CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 13646|Reply: 34

(Edisi Komposer) Azman Abu Hassan Kemalangan, Patah Tulang Rusuk

[Copy link]
Post time 15-4-2015 01:40 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR, 15 APRIL 2015: Adik kepada komposer terkenal Datuk Adnan Abu Hassan iaitu Azman Abu Hassan yang juga komposer telah terlibat dalam kemalangan berhampiran pusat beli belah 1Utama, awal pagi semalam.

Menerusi laporan Harian Metro, Azman, 53, dikatakan telah patah tulang rusuk dan cedera di dagu akibat kemalangan itu.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 2 pagi, di mana pada waktu itu Azman sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Melawati, Hulu Klang selepas keluar makan bersama dua rakannya.

Datuk Adnan Abu Hasaan yang telah ditemui Harian Metro turut mengesahkan kejadian itu setelah dia dimaklumkan oleh ibu mereka, Siti Hajar.


Menurut Adnan, sebelum kejadian adiknya itu telah terbabit dalam rakaman lagu di studio miliknya di Desa Melawati sebelum keluar makan malam bersama rakannya yang juga penyanyi Johana Johari dan suaminya di Damansara. Selepas Azman menghantar mereka, dia pulang semula dan ketika berada di kawasan itu, sebuah lori di depannya berhenti secara mengejut.

Dalam masa sama, kenderaan lain dari belakang tidak sempat berhenti dan melanggar keretanya sehingga bahagian belakang keretanya remuk teruk. Rempuhan tersebut telah menyebabkan Azman pengsan sebelum dia dibawa orang ramai ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Dia yang kini dirawat di PPUM sudah sedarkan diri namun tidak dapat mengingati sepenuhnya kejadian itu. Turut melawat Azman di hospital berkenaan ialah rakan baiknya seperti komposer Johan Nawawi dan pemuzik Zul Mahat.

Sumber : Murai.com/Harian Metro

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 01:45 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 01:49 PM | Show all posts
sorry nak tanya
azman dan azlina dah divorce ke?
sbb tak dek pun sebut nama wife dia azlina
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 01:50 PM | Show all posts
dilaOHdila replied at 15-4-2015 01:49 PM
sorry nak tanya
azman dan azlina dah divorce ke?
sbb tak dek pun sebut nama wife dia azlina

yup dh divorce
tahun lepas rasenye
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 01:51 PM | Show all posts
cutebaby5907 replied at 15-4-2015 01:50 PM
yup dh divorce
tahun lepas rasenye

OH tq...
patut lah tak mention nama azlina

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 01:51 PM | Show all posts
cutebaby5907 replied at 15-4-2015 01:50 PM
yup dh divorce
tahun lepas rasenye

rasa mcm dah lama jugak cerai rasanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2015 01:53 PM | Show all posts
Edited by Syd at 15-4-2015 01:54 PM
dilaOHdila replied at 15-4-2015 01:49 PM
sorry nak tanya
azman dan azlina dah divorce ke?
sbb tak dek pun sebut nama wife dia azlina

Azlina Aziz Sudah Berpisah Dengan Suami
[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM

KUALA LUMPUR: Penyanyi era 80-an, Azlina Aziz, 48, enggan mengulas desas-desus yang mengatakan dia telah berpisah dengan suaminya, komposer Azman Abu Hassan.
Azlina yang merupakan anak kepada seniwati Normadiah dan Aziz Jaafar itu berkata, hal berkenaan amat peribadi dan dia tidak mahu untuk berkongsi dengan peminat.
Cukuplah saya katakan setakat ini kehidupan saya baik-baik sahaja. Tidak ada apa yang perlu diceritakan kepada masyarakat,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada Malam Legenda Perdana “Tiada Kata Secantik Bahasa” anjuran Persatuan Seniman di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Khamis.

