View: 2422|Reply: 24
|
Honda City Hatchback Baharu kini di pasaran, harga bermula RM85,900
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Honda Malaysia menyasarkan jualan sebanyak 900 unit sebulan untuk model Honda City Hatchback Baharu 2024 yang dilancarkan hari ini untuk pasaran tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusannya, Hironobu Yoshimura berkata, ia juga mencatatkan jualan keseluruhan sebanyak 21,500 unit kenderaan pada suku pertama tahun ini yang juga peningkatan sebanyak 23 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
"encapaian positif ini adalah permulaan yang baik untuk Honda Malaysia.
"Bagi mengekalkan sasaran dan prestasi jualan, model Honda City Hatchback Baharu diperkenalkan dengan ciri terkini yang memenuhi sasaran pengguna.
"Sejak dilancarkan pada 2021, Honda City Hatchback menerima sambutan yang menggalakkan dengan terjual lebih 28,700 unit dan menjadi pendahulu untuk segmen model ini untuk jenama bukan nasional di Malaysia," katanya pada majlis pelancaran model berkenaan hari ini.
Honda City Hatchback Baharu kini ditawarkan menerusi lima varian iaitu S, E. V, Petrol RS dan e:HEV RS yang ditawarkan pada harga RM85,900 hingga RM112,900 (atas jalan tanpa insurans).
Antara pembaharuan bahagian luaran yang ditawarkan pada model ini ialah gril hadapan 'honeycomb; gril bawah hadapan, kemasan lampu kabus LED dan kemasan bawah bampar belakang.
Ia juga dipadankan dengan rim aloi 16 inci Hitam Berlina baharu serta 'skirting' sisi baharu menambah gaya sporty untuk varian RS.
Ruang dalaman dengan ciri kemasan merah pada papan pemuka dan kerus kulit combi dengan jahitan merah dan varian RS dilengkapi dengan sistem audio bersaiz 8 inci dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Untuk varian Petrol RS dan e:HEV RS ia kini lebih panjang dengan 4,369 milimeter (mm) dan S, E dan V dengan 4,350 mm.
Ia dikuasakan dengan enjin hibrid, 1.5L e:HEV dengan kuasa 109PS dan tork 253Nm yang tertinggi dalam kelasnya dan enjin 1.5L DOHC i-VTEC yang menghemburkan kuasa 121PS dan tork 145Nm dan kedua-duanya didatangkan dengan gear tangan.
City Hatchback Baharu 2024 juga dengan ciri keselamatan terbaharu dengan Low Speed Follow (LSF) untuk e:HEV RS dan Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (LCDN) untuk semua varian.
Sumber : Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Overprice. Baik ko amik Yaris atau Vios |
|
|
|
|
|
|
|
terus muntah hijo tengok muka piji...
|
|
|
|
|
|
|
|
shamsadis replied at 17-5-2024 08:04 AM
Dah dapat jadi Menteri kan...kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kisah la nak beli low spec ke high spec ke, asalkan chuols jangan makan maggi dekat petrol station. |
|
|
|
|
|
|
|
vanillaninja replied at 17-5-2024 09:19 AM
Tak kisah la nak beli low spec ke high spec ke, asalkan chuols jangan makan maggi dekat petrol stati ...
Hahaha kau dah mendahului tulis apa yg aku pikir.. tp tu geng H terpakai kot |
|
|
|
|
|
|
|
Gitu la selalunya |
|
|
|
|
|
|
|
awam sgt design dia, iols rasa dah prnh tgk design ni, rasanya honda gak kot |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa beli hatchback ni mmg betul2 b*h. Sayang duit ooiii |
|
|
|
|
|
|
|
adoi gambo bila pakai tu..CEO da tukar dah ke Yoshimura san |
|
|
|
|
|
|
|
boleh join kelab makan megi di petron. |
|
|
|
|
|
|
|
Proton Suprima S cantik tapi kuat makan minyak
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 17-5-2024 08:43 PM
Proton Suprima S cantik tapi kuat makan minyak
Hoh tu ye nama dia. Lupa dah. Dulu2 time nak beli kete mmg ada orang advice i against suprima sebab kuat makan minyak. Wpun murah dari bajet i in the end amik kete import |
|
|
|
|
|
|
|
Dia sebenarnya adalah Preve versi hatchback.
Honda City Hatchback ni pun cantik di mata aku. Lebih cantik daripada Toyota Yaris. Di mata aku la.
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka kete kontot2 hatchback camni tp tu la hrga hatchback tak kisah cap apa mostly overpriced tak pdn dgn size
gitu la kata org tak berduit |
|
|
|
|
|
|
|
Meh, we dont want H. Nnt org igt mesekin makan megi dkt stesen minyok |
|
|
|
|
|
|
| |
|