CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1569|Reply: 16

[Tempatan] Usaha tawan semula hati rakyat Selangor

[Copy link]
Post time 6-11-2014 01:14 PM | Show all posts |Read mode
Umno Selangor Perlu Kerja Keras 'Tawan' Semula Hati Rakyat

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Teguran Presiden Umno kepada Umno Selangor seharusnya menjadi pendorong kepada parti itu untuk bekerja keras dan membina kekuatan mendapatkan sokongan padu rakyat, kata Ketua Umno Bahagian Shah Alam Azahari Shaari.

Azahari berkata teguran Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap jentera Umno Selangor sebagai persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Kemungkinan dilihat pemimpin sedia ada sudah tidak relevan dan pucuk kepimpinan perlu memikirkan bagaimana untuk memberi harapan baharu kepada pengundi di Selangor," katanya kepada Bernama.

Sabtu lepas, Perdana Menteri semasa merasmikan Konvensyen Umno Selangor berkata Umno Selangor perlu berani mengatur strategi baharu dan membuat perubahan minda jika mahu menawan semula negeri ini.

Najib menggariskan tiga realiti yang perlu diterima Umno Selangor iaitu kedudukan Umno sebagai pembangkang di Selangor, kedudukan strategik Selangor sebagai pusat sosio-ekonomi yang rancak dan ia perlu berusaha menawan sokongan pengundi bandar dan semi bandar.

Azahari berkata untuk menarik kembali sokongan dan keyakinan pengundi Selangor, jentera Umno di negeri itu harus bersedia untuk menerima perubahan dan bekerjasama antara satu sama lain.

Beliau berkata meskipun terdapat gabungan antara pemimpin baharu dan lama, pucuk kepimpinan parti perlu menilai semula sama ada barisan kepimpinan sekarang masih releven atau tidak.

"Sekarang ini ada keseimbangan antara pemimpin lama dan baharu tetapi majoritinya adalah orang lama. Kita tiada masalah sekiranya ada perubahan yang ingin dibuat dan kita akur kepada arahan itu. Yang jelas kita akan pastikan bahawa kita akan bekerja untuk membawa hasil yang positif," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2014 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ingin meminjam ayat keramat dari mendiang Karpal Singh " Sila langkah mayat saya dulu kalau Umngok nak tawan Selangor semula"
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 01:56 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 6-11-2014 01:30 PM
Saya ingin meminjam ayat keramat dari mendiang Karpal Singh " Sila langkah mayat saya dulu kalau Umn ...

dan datang ahli BAIM ALI, ahli PERKUSA nak langkah mayat karpal
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:12 PM | Show all posts
Boleh kot, tapi kena buang semua current members pembangkang selangor dulu la.
Ganti yang baru. Yg lama dah teruk sangat rasuah nye.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:17 PM | Show all posts
ckp byk x guna, buat kerja..mulut tu takyah dok bkompang sgt nak buat itu inî..rakyat menuntut..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:44 PM | Show all posts
Nak rampas, rampas laa.. tengok la nnt rakyat nak sokong umno korup tu ke tak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2014 02:48 PM | Show all posts
pasang ler lagu sayang selangor selalu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 02:56 PM | Show all posts
Tenang2 ajer hidup dkt selangor skg ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2014 07:00 AM | Show all posts
Azahari Shaari lu memebel tak macang bikin...kalu oreng mau ganti tompek kamu...lu mau kah....

Kemungkinan dilihat pemimpin sedia ada sudah tidak relevan dan pucuk kepimpinan perlu memikirkan bagaimana untuk memberi harapan baharu kepada pengundi di Selangor," katanya kepada Bernama.

Last edited by Al-Patih on 8-11-2014 07:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 07:02 AM | Show all posts
sobornya...bukang nak tawan S'gor...tawan kontrak kontrak S'gor....dah kelaparan hamno ni...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa krisis mb tu dah boleh cucuk jarum, tp korang tido...



Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
biar selangor di perintah pr... diorg buat keje lagi bagus dari umno... agaknya semua terliur dgn simpanan 3 bilion tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:48 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku dah jadi Ahli Parti Sosialis..sori umno..bye2
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 04:47 PM | Show all posts
senang jer, tambah BR1M khas utk warga Selangor, tetiap bulan pun kasi  ....pasal org Selangor ramai yg tamak,   siapa setuju ?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 04:58 PM | Show all posts
zjen posted on 8-11-2014 04:47 PM
senang jer, tambah BR1M khas utk warga Selangor, tetiap bulan pun kasi  ....pasal org Selangor ramai ...

alang2 nak kasi tiap bulan..tambah kasi pree education sekali..kalo wat konfom UMNO dpt blk selangor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 05:21 PM | Show all posts
kecimpret posted on 10-11-2014 04:58 PM
alang2 nak kasi tiap bulan..tambah kasi pree education sekali..kalo wat konfom UMNO dpt blk selang ...

muah muah muah kah kah kah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 158956 Replies : 3902
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 71225 Replies : 2929
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 3930 Replies : 15
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 102401 Replies : 2875
Want to tap into the exciting world of sports betting?
peterkester96Want to tap into the exciting world of s
Views : 4431 Replies : 1
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 13806 Replies : 97
Walaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok tetapi kajian tunjuk wanita Malaysia Ke-6 Paling Cantik Di Asia, Atasi Singapura & Thailand.Acik forum bangga?
YgBenarWalaupun KKM kata rakyat Malaysia gemok
Views : 7909 Replies : 54
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5153 Replies : 40
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 188046 Replies : 1712
Penyasaran subsidi diesel perlu untuk selamatkan negara. Kata PM Anwar
mojarean_XPenyasaran subsidi diesel perlu untuk se
Views : 6745 Replies : 61

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.073830 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list