CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4775|Reply: 21

Semangat patriotik Heliza!

[Copy link]
Post time 30-8-2013 01:26 PM | Show all posts |Read mode
MERDEKA! Merdeka! Merdeka! Itulah ungkapan yang memberi sejuta makna buat Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957.
       
        Pengisytiharan itu sekali gus membawa Tanah Melayu keluar daripada belenggu penjajah serta membawa kepada kebebasan dan pembangunan pada hari ini.
       
        Pejam celik, pejam celik, tarikh keramat 31 Ogos itu datang lagi. Bukan sahaja untuk diraikan, tanggal itu turut mengingatkan kita mengenai keperitan hidup zaman penjajahan.
       
        Pun begitu, setiap individu mempunyai cara yang tersendiri dan berbeza dalam meraikan sambutan Hari Kemerdekaan.


       
        Mungkin pada dasarnya, cara sambutan kini tidak semeriah dulu, namun bagi penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 5 (AF5) ini, bahang sambutan 31 Ogos masih dekat di hati.
       
        Menurut Heliza atau nama sebenarnya, Nur Heliza Helmi, 27, pada setiap tahun, dia sekeluarga akan meraikan tanggal keramat itu secara lebih bermakna.
       
        "Keluarga saya memang bersemangat patriotik lebih-lebih lagi ayah saya. Kami memang dididik dari kecil untuk meraikan sambutan itu.
       
        "Malah, setiap kali sambutan, kami akan memasang bendera di rumah, kereta dan mengagihkan kepada saudara mara serta rakan taulan.
       
        "Setiap tahun, kami akan merasai suasana itu. Dengan cara inilah, semangat dan rasa cintakan negara akan terus kukuh di hati," katanya yang pernah menjayakan persembahan sempena sambutan kemerdekaan di Dataran Bandaraya Tawau.
       
       
        Sentiasa bersyukur
       
        Ditanya mengenai cara sambutan kemerdekaan masyarakat kini, Heliza tidak menafikan ianya berubah mengikut peredaran zaman.
       
        Katanya, walaupun dengan cara yang berbeza dan lebih moden, ia tidak menjadi satu masalah asalkan semangat cintakan negara itu tetap utuh.
       
        "Mungkin cara sambutan dah berubah kerana zaman dahulu, tidak semua orang memiliki televisyen untuk menonton di rumah.
       
        "Kini seiring dengan peredaran zaman, ada yang lebih selesa menonton siaran istimewa di televisyen daripada menghadiri sambutan di luar.
       
        "Namun, saya percaya, setiap orang memiliki cara tersendiri untuk menyambut tanggal bersejarah itu.
       
        "Saya tertarik dengan cara sambutan yang bakal diadakan di Masjid KLCC pada malam ini. Walaupun tiada teriakan merdeka, namun majlis itu menyusun program Qiamullail.
       
        "Walaupun kita sudah 56 tahun merdeka, namun kita tetap memerlukan bantuan dari ALLAH SWT untuk menjaga Malaysia daripada sebarang ancaman luar yang kita sendiri tidak tahu. Malah, kita harus sentiasa bersyukur dengan kurniaan-Nya," kata pelakon filem, Syurga Cinta ini.
       
       
        Perlu sentiasa waspada
       
        Menurut Heliza, walaupun negara kita tidak diuji dengan sebarang ancaman besar seperti yang dialami beberapa negara lain seperti Mesir, Rohingya dan Palestin, namun kita perlu berhati-hati serta berwaspada.
       
        Katanya, perpaduan di kalangan masyarakat menjadi faktor penting dalam menghadapi sebarang ancaman yang mampu menggugat kestabilan negara.
       
        "Apa yang saya nampak, kehidupan kita semakin kompleks dan teknologi berkembang dengan pesat.
       
        "Kita sendiri tidak berupaya untuk menduga perkembangan teknologi dalam tempoh 10 hingga 20 tahun lagi. Namun yang pasti, cabarannya lebih hebat.
       
