CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10475|Reply: 92

Peka Sikit Boleh Tak Ketika Di Stesen Minyak? Jangan Sampai Menyusahkan Orang..

[Copy link]
Post time 20-10-2015 04:36 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO




Walaupun, terdapat papan penyata di semua stesen minyak yang memberi peringatan kepada semua pemandu adalah diwajibkan mematikan enjin dan dilarang menggunakan telefon bimbit bagi mengelakan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.




Tetapi pastinya ada juga sebilangan orang yang tidak mengikut peraturan, bukan sahaja tidak mematikan enjin kereta, malah ada pula yang menggunakan telefon bimbit samada di dalam kereta atau pun di luar kereta iaitu sektar kawasan stesen minyak petrol, akibatnya adalah seperti apa yang terjadi dalam video berikut.












FAKTA PENTING PAPARAN VIDEO TERBABIT :
1) Kereta Ciptaan Perancis berjenama Citroen
2) Tidak mematikan enjin ketika isi minyak petrol
3) Budak berbaju merah masuk kereta ketika itu
4) Pemandu ambil banyak kertas tisu untuk lap muka
5) Ketika budak menutup pintu di tempat duduk belakang sebelah kiri, bahagian isi minyak petrol pada kereta terbakar.
6) Budak dan perempuan yang berada dalam kereta segera keluar melarikan diri dari kereta
7) Ada orang ambil sebuah baldi yang penuh dengan air untuk memadam api ( Ini adalah tindakan yang salah )
8) Tuan punya kereta di belakang segera memandu keluar keretanya
9) Kakitangan stesen tersebut pantas memadam api dengan menggunakan tangki pemadam api yang terletak di tempat isi minyak petrol
10) Api berjaya dipadamkan.




Perhatian ! Ketika api terbakar, orang ramai biasanya akan serta-merta terfikir menggunakan air untuk memadam api, akan tetapi ada sesetengah kebakaran adalah tidak boleh gunakan air untuk memadam.




Sekiranya kadar ketumpatan bahan cecair mudah bakar itu lebih kecil daripada air ( antaranya minyak petrol) , jadi tidak patut menggunakan air, kerana bahan cecair mudah bakar itu akan terapung atas permukaan air dan terus membakar.





sumber foto : internet





Apabila paparan video tersebut dikongsikan dalam laman Facebook, ada orang mendakwa " orang yang berada di dalam kereta sedang main telefon bimbitnya" , namun disebabkan keadaan dalam kereta tidak dapat dilihat dengan jelas melalui paparan video tersebut, maka tidak dapat mengesahkan sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut.




Mungkin sebelum ini anda pernah mengisi petrol tanpa matikan enjin, atau pun mungkin selama ini anda sering menggunakan telefon bimbit ketika di stesen minyak dan tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, namun demikian ini tidak bermakna perbuatan anda adalah selamat dan diizinkan.




Bagi meminimumkan peratusan bahaya ke tahap yang paling rendah, mohon jasa baik semua pemandu yang bertanggungjawab demi keselamatan diri dan orang lain, adalah diwajibkan mematikan enjin dan dilarang sama sekali menggunakan telefon bimbit.



sumber foto : internet



PERKARA YANG DILARANG LAKUKAN KETIKA DI STESEN MINYAK PETROL :
1) Tidak mematikan enjin ketika isi minyak petrol
2) Kerta tidak boleh salah isi minyak petrol
3) Mneggunakan telefon bimbit ketika berada di stesen minyak petrol
4) Merokok di kawasan stesen minyak petrol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 04:48 PM | Show all posts
semalam ade sorang laki tu selamber aje isap rokok sambil tunggu giliran nak isi petrol...rasa nak langgar aje kereta die...
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:49 PM | Show all posts
Biasa la orang kita..

dah kena baru nak menyesal
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:51 PM | Show all posts
pulau ppl. nothing new.


and the pulau ness of it all.


bapak dia lari kan?

anak lari keluar sendiri.

Org lain tolong padam api.

BAPAK dia lari.


haramjadah punya bapak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:53 PM | Show all posts
dah banyak kes kes kebakaran di stesyen minyak  berlaku diatas kelalain manusia....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 04:57 PM | Show all posts
Entah mana videonya tak keluar pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2015 05:05 PM | Show all posts
Ini lah tanda akhir zaman......
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:11 PM | Show all posts
segala kerosakan akibat kebakaran perlu ditanggung oleh pencetus kebakaran. blame it on him.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 05:35 PM | Show all posts
amek bnda tu remeh memey ar
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:42 PM | Show all posts
Patut bagi meletop sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa maksud no.2....kereta tidak boleh salah isi minyak petrol?
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sentiasa ada yg berdegil
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:53 PM | Show all posts
noor2 replied at 20-10-2015 05:44 PM
Apa maksud no.2....kereta tidak boleh salah isi minyak petrol?

mksdnye jgn la kereta petrol
pergi isi diesel


Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 20-10-2015 05:53 PM
mksdnye jgn la kereta petrol
pergi isi diesel

Oo..ok tq...ingat kut tertukar 95 ke 97 ker....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:57 PM | Show all posts
lg 1 yg menyakitkan hati
umat yg terkemut2 isi minyak
terhegeh2 g membayar
tu jam la bru nk crk wallet, crk kad, crk duet bagai
pastu time isi minyak boleh lak g toilet la
g membeli belah la kt dlm tu
ape jadah wei
ngat org len yg menunggu kt blkng tu ape
tunggul kayu ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Boleh tak nak komplen jugak pasal kes lain kt stesenminyak ni..tgh peak hour cam blik raya ke stesen minyak kan full..boleh tak cepat2 skit  isi minyak n gerak..klu ada family yg nk gi toilet tu korg geraklah parking jauh skit..ini tak..pulun gak ler tunggu kt situ..kereta dah beratur2 kt blkg nk isi minyak...bila org hon suh ke depan marah org pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2015 05:58 PM | Show all posts
byk org buat bende ni. kalau tak mati enjin tu rasanya ok lagi, tapi bile tgk org duk isap rokok & begayut fon sambil isi minyak, takut gak den
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 06:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kt petron area rumah aku selalu nmpk org dtg isi minyak bukak tingkap tangan turun naik hisap rokok..
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 06:06 PM | Show all posts
noor2 replied at 20-10-2015 05:55 PM
Oo..ok tq...ingat kut tertukar 95 ke 97 ker....

yg mcm tu xde hal
pnh ternmpk ade satu org ni naik kancil g isi diesel
pastu g tegur dea baru dea pasan katanye
pastu mengamuk2 salahkan pam minyak tu
padahal sendiri yg isi
tah pape

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2015 06:08 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 20-10-2015 05:58 PM
Boleh tak nak komplen jugak pasal kes lain kt stesenminyak ni..tgh peak hour cam blik raya ke stesen ...

setuju sgt2
mcm gayat je terhegeh2 je sume
isi la dlu bru g toilet ke
or tgh isi tu turun la g toilet
pastu da siap berambus la paking kt tepi2 tu ke
ni x gigih duduk kt situ lame2
btl2 sakai

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.555714 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list