Los Angeles: Ahli silap mata, David Copperfield dituduh melakukan salah laku seksual terhadap 16 wanita selama beberapa dekad lalu.
Hasil siasatan The Guardian membongkar dakwaan kesemua wanita itu bahawa ahli silap mata terbabit berkelakuan tidak wajar terhadap mereka, termasuk beberapa daripadanya yang mengatakan mereka berusia bawah 18 tahun pada masa kejadian.
Tiga daripada wanita itu mendakwa Copperfield memberikan mereka dengan dadah sebelum melakukan hubungan seks.
Akhbar dan laman web The Guardian edisi Amerika Syarikat (AS) yang berpangkalan di Britain itu berkata, ia bercakap dengan lebih 100 orang, dan sudah meneliti rekod polis dan mahkamah untuk mengesahkan cerita itu, yang dikatakan merangkumi tempoh dari akhir 1980-an hingga 2014.
Ia berkata, wanita yang membuat dakwaan itu bertemu ahli silap mata itu, sepanjang tempoh kerjaya Copperfield yang menjangkau beberapa dekad.
Peguam Copperfield memberitahu, anak guamnya menafikan sebarang salah laku dan tidak pernah bertindak tidak wajar dengan sesiapa, apatah lagi gadis di bawah umur.
Copperfield, 67, sebelum ini dituduh melakukan salah laku pada 2018, apabila seorang wanita bernama Brittney Lewis berkata, ahli silap mata itu memberikannya dengan dadah dan menyerangnya secara seksual tiga dekad sebelumnya. Namun, Copperfield menafikan dakwaan itu.
Lewis adalah sebahagian daripada 16 wanita dalam laporan The Guardian.
Akhbar itu berkata, ia bercakap dengan seorang wanita lain, yang tidak mahu namanya disiarkan, yang mengatakan bahawa ahli silap mata itu memberikan dia dan rakan dengan dadah, sebelum mereka masing-masing melakukan hubungan seks dengan lelaki itu.
Peguam memberitahu bahawa Copperfield menafikan dakwaan itu dan menyatakan bahawa tiada aduan dibuat terhadapnya apabila serangan dikatakan berlaku.
Seorang wanita, yang diberi nama samaran dalam artikel Guardian mendakwa, dia pertama kali bertemu ahli silap mata itu selepas salah satu rancangan ketika dia baru berusia 15 tahun.
Dia berkata, pada tahun-tahun berikutnya, Copperfield akan menelefonnya larut malam dan menghantar hadiah kepadanya. Apabila dia berumur 18 tahun, dia mendakwa melakukan hubungan seks secara suka sama suka dengan lelaki itu.
Peguam Copperfield memberitahu The Guardian, dia dan wanita itu mempunyai hubungan suka sama suka selama empat tahun.
Copperfield juga menafikan sekeras-kerasnya sebarang cadangan mengenai antun seksual atau sebarang ketidakwajaran lain.
Post time 16-5-2024 10:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah tua2 barulah cerita gelap masing2 timbul.
Btw selebriti pemes macam David ni, pompuang lempar diri ja masuk ke ranjang dengan dia kot. Easy huntok dapat stok. At least dia tunggu la juga budak yang dia groom tu sampai umo 18 kan.
Post time 16-5-2024 10:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 16-5-2024 02:51 PM
Nurdianah replied at 16-5-2024 02:42 PM
Ishh..begap..dulu mana ada org expose drug raped ni...kokye pun agak2 la nak komen. Esok2 anak2..c ...
Semua mangsa si David tu dia kasik drug ka? Ko bebal tak baca sampai habis budak umo 15 yang dia groomed tu berzina suka sama suka dengan dia? Semoga anak cucu jantan betina ko tak bengap senang kena trick kena groomed jantan kertu macam si David tu yach. Pehtu semoga ko sentiasa pantau keturunan ko supaya idok bior ja meka berpeleseran sampai kena groomed kena pakai buang oleh jantan iya.
Post time 17-5-2024 08:02 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by lightheaded67 at 17-5-2024 08:11 AM
hmmmmm
utk yg kena dadah tu mmg jahat la jantan ni, agaknye takleh manipulate ke ape, pakai dadah terus. yg boleh dia manipulate, jd suka sama suka pulak. skrg ni lagi susah nk tegur/kontrol budak, sbb duk tpngaruh woke bebas kulu kilir konon boleh pikir sndiri lah ape, pdhal nnti jd mudah org jahat/saiko nk manipulate budak budak ni, dek takde cmpur tgn org dewasa. acik2 omputeh pun skrg dh ramai tak buat sleepover mcm dedolu. ape ape program kena dgn mak pak. hey entahlah aku pening kalau ckp psl budak2. tara yg tua tua pun jenuh kena scam tipu, inikan yg muda.