CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7768|Reply: 79

[Tempatan] MAZA: Saya tidak setuju Wan Azizah jadi MB bukan kerana wanita

[Copy link]
Post time 18-8-2014 10:49 AM | Show all posts |Read mode

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, beliau tidak bersetuju Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipilih sebagai menteri besar Selangor bukan kerana beliau wanita tetapi kerana sebab-sebab lain.        

“Saya tidak pernah kata setuju Dr Wan Azizah jadi menteri besar Selangor. Ada beberapa sebab lain untuk beliau tidak menjadi pilihan.        

“Namun saya tidak setuju tafsiran sesetengah ustaz bahawa wanita tidak boleh menjadi MB menurut Islam, bahkan mereka kata dalam semua urusan.                     

“Walaupun lelaki lebih afdal atas beberapa keadaan, namun mengharamkan wanita memegang jawatan menteri besar perlu dinilai semua,” katanya menerusi blog DrMaza.com.        

Hadis Rasulullah yang menyelar kaum wanita untuk diangkat sebagai pemimpin perlu dilihat dalam konteks yang sebenarnya dan tidak boleh disandarkan secara umum, kata beliau.        

Bekas mufti Perlis itu berkata pandangan sesetengah ulama yang merujuk hadis “Tidak akan berjaya satu kaum yang melantik wanita mengurus urusan mereka" secara umum akan memberi sekatan kepada wanita terlibat dalam kepimpinan organisasi secara keseluruhannya.        Semalam, sebuah blog Pena Minang menerangkan secara terperinci mengapa wanita tidak sesuai untuk diangkat sebagai pemimpin menerusi perspektif Islam.        

Hujah yang diutarakan oleh M Afifuddin menerusi portal itu turut menyandarkan kepada hadis riwayat Al-Bukhari berkenaan dan memberikan pandangan secara menyeluruh mengenai perspektif wanita sebagai pemimpin.        

Asri berkata hadis yang dijadikan hujah itu mempunyai teks dan konteksnya yang tersendiri iaitu isu anak perempuan Kisra Parsi yang menjadi maharani.        

Katanya, Abu Bakrah juga menggunakan hadis ini untuk menolak kepimpinan isteri Rasulullah, Siti Aishah dalam isu membantah pembunuh Uthman Al-Affan di zaman pemerintahan khalifah Ali Ibni Abi Talib.        

“Jika hadis ini dianggap terpakai secara umumnya, wanita bukan sahaja tidak boleh jadi MB, bahkan pengetua, ketua pejabat, pengarah, exco, senator, menteri dan seumpamanya juga tidak boleh.      

“Al-Quran dalam surah Al-Naml dalam penceritaannya memuji Ratu Saba atau dalam riwayat Yahudi dengan nama Balqis.        

“Kebijaksanaannya mengatasi menteri lelaki kabinet kerajaannya. Hasil kebijaksanaan itu membawanya beriman bersama Nabi Sulaiman. Ia bukti kejayaan wanita,” katanya.        Asri berkata Umar Al-Khattab juga pernah melantik Syifa binti Abdillah sebagai menteri yang mengurus pasar di zamannya.        “Banyak juga wanita dalam dunia ini menjadi pemimpin lebih baik dari sebahagian lelaki,” katanya menguatkan lagi hujahnya.

See more at: http://www.themalaysianinsider.c ... thash.0ICWLbhr.dpuf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Go maza go
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:53 AM | Show all posts
so maksudnya? setuju ke tidak?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:54 AM | Show all posts
tak paham kenapa ustad2 ni tak mau jijah jadi mb. dia kan pakai glove so sah2 la bole salam tanpa bersentuh kulit. apa masalahnye...ustad2 ada bukti loan bank islam, langat 2, kidex, tropicana, puppet umno kah??

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:04 AM | Show all posts
Mesti Sebab Laki WAWI ne yg Dr Maza tak setuju beliau jadi MB ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:05 AM | Show all posts
deanswify posted on 18-8-2014 10:53 AM
so maksudnya? setuju ke tidak?
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, beliau tidak bersetuju Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dipilih sebagai menteri besar Selangor bukan kerana beliau wanita tetapi kerana sebab-sebab lain
Adoi. Tak baca ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 11:06 AM | Show all posts
kt malaysia ni, lelaki dilayan mcm raja tp tak penah dilatih utk jadi pemimpin, tu pasal bile dah besar pemalas nk keje tp harap dilayan mcm anak raja
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:07 AM | Show all posts
Perutkaembong posted on 18-8-2014 10:54 AM
tak paham kenapa ustad2 ni tak mau jijah jadi mb. dia kan pakai glove so sah2 la bole salam tanpa be ...

bukan sebab agama la.
lebih sebab wan azizah jadi boneka anwar semata2.

