CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7855|Reply: 66

[Jenayah] DUNGUN: Pemilik restoran mati ditembak bukannya ditikam

[Copy link]
Post time 13-8-2013 01:21 PM | Show all posts |Read mode
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengusahakedaimakanmatiditikam/Article

DUNGUN: Seorang pengusaha kedai makan ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di badan di hadapan premisnya di Jalan Besar Paka, pagi tadi.

Mangsa, Mohamad Lutpi Mansor,50, ditemui seorang pemuda terbaring di depan premisnya, kira-kira jam 7 pagi ini.
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa, pengusaha kedai nasi kukus Paka 3, dikatakan cuba memasuki kenderaan pacuan empat roda miliknya untuk memasukkan wang hasil jualan di bank sebelum didatangi suspek.

Ketika itu mangsa dikatakan bergelut dengan suspek yang dipercayai hendak mencuri kenderaan miliknya itu sebelum dia ditikam beberapa kali.
Last edited by DTECCONAN on 13-8-2013 06:56 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2013 01:23 PM | Show all posts
terdesak, sanggup lakukan apa saja....
harap perompak itu juga ditikam
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 01:25 PM | Show all posts
Malaysia selamat lagi !
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 01:29 PM | Show all posts
aduhh....bahaya dah mesia nih....
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk mesir lg aman dri msia agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 01:53 PM | Show all posts
ni musti angkara lepasan emergency ordinance ni...
tak pun, lepasan ISA...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2013 02:01 PM | Show all posts
kes terpencil...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:11 PM | Show all posts
Ni mesti angkara caprut Jawa ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2013 02:18 PM | Show all posts
Perompak babi!!!!!!!!! Kitorang kaum peniaga ni selalu kena malang, tolong la menteri2 woi!!! Time pilihanraya kitorang tolong korang jugak nak berkempen nape korang tak ketatkan perlindungan kat rakyat dan peniaga babi weiii??!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:23 PM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 13-8-2013 02:18 PM
Perompak babi!!!!!!!!! Kitorang kaum peniaga ni selalu kena malang, tolong la menteri2 woi!!! Time p ...

sabar kak bedah..  
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:27 PM | Show all posts
ombak_rindu posted on 12-8-2013 06:23 PM
sabar kak bedah..

Hangin sangat tau, asyik2 peniaga je kena. Kitorang sampai takut nak jalan pegang2 tangan tengok wayang sume takut kena rompak kena tikam. Bedah nak kuar pun takleh nak pakai loaded2 lagi, kena pakai baju tak glemer macam sakai indon
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:33 PM | Show all posts
macam2 kes sudah
sungguh menakutkan sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:39 PM | Show all posts
alfatihah.....bergelut pertahankan kete hingga tergadai nyawa.....kete ada insuran...nyawa dia tu dia ada ambik insuran tak? kalau ada berbaloi juga untuk waris arwah.........
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 02:46 PM | Show all posts
syukur msia masih aman

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 03:06 PM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 13-8-2013 02:18 PM
Perompak babi!!!!!!!!! Kitorang kaum peniaga ni selalu kena malang, tolong la menteri2 woi!!! Time p ...


kau meniaga apa cik bedah?




Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 03:15 PM | Show all posts
baru je lalu kedai dia nie..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2013 03:42 PM | Show all posts
TERENGGANU MELAYU ASLI JATI!!!!!!! hahaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam 2 kali makan kedai dia, tghri n lewat mlm....alih2 pagi ni tokey kena         bunuh ...apakah...?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-8-2013 06:55 PM | Show all posts
~ aik, tadi kata mati ditikam

Pemilik restoran mati ditembak

http://www.sinarharian.com.my/pe ... i-ditembak-1.191767

DUNGUN - Seorang pemilik restoran nasi kukus ditemui mati ditembak di Kampung Cacar, di sini awal hari ini.

Mayat Mohamad Lutpi Mansor, 50, ditemui dalam keadaan tertiarap berlumuran darah di tempat letak kereta di hadapan restorannya pada pukul 7.30 pagi.

"Siasatan awal mendapati dua kesan tembakan di bahagian atas dada dan di bahu kiri mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan samun kerana Toyota Hilux dan beg duit milik lelaki itu dilapor hilang.

Bagaimanapun sejumlah wang ditemui di dalam poket baju mangsa dan polis percaya wang itu adalah sebahagian daripada hasil jualan restoran milik lelaki itu untuk dimasukkan ke dalam bank.   

"Polis percaya jenayah itu melibatkan lebih daripada seorang suspek dan polis kini menjalankan gerakan memburu suspek bersama Toyota Hilux berwarna hitam dengan nombor pendaftaran CCL 5445," katanya.

Manoharan berkata hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu menemui dua butir peluru di dada dan bahu kiri lelaki itu.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Nor Zuedawati Umar, 25, berkata lazimnya suaminya akan keluar sekitar pukul 4.30 pagi untuk ke surau seterusnya ke bank.

"Saya terkejut apabila adik saya memberitahu suami telah meninggal dunia. Saya bergegas turun dari rumah dan melihat suami terbaring berlumuran darah...duit hasil jualan dan Toyota Hilux milik suami lesap.

"Saya percaya suami tidak sempat ke bank untuk memasukkan duit hasil jualan dari lima cawangan restoran," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian di sini hari ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2013 06:59 PM | Show all posts
dekat pistol tu ada pisau, so mati ditembak sambil ditikam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 1.246582 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list