Maut ditetak 3 lelaki
IPOH 15 Feb. - Seorang lelaki maut akibat ditetak sekumpulan tiga lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Ipoh Padang dekat sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 9.15 pagi itu, T. Eswaran, 27, menghembuskan nafas terakhir semasa sedang mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun ekoran kecederaan parah di kepala yang dialaminya. - UTUSAN ONLINE
BB Macha Maut ditetak 3 lelaki di Ipoh Mali!
Dari MyNewshub.my
[size=14.44444465637207px]IPOH – Seorang lelaki maut akibat ditetak di kepala oleh sekumpulan lelaki ketika baru memasuki kereta selepas keluar dari sebuah bank berhampiran Ipoh Padang, di sini, pagi tadi.
[size=14.44444465637207px]Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa yang menaiki kereta Proton Waja bersama tiga lagi rakannya dipercayai berhenti di lampu isyarat depan bank berkenaan untuk ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM), sebelum didatangi empat lelaki menaiki kereta Perodua Myvi.
[size=14.44444465637207px]Sebaik dihampiri, tiga lelaki keluar dan menyerang mangsa dengan parang ketika mangsa baru saja mahu memasuki kereta dibahagian penumpang depan. [size=14.44444465637207px]Mangsa yang pada awalnya cedera parah dibahagian kepala dan badan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan. – Berita Harian
Lelaki Maut Ditetak Ketika Keluar Dari Bank Di Ipoh
Ayooooyoyo, banyak jahat punya ini worang. Depan juga kalu ramai juga tarak takut itu worang pakai parang bunuh juga!
Last edited by iskans on 15-2-2014 02:23 PM
|