CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18653|Reply: 152

Remy Ishak Enggan Terdedah Di Khalayak (update: Remy Ishak Bawa Diri Ke Kampung

[Copy link]
Post time 14-11-2013 08:39 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Pelakon Remy Ishak lebih senang melakukan hal sendiri melalui aktiviti-aktiviti yang diminati tanpa perlu terlalu terdedah di khalayak.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 31, berkata dengan cara itu dia lebih mudah dapat menepis gosip-gosip negatif yang berkait dengannya.

"Apabila saya keluar bergaul dengan teman-teman, mata masyarakat melihat dan tidak lama kemudian ia menjadi bahan gosip.

"Jadi lebih baik saya bersikap tidak terlalu terdedah di khalayak dan sekarang ini saya suka berada dalam dunia saya sendiri," katanya.

Tambah Remy, dia juga lebih gemar menghabiskan masa melakukan kebajikan dengan melawat masyarakat di beberapa kampung di negara ini.

"Selain itu saya juga melakukan aktiviti bertukang membina kabinet-kabinet untuk rumah saya. Setiap kali habis penggambaran, inilah aktiviti-aktiviti saya," ujarnya.

Ditanya adakah dia sudah memiliki kekasih, Remy berkata dia hanya ingin memberi fokus terhadap kerjaya seni serta aktiviti masa lapang yang dilakukannya sahaja.

Dalam perkembangan lain, Remy yang sedang menjalani penggambaran drama berjudulJiwa telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) yang bakal berlangsung pada 20 November ini menerusi filem 29 Februari.

"Anugerah ini dianjurkan bagi memeriahkan lagi industri ini dan pencalonan menerusi kategori Pelakon Lelaki Terbaik bersaing dengan pelakon-pelakon hebat lain seperti Shaheizy Sam, Que Haidar, Redza Minhat dan Adi Putra pun sudah cukup baik.

"Saya seronok dicalonkan tetapi tidaklah meletakkan apa-apa harapan untuk menang," tuturnya.

Tahun depan, Remy bakal muncul menerusi filem CEO dan Sejoli.





cc: @abbey @Akubinimone    Last edited by tapibukanaku on 15-11-2013 11:59 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 08:41 AM | Show all posts
Ditanya adakah dia sudah memiliki kekasih, Remy berkata dia hanya ingin memberi fokus terhadap kerjaya seni serta aktiviti masa lapang yang dilakukannya sahaja.


jadi bukan dialah yang bercinta dengan MK..

ok jugak remy ko nyorok selalu..
kalau selalu sangat org nampak nanti, cepat pulak bosan..
plus, reporters suka tanya soalan2 bangang je..
tak membantu career pun..
Last edited by ellZack on 14-11-2013 08:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Selain pndai bertukang. Heols pun pandai "berkebun" jgk
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:43 AM | Show all posts
Mak teh mcm dah lama tak tgk dia kat tv...
Tapi baguih la dia buat kerja2 kemasyaraktan...
Mcm maya karin kannn....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:44 AM | Show all posts
putehkundor posted on 14-11-2013 08:43 AM
Mak teh mcm dah lama tak tgk dia kat tv...
Tapi baguih la dia buat kerja2 kemasyaraktan...
Mcm may ...

hi makteh lama xnampak
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:47 AM | Show all posts
abam remy bwk diri ke ni, pas MK declare da de bf....
tp kan uols, dlm melodi arituh, MK ckp klu u tk put the ring org lain akn put the ring kt dia.... ada maksud sesuatukah??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2013 08:49 AM | Show all posts
Elok juga tu...
rehat dan rawat
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:50 AM | Show all posts
maxim posted on 14-11-2013 08:44 AM
hi makteh lama xnampak

Rindunya kat maxim...
Bukan hang haritu jd moderator ka?

Makteh kat kg la....takdak internet...baru seminggu kat rumah anak.
Lagipun mak teh baru balik haji....tak mau la gossip2 sgt....bley?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 08:52 AM | Show all posts
hari isnin ke hari selasa hari tu
kj tgk tearter supermokh kan kat IB
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:52 AM | Show all posts
putehkundor posted on 14-11-2013 08:50 AM
Rindunya kat maxim...
Bukan hang haritu jd moderator ka?

haah jd kejap je

curlast makteh..dah hajjah skang takley la bertenggek kt sini sgt k
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:52 AM | Show all posts
takpe remy..gadis pilihan akan muncul jua...umur baru nak matang tu...dibandingkan dgn fahrin.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 08:57 AM | Show all posts
maxim posted on 14-11-2013 08:52 AM
haah jd kejap je

curlast makteh..dah hajjah skang  takley la bertenggek kt sini sgt  ...

Gitu lah kesahnya nokkk

Makteh tetap masuk cari k.....
Sambil berzikir, sambil bergossip...baru seimbang...gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 09:31 AM | Show all posts
mcm sesuai je kerja2 bertukang tue dgn heols
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:00 AM | Show all posts
baru jumpa dia bln lepas...ensem bang remy ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:42 AM | Show all posts
rasa lama gak tak nampak dia kat tv..hhehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 10:43 AM | Show all posts
abg remyyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2013 10:56 AM | Show all posts
Bagus.....jangan dihadap sangat reputz bongok mcm si gemuk pendek tu...baik buat amal kebajikan....dun wori a talented actor like u dun need publicity....wat u need to do is to menten the talent and will give an extra if u can keep up the good look....
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 11:22 AM | Show all posts
remy nk jd low profile.. aku rasa dia buat mende2 tu nak elak dr rasa sunyi... semoga cepat la dia dpt jodoh..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
dia berlakon jadi bangla mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2013 11:33 AM | Show all posts
wahhhhh abg remy... hensommmm nye...
baru smlm sekodeng IG die..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 06:39 AM GMT+8 , Processed in 0.201848 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list