CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6086|Reply: 43

[Tempatan] Mercy Malaysia hantar pasukan ke Gaza

[Copy link]
Post time 11-7-2014 02:03 PM | Show all posts |Read mode
Mercy Malaysia hantar pasukan ke Gaza


KUALA LUMPUR - Mercy Malaysia bersedia menghantar pasukan ke Semenanjung Gaza, sebagai tindak balas terhadap krisis kemanusiaan ekoran serangan udara besar-besaran oleh rejim Israel, sejak awal minggu ini.

        Pasukan itu akan menyediakan bekalan perubatan termasuk ubat-ubatan penting, peralatan jahitan pembedahan, peralatan pakai buang perubatan ke hospital tempatan dan pusat perubatan.

        "Mercy Malaysia akan bekerjasama dengan rakan kongsi jangka panjang tempatan Al-Emaar Society, El-Wafa Rehabilitation Team dan Palestinian Orphans Home Association untuk memberi bantuan perubatan yang diperlukan serta menilai keperluan lain penduduk yang terjejas, seperti makanan dan makanan.

“Penyelaras Negara Mercy Malaysia, Dr Khamis Elessi telah menyaksikan bedilan bertubi-tubi dan serangan udara yang semakin meningkat sejak Isnin dan tiada tanda berhenti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

        Oleh kerana, keadaan semakin meruncing, MERCY Malaysia memaklumkan ia juga telah mengaktifkan "Palestin Relief Fund" dan akan bekerjasama dengan Media Prima Bhd untuk mengutip dana buat penduduk yang terjejas di Semenanjung Gaza.

        Ia juga menggesa rakyat Malaysia untuk menyokong usaha menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

        "Penduduk Palestin dianggarkan sebanyak 1,816,379, kini sedang diserang Israel sejak Isnin (7 Julai 2014). 'Operation Protective Edge' dilancarkan oleh Angkatan Pertahanan Israel terhadap Semenanjung Gaza.

        "... lebih daripada 440 serangan udara, meriam dan roket dalam tempoh 24 jam yang telah membunuh rakyat Palestin (2/3 daripada mereka adalah wanita dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun) dan lebih 500 orang telah cedera," menurut Mercy Malaysia. - Bernama

Read here:http://www.sinarharian.com.my/na ... an-ke-gaza-1.298621
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 09:08 PM | Show all posts
Aku ada gak derma
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong yahudi malaysia sure rasa kecewa n marah sgt kat mercy  ni..

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:24 PM | Show all posts
lavafasting posted on 11-7-2014 09:18 PM
Penyokong yahudi malaysia sure rasa kecewa n marah sgt kat mercy  ni..

Bang lava x apply jd sukarelawan ker
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sigila posted on 11-7-2014 09:24 PM
Bang lava x apply jd sukarelawan ker

Doctor dah cukup kata dorang..

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:34 PM | Show all posts
Abg lava x merayu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lavafasting posted on 11-7-2014 09:30 PM
Doctor dah cukup kata dorang..

Doktor mmg xcukup.tp depa perlukan kuli cm lu untuk bawak barang depa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz posted on 11-7-2014 09:35 PM
Doktor mmg xcukup.tp depa perlukan kuli cm lu untuk bawak barang depa

Lu sakit hati dgn wa apsal..?

Ada wa kutuk lu..ada?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 09:41 PM | Show all posts
lavafasting posted on 11-7-2014 09:36 PM
Lu sakit hati dgn wa apsal..?

Ada wa kutuk lu..ada?

Rileks bang lava.... jgn marah2

Kalau jd porter pon dgn  niat ikhlas tuhan bg ganjaran gak..... x dpt pergi sebagai doctor dpt pergi jd porter pon ok per...


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lavafasting posted on 11-7-2014 09:36 PM
Lu sakit hati dgn wa apsal..?

Ada wa kutuk lu..ada?

Ade ati nak sentap rupanya...hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
sigila posted on 11-7-2014 09:41 PM
Rileks bang lava.... jgn marah2

Kalau jd porter pon dgn  niat ikhlas tuhan bg ganjaran gak.. ...

Kan..biasa org banyak ilmu tahap sabarnya tinggi..ikhlas
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:46 PM | Show all posts
sigila posted on 11-7-2014 09:41 PM
Rileks bang lava.... jgn marah2

Kalau jd porter pon dgn  niat ikhlas tuhan bg ganjaran gak.. ...

nasib baik lu tolong cool....

kalau tak lunyai si malbari wa hamtam hari baik bulan baik ni...



Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:48 PM | Show all posts
shernazz posted on 11-7-2014 09:42 PM
Kan..biasa org banyak ilmu tahap sabarnya tinggi..ikhlas

Bang lava ilmu nyer terlampau tinggi kaka..... sebab tu kdg2 dia mcm isim sikit....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:53 PM | Show all posts
shernazz posted on 11-7-2014 09:35 PM
Doktor mmg xcukup.tp depa perlukan kuli cm lu untuk bawak barang depa

...tergelak akak baca...kalu org biasa mcm akak ni boleh ka sertai depa....teringin gak nak ikut buat amal kebajikan cam ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:54 PM | Show all posts
lavafasting posted on 11-7-2014 09:46 PM
nasib baik lu tolong cool....

kalau tak lunyai si malbari wa hamtam hari baik bulan baik ni...
...

Darah pahlawan abg lava amat diperlukan di gaza.... kasik lunyai zionis....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Lobai2 muktazilah PAS....ade yg join ke..atau kecut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 09:57 PM | Show all posts
biosfree posted on 11-7-2014 09:55 PM
Lobai2 muktazilah PAS....ade yg join ke..atau kecut

Mercy tu pemuda UMNO ka?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:58 PM | Show all posts
sigila posted on 11-7-2014 09:54 PM
Darah pahlawan abg lava amat diperlukan di gaza.... kasik lunyai zionis....

pahlawan pun kena pakai otak...

kalu kompem mati katak baik santau dari jauh je...



Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 09:59 PM | Show all posts
jojo67 posted on 11-7-2014 09:53 PM
...tergelak akak baca...kalu org biasa mcm akak ni boleh ka sertai depa....teringin gak nak ikut ...

Cuba kak jojo tanyer dorang... dulu waktu misi 2-3 tahun lepas dorang ader offer cuma kena byr rm7500 utk tiket dan penginapan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:00 PM | Show all posts
kecimpret posted on 11-7-2014 09:57 PM
Mercy tu pemuda UMNO ka?

Haha! Well said..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.077290 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list