CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 59540|Reply: 146

[Tempatan] Ada pramugari dan pramugara terpaksa berkongsi bilik, termasuk ‘tidur’ bersama juruterbang..Video klip “Darkside Pramugari” cemarkan imej kru kabin – NUFAM.Akan buat laporan pulis

[Copy link]
Post time 13-7-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 13-7-2024 10:41 PM

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Penerbangan Malaysia (NUFAM) memandang serius pendedahan seorang wanita menerusi satu video klip YouTube berjudul “Darkside Pramugari” yang memberi satu gambaran negatif terhadap kerjaya seorang pramugari tanpa sebarang bukti kukuh.




Sekretariat NUFAM berkata, ia kerana, kenyataan wanita tersebut telah memberi kesan negatif kepada pekerja kru kabin serta menguris perasaan mereka secara menyeluruh.

“Sama ada wanita itu adalah seorang bekas pramugari atau tidak, ia tidak boleh dipastikan kerana wajahnya telah sengaja dikaburkan di dalam klip tersebut.

“Benar atau tidak cerita dia, namun kenyataan dan gambaran yang diberikan oleh wanita tersebut telah memberi impak negatif terhadap golongan pekerja kru kabin wanita dan industri penerbangan negara kita,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Lantaran itu, NUFAM akan membuat laporan polis terhadap penerbit dan juga pihak yang terbabit dalam produksi video tersebut, selain mengambil tindakan sivil terhadap mereka.

Rakaman video itu memaparkan seorang wanita bernama Kathy yang berasal dari Banting, Selangor dan bekerja sebagai seorang pramugari sejak tiga tahun lalu.

Wanita itu mendakwa, kerjaya seorang pramugari menyeronokkan kerana itu impiannya tetapi paling ditakuti kerana berdepan dengan gangguan seksual.

Tambahnya, seorang pramugari dilihat sebagai ‘objek’ seksual menyebabkan mereka selalu berhati-hati apabila berdepan dengan penumpang yang tidak bertamdun.

Dalam rakaman itu, dia berkata, keseronokan seorang pramugari apabila berpeluang bertugas ke luar negara.

Namun, dedahnya, apabila berada di sana, ada pramugari dan pramugara terpaksa berkongsi bilik, termasuk ‘tidur’ bersama juruterbang dan perkara itu dinormalisasikan oleh petugas-petugas penerbangan.

Mengulas lanjut, NUFAM menyifatkan video klip berkenaan sebagai ‘buli siber’ kerana terbukti mencemarkan integriti, maruah dan imej pramugari.

Ia terbukti apabila video ini telah mendapat kecaman oleh ramai pihak terutama mereka yang bekerja dalam industri penerbangan. – MalaysiaGazette

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2024 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Open secret


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 10:43 PM | Show all posts
Airlines mana ni..kalau MAS setiap crew n technical crew dorang dapat bilik sorang satu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau satu bilik dengan pilot Gazze, sanggup jer.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts

Macam tembun je ex stewardess dalam pic yg diblur tu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
sebilik kalau xbuat pape ok je kn
tp sebilik bahaya..serumah ok sikit..pape je la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2024 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu x de angin x kan pokok bergoyang
Bende smua org da tau nk nafi mende
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Well, NUFAM nafikan lah.
Baru boleh amik tindakan undang-undang.
Tak nafi pun.
Tetibe nak amik tindakan undang-undang.

Benda ni open secret lah.

Kalau perasan dalam podcast sorang bekas cabin crew terpaling senior crew terpaling senior artis tu, ramai dah ex crew yg penah indirectly mentioned pasal benda ni lah.
Ada yg he ol air kan.
Ada yg he ol censored kan.

Takyah beria NUFAM.

Baik kau fight untuk cabin crew punya basic salary increament ke, allowance ke, uniform ke, roster ke, or yg paling parah perangai senior crew yg macam hanat suka taruh junior sampai juniors malu besar dpn pax, or worse ada yg kena anxiety.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2024 11:44 PM | Show all posts
konten murahan apa ni?

ni skandal boleh berlaku dimana-mana bukan pramugari sahaja. mcmlah rahsia sgt. 90an dah keluar 'pramugara terlampau'. tu belum pengakuan dmedia sosial.. tak ada luarbiasanya pendedahan ini...  

perkara ni boleh elak klu seorang tu tak nak... boleh kata tidak.  .. dan tidak semua terlibat, yg terlibat ada tp bila kena hightlight jd lah gempak

rupanya dlm video tu ada bahagian iklan wajib tengok dr penaja, ni mesti nak duit maka juallah konten sex murahan... konten paling ramai peminat dimalaysia, cerita secara umum pramugari terlibat sex bebas pun dah gempak padahal ianya berlaku dimana-mana
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
benda dari dulu berlaku
jgn tipulah benda ni tak pernah terjadi
pebenda skrg baru nak amik tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
apabila dah takeoff  segalanya berubah di awan awangan  . sampailah last landing nak balik umah baru kembali ke realiti.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2024 11:50 PM | Show all posts
tupaiterbang replied at 13-7-2024 11:12 PM
Macam tembun je ex stewardess dalam pic yg diblur tu

tu yg buat aku fikir mungkin konteng nak view

nampak sedang duduk tu pun kelihatan tak tinggi sangat ... tp itulah duduk, barangkali sebab tembun tu yg sebbkn dia nampak pendek. ..

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiba2 teringat video paramugara terlampau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 07:49 AM | Show all posts
shida81 replied at 13-7-2024 11:28 PM
Klu x de angin x kan pokok bergoyang
Bende smua org da tau nk nafi mende

kalo nak kata berskandal tu dalam mana2 kerjaya pown boleh.. not only airline industry..


tp yg die nak kata pramugari dan pramugara terpaksa berkongsi bilik tu maksud die airlines x mampu bayar bilik hotel untuk crew ke ape? kalo itulah maksudnya, mmg bohongla, sbb yg aku taw tiap airline kat malaysia ni mmg tiap crew dapat 1 bilik seorang.. even crew same jantina pown x kongsi bilik, melainkan kalo dorg sendiri yg nak kongsi sbb takut hantu ke aper..


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kecoh la presiden ni. Bnd ni open secret lah. Tp x semua anak kapal terlibat. Cuma segelintir atau yg mencari je lah.

Mcm ni lah kalo ada sorang Dua cina yg makan babi, x kan ko nak kata semua org Cina makan babi? Presiden pun bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Semua pekerjaan ada je skandal..tapi klau wat survey tanya org dlm industri confirm2 keje airlines ranking no 1
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2024 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak abam @kelana66 memberi sepatah 2 kata
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 13-7-2024 11:35 PM
Well, NUFAM nafikan lah.
Baru boleh amik tindakan undang-undang.
Tak nafi pun.

Hahaha betul baik fight utk salary..dlm cabin crew sapa nak markah lebih kena la ehem2 dgn captain..markah smua ditangan captain..dri zman dulu kala lgi jah benda ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
harap zarul plak kupas isu ni dlm podcast dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2024 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahsia yg semua orang tau kot...
Healthcare, doktor dengan ....
Aviation, pilot dgn ...

Takkanlah NUFAM ni naive sangat.. sesuci embun pagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-8-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.074914 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list