        "Oleh itu, jati diri dan semangat kita perlu kuat bagi menghadapi semua itu. Peranan guru-guru di sekolah juga perlu diberi perhatian dalam mendidik pelajar untuk mengenal diri dan negara agar tidak mudah dijajah," katanya yang bakal terlibat dalam program Pray For Syria, Gaza & Rohingya di Kompleks Sukan Bangi pada 7 September ini.
       
       
        Lancar album baru
       
        Sepanjang penglibatannya dalam industri seni, Heliza masih tidak berpeluang untuk menghasilkan album atas kesibukan jadualnya.
       
        Pun begitu, dia tetap berusaha untuk mengeluarkan albumnya sendiri. Walaupun masih mengumpul material untuk album pertamanya itu, Heliza telah pun memperkenalkan dua singlenya, La Tahzan dan Jom Berzikir.
       
        Selain itu, Heliza juga turut berkolaborasi bersama penyanyi luar negara, Julien Drolon menerusi lagu, You Are The One.
       
        "Alhamdulillah, kini saya dalam proses untuk mengumpul dua atau tiga lagu lagi untuk melengkapkan album. Mengenai single, La Tahzan, saya mendapat idea itu ketika mengunjungi bumi Gaza. Apa yang mereka lalui di sana, saya cuba terjemahkan menerusi lagu ini.
       
        "Single Jom Berzikir pula adalah himpunan zikir yang diolah dalam susunan muzik yang lebih segar. Manakala, lagu duet itu adalah karya Julien Drolon. Saya dilamar untuk berduet dengannya selepas dia melihat video nyanyian saya di laman sosial, YouTube.
       
        "Pun begitu, kami rakam video itu di dua lokasi berbeza. Ia adalah permintaan daripada Julien sendiri supaya penyampaian lagu itu lebih tepat kepada Sang Pencipta.
       
        "Insya-ALLAH, jika tiada apa-apa halangan, album itu akan dilancarkan pada tahun ini. Doa-doakan ya!," katanya yang turut berhasrat untuk mengendalikan program bual bicara sendiri.
       
       
        Butik pakaian Muslimah
       
        Selain menguruskan syarikat, Heliza Helmi Production, duta syampu Sunsilk ini turut mengendalikan beberapa perniagaan termasuk Heliza Helmi Hijjab, Heliza Helmi Instant Telekung dan butik pakaian Muslimah, Falah Abiyana.
       
        Baru sahaja dilancarkan pada Julai lalu, butik pakaian Muslimah itu turut dikongsi bersama tiga rakannya, Awin Seindah Wajah, Farah Adiba dan Shafinaz Yunus.
       
        "Sejujurnya, jadual saya sangat ketat sejak akhir-akhir ini. Kadang kala, tak sempat nak makan bila sibuk menguruskan banyak perkara apatah lagi soal peribadi.
       
        "Pada raya ketiga baru-baru ini, saya jatuh sakit selama seminggu. Mungkin ALLAH SWT 'tegur' kerana terlalu sibuk sehingga mengabaikan kesihatan.
       
        "Namun, selepas sihat, saya kembali bekerja seperti biasa. Tapi, lebih berpada-pada. Kini, saya mula mengamalkan pengambilan vitamin dan supplemen untuk kekal sihat. Selain itu, saya juga mengamalkan makanan sunnah seperti badam, kismis, kurma dan air zam-zam setiap hari.
       
        "Saya bukan sahaja sibuk dengan perniagaan, saya juga turut terlibat dengan program pengacaraan dan Usrah Fitrah. Itu yang membuatkan saya sangat sibuk," katanya yang mengakui masih belum menemui jodoh dan pasangan hidup.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 02:04 PM | Show all posts
si tua ABBY sila contohi artis muda ni. tolak tepi fahaman politik bila nak gebang pasal MERDEKA. jd manusia biar berakal waras
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:11 PM | Show all posts
Semangat kemerdekaan dah takde. Jalan raya pon dah xpenuh dgn bendera.. Premis2 jgn ckp la langsung xde. Kenapa masa pilihan raya sampai atas pokok pon sanggup kibar bendera?
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:23 PM | Show all posts
mast3r posted on 30-8-2013 02:11 PM
Semangat kemerdekaan dah takde. Jalan raya pon dah xpenuh dgn bendera.. Premis2 jgn ckp la langsung  ...

