CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

[Tempatan] Hudud PAS - Potong tangan guna pakar bedah.

[Copy link]
Post time 25-4-2014 06:58 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 24-4-2014 10:55 PM
Sama juga lah, hudud tetap kena potong ur own children dulu sebagai teladan baik, y Muslim Malaysi ...

I nk tergelak bc kat part "potong" kau tue... xiaoo ~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2014 07:00 PM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 25-4-2014 06:58 PM
I nk tergelak bc kat part "potong" kau tue... xiaoo ~

Eh, mmg mereka potong pun...u ingat potong banana ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 07:01 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 24-4-2014 11:00 PM
Eh, mmg mereka potong pun...u ingat potong banana ke?

hoiiiiiiihhh!!! ~
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 10:34 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 25-4-2014 06:41 PM
Pemimpin2 Muslim patut start potong kaki tangan anak2 sendiri dulu utk menyakinkan muslim2 lain tent ...

eh...nak tanya, napa kena potong kaki tangan anak2 sendiri pulak ?


Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
yayaji posted on 25-4-2014 10:34 PM
eh...nak tanya, napa kena potong kaki tangan anak2 sendiri pulak ?

Tanya la pemimpin iran/iraq
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:25 AM From the mobile phone | Show all posts
naina posted on 25-4-2014 11:21 AM
hukumana ni sesuai sepanjang zaman
ko rasa terkawalke jenayah dlm negara ni?
aku rse nk termunta ...

gejala maksiat dan jenayah boleh dikenakan hukuman berat tanpa cara hudud dan nama Islam.

bagaimana jika seseorang yg tidak bersalah dijatuhkan hukuman kudung tangan? mangsa tiada peluang kembali seperti asal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 01:28 AM | Show all posts
ISLAM POTONG TANGAN,KAPIAQ PENJARA

ADILKAH?

ZAMAN NABI SAW DULU SEMUA AGAMA MENGIKUT HUDUD QURAN...

YAHUDI,NASRANI,MAJSUI DAN TIADA AGAMA DIPOTONG TANGAN JIKA MENCURI...

HUDUD PAS LA KATAKAN...

MELIWAT ISTERI DIBOLEHKAN...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:36 AM | Show all posts
taikor posted on 26-4-2014 01:25 AM
gejala maksiat dan jenayah boleh dikenakan hukuman berat tanpa cara hudud dan nama Islam.

bagai ...

bagaimana pula kalau hudud yg dibawa oleh pas keparlimen dan mendapat pula kelulusan majoriti?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 01:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-4-2014 12:35 PM
jadi..kalau dilihat dari sudut politik macam taikor cakap tu...maka besar kemungkinan PAS akan tan ...

jika hudud dilaksanakan di Kelantan, polisinya tidak boleh senang2 nak batalkan juga. macam mana pun akan dijadikan modal dan diserang BN.

tangguh tak apa. kerosakkan tak berapa. lebih2 lagi buat masa sekarang Pakatan sedang menikmati penigkatan undi dan sokongan majoriti rakyat. bila hudud dilaksana di Kelantan, rasanya yg paling ramai rejek ialah pengundi Melayu. BN tidak akan benarkan hudud dinegeri2 yg mereka nak berkuasa. kalau berani, suruh MB Kedah buat lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 26-4-2014 01:36 AM
bagaimana pula kalau hudud yg dibawa oleh pas keparlimen dan mendapat pula kelulusan majoriti?.

PAS kena menilai timing untuk laksanakan hudud buat masa ini. pada saya, tidak sesuai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:49 AM | Show all posts
taikor posted on 26-4-2014 01:38 AM
jika hudud dilaksanakan di Kelantan, polisinya tidak boleh senang2 nak batalkan juga. macam mana p ...

kena ingat..isu hudud ni bukan baru..terutama dari kalangan org2 melayu...berpuluh2 tahun pas bercakap pasal hudud..sehingga lah pas hangatkan semula isu hudud ini akan dibawa usul ke parlimen pada seawal2nya pada jun ini..usul hudud ini telah diketahui umum...so..kalau kali ini PAS gagal atau tangguh lagi utk bawa usul tersebut..impaknya besar terhadap PAS...rakyat terutamanya org melayu akan cakap pas cakap tak serupa bikin, tidak ikhlas dan menipu.

so...besar implikasinya pada kesinabungan survival politik pas dimasa akan datang....dan dia berhutang dgn ahli2nya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:51 AM | Show all posts
taikor posted on 26-4-2014 01:40 AM
PAS kena menilai timing untuk laksanakan hudud buat masa ini. pada saya, tidak sesuai

itu pada kamu...pada pas mereka mahu tak mahu kena bawa keparlimen jugak...takkan mereka nak jilat plak ludah mereka sendiri...nama pas akan bertambah buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:27 AM | Show all posts
erkkk baca pun dah seram
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:29 AM | Show all posts
tupaiterbang posted on 24-4-2014 07:00 PM
renung-renungkan lah...

ahhhh apakah ini!? cepat2 tukar sokongan

HIDUP MELAYU!!!!!!

































Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 10:50 AM | Show all posts
Islam potong tangan. Bukan islam potong kulup



Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 11:03 AM | Show all posts
Guna khidmat pemotong daging

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mencadangkan kerajaan PAS Kelantan menggunakan khidmat  pemotong daging untuk melaksanakan hukuman hudud.

Presiden MMA, Datuk Dr NKS Tharmaseelan, berkata petugas perubatan yang bertauliah tidak sanggup untuk melakukan perkara sedemikian.

"Prosedur (potong tangan) sangat rumit.

"Jika doktor tidak tergamak melakukannya maka anda perlu cari tukang potong daging," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan campur tangan jika ada mana-mana pihak tidak bertauliah melakukan prosedur pembedahan terbabit.

"Kalau ada yang buat kita tidak boleh buat apa-apa cuma boleh buat laporan polis mengatakan individu itu tidak mendapat pentauliahan yang sah," katanya.

Tharmaseelan berkata, pihaknya tidak akan bekerjasama dengan kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan undang-undang syariah di negeri tersebut.

Katanya, doktor dan jururawat bertauliah terikat di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan tidak perlu patuh kepada arahan kerajaan negeri.

"Semua hospital di Kelantan hanya menerima arahan daripada Kementerian Kesihatan kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan pusat," katanya.

Tharmaseelan  berkata, MMA akan mengambil tindakan saman dan membatalkan kelayakan tauliah jika mendapati ada doktor yang melakukan perkara tersebut.

Beliau berkata, MMA juga sedang mengkaji untuk meminda undang-undang bagi membolehkan pihak yang tidak ada tauliah perubatan dikenakan tindakan undang-undang yang tegas kerana melanggar etika perubatan.

Kelmarin, Kelantan merancang menggunakan khidmat pakar bedah untuk memotong tangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 sekiranya undang-undang Islam itu mula dikuatkuasakan tahun depan.

Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, apabila selesai hukuman tersebut pesalah terbabit sudah boleh pulang ke rumah tanpa perlu menjalani sebarang hukuman lain seperti penjara atau sebaliknya.

Bagaimanapun, katanya, pertimbangan akan diambil sebelum dijatuhkan hukuman sekiranya pesalah mencuri atas sebab tertentu seperti lapar atau terpaksa.

"Hukum hudud ini agak berbeza di mana pesalah yang dipotong tangan khususnya untuk kesalahan mencuri itu dibenarkan pulang ke rumah untuk bersama keluarga dan kerajaan juga tidak akan menanggung apa-apa kos penjagaan tahanan di dalam penjara," katanya dipetik daripada laporan Utusan Malaysia. – 25 April, 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2014 11:47 AM | Show all posts
Siapa berani tekan Obama jangan jumpa Anwar?
25 April 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services1

    Najib Tun Razak        Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ditekan supaya tidak berjumpa Ketua Pembangkang itu ketika melawat Malaysia.

"Siapa boleh tekan Barack Obama? Obama itu presiden kuasa besar. Kita ini hanya negara kecil," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Najib berkata demikian bagi menjawab dakwaan Anwar yang percaya Obama menghadapi tekanan supaya tidak bertemunya semasa melawat negara ini mulai esok.

Kepada soalan sama ada beliau (Najib) akan membincangkan isu Anwar memburukkan negara dan kepimpinan Najib di luar negara, ketika bertemu dengan Obama, Najib berkata:

"Tak tahu. Kita tengok dululah. Saya (akan) beritahu lepas saya jumpa Obama.

Najib berkata kerajaan akan memastikan tahap keselamatan sepenuhnya sempena lawatan kerja rasmi selama tiga hari Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di sini bermula esok.

"Insya-ALLAH semuanya akan selamat. Saya akan pastikan semuanya berjalan lancar," katanya.

