CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15863|Reply: 37

‘Cetek pemikiran fikir berniaga tepi jalan jatuh standard’ - Faye Kusairi

  [Copy link]
Post time 21-5-2024 11:52 PM | Show all posts |Read mode






“Berniaga tepi jalan tidak ‘standard’? Cetek sangat pemikiran itu.”


Demikian luahan pelakon, Faye Kusairi apabila dilemparkan stigma sebegitu oleh segelintir individu terhadapnya yang menganggap berniaga di gerai tepi jalan adalah perkara yang tidak membanggakan.


Realitinya, menurut Faye, berniaga di tepi jalan banyak mengajarnya tentang masyarakat setempat dan mengenali ramai individu berhati mulia.


“Saya dapat mengenali masyarakat sejak saya berniaga begini dan percayalah, ramai betul orang yang baik dan sentiasa bersedekah serta menginfaq hampir setiap minggu.


“Ini semuanya saya anggap rezeki yang meluas apabila berniaga di sini. Banyak perkara yang saya pelajari, kenali dan alami.


“Hampir kesemuanya mendorong ke arah lebih positif walaupun ada yang memandang rendah tetapi hakikatnya banyak hal yang baik,” katanya dalam Instagram.


Bersyukur dengan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT itu, Faye berkata, dia kini memilih untuk kekal positif dan mahu berusaha menjadi individu lebih baik.


“Apa apapun, saya terima (kecaman) dengan ikhlas dan reda. Hanya Allah SWT tentukan perjalanan saya dan akan sentiasa berusaha lebih baik.


“Jadi, tolong doakan saya semoga saya diberi kesihatan yang baik, dipermudahkan urusan dan diperluaskan lagi rezeki agar perniagaan ini mampu berkembang,” ujarnya.


Terdahulu, Faye mencuri perhatian ramai apabila bergelar peniaga nasi ayam walaupun hanya membuka sebuah gerai di pinggir jalan di Bukit Antarabangsa, Ampang pada Disember tahun lalu.


Katanya, niat untuk membuka gerai menjual nasi ayam telah lama diimpikan iaitu sejak hamil anak ketiganya lagi.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-5-2024 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedap betul tak Nasi ayam dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni pun...macam taknak faham. Dia teruskan meniaga tepi jalan tu sebab masyuuuukkk!
Kalau tak masyuk, dah lama dia stop.

p/s - baju yang dia pakai tu uniform dia ke? nampak sama je...cuma beza tudung.
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
suatu ketika

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Punya la sendu takde yg nak komen ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Faktanya meniaga tepi jalan lagi asyukk.dahla tak payah bayar sewa. Letak rega telaviv...haha..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-5-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai apron penuh kan lg mudah ko nk buat kje
Ni sebelah duk pgg taytack je

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2024 09:48 PM | Show all posts
kalau bisnes byk untung tepi jalan tu upgrade la kedai tu... or expand...
takkan 20 tahun pun niaga tepi jalan situuuu jugak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
masalahnya panasss abes la retis tayang muka berminyak tepi jalan.. bini pengarah plak tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 04:46 AM From the mobile phone | Show all posts
nena9042 replied at 23-5-2024 01:53 AM
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah

Bukan dia ni husbandnya ex kaklina pompom tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemikiran mcm sesetengah acik2 kepams dlm ni la. Org tu meniaga pun dikecam2 mcm xde hari esok.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 07:26 AM | Show all posts
janji rezki halal uolls.. kisah2 peribadi dia x yah la korang sebok nak ulas dan judge..
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
meniaga tepi jalan mcm ni lagi senang sustain dari yg buka cafe hipster segala tu..sekejapan dah bungkus

as long as dia tak buat ayat typical peniaga yg duk compare dgn org makan gaji tu, meolls ok je. Selain dari dpt buat duit, dpt lah mengaktif juga dari duk rumah mengangkang bergaduh dgn netizen kat socmed
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 08:43 AM | Show all posts
nena9042 replied at 22-5-2024 05:53 PM
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah

Pilot ke ex kak Lina pompon? Macam bukan je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 08:46 AM | Show all posts
tu meniaga tepi jalan tu berlesen tak tu?

tak kantoi tak salah.kantoi..denda la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2024 08:52 AM | Show all posts
nena9042 replied at 23-5-2024 01:53 AM
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah

bila masanya pilot... laki dia pengarah tak tersohor
bekas laki kak lina pom pom
kena sondol ngan fake ni lah


Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 09:55 AM | Show all posts
nena9042 replied at 23-5-2024 01:53 AM
Dia ni kan yang kahwin pilot jugak?
Surprised tak jadi trophy wife je duduk rumah

Dia p caras husband k.lina kepom pom..masa tu k.lina tengah mengandung. Tengok la mcmana k.lina sekarang. Mendonia. Tapi yang bagusnya k.lina ni. Tak de dia nak buruk2kan pencaras dia tu lebih2. Terus je move on. Dapat pulak suami yang lebih ensem.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
aciksenah replied at 23-5-2024 09:55 AM
Dia p caras husband k.lina kepom pom..masa tu k.lina tengah mengandung. Tengok la mcmana k.lina se ...

Kak kepom nak bising2 pon x mendatangkan faedah sebab kak jepom pon sailang orang punya kan? Cuma kepom ni nasib baik sebab dia kunci mulut lepas bercerai.. lama2 orang pun lupa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2024 10:01 AM | Show all posts
azimodin replied at 23-5-2024 09:57 AM
Kak kepom nak bising2 pon x mendatangkan faedah sebab kak jepom pon sailang orang punya kan? Cuma  ...

Ooo..ye ke..laku bebenor azmi tu ye..eh..nama azmi ke? caras mencaras la ye kekdahnya..Nasib kepom insap dan tak mencars untuk kali kedua..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-7!
doubleATok Jamal Abdillah bakal timang anak ke-
Views : 8582 Replies : 65
Kisah bini lembab
YgBenarKisah bini lembab
Views : 6410 Replies : 49
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 75914 Replies : 3129
Pemilik kereta singapurapura ambil kesempatan isi minyak RON95?.Netizen gesa subsidi petrol ditarik balik secepat mungkin.Wajar atau tidak?
YgBenarPemilik kereta singapurapura ambil kesem
Views : 3940 Replies : 47
Peniaga nasi lemak pening,pelanggan order nasi 50 bungkus tetapi lambat beritahu nak asing asing bahan
YgBenarPeniaga nasi lemak pening,pelanggan orde
Views : 10378 Replies : 10
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 250373 Replies : 6319
Antara pegangan Blackrock Israel dlm negara kita.Rakyat Malaysia berbelah bagi
YgBenarAntara pegangan Blackrock Israel dlm neg
Views : 10749 Replies : 37
Fahaman 'childfree' bertentangan tujuan utama perkahwinan - Mufti WP
mojarean_XFahaman 'childfree' bertentangan
Views : 6811 Replies : 65
ZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS...
kruzamanZERO KOS MARKETING BERBANDING GOOGLE ADS
Views : 1920 Replies : 0
Nedim nazri kat icu. Apa jadi?
KakashialNedim nazri kat icu. Apa jadi?
Views : 11781 Replies : 121

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.088118 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list