CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11780|Reply: 121

[Tempatan] Awas! Gaji awal sempena raya boleh bawa bencana

[Copy link]
Post time 30-6-2015 07:07 AM | Show all posts |Read mode
Awas! Gaji awal sempena raya boleh bawa bencana
Penjawat awam yang sudahpun menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu dijadualkan menerima gaji bulan depan seawal 9 Julai manakala gaji berikutnya pula akan dibayar 46 hari kemudian iaitu pada 25 Ogos.



[size=100%]KUALA LUMPUR, 29 Jun:
Menunggu selama 46 hari untuk menerima gaji Ogos berikutan pembayaran awal gaji pada bulan Julai bagi membolehkan penjawat awam membuat persiapan musim perayaan boleh mengundang ‘bencana kewangan’ jika mereka terlalu ghairah berbelanja untuk menyambut Aidilfitri.

Penjawat awam yang menerima gaji dan bonus RM500 pada 25 Jun lalu, dijadualkan menerima gaji awal untuk Julai iaitu pada 9 haribulan, manakala gaji berikutnya pula akan dibayar pada 25 Ogos.

Seorang perunding kewangan dari Great Eastern Takaful Ahmad Humaizi Mat Noor berkata penjawat awam perlu bijak berbelanja semasa Hari Raya.

Mereka perlu menetapkan dalam minda masing-masing bahawa gaji yang dibayar pada 9 Julai itu seharusnya untuk digunakan bagi perbelanjaan bulan Ogos.

“Harus diberi perhatian serius kerana kehidupan anda bergantung kepada gaji tersebut selama 46 hari sebelum akaun kembali terisi dengan gaji bulan berikutnya,” katanya dipetik daripada laporan agensi berita Bernama.

Ahmad Humaizi turut mengemukakan beberapa saranan kepada penjawat awam dalam merancang perbelanjaan.

Katanya, bajet untuk keperluan Aidilfitri, yang dijangka disambut pada 17 Julai, harus dibuat berdasarkan gaji yang diterima pada 25 Jun sekali bersama bonus RM500 yang diberikan kerajaan.

Pendapatan yang diterima pada 9 Julai nanti tidak wajar “diusik”, katanya.

Katanya lagi, penjawat awam juga sewajarnya terus membuat semua bayaran perbelanjaan rutin bulanan bagi Ogos seperti biasa merangkumi ansuran rumah, kereta, yuran taska anak, kad kredit dan bil-bil utiliti kerana realitinya gaji yang diterima pada 9 Julai itu sebenarnya adalah untuk bulan Ogos.

Satu lagi saranan beliau ialah sekiranya seseorang itu tidak dapat menahan nafsu melihat baki simpanan dalam bank berlebihan daripada biasa, sebaiknya wang itu dipindahkan ke akaun lain yang tidak mempunyai kad ATM seperti Tabung Haji atau Amanah Simpanan Bumiputera (ASB).

“Apabila cukup kitaran gaji seperti biasa, bolehlah anda mengeluarkan wang ini seperti biasa untuk kegunaan pada bulan Ogos,” katanya.

Ahmad Humaizi turut menyarankan orang ramai mengelak daripada mengunjungi pasaraya pada saat-saat akhir bagi mengelak fenomena membeli barangan yang tidak diperlukan kerana rasa teruja dan kegembiraan untuk beraya seringkali mengatasi logik kebiasaan.

“Walaupun raya setahun sekali, takkan kerana Syawal kita bakal merana dari segi kewangan pada bulan-bulan seterusnya. Biarlah bersederhana,” katanya.
Sementara itu, penjawat awam Siti Hanom Hamdan, 34, berkata beliau akan mengasingkan terlebih dahulu semua komitmen bulanan seperti sewa rumah, perbelanjaan harian dan kiriman untuk ibunya sebaik sahaja menerima gaji pada Julai depan.

“Saya juga bercadang pindahkan sebahagian besar daripada gaji awal itu ke akaun lain,” kata Penolong Penerbit Rancangan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu.

Siti Nurfauzani Idrus, 33, yang berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) di Jabatan Imigresen Malaysia Sabah juga merancang memindahkan wang gaji berkenaan ke akaun ASB, jika perlu.



Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/29/awas-gaji-awal-sempena-raya-boleh-bawa-bencana/#ixzz3eUmQQXIt

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 07:24 AM | Show all posts
ramai penjaat akan muflis pada bulan september
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:31 AM | Show all posts
berbelanja ngan ikut nafsu.....ikut kemampuan.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:34 AM | Show all posts
jgn ler usik duit gaji 9hb tu... wat spare jer....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:37 AM | Show all posts
Ehh ada ku kesah...x cukup blh buat loan ...apadehal  ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:37 AM | Show all posts
mzz tak faham sebab apa perlu gaji awal
awal sungguh2 pula tu
ikut cycle biasa sudah lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 07:45 AM | Show all posts
yang xdpt lg pun abeh dahhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:47 AM | Show all posts
motif nak usik gj bln ogos... tak paham aku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2015 07:49 AM | Show all posts
berhati2 time belanja...yg penting settlekan semua hutang2 dulu...baru blnja sikit demi skit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pau duit raya ank lah gitu gaya nya ya huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Penuh la kaunter bank, abglong n kaklong nanti... msg2 nak mohon personal loan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:56 AM | Show all posts
Perlu ke bagi gaji awal?
Kenapa tak put it as festive advance sajer rm500 tu?
then balance salary pay as normal.

aku beraya dulu, gaji masuk ujung bulan...
makcik kaya ujung bulan
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:56 AM | Show all posts
kompeni iols siap bagi option samada nak advance 50% gaji bulan julai at mid of julai ...
iols pilih nope .... bio berhabis gaji bulan june ... janji hujung julai duit gaji masuk balik ngan jumlah yang cukup
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:59 AM | Show all posts
MissNigga replied at 30-6-2015 07:56 AM
kompeni iols siap bagi option samada nak advance 50% gaji bulan julai at mid of julai ...
iols pili ...

kan.... nak berbelanja raya bukan bergantung duit .. aku first buat bila dpt gj byr utang dulu kasi clear....  balance tu la nak menyopping pun
bkn mcm cite kaki pitnah kehulu kehilir canang org tak byr p1.... ingat org sengkek mcm die
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 07:59 AM | Show all posts
Tak suka gaji awal. sbb nak tunggu next gaji tu bercinta sungguh. walaupun iols rasa boleh kawal diri. cuma 9hb tu terus nak settlekan loan kereta n bayar cc. duit belanja sepanjang julai mmg guna gaji bulan jun.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:04 AM | Show all posts
dino replied at 30-6-2015 07:59 AM
kan.... nak berbelanja raya bukan bergantung duit .. aku first buat bila dpt gj byr utang dulu kas ...

haah ... clear suma hutang hutang tu suma dulu ... then berbelanja ler secara berhemat berdasarkan baki gaji yang tinggal...

ala.. mamat tu ... kalo sengkek jer ... baru gegeh nak mengutip cek o/behalf of mydin ke hulur ke hilir ... lepas tu pung pang pung pang kat porem ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2015 08:04 AM | Show all posts
korang yang keje gomen dapat 500 ke sebulan gaji?aku dengar aritu macam sebut ada yang dapat sebulan gaji.ke aku salah dengor?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:08 AM | Show all posts
MissNigga replied at 30-6-2015 08:04 AM
haah ... clear suma hutang hutang tu suma dulu ... then berbelanja ler secara berhemat berdasarkan ...

pastu berakhir makan kat foodcourt ja....
bkn nak hina aaa.... nanti Allah tarik rezeki kite baru tau.... tp nak kutuk psl sembang mcm org kaya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:08 AM | Show all posts
rakyat mesia ni ckp la ape pun.. sep ni bukan peduli. ujung2 pakat sengkek blake di bulan sept. sorg2 mula la makan catu2.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2015 08:11 AM | Show all posts
dino replied at 30-6-2015 08:08 AM
pastu berakhir makan kat foodcourt ja....
bkn nak hina aaa.... nanti Allah tarik rezeki kite b ...

dengar citer alamat umah pondan tua tu kat food court erk???

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 8582 Replies : 65
Kisah bini lembab
YgBenarKisah bini lembab
Views : 6410 Replies : 49
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 75914 Replies : 3129
Pemilik kereta singapurapura ambil kesempatan isi minyak RON95?.Netizen gesa subsidi petrol ditarik balik secepat mungkin.Wajar atau tidak?
YgBenarPemilik kereta singapurapura ambil kesem
Views : 3940 Replies : 47
Peniaga nasi lemak pening,pelanggan order nasi 50 bungkus tetapi lambat beritahu nak asing asing bahan
YgBenarPeniaga nasi lemak pening,pelanggan orde
Views : 10378 Replies : 10
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 250373 Replies : 6319
Antara pegangan Blackrock Israel dlm negara kita.Rakyat Malaysia berbelah bagi
YgBenarAntara pegangan Blackrock Israel dlm neg
Views : 10749 Replies : 37
Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
mojarean_XFahaman 'childfree' bertentangan
Views : 6811 Replies : 65
ZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS...
kruzamanZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS
Views : 1920 Replies : 0
Nedim nazri kat icu. Apa jadi?
KakashialNedim nazri kat icu. Apa jadi?
Views : 11781 Replies : 121

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.087847 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list