Edited by maklukpenggoda at 18-4-2024 09:57 PM
Wan Mohd Zahari berkata, berdasarkan laporan, kejadian berlaku pada 10.25 malam, Jumaat lalu ketika seorang lelaki berusia 40 tahun yang juga pelanggan restoran makanan segera bersama keluarga berada di restoran terbabit.
Katanya, beberapa lelaki tidak dikenali sedang berkempen memboikot makanan segera memanggil pengadu yang juga peniaga sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadu dan melakukan provokasi.
"Pengadu menghindari mereka apabila masuk ke dalam restoran tetapi selepas keluar untuk pulang ke rumah, kumpulan lelaki terbabit sekali lagi melakukan provokasi.
"Seorang daripada kumpulan itu mencapai topi keledar lalu diberikan kepada rakannya sebelum mengugut akan memukul pengadu dengan topi terbabit tetapi situasi itu dileraikan oleh isteri pengadu.
"Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan lima suspek ditahan reman sehingga Rabu ini," katanya.
Sementara itu, Wan Mohd Zahari berkata satu kertas siasatan turut dibuka mengikut Seksyen 336 Kanun Kesalahan terhadap pemandu pacuan empat roda terbabit.
Katanya, pemandu terbabit bersikap cuai terhadap tiga penumpang yang berdiri di atas kabin pacuan empat roda sambil mengibarkan bendera.
"Dengan aksi terbabit ia boleh membahayakan nyawa dan keselamatan orang lain," katanya.
Kuantan: Seorang anggota tentera antara lima lelaki tempatan yang ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai terbabit melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan sebuah restoran makanan segera dekat Sungai Isap, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata empat lagi suspek bekerja sebagai kontraktor, jurujual, peniaga dan pekerja sebuah bank.
Katanya, lima suspek yang ditahan semalam dan kelmarin itu berusia antara 27 dan 43 tahun.
|