleh senyum sambil dalam hati aku cakap 'Agak dah'.

Pakcik tu tulis nama aku dalam buku dia dalam bahasa jawi and dia buat pengiraan yang aku pon tak paham apa dia tapi dia tambah tambah angka lah. Lepas tu dia sebut mengenai latar belakang aku, tok nek sebelah mak aku bidan - betul, asal belah2 perak - betul, ada seorang adik mak aku yang pandai mengubat tapi dia tak amalkan - memang aku tataulah sebab sah sah pakcik tu kata dia tak amalkan, mak aku pandai mengaji Quran masuk tilawah - betul. Ada beberapa lagi soalan yang menyebabkan aku agak terkejut jugak lah. uikss,, terer pakcik ni, tapi aku tak boleh recall dah apa benda2 yang Pakcik tu sebut pasal salasilah keturunan aku ni.

Tapi, aku akui memang ada beberapa kelebihan pada arwah Tok Nek aku yang menjadi bidan ni (Tok Nek ialah panggilan kepada nenek mak aku) umurnya panjang juga sampai dia bongkok 3 masih boleh jalan2 kawasan rumah dia dengan bantuan tongkat buluh. Mak aku penah cerita, masa dulu2 Tok Nek aku tada di rumah pegi membidankan org nak bersalin di kampung lain. So ada pencuri masuk rumah dia dan bila nak kluar dr rumah cuma nampak laut di serata alam sampai tak boleh nak pegi mana-mana sehinggalah Tok Nek aku balik rumah semula. Ada lagi bebrapa kejadian tapi aku lupa lah, kena tanya adik aku.

Rumah Tok Nek aku besar dan kukuh (rumah melayu lama dan tingkap belah kayu yang berukir cantik) tetapi memang agak menyeramkan sebab rumah tak pernah dicat, hanya warna asal kayu yang telah pudar. Ada 2-3 bilik yang bersih dihampar tikar mengkuang dan gerobok kecil. Aku still ingat ada satu bilik yang ada simpan sebuah peti besi.. tapi aku tak penah tanya apatah lagi bukak peti tu, Yang aku tau main lari2 jer lahh..

Masa kecik2 dulu, kalau aku balik Perak, aku mesti lari pegi umah Tok nek aku (sebelah rumah tok jer) and dia akan suruh aku pg kedai belikan rokok Dunhill (hahahah isap rokok tau jgn memain) and dia akan bagi upah sehelai Kain Batik. Bukan sekali, tapi banyak kali kot aku dapat hadiah kain batik sampai Maksu (adik bongsu mak aku yang tinggal dengan atok aku) aku jeles la, asyik aku jerrrr yg dapat hadiah. Tapi zaman berlalu, bila aku dah makin besar aku dah jarang balik kampung and masa dia meninggal pon aku di Asrama so aku tak dapat balik kampung masa tu.

Okay, berbalik cerita Pakcik tadi, lepas dia interbiu aku dia ada cakap 'amik masa panjang kalau nak ubatkan' aku sebab benda ni dah lama dan kuat. aku senyap jelah nak kata apa kan.Tapi, aku ada buat rawatan terus masa tu sekali and aku tak penah pegi dah. Adakah ada sesuatu yang menghalang aku pegi? haa tu aku tataulah.

Kalau ikut experiences hidup KK, ada jugak sedikit sebanyak yang berkait dengan perjalanan hidup aku jugak cuma maybe kurang mencabar dari pengalaman TT.

Actually aku pon tatau perlu aku share pasal aku ni tapi sebab aku dah type panjang2 ni aku post jer lah!
   

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 14-12-2015 08:07 PM
Kalau camtu ko kene berhati2.... dia tengah ngintip kecomelan kau

wakakakakaaa

takpela kelipkertas...

weh..sekarang ni apa nasihat ko utk org2 yg ada gangguan dan dampingan ni

sbb kadang2 mmg jenis susah dpt jodoh. sian plak.

apa rutin harian yg ko buat(selaku hafizah dan org yg mengenal agama). how do you look at things?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 01:31 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 15-12-2015 04:05 AM
Ilmu Allah kan luas. Dah belajar satu part belum tentu tau semua benda. Saya memang xtau tentang t ...



Maaflah KK, saya asyik duk promosi Tarikat pulak, nanti boring org ..hihi..sory..last...nanti saya tak sebut dah!

Serampang 2 mata lah KK..

KK kan dekat dgn rawang,..cuba je call Dr Jahid sidiq..mcm saya katalah, dia Prof madya Islamic study..Insyaallah, setakat nak bezakan yg sesat tu kita2 pun boleh.

Cth...Misalnya dlm Naqshabandiah..Yg selalu org pertikai sesat..

1. Memandang Rabitah...Sebab depa takrifkan..bila berzikir ..kena Ingat Guru.
Sedangkan takrifan tu, bukan begitu..
Memandang Rabitah tu, spt dalam solat Jamaah..kita "mengikut Imam"..bukan kita "menyembah Imam"

Kita hanya "Ingat" guru.. sebagai org yg mengajar kita & mengijazahkan kita amalan zikrullah

Lepas tu,..Zikrullah...hanya ingat Allah sja lah..


2. Salah faham..mengharamkan daging (benda berdarah)
Pada hal..dalam tempoh amalan bersuluk je (selalunya dlm 10 hari je)
Guna bagi membantu kita dlm amalan zikrullah
tak makan daging sekajap (10 hari) bukan bermakna mengharamkan yg halal..

Gitulah lebih kurangnya maksud saya..bagaimana kita guna "neraca" ilmu..kita timbang mana yg benar dan salah..