lihat apa anwar dah buat.. jadi chaos selnagor sebab cita2 nak jadi MB.
kalau anwar tak kacau semua ni.. selnagor aman damai saja..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 11:09 AM | Show all posts
kluangman posted on 18-8-2014 11:05 AM
Adoi. Tak baca ke?

bukan tak baca, sorry kefahaman BM saya memang teruk. Pemahaman saya, Maza cakap dia memang tak setuju Jijah jadi MB. Dalam masa yang sama, diceritakan wanita-wanita zaman dulu boleh saja jadi pemimpin. Maksud Maza tu setuju juga ke dlm erti kata lain?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:11 AM | Show all posts
Dr MAZA x stuju WAWI jd MB? abes nk suh TOYOL jd MB?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:16 AM | Show all posts
deanswify posted on 18-8-2014 11:09 AM
bukan tak baca, sorry kefahaman BM saya memang teruk. Pemahaman saya, Maza cakap dia memang tak se ...

setuju.. tapi atas sebab tertentu bagi dia jijah tak sesuai..

apa yg susah benar nak faham ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:17 AM | Show all posts
harkktuih posted on 18-8-2014 11:11 AM
Dr MAZA x stuju WAWI jd MB? abes nk suh TOYOL jd MB?

Sebab jantan dalam PKR semua pondan, sebab tu abg non lantik Zizah..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:18 AM | Show all posts
harkktuih posted on 18-8-2014 11:11 AM
Dr MAZA x stuju WAWI jd MB? abes nk suh TOYOL jd MB?

ramai lagi jantan lain yg sesuai dalam PR.. dah PKR takde calon yg sesuai lantik org PAS pun buleh lah patutnya... kata nak kerjasama...

dah PAS pun setuju nak tolak khalid kan...



Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:18 AM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 18-8-2014 11:16 AM
setuju.. tapi atas sebab tertentu bagi dia jijah tak sesuai..

apa yg susah benar nak faham ni? ...

Ayat penerangan tu. cakap straight sudah. hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:21 AM | Show all posts
deanswify posted on 18-8-2014 10:53 AM
so maksudnya? setuju ke tidak?

maksudnya dia nak rafizi la jadi mb.
muda dan digeruni.

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:25 AM | Show all posts
highcastle posted on 18-8-2014 11:17 AM
Sebab jantan dalam PKR semua pondan, sebab tu abg non lantik Zizah..

dr maza belum jumpa hadis kata pondan bole jadi mb....tu yg jijah paling sesuai
so rafizi kulit licin kene gi operate kat siam ke ape nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 11:27 AM | Show all posts
Masalahnya jantan dalam PR begitu ramai tu buat apa? Gentel telur aje ke apa? Sampai sanggup buat Langkah Kajang semata2 utk beri laluan seorang perempuan supaya menjadi MB.. Mana sifat kejantanan orang2 PKR ni? Cakap berdegar2.. semua tarak telur.......
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:28 AM | Show all posts
bangcak posted on 18-8-2014 11:21 AM
maksudnya dia nak rafizi la jadi mb.
muda dan digeruni.

Terima kasih bangcak. tadi adik you @ tak byk membantu. hihi
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:34 AM | Show all posts
highcastle posted on 18-8-2014 11:27 AM
Masalahnya jantan dalam PR begitu ramai tu buat apa? Gentel telur aje ke apa? Sampai sanggup buat La ...

ramai lagi pemuda WAHABI dlm PKR yg layak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 11:37 AM | Show all posts
crossfire posted on 18-8-2014 11:34 AM
ramai lagi pemuda WAHABI dlm PKR yg layak

Perasan tak, abang Non pandang semua melayu dalam PKR Selangor adalah pondan.. Sebab tu dia sanggup buat langkah Kajang utk beri laluan kepada isterinya yang penuh sifat keJANTANan dalam mentadbir Selangor..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23455 Replies : 147
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 193283 Replies : 4474
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 8169 Replies : 83
MONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
royaldanishMONEY HEIST [LACASA DE PAPEL]
Views : 78368 Replies : 199
BROOKLYN 99
anony-mousBROOKLYN 99
Views : 5817 Replies : 20
ONLY MURDERS IN THE BUILDING
PrickfordONLY MURDERS IN THE BUILDING
Views : 6698 Replies : 27
STRANGER THINGS SEASON 2
farleoSTRANGER THINGS SEASON 2
Views : 29981 Replies : 48
GOOD GIRLS (NETFLIX)
adila39GOOD GIRLS (NETFLIX)
Views : 9921 Replies : 18
Sambal Village Park
delima.HSambal Village Park
Views : 1882 Replies : 13
Sambal village grocer
redr0seSambal village grocer
Views : 2002 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 02:40 AM GMT+8 , Processed in 0.077293 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list