Ditanya cadangan muzakarah Pas dan Umno berhubung isu hukum hudud oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Najib berkata:

"Kita nak tahu apa cadangan Pas. Kita belum tahu (perkara) sebenar apa cadangan Pas. Kalau Pas nak mengemukakan kepada kita, kita sedia terima dan tengok apa yang Pas nak cadangkan," katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 12:16 PM | Show all posts
'Nak potong tangan pun kena adil'
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
25 April 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services3

    Hudud       

< 1 / 1 >

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Nak potong tangan pun kena adil, demikian peringatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung hasrat Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan.

Malah menurutnya, di dalam Islam keadilan yang diutamakan bukan hukum.

"Kalau kita bagi kuasa untuk laksanakan (hudud) kepada orang yang tak faham keadilan... dalam al-Quran disebut 43 ayat yang menyebut tentang keadilan, tapi yang ditumpukan bukan kepada keadilan sebaliknya ditumpukan kepada cara dibicara iaitu kena ada empat orang saksi dan keduanya tentang hukum mestilah berat.

"Dalam Islam itu, bukan hukum yang diutamakan. Keadilan yang diutamakan. Kalau nak potong tangan orang itu, mesti adil," katanya kepada pemberita pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra selepas merasmikan buku 'Saya, SPR dan Pilihanraya' karya bekas Timbalan Pengerusi Suruhhanjaya Pilihanraya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hari ini.

Bukan menolak pelaksanaan hukum hudud namun beliau menyifatkan pelaksana hukum itu masih belum layak melaksanakannya.

Menurutnya, orang Islam sendiri dilihat sering mencabul ajaran agama Islam dan membuat perkara-perkara yang bertentangan.

"Pendirian saya daripada dulu sampai sekarang tak berubah. Hudud adalah sebahagian daripada syariat Islam dan ianya memang baik tapi kebolehan orang Islam melaksanakan hukum hudud mengikut kehendak agama (itu) agak lemah.

"Kita lihat umpamanya, orang Islam selalu mencabul atau mengetepikan ajaran agama Islam... macam-macam yang dibuat bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Tambahnya, "sebab itu saya tak berapa percaya tentang orang yang nak laksana hukum hudud ini. Mereka bukan nak laksanakan keadilan seperti yang dikehendaki hukum hudud Islam tetapi nak laksanakan hukum hudud cara sendiri. Itu yang saya tak bersetuju."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2014 01:05 PM | Show all posts
Thursday, April 24, 2014
PEMBANGKANG KALAH LEBIH BESAR KERANA HUDUD !
DAP hari ini memberikan gambaran bagaimana kekalahan yang lebih besar akan dialami Pakatan Rakyat (PR) dan PAS sekiranya PAS terus berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan.



Penasihat parti, Lim Kit Siang berkata hudud tidak pernah dan tidak akan memenangi hati pengundi berdasarkan sejarah pilihan raya yang lalu.

“PAS dan PKR menang lapan kerusi Parlimen dan 28 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-10 (PRU10) akibat penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gerakan reformasi.

“Walaupun enakmen diluluskan pada 2001, PAS dan PKR hanya memenangi 1 daripada 8 kerusi Parlimen dan 4 daripada 28 kerusi DUN pada PRU11 2004," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata kemenangan PAS dan PKR di Terengganu memenangi 4 daripada lapan kerusi Parlimen dan 15 dari 32 kerusi DUN adalah disebabkan tiada kempen melaksanakan hudud di negeri itu.

Katanya, walaupun “5 Janji Awal Manifesto PAS Terengganu” dan “5 Manifesto PRU13” tidak memasukkan hudud namun ia tidak menyebabkan PAS tewas di Terengganu.

"Apa yang menarik adalah walaupun PAS Terengganu memasukkan pelaksanaan hudud semasa manifesto Barisan Alternatif sebelum 2008, ia tidak menjadikan PAS dan PKR menang lebih banyak kerusi di peringkat DUN.

"Bukankah ini satu petunjuk pengundi di Terengganu meletakkan kepentingan kepada isu lain berbanding pelaksanaan hudud?" katanya.

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata sekiranya PAS berkeras mahu melaksanakan hudud sebelum PRU13 lalu maka sokongan orang Melayu kepada PR akan berkurangan - TMI
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 01:09 PM | Show all posts
Bila dah taksub dgn politik sgt mcm tu lah, sebenarnya lebih kpd penentangan terhadap parti politik yg tak disukai, hudud tu dijadikan bahan saja. Boleh nampak kat CI ni mentality yg mcm ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-6-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.153760 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list