Kalau nak berubat dgn Dr jahid pun boleh

Tapi, saya syorkan..tak payah berubatlah dgn Dr jahid..baiah Tarikat je..& automatik gangguan2 ni akan hilang drp KK..Insyaallah..

O.K KK...ini posting last drp saya Insyaallah

Maassalamah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 03:01 PM | Show all posts
Saja nak kongsi buku Dialog Bersama Jin Muslim. Tapi dalam bahasa indonesia. Sangat berguna utk tau lebih lanjut tentang jin ni.

Dialog Dengan Jin Muslim
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 03:28 PM | Show all posts
Abis jugak aku bace..
Kepada tuan tanah KK.. all the best.. Allah takkan menguji hambanye melebihi daripada ape yang dia mampu tangani

Biasanye org yang hebat2 ni dugaan dia mmg hebat gak..
Org2 bengong2 mcm aku ni paling teruk pun dia tak kasik/ malaskan bab ibadah aje..

Selain dari mintak tolong Allah, mintak gak ahh Allah kurniakan jodoh yang baik2..
Aku rase benda2 ni kalau ko dah kawin dia tawar sikit kot..
At least itu yang jadik kat makcik aku.. masa dia tak kawin macam2 dia kena.. nampak antu la.. benda bergayut depan rumah lah.. benda busuk dlm rumah lah, etc.. berubat dah mcm2.. last2 kawin.. Alhamdulillah dah takde.

All the best tuan tanah... kipidap.. dongibap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2015 04:30 PM | Show all posts
Kelipkertas replied at 9-12-2015 06:18 AM
Kalini aku nak citer pasal stres. sume orang ada stres. tapi jenis yang komputer ada virus cam aku n ...

sekali baca pasal ayah tt ni, macam tersama lak ngan abah aku. cepat melenting, kuat membebel, bila bercakap menyakitkan hati sampai mak aku selalu je berjuraian air mata, pastu bangga sangat dengan darah bugis dia yang panas baran tu. selalunye bila dia bagi ceramah kat orang di atas kesilapan yng telah dilakukan, dia akan lupa. and nanti dia buat salah plak kitorang akan remind dia nasihat yang dia bagi tu. then, dia akan cakap, "Habis, ko nak balas dendam ngan aku la??" hu~ nampak tak permainan dia... bagi dia, cakap dia je yg betul. cakap orang lain takleh pakai.

dedulu masa aku muda remaja, aku selalu bangkang pe yg dia cakap. even mak aku dah bagi signal jangan lawan cakap dia, nanti jadi lagi teruk. tapi darah bugis pun mengalir dalam badan aku jugak kan. mana boleh kalah... tapi last2 aku yg berjuraian air mata. walaupun aku berdarah bugis, tapi dalam hati ada taman. aku mmg kalah kalo lawan mulut ni.

sekarang ni abah aku masih tak berubah even dia makin rajin join geng tabligh ke sana sini. mak aku pun cakap cam makin teruk je peel nya. bila cakap makin menyakitkan hati. hu~ tapi aku boo layan jek. lagi2 pas kawen ni aku dah dok umah lain. merdeka la sket. tapi kesian kat orang yg tinggal kat umah tu. ada satu kali, bapak aku berceramah dalam rumah (bapak aku dia fefeling tabligh. kat memane and sesape pun dia nak ceramah). dlm percakapannya tu ada yg betul and ada yg tak betul. bila ditegur, melenting. last2 aku cakap, " abah pergi tabligh tu, belajar berkomunikasi ngan Tuhan je ke? tak belajar camne nak berkomunikasi ngan manusia?" hu~ time ni aku dah tadah muka je. andai ditakdirkan kena penampar, aku redha je.. mujur takde pape. fuh!

sori tt. mencuri ruang kat thread ko ni. kesimpulannya, aku tak rasa perangai bapak aku tu sbb jin ke pe. tapi sbb orangnya mmg degil. sama lah cam aku.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 04:43 PM | Show all posts
uik?? dah abis ke kelip? cerita awak yang dikosngsikan ni ada sedikit persamaan dengan saya. mungkinkah ianya satu kebetulan? wallahu'alam.. apa2 pun saya doakan semoga awak cepat sembuh, kuatkan semangat dan agar dipertemukan oleh Allah Taala jodoh yang baik untuk kelip. semoga Allah merahmati kelip.. smile always..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 05:06 PM | Show all posts
fuhhh abis jugak merempit ...mmg best bagi aku sebagai pembaca...tapi bagi TT sebagai yg menanggung...tak dapat nak digambarkan ...

harap kk terus berusaha menyingkirkan dia dari hidup kk...
yakinlah pada Allah.. sesungguhnya kita sebaik2 mahluk
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq share story. Setelah SR dari awal sehingga akhir cerita,

Banyak nak cakap, tp rasanya semua tt dah faham dan tahu. Tp utk sokongan. Kekuatan sebenar  adalah dari dalam diri sendiri. Hanya Allah yg berhak ke atas roh dan jasad kita. Jadi bergantung dan berlindung hanya KepadaNya.

Itu lah tujuan mereka utk menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat dalam bentuk dan cara apa sekalipun. Ingat. Dalam apa cara sekalipun. Jahil kita. Lemah kita. Dungu kita. Bila  kembali sahaja kepada Allah, Allah bersama kita.
Teruskan setiap amalan. Lihat dia sebgai habuk halus. Ditiup terus terbang. Ujian Allah itu berpadanan dengan kemampuan hambaNya. Semoga beroleh kesembuhan dan sejahtera dunia akhirat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-7-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.287429 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list