meh nk tolong jwb - sbb masa PRU tu, semuanya BERBAYAR. yg merdeka ni, kna kua duit poket sri. inisiatif sdri. motipp sgt ko xtau jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:27 PM | Show all posts
Nak tanya biji mata si heliza ni bijik mata tulen ke pakai buang? sbb i selalu dok argue dgn my fren..she kata tulen...i kata pakai buang
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:34 PM | Show all posts
ni zaman penajajahan politik.. org sibuk berpolitik daripada sambut merdeka.. mana xnye last merdeka 1 melayu 1 dunia, 1malaysia, ayam puyu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2013 02:37 PM | Show all posts
Mizlyn posted on 30-8-2013 01:27 PM
Nak tanya biji mata si heliza ni bijik mata tulen ke pakai buang?  sbb i selalu dok argue dgn my f ...

biji mata dia mmg besar
n pakai buang jugak, dia kan rabun
suka plak tgk mata dia..cantik
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:45 PM | Show all posts
cite pasal merdeka la wei, bukan mata die
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 02:48 PM | Show all posts
myasara_m posted on 30-8-2013 02:04 PM
si tua ABBY sila contohi artis muda ni. tolak tepi fahaman politik bila nak gebang pasal MERDEKA. jd ...

betol3... tkyh la nk politik sgt khenn
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 02:49 PM | Show all posts
Setazah eli ?


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:19 PM | Show all posts
atapnipah posted on 30-8-2013 02:23 PM
meh nk tolong jwb - sbb masa PRU tu, semuanya BERBAYAR. yg merdeka ni, kna kua duit poket sri. ini ...

Bendera pon nk harap free.. Beli jela.. Bkn mahal pon.


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:23 PM | Show all posts
sealmat merdeka uollsss
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:39 PM | Show all posts
mast3r posted on 30-8-2013 03:19 PM
Bendera pon nk harap free.. Beli jela.. Bkn mahal pon.

tak mahal mana pun rm4.90 je. aku beli 10, 5 derma kat sekolah, 5 untuk umah sendiri. anak aku yg sekolah semangatnya lebih dari si tua ABBY. alhamdulillah aku tak hasut anak aku pun nak pilih parti mana. esok dah cukup umur pandai ler dia guna otak pilih mana satu yg dia patut pilih. ABBY sila hantar anak2 comel ko tu ke sekolah swasta ye, jgn hantar sekolah kerajaan nanti haram lak mkn & belajar guna buku kerajaan. sori terlebih semangat lak
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 03:40 PM | Show all posts
semangat MERDEKA...MERDEKA...MERDEKA...gigih aku menaip ..

[off topic] dah terbayang pertunjukan bunga api sempena sambutan kemerdekaan kat Putrajaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 04:16 PM | Show all posts
Mizlyn posted on 30-8-2013 02:27 PM
Nak tanya biji mata si heliza ni bijik mata tulen ke pakai buang?  sbb i selalu dok argue dgn my f ...

pakai buang nok.. dan mcm mata alien dah aku tengok..

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 04:34 PM | Show all posts
miss_calamansi posted on 30-8-2013 02:37 PM
biji mata dia mmg besar
n pakai buang jugak, dia kan rabun
suka plak tgk mata dia..cantik

ye ke? caya pakai buang jek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2013 04:36 PM | Show all posts
myakayina posted on 30-8-2013 04:16 PM
pakai buang nok.. dan mcm mata alien dah aku tengok..

ada kata tulen... ada ke besar sgt itamnye... tp i rasa pakai buang je...sbb i pun ada beli yg jenis biji mata besar... tp buang sebab macam u kata la..cam alien jadinye
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 04:37 PM | Show all posts
kat kedai RM2 jual RM3.90 je... berkibar megah di luar ofis I...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2013 08:40 PM | Show all posts
wat sendiri bendera..lagi cool yaww
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2013 10:49 AM | Show all posts
dia ni dulu popular sbb cantik dan pandai je kan..bukan kerana bakat..ala2 situasi neelopa je skrg..lama2 org jemu sbb takde bakat utk ditampilkan

*aku la salah sorangnya penah suka heliza dulu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.081346 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list