Penyanyi yang popular dengan lagu Wajah Mu Di mana-Mana ini menjelaskan dia lebih selesa untuk berdiam diri daripada memberi ulasan mengenai hal yang berkaitan rumah tangga.

Ditanya adakah dia menafikan perkara itu, Azlina ringkas menjawab dia tidak menafikannya tetapi janganlah terus ditanya perkara tersebut.

Dia bagaimanapun agak terkejut dan bertanya bagaimana wartawan mengetahui perkara berkenaan.

"Saya tidak mahu perkara ini diperkatakan, biarlah saya simpan sahaja hal berkaitan rumah tangga sebagai sesuatu yang peribadi.

"Sempena bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi, lebih baik kita bercerita perkara yang baik-baik sahaja," pintanya.

Azlina dan Azman bernikah pada 25 April 1992 tetapi sepanjang berkahwin, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Berita perpisahannya dengan suami sudah kedengaran beberapa bulan lalu tetapi berjaya disembunyikan oleh artis tersebut


Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 02:07 PM | Show all posts
innalillah, semoga cepat sembuh.

iols tak sanggup tengok gambo2 kat sepital ni, apatah lagi kalau pesakit tak sedarkan diri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2015 03:08 PM | Show all posts
kesian tulang rusuk dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 03:12 PM | Show all posts
sgbuloh replied at 15-4-2015 01:08 PM
kesian tulang rusuk dia.

dagu dia ko x kesian skali ke..
dia xde anak kan ..smpi skg still menduda lg...
tgk rembes lg...nmpk muda

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 04:01 PM | Show all posts
smg cpt sembuh..dah sedar tu alhamdulillah..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 04:01 PM | Show all posts
nampak muda lagi si azman ni kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 04:05 PM | Show all posts
puas aku dok ingatkan siapa bini dia..
aaaa azlina aziz

semoga cepat sembuh la ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 04:14 PM | Show all posts
semoga cepat sembuh...

Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2015 04:20 PM | Show all posts
Syd replied at 15-4-2015 01:53 PM
Azlina Aziz Sudah Berpisah Dengan SuamiDiterbitkan: Sabtu, 7 Ogos 2010 12:00 AM
  • Oleh: KEMALIA  ...

  • Mungkin ini soal peribadi
    Hanya dia yang tahu
    tapi tak salah kalau dia mengatakan Yes or No
    supaya tak timbul spekulasi yang mana boleh menimbulkan sebarang fitnah
    -mytocent
    Reply

    Use magic Report

    Post time 15-4-2015 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
    Get well soon
    Reply

    Use magic Report


    ADVERTISEMENT


    Post time 15-4-2015 05:48 PM | Show all posts
    Allah.. semoga cepat sembuh!
    Reply

    Use magic Report

    Post time 15-4-2015 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
    sgbuloh replied at 15-4-2015 02:08 PM
    kesian tulang rusuk dia.

    hahaaahaaaadoooiiii...

    kesian air horlicks aku yg tersembur baca komen ko ni sungai...
    Reply

    Use magic Report

    Post time 15-4-2015 11:54 PM | Show all posts
    Diaorg ni tiga beradik kan, Adnan, Azman and lagi sorang sapa?? Lupa pulak??
    Reply

    Use magic Report

    Post time 16-4-2015 12:12 AM | Show all posts
    Felycya replied at 15-4-2015 10:20 PM
    hahaaahaaaadoooiiii...

    kesian air horlicks aku yg tersembur baca komen ko ni sungai...

    gelak ler.. gelak sampai esok

    Reply

    Use magic Report

    12Next
    Return to list New
    You have to log in before you can reply Login | Register

    Points Rules

     

    ADVERTISEMENT



     

    ADVERTISEMENT


     


    ADVERTISEMENT
    Follow Us

    ADVERTISEMENT


    Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

    8-7-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.406554 second(s), 47 queries .

    Powered by Discuz! X3.4

    Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

    Quick Reply To Top Return to the list